You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD 2

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


KLUANG, JOHOR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG


BIL. 2/ 2019

Tarikh : 10 Mac 2019 (Ahad)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tunku Mahmood 2

Pengerusi : En. Haszree bin Hamidan

Kehadiran(Bilangan) : 18 orang

1. En. Haszree bin Hamidan


2. Pn. Suhaila binti Sabran
3. Pn. Siti Norlina binti Mohamd Saleh
4. Pn. Azrina binti Mohd Sahil
5. En. Mehrol bin Tarmujji
6. Pn. Siti Noorhaslyza binti Tarno
7. Pn. Navanita a/p Sangarasivam
8. Pn. Hasriana binti Basri
9. Pn. Martina anak Tanggai
10. Pn. Norlela binti Ahamad
11. Pn. Azlina binti Ahmad
12. Pn. Siti Nurul Iklimah binti Sazali
13. Pn. Nur Baizura binti Abdul Shukor
14. Pn. Harifah binti Jusoh
15. Pn. Zainunah binti Jusoh
16. Pn. Mas Alia Nabilah binti Badrul Hisham

Turut Hadir (Jika ada) :

1. En. Abdul Rahman Talib bin A. Karim – Guru Besar


2. Pn. Nur Hidayah binti Md Noh – setiausaha PIBK

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada Jawatankuasa
PIBG kerana dapat meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa
PIBG untuk kali ke-2.

1.3 Pengerusi mengambil kesempatan untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Wanita’ dan
selamat menyambut Bulan Rejab kepada semua yang hadir.

1
1.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa PIBG tahun 2018 kerana
telah berjaya melaksanakan Mesyuart Agung PIBG Kali Ke-43 dengan jayanya dan
dengan 200 kehadiran.

1.5 Beliau juga menyatakan terima kasih dengan tindakan pihak pentadbir SK Tunku
Mahmood 2 kerana melibatkan GPK Hal Ehwal Murid iaitu En. Kamarul Zaman bin
Ahmad dalam setiap WhatsApp kelas. Untuk makluman, untuk tahun 2019, Guru
Besar dan YDP PIBG telah membuat keputusan untuk memansuhkan Program
Permuafakatan Kelas.

2.0 UCAPAN PENASIHAT

2.1 Guru Besar, En. Abdul Rahman Talib b. A. Karim mengucapakan tahniah dan
mengalu-alukan kehadiran kesemua ahli jawatankuasa PIBG yang baharu dilantik
pada Mesyuarat Agung PIBG yang lepas.

2.2 Beliau memaklumkan bahawa tiada lagi edaran minit mesyuarat untuk akan datang
tetapi hanya tayangan dan paparan menggunakan LCD kerana SK Tunku Mahmood
2 sedang melaksanakan Program ‘Green Management’ ke arah mencapai tahap
minimum penggunaan kertas.

2.3 Makluman enrolmen guru dan murid terkini :

Bilangan guru : 47 orang


Anggota Kumpulan Sokongan : 5 orang
Bilang murid tahun 1 hingga 6 : 599 orang
Bilangan murid pra : 50 orang

2.4 Beliau memaklumkan program yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Januari
hingga Mac iaitu :

2.4.1 Program Transisi Tahun 1


- Program ini dilaksanakan selama 3 minggu pada bulan Januari untuk
memberi pendedahan kepada mereka tentang SK Tunku Mahmood 2
dan untuk membantu mereka menghadapi perubahan diri dalam
keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun
di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun 1.
2.4.2 Kejohanan Merentas Desa
2.4.3 Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah
2.4.4 Perjumpaan bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6
- Program ini merupakan satu program motivasi untuk murid dan ibu bapa
mereka yang dikendalikan oleh kaunselor berdaftar. Selain itu, setiap
guru menerima dua orang mentee murid Tahun 6 untuk besama- sama
membantu dalam perkembangan akademik mereka.
2.4.5 Pelancaran Bulan Bahasa Arab Peringkat Sekolah

2
2.4.6 Program Watikah Pelantikan kepada Pengawas, Pembimbing Rakan
Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
2.4.7 Pelancaran Highly Immersive Programme (HIP)
2.4.8 Kejohanan Olahraga MSSD
2.4.9 Pertandingan Bola Jaring MSSD
- Pasukan SKTM2 telah merangkul Naib Johan dan ada murid yang
terpilih untuk ke peringkat MSSJ dan MSSM
2.4.10 Pertandingan Bola Baling MSSD
- Pasukan lelaki mendapat tempat ke-3
- Pasukan perempuan mendapat tempat ke-4
2.4.11 Penyertaan Program NILAM
- 2 orang murid berjaya ke peringkat akhir untuk Kategori Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris
2.4.12 Jamuan Penghargaan untuk murid yang telah menaikkan nama SK Tunku
Mahmood 2
2.4.13 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43
2.4.14 Perasmian Bilik SKK SK Tunku Mahmood 2
2.4.15 Pertandingan Grand Final Kokocrunch Zon Selatan
- Masturina binti Mahadzir telah mendapat Johan

2.5 Beliau memaklumkan program yang akan dilaksanakan iaitu :


2.5.1 Solat Hajat dan Program Moral untuk UPSR
2.5.2 Perjumpaan bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6 kali ke-2
- Akan dilaksanakan sebanyak 5 sesi
- Setiap sesi akan hanya melibatkan 20 orang murid bersama ibu bapa
supaya perbincangan dapat dilaksanakan dengan lebih terperinci

2.6 Beliau berharap dalam mesyuarat kali ini, ahli mesyuarat dapat melantik Ketua Biro
dalam kalangan Jawatankuasa PIBG untuk membantu pihak sekolah dalam
meningkatkan pencapaian murid daripada segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Tindakan : Makluman

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Siti Noorhaslyza binti Tarno


Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Navanita a/p Sangarasivam

Tindakan : Makluman

4.0 PEMBENTANGAN KEWANGAN

4.1 Pembentangan Penyata Kewangan

4.1.1 Penyata Kewangan PIBG dibentangkan oleh bendahari iaitu Pn. Azrina binti Mohd
Sahil bagi bulan Februari 2019 berbaki RM5,467.03 dalam akaun semasa PIBG.

Cadangan : Pn. Siti Nurul Iklimah binti Sazali


3
Sokongan : Pn. Siti Noorhaslyza binti Tarno

4.1.2 Pn. Azrina memaklumkan bahawa akaun PIBG terbahagi kepada dua akaun iaitu :
1. Akaun PIBG – diuruskan oleh PIBG
2. Akaun kedai buku – diuruskan oleh Jawatankuasa kedai buku SKTM2

4.3 En. Haszree bin Hamidan, YDP PIBG mencadangkan agar wang tunai sebanyak
RM500 sebagai tunai runcit di tangan bendahari dan cadangan telah dipersetujui
sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

4.4 En. Abdul Rahman Talib bin A. Karim, memohon agar pihak PIBG menyumbangkan
RM2800 untuk menampung pembelian ‘Smart Board’ dan sekiranya permohonan
sumbangan daripada YB Wong Shu Qi telah diterima, sumbangan PIBG akan
dipulangkan semula. En. Haszree mencadangkan agar pihak PIBG memberi
sumbangan sebanyak RM2800 tersebut dan sekiranya YB tidak memberikan
sumbangan seperti yang dijanjikan, pihak PIBG sedia menampung semua
perbelajaan yang tersebut. Perkara ini disokong oleh En. Mehrol bin Tarmuji.

5.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

- Tiada perkara berbangkit

6.0 FOKUS MESYUARAT

6.1 Pelantikan Ketua Biro

Mesyuarat telah memutuskan bahawa setiap biro perlu mempunyai seorang ketua
yang bertanggungjawab untuk mengendalikan tugas masing- masing di sepanjang
tahun 2019. Untuk Ibu Bapa, ketua biro dilantik semasa mesyuarat dan untuk AJK
Guru, ketua biro dilantik oleh Guru Besar. Ketua setiap biro adalah seperti berikut :

Biro Kebajikan dan Sosial : Pn. Siti Noorhaslyza binti Tarno


: Pn. Nur Baizura binti Abdul Shukor
Biro Pendidikan : Pn. Navanita a/p Sangarasivam
: Pn. Mas Alia Nabilah binti Badrul Hisham
Biro Agama : En. Mehrol bin Tarmuji
: Pn. Martina anak Tanggai
: Pn. Zainunah binti Jusoh
Biro Sukan : Pn. Hasriana binti Basri
: Pn. Harifah binti Jusoh
Biro Kebudayaan dan Seni : Pn. Norlela binti Ahamad
: Pn. Siti Nurul Iklimah binti Sazali
Biro Penyelengaraan dan Keselamatan : Pn. Azlina binti Ahmad
: AJK KSIB

6.2 Takwim PIBG Tahun 2019 merujuk kepada Takwim Sekolah SKTM2 iaitu program
yang melibatkan kerjasama dengan pihak PIBG. Pengerusi berharap agar AJK

4
PIBG dapat memberi kerjasama yang baik dalam setiap program yang akan
dilaksanakan.

1. Solat hajat dan program moral – 20 Mac 2019 dan 22 Ogos 2019
2. Gotong Royong Perdana – 10 April 2019
3. Hari Keusahawanan – 13 April 2019
4. Perkhemahan PBB – 25 April 2019
5. Sambutan Perayaan Hari Guru – 16 Mei 2019
6. Sambutan Hari Raya – 20 Jun 2019
7. Sambutan Hari Kanak- Kanak – 10 Oktober 2019
8. Hari Sukan Negara – 12 Oktober 2019
9. Mesyuarat JK PIBG – 22 Januari 2019
18 April 2019
15 Julai 2019
23 Oktober 2019

6.3 Bagi menambah dana PIBG, beberapa program telah dirancang iaitu :
1. Membuka gerai semasa Hari Keusahawanan Sekolah
 Gerai Jualan
 Gerai Pameran – Tentera/ Kerjaya
2. Malaysiathon untuk sepanjang bulan April, Mei dan Jun
3. Pertandingan Boling Tenpin antara ibu, bapa dan guru
4. Program Kelas Memasak

Tindakan : AJK PIBG

7.0 HAL- HAL LAIN

7.1 Guru Besar memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat tentang PIBK yang akan
menyelia melibatkan 6 aktiviti sekolah :

1. Hari Pendaftaran
2. Hari Penetapan Target
3. Mesyuarat Agung PIBG
4. Hari Pelaporan
5. Hari Sukan
6. Hari Anugerah Kecemerlangan

7.2 Perbezaan PIBG, PIBK dan KSIB :

Persatuan Ibu Bapa dan Pelibatan Ibu Bapa dan Kumpulan Sokongan
Guru Komuniti Ibu Bapa
(PIBG) (PIBK) (KSIB)
 Ditubukhkan di sekolah  Jawatankuasa yang  Biro yang
di bawah Akta dibentuk di bawah ditubuhkan di
Pendidikan yang struktur pentadbiran bawah PIBG
tertakluk di bawah sekolah  inisiatif #62 di
Perlembagaan PIBG  Inisiatif #62 di bawah bawah Anjakan ke 9
digubal Peraturan- Anjakan ke- 9 Pelan Pelan

5
peraturan PIBG 1998. Pembangunan Pembangunan
Bagi memahami lebih Pendidikan Malaysia Pendidikan
lanjut tentang PIBG sila (2013 hingga 2025) Malaysia (2013
rujuk SPI 4/2004 dan  Diurus oleh pihak hingga 2025)
Sub Peraturan 7(2). sekolah  Dikelolakan oleh
 Kawalan oleh pendaftar  PGB sebagai PIBG dengan
sekolah pengerusi seliaan dari pihak
 Diketuai oleh YDP  Keahlian : Guru-guru sekolah
 PGB sebagai ex-officio Penolong Kanan dan  Diketuai oleh Ketua
atau penasihat guru- guru yang Biro
 Keahlian : semua ibu diyakini perlu ada  Keahlian : ibu bapa/
bapa/ penjaga/ ahli dalam JK, PIBG, penjaga murid
yang tidak ada anak di komuniti, awam dan sesebuah sekolah,
sekolah tersebut swasta komuniti luar,
 AJK dipilih/ dilantik  AJK dilantik oleh alumni, individu
semasa Mesyuarat pentadbir sekolah yang tidak ada anak
Agung di sekolah tetapi
berminat untuk
membantu
 AJK dilantik dalam
kalangan ahli

7.3 Pn. Nur Hidayah, Setiausaha PIBK berharap agar pihak PIBG menganjur program
yang berbentuk jalinan pengantarabangsaan untuk mendapatkan penarafan PIBK.
En. Haszree memaklumkan bahawa program tersebut akan dibincangkan kelak.

7.4 En. Mehrol memberi cadangan untuk melaksanakan program pertukaran murid
untuk memberi motivasi terutama kepada murid tahun 6. Tuan Guru Besar
memaklumkan bahawa pihak sekolah telah melaksanakan program motivasi
dengan menjemput pelajar UTHM, Parit Raja sebagai fasilitator. Pada masa akan
datang, murid SK Tunku Mahmood 2 pula akan di bawa ke UTHM bagi
mendedahkan mereka selangkah ke menara gading.

7.5 En. Mehrol juga mencadangkan agar Sambutan Hari Guru 2019 dilaksanakan
bersama Majlis Berbuka Puasa peringkat sekolah. Cadangan tersebut akan
dibincangkan dalam mesyuarat Kelab GASABIRU.

Tindakan : Makluman

8.0 PENUTUP

8.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat
yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.35 petang.

Disediakan oleh,
PN. SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH
Setiausaha PIBG
SK Tunku Mahmood 2

Tarikh : 14 MAC 2019

You might also like

  • PSV Tahun 3
    PSV Tahun 3
    Document1 page
    PSV Tahun 3
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Maklumbalas Pibg 1
    Maklumbalas Pibg 1
    Document2 pages
    Maklumbalas Pibg 1
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • DM UDA
    DM UDA
    Document12 pages
    DM UDA
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Surat Mesyuarat Ajk Bil 2 2022
    Surat Mesyuarat Ajk Bil 2 2022
    Document1 page
    Surat Mesyuarat Ajk Bil 2 2022
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Surat Azim
    Surat Azim
    Document1 page
    Surat Azim
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Topik 1
    Topik 1
    Document1 page
    Topik 1
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • BM
    BM
    Document1 page
    BM
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Cover Depan RPH Percuma
    Cover Depan RPH Percuma
    Document10 pages
    Cover Depan RPH Percuma
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Ajk Pelaksana Program RMT
    Ajk Pelaksana Program RMT
    Document1 page
    Ajk Pelaksana Program RMT
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • C5-Menu RMT 2022
    C5-Menu RMT 2022
    Document1 page
    C5-Menu RMT 2022
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Definisi Murid Pemulihan Khas
    Definisi Murid Pemulihan Khas
    Document1 page
    Definisi Murid Pemulihan Khas
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Minit Mesyuarat BBSM 2021
    Minit Mesyuarat BBSM 2021
    Document3 pages
    Minit Mesyuarat BBSM 2021
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Vdocuments - MX - Kertas Kerja Aktiviti PBSM
    Vdocuments - MX - Kertas Kerja Aktiviti PBSM
    Document5 pages
    Vdocuments - MX - Kertas Kerja Aktiviti PBSM
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Topik 7
    Topik 7
    Document1 page
    Topik 7
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Kedudukan Meja Dewan
    Kedudukan Meja Dewan
    Document2 pages
    Kedudukan Meja Dewan
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Carta
    Carta
    Document1 page
    Carta
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Topik 1
    Topik 1
    Document1 page
    Topik 1
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Topik 9
    Topik 9
    Document1 page
    Topik 9
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Topik 10
    Topik 10
    Document1 page
    Topik 10
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Surat Kebenaran Ibu Bapa
    Surat Kebenaran Ibu Bapa
    Document1 page
    Surat Kebenaran Ibu Bapa
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Sijil Mewarna
    Sijil Mewarna
    Document2 pages
    Sijil Mewarna
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet
  • Topik 3
    Topik 3
    Document1 page
    Topik 3
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    No ratings yet