You are on page 1of 1

‫المدرسة الثانوية الوطنية الدينية كانيجاو صباح‬

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KENINGAU


JALAN BANJAR MEMPIKIT,
89009 KENINGAU.
Tel : 087-337290 Faks : 087-337291

Ruj. Tuan: SMKAKGU(XRA1001)/800/08/10(2)


Ruj.Kami: SMKAKGU(XRA1001)/800/08/10(2)
Tarikh : 29 Januari 2014

Mohd Rosaidi Awang,


Setiausaha Persatuan Sepak Takraw,
Sekolah Menengah Kebangsaan(A) Keningau,
Beg Berkunci No.2,
Jalan Banjar,
89009, Keningau, Sabah

Tuan,
Memohon Kelulusan Untuk Mengutip Derma keahlian Bagi Persatuan Sepak Takraw
SMKA Keningau, Sabah.
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan
SMKAKGU(XRA1001)/800/08/10( 2) bertarikh 20 Januari 2014 yang berkaitan.
2. Merujuk surat tuan SMKAKGU(XRA1001)/800/08/10( 2) bertarikh 28 Januari 2014
dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta
Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21
hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk memungut derma
Persatuan Sepak Takraw adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai 2 Februari 2014.

3. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.


Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………….
HAIDON HADI SAPIRI
Pengetua,
Smk Agama Keningau, Sabah.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

You might also like