You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN

BENGKEL ASAS KOMPANG

SECARA BERSEMUKA

DI BAWAH PROGRAM PENGGALAKAN KESENIAN

“SENI UNTUK SEMUA”

Anjuran Bersama :

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah


1.0 PENGENALAN

Penganjuran Bengkel Asas Kompang diadakan untuk memberi pendedahan asas seni kompang
kepada murid- murid sekolah rendah dan menengah di daerah Tanah Merah. Bengkel ini
merupakan program di bawah Program Penggalakan Kesenian Kementerian Pendidikan
Malaysia. Bengkel ini mengambil inisiatif untuk mengembangkan bakat dan potensi murid
dalam seni muzik. Terdapat ramai murid yang berbakat dan ingin menceburi bidang ini namun
tidak dapat menyertai pertandingan kerana kurang pengetahuan dan bimbingan. Hal ini bukan
sahaja dapat meningkatkan prestasi murid daerah ini namun juga dapat menarik lebih ramai
murid menyertai aktiviti kesenian.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Matlamat utama bengkel ini adalah untuk menggalakkan murid di semua peringkat untuk
mengenali, mencungkil bakat serta memberi peluang yang sama rata kepada muird untuk terlibat
dalam program kesenian. Objektif program adalah seperti berikut:

i) Mencungkil bakat dan melahirkan murid yang berpotensi dalam bidang seni muzik;

ii) Melestarikan bidang seni muzik sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum;

iii) Asas pembinaan dan pengembangan bakat murid dalam aktiviti seni muzik.

3.0 BUTIRAN AKTIVITI

3.1 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2023 - 26 SEPTEMBER 2023

3.2 Hari : 2 Hari

3.3 Sasaran Peserta : 4 orang murid dan seorang guru pembimbing daripada 6
buah sekolah menengah dan 6 buah sekolah rendah di
dalam daerah Tanah Merah yang berminat dan
tidak pernah menyertai pertandingan kompang.

3.4 Tempat Aktiviti : DEWAN ALKINDI SMK TANAH MERAH 1


4.0 JADUAL PROGRAM

TARIKH SLOT MASA PERKARA


SLOT 1 8.30 - 9.30 PAGI Majlis perasmian/Taklimat penganjur
Ice breaking
Pn Intan Shafinaz Bt Abdul Haye
Khan
Slot 2 9.30 - 10.30 pagi Bengkel 1
- Pengenalan kompang
ISNIN
- Penjagaan kompang
25.9.2023
En Nik Mansor Bin Nik Mahmood@
Nik Mat
Slot 3 11.00 - 12.30 tgh Bengkel 2
-Asas paluan kompang
En Mohd Zaki Bin Yakub & En
Mohd Zamree Bin Mohd Isa
Slot 4 8.30 - 9.30 pg Bengkel paluan 1
-Pn Wan Azimah Bt Wan Zin
Slot 5 9.30 - 10.30 pg Bengkel paluan 2
SELASA
-En Shaiful Muhayuddin Bin
26.9.2023
Mohamad & Pn Intan Shafinaz Bt
Abdul Haye Khan
Slot 6 11.00 - 12.30 tgh -Persembahan kumpulan

5.0 JAWATANKUASA

5.1 Jawatankuasa Induk


Penasihat : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Pengerusi : Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid
Setiausaha : Pegawai Meja Kesenian JPN
Bendahari : Unit Kewangan JPN
JK : Semua Pegawai Pendidikan Daerah
5.2 Jawatankuasa Pengelola
Penasihat 1 : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Penasihat 2 : NORMAN BIN ABD. MANAF

Pengerusi : MOHD ZU BIN TALIB

Timbalan Pengerusi : ZURAIDA BINTI MAT BAKRI

Setiausaha : NIK MANSOR BIN NIK MAHMOOD

AJK PENGELOLAAN : IHTISAM BINTI MOHD ARIFIN

5.3 Cadangan AJK Pengelola ( mengikut keperluan)

AJK Pendaftaran : SHAIFUL MUHAYUDDIN BIN MOHAMAD

: MOHD ZAMREE BIN MOHD ISA

AJK Multimedia : WAN AZIMAH BINTI WAN ZIN

AJK Sijil/ Cenderamata : NIK MANSOR BIN NIK MAHMOOD

AJK Persegaran : INTAN SHAFINAZ BT ABDUL HAYE KHAN

AJK Surat dan jemputan : NIK MANSOR BIN NIK MAHMOOD


:

AJK Dokumentasi : IHTISAM BINTI MOHD ARIFIN

AJK Persiapan Tempat : INTAN SHAFINAZ BTABDUL HAYE KHAN

: MOHD ZAKI BIN YAKUB

5.4 Nama fasilitator

1. En Mohd Zaki Bin Yakub ( SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA 1 )

2. En Mohd Zamree Bin Mohd Isa ( SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA 1 )

3. En Shaiful Muhayuddin Bin Mohamad ( SK KAMPUNG PANJANG )

4. Pn Intan Shafinaz Bt Abdul Haye Khan ( SMK TANAH MERAH 1 )

5. Pn Wan Azimah Bt Wan Zin ( SK SRI SURIA 1 )

6. En Nik Mansor Bin Nik MahmoodN @ Nik Mat ( SK BUKIT PANAU )


6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Butiran Jumlah


(RM)
1 Alat Tulis  Kertas A4, Ink Printer, Fail, kertas, Pen, RM 300.00
Pensil,Selotep dan berkaitan (50XRM6)

2 Cenderamata  Hamper (RM50X6) RM 300.00

3 Makan minum peserta,  (PAGI) 78 X RM2 X 2 HARI RM 312.00


guru pengiring, JU  TGH) 78 X RM4.50 X 2 HARI RM 702.00

4 Sijil dan cenderahati  50 orang peserta RM 234.00


peserta, guru pengiring  12 guru pengiring
 6 Jurulatih utama
(78 x RM3)

5 Kos publisiti  Bayaran BANNER 5x 10 RM 152.00

JUMLAH BESAR (RM) 2000.00

7.0 PENUTUP

Secara totalnya, program seumpama ini perlu diadakan bertujuan meningkatkan lagi
kualiti seni muzik di Tanah Merah bagi mencapai matlamat mencari dan memupuk bakat – bakat
baru dalam bidang seni muzik. Tanpa latihan berterusan kita pasti tidak akan dapat mengekalkan
dan meningkatkan pencapaian yang kita ada pada hari ini. Secara tidak langsung program dapat
menggapai misi dan visi untuk melestraikan sistem pendidikan yang berkualiti dan
membangunkan potensi individu.
Disediakan oleh; Disemak oleh;

------------------------------------------------ ------------------------------------
(NIK MANSOR BIN NIK MAHMOOD@NIK MAT) ( MOHD ZU BIN TALIB)
Setiausaha JK Pengelola Guru Besar

SK BUKIT PANAU Pengerusi JK Pengelola

SK BUKIT PANAU

Disahkan oleh ;

-----------------------------------------------

(NORMAN BIN ABD. MANAF)

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah

Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Tanah Merah

Diluluskan oleh;

-----------------------------------------------

( HJ. FARIZUL AZIZI BIN MAMAT )

Ketua Penolong Pengarah

Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Kelantan.


SENARAI SEKOLAH TERLIBAT

SR

1. SK BUKIT PANAU

2. SK ALOR PASIR

3. SK BATU GAJAH

4. SK BATANG MERBAU

5. SK SRI SURIA 3

6. SK BUKIT GADING

7. SK TOK CHE DOL

SM

1. SMK LADANG KERILA

2. SMK BUKIT BUNGA

3. SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB

4. SMK KEMAHANG

5. SMK IPOH

You might also like