You are on page 1of 2
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA ‘SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BE YBDIERN MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA MALAYSIA Aras 4, Blok E2, Kompleks E LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel :03-8864 9000 a PUTRAJAYA, Faks : 03-8884 9315 IALAYSIA Laman Web : wwyw.moe.gov.my Ruj. Kami: KPMSP.100-1/10/1 Jid 4 (62) Tarikh II hb, Mei, 2016 Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah arian Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Asrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Sukan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Tuan, TINDAKAN SEGERA MELAPORKAN DAN MENANGANI KES ADUAN DISIPLIN MURID (SALAH LAKU) DAN ISU MURID Dengan segala hormatnya dimaklumkan semue Pengarah Bahagian Sektor Operasi Pendidikan (SOP), Pengarah Pendidikan Negeri (JPN), Pegawai Pendidikan Daerah/Witayah (PPD/PPW) dan Pengetua/Guru Besar Sekolah dimohon supaya mengambil tindakan segera melaporkan kes aduan disiplin murid (salah laku) dan isu murid mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2011 Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid bertarikh 28 Jun 2011. 2. Pelaporan kes disiplin dan isu murid ini hendaklah dilaporkan kepada PPD/PPW/JPN dan KPM dengan menggunakan aplikasi Sistem Pelaporan Isu Disiplin dan Pendidikan (e-PIDP) melalui alamat https://pidp.moe.gov.my. Tindakan segera perlu diambil bagi semua kes berkaitan disiplin murid (salah taku) termasuk perbuatan buli, bergaduh, memukul dan mencederakan murid atau sebarang isu murid seperti kejadian yang tidak diingini atau kemalangan yang boleh mengancam keselamatan, kesejahteraan, kesihatan dan kebajikan murid. 3. Sehubungan dengan itu, KPM menegaskan bahawa Bahaglan/Jabatan Pendidikan Negeri akan mengeluarkan surat penjelasan/surat peringatan kepada pihak tuan sekiranya didapati berlaku ketidakakuran atau kegagalan mengambil tindakan mengikut SOP dan prosedur yang ditetapkan. 4, Dalam hal ini juga, PengetualGuru Besar Sekolah, Pegawal PPD/PPW, Pengarah JPN dan Bahagian Juga dimohon untuk mengambil tindakan serta merta dalam menangani kes disiplin (salah laku) dan isu murid secara betkesan termasuk memberi penjelasan kepada pinak media jika perlu. Kerjasama pihak tuan, amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “SEHATI SEJIWA” JAT UNTUK NEGARA” in Pendidikan Malaysia sk 1, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia \kuluadmiMen2016

You might also like