You are on page 1of 14

BAB 10

Kecemerlangan Malaysia di
Persada Dunia

10.1 Malaysia dalam Isu Global Kontemporari


10.2 Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa
10.3 Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan
10.4 Usaha Mengekalkan Kelestarian Global
10.5 Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan
SARAWAK 2022 (PPD MERADONG) Soalan 9 (Esei)
10.1 Malaysia dalam Isu Global Kontemporari
10.3 Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan

Kebijaksanaan Malaysia dalam menangani pelbagai isu global telah meningkatkan imej
negara di persada dunia.

(a) Jelaskan isu global kontemporari yang dihadapi oleh Malaysia. [6 markah]

F1 Penyalahgunaan dadah
H1a Mengisytiharkan perang terhadap penyalahgunaan dadah
H1b Menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah dadah
H1c Menyuarakan dalam forum antarabangsa / PBB
C1c International Drug Enforcement Conference – IDEC (Persidangan
Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa)
H1d Mendapat kerjasama daripada International Criminal Police Organization
INTERPOL (Polis Antarabangsa)
C1d Tun Dr Mahathir Mohamad, dipilih sebagai Ketua Jawatankuasa Antidadah
Antarabangsa pada tahun 1988

F2 Pertindihan sempadan
H2a Isu tuntutan sempadan / hak milik bertindih dengan negara lain
C2a Tuntutan terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura /
Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dengan Indonesia
H2b Diselesaikan melalui keputusan Mahkamah Antarabangsa
H2c Memutuskan Pulau Sipadan dan Ligitan milik Malaysia / Pulau Batu Putih
milik Singapura
H2d Tuntutan Kepulauan Spratly melibatkan China / Vietnam / Brunei / Filipina
H2e Tuntutan bermula apabila Malaysia memasukkan Kepulauan Spratly ke dalam
sebahagian wilayah Malaysia
H2f Termaktub dalam Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
H2g Tuntutan ini masih dalam pertikaian / belum selesai
H2h Kepulauan ini penting daripada sudut geostrategik /perdagangan
H2i Membangkitkan isu tuntutan tersebut dalam forum ASEAN-China pada tahun
1995

F3 Kempen antiminyak sawit


H3a Minyak sawit menjadi pesaing kepada negara pengeluar minyak kacang soya
H3b Negara maju melancarkan gerakan antiminyak sawit
H3c American Soybean Association (ASA)
H3d Minyak sawit menjejaskan penjualan minyak kacang soya
H3e NGO Pencinta Alam di Eropah
H3f Penanaman kelapa sawit mencemarkan alam sekitar / kemusnahan hutan /
habitat haiwan liar
H3g Isu ini dihadapi oleh negara-negara pengeluar minyak sawit
C3g Malaysia / Indonesia
H3h Malaysia mengadakan kempen bagi menangani isu ini
H3i Melalui pertubuhan Rountable on Sustainable Palm Oil (RSPO)
H3j Mendapatkan skim pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
H3k Bertujuan menghasilkan pengeluaran minyak sawit secara mampan
H3l Pelaksanaan amalan baik /Gap-Good Agricultural Practices (Amalan Pertanian
Baik)
H3m Tindakan berhemah mengelakkan konflik dengan negara lain.

F4 Pemerdagangan Orang
H4a Merupakan jenayah terancang
H4b Menjadi ancaman terhadap hak asasi manusia / keselamatan negara.
H4c Wujud sindiket pemerdagangan orang
H4d Kesan perkembangan ekonomi / kemakmuran Malaysia menarik kehadiran
warga asing.
H4e Kedudukan yang strategik menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit
pemerdagangan
H4f Penguatkuasaan undang-undang
H4g Menerusi Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-Kanak 1989
H4h Protokol PBB untuk mencegah / menyekat / menghukum pesalah
pemerdagangan orang
H4i Memberikan bantuan kepada mangsa
H4j Untuk mencegah, menyekat serta menghukum pesalah pemerdagangan
orang
H4k Menubuhkan / menguatkuasakan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Anti
Penyeludupan Migran (MAPO) / Akta Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM)
H4l Mewujudkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-
2015)
H4m Menjalankan rundingan dengan negara luar / penguatkuasaan
/pendakwaan / perlindungan

F5 Penyakit Berjangkit
H5a 100 000 kadar jangkitan kes Acquire Immune Deficiency Syndrome (AIDS)
telah dilaporkan pada tahun 2014
H5b Menyebabkan 16 000 kematian di Malaysia
H5c AIDS disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat / penyalahgunaan dadah
H5d Kementerian Kesihatan bertindak proaktif untuk mengurangkan penularan
penyakit berjangkit
H5e Membuat pemeriksaan kesihatan berterusan / memberikan rawatan kepada
pesakit
H5f World Health Organization (WHO) memperakukan pencapaian Malaysia
berjaya mengurangkan masalah penularan wabak daripada ibu kepada anak
H5g Mendukung hasrat PBB untuk menjadikan dunia bebas AIDS menjelang tahun
2030 melalui National Strategic Plan for Ending AIDS (NSPEA) / Menyambut
Hari AIDS Sedunia
(b) Huraikan usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam menjayakan misi
kemanusiaan berikut.

● Palestin

● Tsunami di Acheh dan Sri Lanka


[6 markah]

Palestin
F1 Penglibatan rakyat dalam NGO membantu warga Palestin
H1 Membolehkan satu koordinasi bantuan dapat dilaksanakan

F2 Aman Palestin
H2a Giat membantu secara kolektif / sistematik / berterusan / berkesan
H2b Menyalurkan bantuan kebajikan / sumbangan orang ramai kepada rakyat
Palestin

F3 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


H3a Merupakan gabungan beberapa buah NGO
H3b Melaksanakan kerja-kerja kesukarelawanan
H3c Mengadakan Hari Solidariti Rakyat Palestin

F4 Cinta Gaza Malaysia (CGM)


H4a Diasaskan oleh Muhammad Nadir al-Nuri Kamarulzaman
H4b Menjalankan aktiviti kutipan / sumbangan kepada penduduk Gaza terutama
kanak-kanak / ibu tunggal / warga emas
H4c Melancarkan projek Ramadan 2020
C4c merangkumi bantuan perubatan / kebajikan belia / teknologi hijau /
infrastruktur / pendidikan / pengajian al-Quran serta seni / budaya

F5 Muslim Care Malaysia bergiat secara aktif menjalankan misi kemanusiaan

F6 Peranan individu /rakyat Malaysia


H6a Menyatakan sokongan padu kepada rakyat Palestin
H6b Melakukan demonstrasi sebagai tanda sokongan kepada Palestin
H6c Menubuhkan Tabung Palestin untuk mengutip sumbangan kewangan
H6d Menghantar bantuan makanan / perubatan menerusi program Freedom
Flotilla
C6d Dr. Fauziah Mohd. Hasan / Dr. Afandi Salleh H6e Misi Kemanusiaan Ebit Lew /
Kasih Neelofar / Caprice / Mizz Nina / mana-mana pertubuhan yang turut
memberi sumbangan

Tsunami di Acheh dan Sri Lanka


F7 Malaysia Medical Relief Society (MERCY Malaysia)
H7a Ditubuhkan oleh Tan Sri Dr Jemilah bt Mahmood
H7b Memberi bantuan perubatan
H7c Membina semula pusat kesihatan komuniti di Aceh
H7d Membangunkan infrastruktur di Sri Lanka
C7d Sekolah/ jambatan

F8 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


H8a Memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa tsunami di Aceh
H8b Mendirikan sekolah
H8c Membina rumah perlindungan kepada lebih kurang 120 orang anak yatim di
Banda Aceh

F9 Yayasan Restu
H9a Memberikan bantuan pendidikan percuma kepada warga Aceh
H9b Membangunkan rumah anak yatim Babun Najah di Ulee Kareung, Aceh

(c) Teliti poster berikut.

Sumber: https://anyflip.com/lqmay/jdcu

Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut. [8 markah]


SABAH 2022 Soalan 9 (Esei)
10.2 Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa

Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas selari dengan perkembangan yang berlaku
dalam ekonomi antarabangsa.

(a) Bagaimanakah cara negara maju mengekalkan dominasi ekonomi? [3 markah]

F1 Mengenakan pelbagai sekatan / halangan perdagangan


H1 dalam bentuk tarif dan cukai
F2 Kempen memburukkan produk negara lain
F3 Membentuk blok ekonomi
F4 Menetapkan harga pasaran
F5 Spekulasi mata wang

(b) Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk membangunkan ekonomi di


peringkat serantau dan antarabangsa. Buktikan. [9 markah]

F1 Meluaskan pasaran ekonomi


H1a Meningkatkan perdagangan sesama negara ASEAN
H1b Menandatangani Perjanjian AFTA pada 1992
H1c Kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN
H1d Menjadikan ASEAN tempat produksi yang kompetitif
H1e Mengurangkan tarif dan cukai

F2 Lantang bersuara menentang dominasi ekonomi negara maju


H2a Menuntut tiada sekatan perdagangan
H2b Membangkitkan bantahan dalam forum Antarabangsa
C1 PBB/APEC

F3 Melancarkan kerjasama Pembangunan Ekonomi Segi Tiga


H3a Membangunkan wilayah baharu
H3b Melibatkan Indonesia-Malaysia-Thailand
H3c Memajukan wilayah terlibat / keuntungan bersama

F4 Menangani kemelesetan ekonomi


H4a Menambat kadar pertukaran ringgit kepada dolar
H4b Kadar RM3.80 bagi USD1

F5 Mengantarabangsakan sistem kewangan Islam


H5a Membangunkan sistem kewangan Islam
H5b Menjadi progresif dan komprehensif kepada sektor kewangan negara
H5c Malaysia menjadi pasaran sukuk Islam terbesar dunia
H5d Negara menjadi pusat pelaburan dana Islam utama
H5e Menubuhkan Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
H5f Menyokong perkembangan kewangan Islam

(c) Teliti maklumat yang terkandung di dalam gambar berikut.

Huraikan maklumat yang terkandung di dalam gambar dan kesan kepada negara
sekiranya langkah tersebut tidak diambil. [8 markah]
SBP 2022 Soalan 9 (Esei)
10.3 Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan

Malaysia berada di barisan hadapan dalam membangkitkan isu kemanusiaan dan keamanan
dalam pertubuhan antarabangsa. Isu Palestin, Syria dan Acheh merupakan antara isu yang
menonjolkan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan tersebut.

(a) Mengapakah Malaysia terlibat dalam isu tersebut? [4 markah]

F1 Menonjolkan rakyat Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa


F2 membela masyarakat yang tertindas
F3 Pelibatan dalam aktiviti kesukarelawanan
F4 Membantu golongan yang tidak bernasib baik
F5 Menghulurkan bantuan kepada negara yang ditimpa bencana alam /
peperangan
F6 Pelibatan dalam isu Syria / Palestin
F7 Terlibat dalam misi kemanusiaan di Acheh / Sri Lanka

(b) Huraikan peranan Malaysia dalam isu kemanusiaan di negara terlibat. [8 markah]

Palestin
F1 Menegakkan isu Palestin kepada rakyat Palestin
H1a Disuarakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia
H1b disuarakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
H1c Tindakan rejim Israel menjadi asas kepada perjuangan Malaysia
H1d Memastikan keadilan dan hak rakyat Palestin

F2 Melalui NGO
H2a Koordinasi membantu warga Palestin
C2 Aman Palestin / Cinta Gaza Malaysia (CGM)

F3 NGO Aman Palestin


H3a Giat membantu Palestin secara kolektif / sistematik / berkesan
H3b menyalurkan bantuan kebajikan dan sumbangan orang ramai

F4 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


H4a menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan
H4b membantu rakyat Palestin yang tertindas
C4 Hari Solidariti rakyat Palestin

F5 Cinta Gaza Malaysia (CGM)


H5a Diasaskan oleh Muhammad Nadir al-Nuri Kamarulzaman
H5b menjalankan aktiviti kutipan dan sumbangan kepada Gaza
H5c Menjalankan Projek Ramadan 2020
C5 bantuan perubatan / kebajikan / belia / teknologi hijau / pendidikan al-Quran
/ seni budaya
F6 Muslim Care Malaysia
H6a Ditubuhkan tahun 2006
H6b Menjalankan misi kemanusiaan di Palestin

F7 Rakyat Malaysia menyatakan sokongan padu kepada Palestin


H7a menubuhkan Tabung Palestin
H7b Mengutip sumbangan kewangan kepada mangsa Zionis
H7c menghantar bantuan makanan dan perubatan ke Palestin
C7 Program Freedom Flotilla / program kemanusiaan Free Gaza Movement

F8 menghadapi cabaran semasa misi bantuan


H8a 12 orang sukarelawan Malaysia Kapal Mavi Marmara ditawan Israel pada Mei
2010
C8a Dr. Fauziah Mohd Hasan ditawan oleh Israel dalam Program Women Boat to
Gaza dalam kapal Zaytouna-Oliva
C8b Dr. Mohd Afendi Salleh dalam kapal Al-Awda pada tahun 2018 ditawan dan
dipenjara oleh Israel

Syria
F9 Malaysia memberi bantuan dan sokongan kepada rakyat Syria
H9 kesediaan menerima 3000 pelarian warganegara Syria dalam tempoh 3 tahun
secara sukarela

F10 Organisasi Humanitarian Care Malaysia (Mycare)


H10a Gabungan 6 buah NGO antarabangsa
H10b melancarkan kempen i4Syria pada tahun 2011 bagi menyalurkan bantuan
kepada pelarian Syria
H10c mengendalikan aspek pendidikan / kesihatan / kebajikan pelarian Syria yang
berada di Malaysia

F11 Cinta Syria Malaysia


H11a Ditubuhkan pada tahun 2014
H11b Memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria yang berada di
Turki/Lubnan dan Malaysia
H11c Menubuhkan SEKOLAH KITA / pendidikan percuma untuk anak-anak pelarian
Syria

F12 Global Peace Mission (GPM)


H12a ditubuhkan pada tahun 2001
H12b Aktif menjalankan pelbagai aktiviti kesukarelawanan dan kemanusiaan di 30
buah negara
H12c turut aktif memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria berupa
makanan, ubatan dan peralatan.
(c) Baca maklumat dalam petikan berikut.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membangkitkan


kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya Rohingya
yang telah lama berlarutan tanpa sebarang jalan penyelesaian.

Perkara tersebut telah dibangkitkan beliau dalam pertemuan dua hala dengan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres
sewaktu ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB
Sesi Ke-77.

Jelas Perdana Menteri, beliau turut menegaskan kegagalan tersebut disebabkan


veto kuasa besar dan menegaskan kuasa veto perlu dihapuskan, selain PBB perlu
tegas dalam isu-isu yang tertunggak seperti isu Palestin dan Myanmar.

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2022/09/26/

Mengapakah konflik tersebut masih berlarutan serta kesannya jika konflik ini gagal
diatasi? [8 markah]
SELANGOR 2022 (SET 2) Soalan 9 (Esei)
10.3 Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan

Malaysia berada di barisan hadapan dalam membangkitkan isu kemanusiaan dan


keamanan.
(a) Bagaimanakah rakyat Malaysia terlibat dalam misi kemanusiaan berkaitan isu yang
berikut :
(i) Isu Palestin [4 markah]
(ii) Isu Syria [4 markah]
(iii) Tsunami di Acheh dan Sri Lanka [4 markah]

(b) Gambar berikut berkaitan dengan isu perjuangan di Palestin.

Rasionalkan tindakan Malaysia membantu rakyat Palestin sejak zaman Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj sehingga hari ini. Berikan pendapat anda. [8 markah]

SELANGOR 2022 (SET 3) Soalan 4 (Struktur)


10.3 Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan

Malaysia berada di barisan hadapan dalam menyuarakan pandangan berkaitan isu


kemanusiaan dan keamanan di peringkat global.
(a) Apakah isu tersebut? [2 markah]

(b)
Malaysia berperanan aktif mencari penyelesaian adil dalam menangani konflik
Israel-Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.
Sumber : International Journal of Politic, Public Policy and Social Work
eISSN : 2637-0980
Journal Website : www.ijppsw.com

Bagaimanakah Malaysia berperanan membantu negara tersebut? [4 markah]


(c) Mengapakah konflik kemanusiaan masih berlaku pada masa kini? [4 markah]
PERAK 2022 Soalan 9 (Esei)
10.3 Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan

Pelibatan Malaysia dalam isu kemanusiaan dan keamanan telah menonjolkan pelibatan
rakyat Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.

(a) Jelaskan pelibatan rakyat Malaysia dalam krisis kemanusiaan di Palestin. [6 markah]

(b) Terangkan sumbangan Malaysia melalui pelibatan NGO (Pertubuhan Bukan


Kerajaan) dan bentuk bantuan yang disalurkan oleh Malaysia kepada rakyat Acheh
dan Sri Lanka.
[6 markah]

(c) Pelibatan Malaysia dalam isu kemanusiaan dan keamanan sejak Malaysia mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 hingga sekarang sering mendapat pengiktirafan
antarabangsa.
Pada pandangan anda, mengapakah negara kita menjadi rujukan contoh dan teladan
kepada negara lain di dunia dalam menangani isu global? [8 markah]

MRSM 2022 Soalan 4 (Struktur)


10.4 Usaha Mengekalkan Kelestarian Global

MRSM 2022
Soalan 4
Dasar luar Malaysia turut mencakupi isu-isu yang berkaitan kelestarian alam sekitar.

(a) Nyatakan usaha negara dalam melaksanakan Deklarasi Langkawi. [3 markah]

(b) Terangkan pelibatan Malaysia dalam isu Antartika? [3 markah]

(c) Baca maklumat dalam petikan berikut.

Di Malaysia, banjir besar melanda negara pada hujung tahun lalu, meragut
puluhan nyawa dan puluhan ribu mangsa terpaksa ditempatkan di pusat
pemindahan sementara (PPS), manakala ramai hilang tempat tinggal.

Sumber : https://www.bharian.com.my/

Apakah persediaan negara bagi menghadapi fenomena bencana alam? [4 markah]


TERENGGANU 2022 Soalan 9 (Esei)
10.4 Usaha Mengekalkan Kelestarian Global

TERENGGANU 2022
Rajah berikut berkaitan usaha mengekalkan kelestarian global di dunia.

Usaha Mengekalkan
Kelestarian Global

Menyertai Sidang
Mengisytiharkan Menjadikan Antartika
Kemuncak Bumi dan
Deklarasi Langkawi sebagai Warisan Sejagat
Protokol Kyoto 1997

(a) Mengapakah Malaysia bersungguh-sungguh mengekalkan kelestarian global?


[4 markah]

(b) Jelaskan sumbangan Malaysia dalam mengekalkan kelestarian global di dunia.


[8 markah]

(c) Baca maklumat dalam petikan berikut.

Cabaran utama pengurusan alam sekitar ketika ini ialah mempersiapkan untuk
menghadapi ekosistem yang tidak seimbang menerusi ketidaktentuan cuaca kesan
pemanasan bumi. Kita perlu lebih proaktif dalam konteks serantau dan global bagi
mengurangkan kesan pemanasan bumi. Kita perlu menyediakan kemudahan
awam dan infrastruktur fizikal yang mengambil kira aspek perubahan iklim,
misalnya mempersiapkan kemudahan penebatan banjir dan pesisir pantai di
seluruh negara perlu dipantau secara berterusan untuk mengesan tanda-tanda
hakisan pantai. Tindakan susulan perlu disegerakan termasuklah penanaman
hutan bakau. Menyediakan garis panduan dan latihan untuk menghadapi pelbagai
kemungkinan termasuk gempa bumi, banjir besar, tsunami dan kemarau panjang.
Menyediakan direktori dan mengumpul seluruh kepakaran tempatan untuk
berganding bahu mengurangkan ketidaktentuan cuaca. Kerajaan juga perlu
menyediakan biaya khas untuk menangani bencana dan menjalankan kajian
strategik terhadap fenomena perubahan cuaca yang melibatkan aspek bekalan air,
kesihatan awam, risiko alam sekitar dan pelepasan gas karbon dalam pelbagai
sektor.

Sumber ubahsuai: Zaini Ujang, 2008. Dasar Alam Sekitar Malaysia – Tinjauan Kritis.
Seminar Akademi Sains Islam Malaysia.
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap
negara sekiranya isu ini tidak diatasi. [8 markah]

PAHANG 2022 Soalan 9 (Esei)


10.4 Usaha Mengekalkan Kelestarian Global

Mengekalkan kelestarian global bermaksud usaha untuk mengekalkan serta memelihara


keaslian alam sekitar bagi membolehkannya diwarisi oleh generasi akan datang.

(a) Mengapakah Malaysia mengisytiharkan Deklarasi Langkawi? [4 markah]

(b) Bincangkan peranan Malaysia ketika menyertai Sidang Kemuncak Bumi di Rio de
Janeiro, Brazil pada 3 hingga 4 Jun 1992. [8 markah]

(c) Petikan berikut berkaitan dengan pemanasan global.

Pemanasan global adalah satu fenomena peningkatan suhu bumi yang melebihi
paras normal. Fenomena ini telah membentuk satu ketidakseimbangan ekosistem
apabila peningkatan suhu berlaku dan terasa lebih panas dari biasa.

Sumber : tsis.my/wp-content/upload/Impak-pemanasan-global

Beri cadangan anda untuk mengatasi isu pemanasan global tersebut. [8 markah]

You might also like