You are on page 1of 3

UJIAN DAURAH HAID & ISTIHADHAH

NAMA: MIMI SUHAILA SUFRIADI

1. Seorang wanita memiliki kebiasaan haid setiap bulan 5 hari diawal bulan. Kemudian,
pada bulan ini dia mengalami 25 hari darah berwarna hitam. Bagaimanakah
hukumnya? Dan berikan keterangannya..!
Jawapan:

Wanita ini mengalami istihadhoh Mu’tadah Bukan Mumayyizah.


Wanita ini mu’tadah kerana pernah mengalami haid dan suci yang dia ingat
tempohnya. Dia juga mengalami istihadhoh kerana kebiasaan haidnya setiap bulan
ialah 5 hari pada awal bulan, namun bulan ini dia mengalami haid lebih daripada 15
hari yang mana mengeluarkan darah dengan 1 sifat sahaja iaitu darah berwarna
hitam selama 25 hari (bukan mumayyizah)

Oleh itu, hukumnya dikembalikan ke kebiasannya yang paling akhir iaitu 5 hari. Hal
ini kerana yang dimaksudkan dengan kebiasaan ditentukan dari haid yang terakhir
sebelum dia mengalami bukan mumayyizah.

2. Sebutkan syarat Tamyiz. Serta berikan contoh darah wanita kebiasaan haid yang
darahnya tamyiz dan tidak tamyiz.
Jawapan:

Seseorang boleh dihukumkan tamyiz dengan 4 syarat:


1) Darah kuat tidak boleh kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam.
Jika kurang, maka wanita itu bukan mumayyizah.
2) Darah kuat tidak boleh melebihi tempoh maksima haid 15 hari. Jika lebih, wanita
ini juga bukan mumayyizah.
3) Darah lemah tidak boleh kurang dari 15 hari.
-Syarat ini digunakan apabila darah keluar berterusan. Jika darah berhenti maka
syarat ini tidak diperlukan.
4) Darah lemah keluar berturut-turut yakni tidak diselangi darah kuat dalam
tempoh 15 hari itu. Jika tidak maka tidak boleh dihukum haid dengan warna
darah.

Wanita kebiasaan haid yang darahnya tamyiz.


Seorang wanita mu’tadah kebiasaan haid 6 hari. Kemudian bulan ini melihat darah warna
hitam 8 hari, kemudian darah merah 10 hari dan kemudian darah berhenti. Maka wanita ini
ialah wanita mu’tadah kerana pernah mengalami haid dan suci dan dia juga mumayyizah
kerana melihat adanya darah kuat iaitu darah hitam dan darah lemah iaitu darah merah.
Wanita ini juga cukup syarat-syarat tamyiz.
 Darah kuat tidak kurang sehari semalam
 Darah kuat tidak melebihi 15 hari 15 malam
 Syarat 3 gugur kerana darah lemah berhenti dan tidak berterusan keluar kerana
selepasnya ada suci.
 Darah lemah bersambung

Maka, haid wanita ini adalah dengan perbezaan warna darah bukan mengikut adatnya. Jadi,
darah kuat 8 hari ialah haid manakala darah lemah 10 hari ialah istihadah.

Contoh Gambar Rajah

Hari 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 13 14 15 1 17 18
2 6
Warna Darah Haid Darah Istihadah
darah

Wanita kebiasaan haid yang darahnya tidak tamyiz.


Seorang wanita mu’tadah kebiasaan haid 5 hari. Kemudian bulan ini dia melihat darah yang
tidak menentu keluar sehingga melebihi 15 hari (darah merah selama 15 hari, kemudian
berterusan keluar atau bertukar warna kuning). Maka, haid wanita ini adalah mengikut
darah haid pada bulan sebelumnya iaitu 5 hari.

3. Bagaimanakah wanita yang sudah suci menurut Sayyidah Aisyah?


Jawapan:

Hadis sahih daripada Sayyidah Aisyah R.A yang disebutkan oleh Imam Al Bukhary di
dalam kitab sahih beliau daripada Sayyidah Aisyah R.A beliau berkata kepada para
wanita:

‫َال َت ْع َج ْل َن َح َّت ى َت َر ْيَن اْل َقَّص َة اْلَبْيَض اَء‬


“Janganlah kamu terburu-buru sehingga kamu melihat kapur putih”

Makna hadis ini ialah kamu tidak akan suci sehinggalah kamu melihat kapas keluar
putih seperti warna kapur yang mana tiada pada kapas tersebut sedikit pun kesan
darah.

4. Sebutkan nama 2 imam yang berpendapat tentang hukum orang yang suci yang kita
pelajari sepanjang daurah.
Jawapan:
2 orang Imam yang berpendapat tentang hukum orang yang suci ialah Imam Al Ramli
dan Imam Ibnu Hajar.

5. Sebutkan syarat haid, warna darah haid dan sifat haid.


Jawapan:

Syarat haid ada 5 perkara:


1. Darah yang jibillah (keluar semulajadi)
2. Darah keluar dari dasar Rahim wanita yakni yang paling jauh (ke dalam)
3. Ia keluar tanpa sebab
4. Keluar dalam keadaan sihat
5. Keluar pada waktu-waktu tertentu

Warna darah haid:


1. Hitam
2. Merah
3. Coklat
4. Kuning
5. Keruh

Sifat darah haid (kekuatan darah) dinilai daripada 3 perkara:


1. Warna
2. Kepekatan
3. Bau
Darah yang memiliki banyak sifat lebih kuat berbanding darah yang memiliki
kurang sifat.
Contoh: keluar darah berwarna merah, berbau, tekstur pekat adalah darah
yang lebih kuat berbanding keluar darah berwarna merah dan berbau sahaja.

You might also like