You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA JAYA,

JALAN DANAU 32, TAMAN DESA JAYA,


81100 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM
Tel/Faks : 07-3529298
Jba1081@moe.edu.my
________________________________________________________________

Kepada,

NESTLE PRODUCTS SDN. BHD.


No 26, Jalan Taboh 33/32,
Shah Alam Industrial Park, Section 33,
40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 31 Oktober 2022

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MINUMAN ATAU PRODUK NESTLE SEMPENA


SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Taman Desa Jaya akan


mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak 2022 pada ketetapan berikut;

Tarikh : 24 November 2022 (Khamis)


Sasaran : Murid dan guru (800 orang)
Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : SK Taman Desa Jaya

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan untuk
membantu kami dengan memberi sumbangan dalam bentuk minuman atau produk
Nestle sebanyak 800 orang kepada pihak sekolah bagi memeriahkan lagi Sambutan
Hari Kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Taman Desa Jaya. Sumbangan daripada pihak
tuan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………
(PN HAMIDAH BINTI MAAROF)
Guru Besar,
SK Taman Desa Jaya.

You might also like