You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENAJA

KELAB BOLA SEPAK JENERI


2019

Tarikh : 31 Ogos 2019


Masa : 9:30 Malam
Tempat : LOT 39, Kampung Kuala Jeneri, Mukim Jeneri, 08320 Sik, Kedah

Kehadiran:
1. MOHAMAD ALIFF AFIQUDDIN B. HILMY
2. MOHAMAD FAZLI BIN TALIB
3. MOHD SHAKIR BIN OMAR
4. MOHD ZARITH BIN MOHD ZAIDI
5. MOHD AFIQ BIN ABD RONI
6. MOHD ARIF IDZHAM BIN ABD RONI
7. MOHD NASIRUDIN BIN IBRAHIM
8. MOHD SHAHRUL NIZAM BIN HASSAN BADERI

1. Aluan Pengerusi
Mohamad Aliff Afiquddin mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat ke Mesyuarat Penaja
Kelab Bola sepak Jeneri ataupun dikenali sebagai Jeneri FC ( Jeneri Football Club).

2. Tujuan mesyuarat diadakan


Adalah untuk menubuhkan dan mendaftarkan Jeneri FC, menetapkan struktur organisasi,
memajukan lagi sukan tradisi khususnya sukan bola sepak di dalam daerah Sik dan negeri
Kedah.

3. Matlamat penubuhan badan sukan


a. Menjamin sukan bola sepak dipermaikan oleh generasi akan datang.
b. Memajukan lagi sukan tradisi di kalangan masyarakat Jeneri
c. Membangun, menggalak dan mempromosi sukan bola sepak di mukim Jeneri
d. Merancang dan membangunkan atlet, pegawai, jurulatih dan mencungkil bakat-
bakat baru;
e. Memilih atlet bagi mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan sukan bola sepak
f. Mewakili kelab dalam badan yang diiktiraf bagi mewakili sukan bola sepak.
g. Menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi melalu penubuhan/
penerimaan ahli gabungan yang sah berdaftar dengan mana-mana undang-undang
di Malaysia

-1-
4. Harapan penubuhan badan sukan
a. Mengharapkan Jeneri FC akan bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab
mengelola sukan bola sepak di dalam Daerah Sik;
b. Membangun, mengendali, mempromosi dan mengurus sukan bola sepak di dalam
Daerah Sik.
c. Menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan
bagi sukan bola sepak di peringkat Daerah Sik
d. Menyelesaikan apa-apa isu atau konflik yang melibatkan ahli-ahlinya termasuk
pegawai dan pemegang jawatan.
e. Mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan badan negeri, kebangsaan,
antarabangsa dan badan-badan sukan atau agensi di semua peringkat.
f. Memastikan setiap program dan aktiviti dilaksanakan berdasarkan perlembagaan
dan peraturan-peraturan di bawahnya.
g. Memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan
disediakan
h. Memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah
kewangan kelab ini tidak bercanggah dengan undang-undang Negara.

5. Resolusi Penubuhan Badan Sukan


a. Ahli sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan sebuah kelab sukan komuniti bagi
sukan bola sepak.
b. Ahli sebulat suara bersetuju untuk menamakan organisasi ini sebagai Kelab Bola
sepak Jeneri atau dikenali dengan nama Jeneri FC.

6. Ketetapan Alamat Badan Sukan


Mohd Shakir bin Omar mencadangkan agar Lot 39, Kampung Kuala Jeneri, Mukim
Jeneri, 08320 Sik dijadikan alamat badan sukan ini. Sokongan ahli adalah sebulat suara
untuk alamat badan sukan ini.

-2-
7. Pelantikan Ahli Jawatankuasa

Jawatan Nama Dicadangkan Oleh Disokong


Presiden MOHAMAD ALIFF MOHD SHAKIR Sebulat suara
AFIQUDDIN B. HILMY BIN OMAR
Timbalan MOHD ZARITH BIN MOHD MOHAMAD FAZLI MOHD NASIRUDIN BIN
Presiden ZAIDI BIN TALIB IBRAHIM

Setiausaha MOHAMAD FAZLI BIN TALIB MOHD ARIF Sebulat suara


IDZHAM BIN ABD
RONI
Bendahari MOHD SHAKIR BIN OMAR MOHD SHAHRUL MOHD AFIQ BIN ABD
NIZAM B. HASSAN RONI
BADERI
Ajk 1 MOHD SHAHRUL NIZAM BIN MOHD ALIFF Sebulat suara
HASSAN BADERI AFIQUDDIN
Ajk 2 AFIQ BIN MLHD ABD RONI MOHD FAZLI B Sebulat suara
TALIB
Ajk 3 MOHD NASIRUDIN BIN MOHD SHAKIR B Sebulat suara
IBRAHIM OMAR

8. Menyemak dan Meluluskan Perlembagaan Badan Sukan


Mohd Fazli bin Talib membentangkan kandungan perlembagaan badan sukan kepada ahli
mesyuarat. (Sila rujuk lampiran)
Ahli sebulat suara bersetuju menggunapakai perlembagaan yang telah dibentangkan.
Tiada penambahan pada kandungan perlembagaan badan sukan yang dibentangkan.

9. Lain-lain agenda.
Majlis Makan Malam Bola Sepak Bulanan dan acara tahunan harus diadakan secara tetap.

Minit disediakan oleh: Minit disemak oleh:

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : MOHAMAD FAZLI BIN TALIB Nama : MOHAMAD ALIFF
Jawatan : Setiausaha AFIQUDDIN
Tarikh : 3 September 2019 BIN HILMY
Jawatan : Presiden
Tarikh : 3 SEPTEMBER 2019

-3-

You might also like