You are on page 1of 4

JURNAL MINGGUAN 9

BAHAN BANTU BELAJAR

27 MAC 2023 – 02 APRIL 2023

1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Setelah beberapa minggu menjalani praktikum, isu yang ingin difokuskan pada
minggu ini adalah pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Apakah bilik darjah
yang mesra budaya?. Bilik darjah yang mesra budaya merupakan terdapatnya
komunikasi yang baik antara pelajar dengan pelajar pelajar dan pelajar dengan
guru.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):

Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya bukan suatu yang mudah. Guru perlu
bijak, kreatif dan mempunyai semangat yang tinggi untuk mewujudkan persekitaran
bilik darjah yang mesra budaya. Seterusnya guru juga perlu jelas bahawa bilik
darjah ialah satu ekologi yang mempunyai sistemnya yang tersendiri dan
mempunyai perkaitan dan pertautan antara persekitaran fizikalnya dengan benda
bernyawa, iaitu guru dan murid.

Punca dan kesan guru gagal mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya adalah
akan melahirkan murid yang pasif. Seterusnya, murid juga akan memiliki sikap malu
untuk berinteraksi dengan orang lain.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU


(PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS:

Kemahiran bernilai tambah atau KBT merupakan salah satu penyelesaian atau
kaedah untuk mendepani perubahan pesat pada abad ke-21 kerana penyepaduan
kemahiran bernilai tambah memenuhi keperluan semasa pembelajaran dan
pemudahcaraan PdPc (KPM 2018). Tujuh jenis KBT dimasukkan dalam kurikulum
seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK), kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual,
pembelajaran konstruktivisme dan kajian masa depan (KPM 2018). Manakala dalam
buku Tuan Jah Tuan Yusof Komponen Kemahiran Bernilai Tambah dalam sukatan
Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) adalah seperti kemahiran berfikir,
kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) dan kajian
masa depan (KMD). Ini dapat menarik minat murid mengikuti PdPc yang berkesan
kerana mereka telah mempunyai teknik tersendiri untuk menyerap masuk apa yang
telah diajarkan oleh guru. Nota-nota sewaktu PdPc dalam bentuk bertulis atau lisan
yang disampaikan oleh guru juga boleh dipermudahkan lagi dengan kemahiran
belajar dengan mencatat nota mengikut kesesuaian murid. Murid bebas membuat
nota untuk membentuk kefahaman tersendiri. Seperti yang telah dinyatakan di atas,
kemahiran tersebut boleh diaplikasikan sewaktu pengajaran karangan. Hal ini
kerana, sebelum menghasilkan karangan yang lengkap, murid perlu mengumpul
maklumat bagi membina kerangka karangan melalui kemahiran mencatat nota.
Contohnya , mereka boleh menyenaraikan faktor-faktor pencemaran udara melalui
peta minda. Kesannya, karangan yang lengkap dapat dihasilkan melaui rujukan
nota-nota yang sistematik dan berkesan.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:

Antara cadangan dan idea penyelesaian masalah bagi isu di atas adalah guru perlu
menyediakan bahan bantu belajar yang efektif dan berkesan. Hal ini kerana jika
bahan bantu belajar tersebut efektif dan berkesan akan mendorong murid
menguasai topik yang diajar oleh guru. Seterusnya, bahan bantu belajar juga
mestilah bersaiz besar. Hal ini kerana BBB yang bersaiz besar akan memudahkan
semua murid melihat BBB tersebut. Tambahan lagi, guru perlu memastikan BBB
tersebut selamat digunakan oleh murid agar tidak mengancam nyawa guru dan
murid. Hal ini kerana, BBB yang selamat akan mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN:

Cadangan dan idea penyelesaian bagi isu di atas adalah guru Bahasa Melayu boleh
menggunakan dan menyarankan murid menulis pantas dan aktiviti melakar dalam
bentuk grafik seperti rajah tulang ikan, rajah pusingan, carta pai, peta minda dan
jadual. Ini akan menarik minat murid mengikuti PdPc dengan lebih berkesan kerana
telah mempunyai teknik tersendiri untuk menyerap nota dan maklumat yang
diajarkan oleh guru.Nota-nota sewaktu PdPc dalam bentuk tulisan atau lisan yang
disampaikan oleh guru juga boleh dipermudahkan dengan kemahiran mencatat nota
yang tersendiri mengikut kreativiti masing-masing.

6. TINDAKAN SUSULAN:

Tindakan susulan yang boleh dilakukan bagi mengurangkan cabaran guru Bahasa
Melayu dan menggalakkan murid meminati Bahasa Melayu adalah dengan
mengarahkan murid mencatat nota menggunakan peta minda. Hal ini kerana,
sekiranya mereka mencatat nota menggunakan peta minda, ini dapat menarik minat
belajar dan mereka dapat mengisi waktu terluang dengan tugasan masing-masing.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN:


13 Februari 2023

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:

Melalui cadangan penambahbaikan yang dirangka, saya mendapati masalah ini


semakin reda dan berjaya membantu murid untuk mempunyai semangat kekitaan
dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Kesannya, aktiviti murid berjalan lebih
lancar dan selari dengan waktu yang telah dirancang. Hal ini demikian kerana murid
kelihatan lebih aktif dan seronok sewaktu pembelajaran berlangsung kerana mereka
mampu bekerjasama dengan baik dalam menyiapkan tugasan berkumpulan.
Kesannya, tiada murid yang membuat kerja sendiri dan tidak terlibat dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Ternyata langkah-langkah yang dicadangkan
berkesan dalam membantu saya merancang aktiviti yang lebih baik serta sesuai
dengan tahap kemampuan murid-murid sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung,

9 KESIMPULAN

Kesimpulannya, impak amalan pembelajaran menyeronokkan dalam bahasa


Melayu yang ketara adalah kepada aspek perspektif dan aplikasi pengetahuan
responden tentang kaedah dan teknik yang efektif sehingga dapat meningkatkan
prestasi pengajaran mereka. Responden sedar jika mereka mengamalkan
pembelajaran menyeronokkan murid-murid akan lebih bermotivasi untuk mengikuti
pelajaran mereka. Cabaran yang ketara adalah dari segi penyediaan bahan bantu
mengajar berasaskan teknologi. Oleh itu dicadangkan diadakan kursus, bengkel
dan program berterusan supaya mereka mendapat pendedahan, pengalaman,
kefahaman dan pengetahuan yang lebih meluas tentang amalan pembelajaran
menyeronokkan.

10 RUJUKAN

Arniza Mokhtar & Zamri Mahamod. (2019). Jenis-jenis Penyerapan Kemahiran

Bernilai Tambah Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Berdasarkan

Tajuk Pengajaran. Jurna Pendidikan Bahasa Melayu, 8, 22-32.


Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2020). Teori Bahasa Implikasinya Terhadap

Pengajaran Tatabahasa. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2020). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

You might also like