You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG MELAKA

PENDIDIKAN SENI VISUAL-TAHUN 6


UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2023-2024

ARAHAN : ( 50 Markah )
1.Pilih satu soalan sahaja daripada tajuk yg diberikan.
2.Murid hendaklah menyediakan dan membawa sendiri peralatan lukisan yang bersesuaian dengan
tajuk pilihan anda mengikut kehendak soalan.

1.MENGGAMBAR
Tajuk: ALAM LAUTAN
Teknik: Lukisan
Bahan: Kertas lukisan,pensel warna ,pensel biasa
Soalan : Hasilkan satu gambaran situasi pada jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
jalinan,ruang,warna dan bentuk tentang beberapa ekor ikan yang berwarna-warni sedang berenang di
suatu kawasan batu karang dan kelihatan juga rumpai laut bergerak mengikut alunan air .

2.MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Tajuk: PEMBALUT MEJA
Teknik: Resis ( Krayon dan Warna Air ) Motif : Lemon Ulangan : tidak kurang daripada 6
Bahan: Krayon @ oil pastel ,Warna air ,Kertas Lukisan
Soalan: Hasilkan satu corak terancang dengan teknik resis.Lakar motif secara susunan berselang
seli.Lukis semula dengan oil pastel untuk menghalang sapuan warna daripada bercampur.Keringkan
hasil kerja anda .

Contoh motif lemon yang boleh digunakan :


3.MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Tajuk: TOPENG MATA MAJLIS HARI JADI
Teknik : Tampalan dan Guntingan
Bahan: Pensel warna,kad manila @ ,kain felt ,kotak ,gam /pita pelekat,gunting,hiasan
Soalan: Hasilkan satu topeng mata majlis sambutan hari jadi yang kreatif. Hasil karya mestilah
menampakkan unsur imbangan ,jalinan,bentuk ,warna dan kepelbagaian.Keluarkan idea kreatif kamu
pada karya ini.

4.MENGENAL KRAFT TRADISIONAL


Tajuk: MODEL WAU BULAN
Teknik: Guntingan ,lipatan dan cantuman
Bahan: Kain Felt @ kertas warna pelbagai ,jarum,gam UHU ,lidi sate ,hiasan yang bersesuaian
Soalan: Hasilkan sebuah model wau bulan dengan teknik guntingan dan cantuman pada lakaran
motifnya.Menggunakan kain felt serta kertas warna pelbagai dan dihias mengikut kreativiti anda

Disediakan oleh , Disemak oleh , Disahkan oleh ,

You might also like