You are on page 1of 6

Teks Ucapan Alu-aluan Hari Kokurikulum

(Pengetua SMK Sri Andalas )

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih kepada pengacara majlis.

1. Yang dihormati, Encik Mohammed Shah Nas bin Mohamed

Fawzi

Yang Dipertua PIBG SMK Sri Andalas

2. Yang dihormati

Puan Nur Fai’zah binti Kasim

Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Zarina binti Mohamed

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Puan Helen a/p Lazir

Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Muslihat bin Ismail

Penolong Kanan Petang

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG,

Guru pemikir strategik,

Guru-guru dan para pelajar yang diraikan sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana

dengan limpah dan rahmatNya, kita semua dapat berada di Majlis

Apresiasi Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum bagi tahun 2022

yang sangat bermakna buat warga sekolah khususnya para murid

yang diraikan pada hari ini.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,


Program Hari Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid merupakan

salah satu program utama yang dijalankan oleh pihak sekolah

saban tahun. Alhamdulillah, pada tahun ini, sekali lagi pihak

sekolah berjaya menganjurkan majlis ini pada hari ini. Namun,

usaha ini pasti tidak akan mendatangkan hasil sekiranya tiada

kerjasama daripada semua pihak, bak kata pepatah yang bulat

tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan tahniah kepada semua para guru dan murid-murid

yang telah berusaha bersungguh-sungguh serta rela

mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan kegiatan

kokurikulum dapat dilaksanakan dan mendidik para murid agar

menjadi insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya ini

merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul

bersama-sama.

Baru-baru ini, dunia menyaksikan kejayaan pasukan bola

sepak dari Argentina dalam Piala dunia FIFA 2022 di Qatar


menentang pasukan Perancis. Kejayaan pasukan Argentina ini

sepatutnya menjadi contoh dan pembakar semangat kepada

semua remaja khususnya anak-anak SEMESRA. Setiap kejayaan

yang digapai oleh pemain bola sepak dunia ini sebenarnya bukan

terletak pada bakat mereka semata-mata, tetapi kejayaan ini

datang kerana usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal

penat. Fokus yang mendalam, latihan yang jitu dan konsisten

serta disiplin diri yang tinggi merupakan resepi utama untuk terus

mara ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi, sudah terang lagi

bersuluh, kesemua elemen ini jika diadun, dicanai dan dibentuk

pasti dapat menghasilkan murid-murid yang cemerlang bukan

sahaja dalam bidang akademik malahan dalam bidang

kokurikulum dan sekaligus menghasilkan murid yang terbilang

jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosialnya.

Anak-anak murid yang dikasihi sekalian,

Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan

tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan


kesungguhan mereka dalam aktiviti kokurikulum dan murid-murid

yang menunjukkan sahsiah yang terpuji sepanjang 2022.

Walaupun telah dua tahun tidak dapat bersemuka dan menyertai

aktiviti kokurikulum secara fizikal, namun kesempatan yang ada

pada tahun ini tidak disia-siakan oleh segelintir murid. Syabas,

diucapkan! Jadikanlah anugerah yang bakal diterima ini sebagai

batu loncatan untuk memberi sumbangan yang lebih besar lagi

pada masa hadapan.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua warga sekolah atas segala

kerjasama yang telah dicurahkan sepanjang tahun ini. Tanpa

sumbangan dan pengorbanan para murid dan warga pendidik,

amatlah sukar bagi kita untuk memperoleh kejayaan. Semoga

segala usaha yang telah kita lakukan ini akan diberkati Tuhan dan

lebih banyak lagi kejayaan yang bakal dikecapi pada masa-masa

yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

You might also like