You are on page 1of 9

*Tentatif Pelancaran Bulan Kebangsaan 2023*

Tentatif Program:

*7:30 pagi*

♦️Perhimpunan Mingguan

*8:00 pagi*

♦️Guru berkumpul di Anjung Dewan Terbuka

*8:05 pagi*

♦️Guru berarak masuk ke Dewan Seri Jaya

♦️Persembahan Tarian

*8:10 pagi*

♦️Bacaan Doa

*8:15 pagi*

♦️Ucapan Penyelaras Program

*8:20 pagi*

♦️Ucapan Perasmian oleh Puan Hamidah binti Maarof

♦️Laungan Merdeka oleh En. Mohd Harid bin Sharon

*8:30 pagi*

♦️Persembahan Pentomen

*8:50 pagi*

♦️Nyanyian Lagu Patriotik

*9:15 pagi*

♦️Murid masuk ke kelas

*****************************************************************************
Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Mohon Kerjasama Pentadbir dan rakan-rakan guru agar dapat bergerak dan
berkumpul di anjung Dewan Terbuka kerana kita akan mulakan majlis Sambutan
Bulan Kebangsaan kali ke-66 sebentar lagi.

**********************************************************************************

Mengumumkan perarakan masuk barisan pentadbir dan guru-guru SKTDJ ke


dewan terbuka dengan memperagakan busana masing-masing yang bertemakan
SONGKET pada hari ini.

Berikan tepukan yang paling gemuruh buat cikgu-cikgu SKTDJ semua.

PERSEMBAHAN TARIAN SELAMAT DATANG

Begitulah tadi persembahan tarian selamat datang yang ditarikan oleh


murid-murid tahap 2 SK Taman Desa Jaya.

Persembahan tarian selamat datang itu tadi dibimbing oleh Cikgu Farah dan
Cikgu Nor Azlina Zawawi.

Di jemput hulubalang-hulubalang yang gagah perkasa mengiringi barisan


pentadbir untuk naik bersemayam di atas singgahsana yang cantik dihias
oleh AJK persiapan pentas yang diketuai oleh Cikgu Siti Norhafizah dan
pasukannya. Terima kasih cikgu, tahun depan boleh ambil tender lagi.

SEMUA MURID DAN GURU DUDUK.


1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG

SIRIH DARI PULAU MUTIARA, PEMANIS KATA


SELAMAT DATANG, SALAM SEJAHTERA PEMBUKA
BICARA.

Assalammualaikum w.b.t,

Salam sejahtera dan salam MALAYSIA MADANI : TEKAD PERPADUAN PENUH


HARAPAN.

Bismillahirahmanirahim

Yang berusaha,
Puan Hamidah binti Maarof,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Desa Jaya

Yang dihormati,

Encik Mohd Harid bin Sharon,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Puan Rafadzilah binti Abd Rahim,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Dara binti Khamis,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Faezah Noor binti Kasmuri
Penyelaras Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan kali ke-66 dan ahli-ahli
jawatankuasa

Guru-guru dan seterusnya murid-murid SKTDJ.

Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis Pelancaran


Sambutan Bulan Kebangsaan kali ke-66 peringkat Sekolah Kebangsaan Taman
Desa Jaya Tahun 2023. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat
Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita berkumpul di sini.
Semoga penyatuan tekad perpaduan ini dapat memenuhi harapan diiringi
kedamaian, keamanan dan keharmonian yang berpanjangan buat kita rakyat
Malaysia yang hidup dalam satu rumpun berbilang bangsa, agama dan budaya.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,

Sambutan bulan kebangsaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua guru
dan anak didik di sekolah ini bersama-sama melangkah seiring memegang
iltizam menjadi warganegara yang patriotik. Selaras Dengan tema Sambutan Hari
Kebangsaan Malaysia yang ke- 66 pada Tahun ini iaitu, “MALAYSIA MADANI :
TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN”.

Untuk makluman murid-murid semua, Tema SONGKET menjadi pilihan guru-guru


SKTDJ memperagakan pakaian dan busana masing-masing dalam sambutan
pelancaran bulan kebangsaan pada hari ini. Tahniah juga cikgu ucapkan buat
semua murid yang hadir pada hari ini dengan memakai tudung dan tanjak
sebagai tanda sokongan dari kalian semua. Terima kasih dan berikan tepukan
yang paling gemuruh buat diri masing-masing.

2. BACAAN DOA

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan,

Encik / Ustaz / Sheikh Mohd Effendi bin Samsudin

untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga dengan bacaan doa sebentar tadi
memberikan keberkatan dan kelancaran kepada majlis kita pada hari ini.

Majlis mempersilakan dayang untuk menyerahkan tepak sireh kepada Puan


Guru Besar sebagai tanda memulakan acara.

Seterusnya kita sajikan pula dengan persembahan silat dari adik


___________________________________________________________

3. UCAPAN PENYELARAS PROGRAM

Hadiran sekalian,

Majlis seterusnya mempersilakan Puan Faezah Noor binti Kasmuri selaku


penyelaras program sambutan bulan kebangsaan kali ke-66 pada hari ini untuk
menyampaikan ucapan sepatah dua kata
dipersilakan

SERAH SCROLL

4. UCAPAN PERASMIAN OLEH GURU BESAR

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,

Tarian sudah, silat pun sudah

Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Untuk itu, pihak majlis berbesar
hati menjemput dan mempersilakan Puan Hamidah binti Maarof, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Desa Jaya untuk menerima penyerahan scroll
sebagai tanda gimik perasmian, seterusnya menyampaikan ucapan dan dan
merasmikan majlis pelancaran bulan kebangsaan peringkat Sekolah Kebangsaan
Taman Desa Jaya bagi tahun 2023. Majlis mempersilakan.

Begitulah tadi ucapan perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan Sekolah


Kebangsaan Taman Desa Jaya tahun 2023. Terima kasih diucapkan sekali lagi
kepada Puan Guru Besar atas kesudian merasmikan majlis.

5. GIMIK PELANCARAN

Para guru dan murid yang dikasihi,

Kita baharu sahaja saksikan bersama-sama sebentar tadi gimik perasmian yang
cukup menarik sebagai simbolik pelancaran bulan Kebangsaan peringkat Sekolah
Kebangsaan Taman Desa Jaya bagi tahun 2023. Terima kasih diucapkan.

6. LAUNGAN MERDEKA

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan En Mohd Harid bin
Sharon, GPK KOKO SKTDJ untuk ,mengetuai Laungan Merdeka.
Depersilakan tuan.

MERDEKA…….. MERDEKA……. MERDEKA

Terima kasih En Harid atas kesudian mengetuai acara laungan merdeka itu tadi.

7. PERSEMBAHAN MURID

SAYANG TEBU PATAH SEBATANG

DITEBANG IA DIBUAT GULA

SAAT YG DINANTI TELAHPUN DATANG

PERSEMBAHAN MURID KINI BERMULA.


Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,

Majlis kita takkan berseri tanpa persembahan yang dinanti.

Persembahan.

Nak tengok persembahan takkkkkkkkkkkk?

Baiklah, tanpa membuang masa, majlis mempersilakan barisan pelakon-pelakon


terhebat SKTDJ untuk naik ke atas pentas dengan persembahan pentomen
mereka.

Dipersilakan

Tahniah diucapkan kepada barisan pelakon-pelakon hebat anak-anak murid


SKTDJ dan terima kasih juga buat barisan guru pembimbing yang diketuai oleh
Cikgu Mohd Ridhwan bin Adnan dan ahli-ahlinya yang hebat-hebat belaka
semuanya bersama-sama berganding bahu menjayakan pentomen yang
dipersembahkan sebentar tadi.

Murid-murid sekalian,

Sepanjang sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini, akan


berlangsungnya pelbagai program dan pertandingan.

Antara program yang akan dijalankan antaranya ialah kuiz kemerdekaan,


pertandingan kelas paling patriotic, mewarna merdeka, doodle merdeka,
pakaian patriotic, pakaian tradisional, membina replica/tugu kebangsaan,
koir merdeka, pantun, sajak dan syair merdeka serta senamrobik merdeka
dan banyak lagiiiiiiiii

Hadiah lumayan disediakan untuk pemenang dan murid-murid yang


bertuah.

Jadi murid-murid diminta untuk tidak melepaskan peluang menyertai


semua aktiviti yang dianjurkan.
6. NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita hamper tiba ke kemunacaknya

Tapi sebelum itu, majlis mempersilakan

Yang berusaha,

Pn Hamidah binti Maarof , GB SKTDJ

Diiringi

En Mohd Harid bin Sharon, GPK HEM

Untuk naik ke atas pentas untuk menyampaikan

Anugerah pakaian terbaik Lelaki dan Perempuan

Dipersilakan

Tahniah diucapkan

Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotic


______________________________________________________________________________________

Hadirin dipersilakan berdiri.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu patriotik yang penuh
semangat daripada para guru dan murid.

Hadirin dipersilakan duduk.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Majlis kita telah pun tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis
merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat sama ada
secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan majlis pelancaran
sambutan bulan kebangsaan Sekolah Kebangsaan Taman Desa Jaya edisi tahun
2023 pada kali ini. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum w.b.t

You might also like