Professional Documents
Culture Documents
KERTAS KERJA
CABARAN REKA CIPTA BOTTLE TOYS
“PAM BOTOL”
SECARA ATAS TALIAN
PENGENALAN
Kelab dan Persatuan, Sekolah Kebangsaan Taman Daya telah menganjurkan satu cabaran reka
cipta permainan menggunakan botol plastic terpakai. Cabaran yang pertama ini murid mereka
cipta pam botol berdasarkan video panduan yang disediakan. Cabaran ini dalaksanakan secara
atas talian.
RASIONAL
Memupuk budaya reka cipta dalam kalangan murid di samping kitar semula bahan untuk
mengurangkan bahan buangan. Cabaran reka cipta ini juga bertujuan mencungkil bakat murid-
murid untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. Reka cipta permainan dati botol terpakai dapat
mengurangkan penggunaan plastik. Selain itu, turut bertujuan memupuk semangat setiakawan
dan nilai patriotism dikalangan murid melalui aktiviti yang dijalankan.
OBJEKTIF
1. Untuk memupuk budaya reka cipta dan inovasi dalam kalangan murid dan warga
sekolah.
2. Menggalakkan murid menggunakan bahan terpakai seperti plasitk secara kreatif.
3. Menggalakkan daya saing secara sihat dalam kalangan murid.
KUMPULAN SASARAN :
TARIKH PELAKSANAAN :
5 Ogos 2021
TEMPAT PERTANDINGAN : Di rumah masing-masing semasa sesi PDPR bagi membantu usaha
kerajaan menangani penularan wabak Covid-19 di Malaysia dan menjaga SOP yang ditetapkan
seperti mengelakkan 3C (Crowded places, confined spaces , close conversations)
PELAKSANAAN AKTIVITI
Murid melaksanakan reka cipta dalam tempoh 2 minggu dari tarikh 5 Ogos 2021
sehingga 19 Ogos 2021.
Video tutorial membuat Pam Botol diedarkan oleh guru penasihat ke dalam Group
Telegram Kelab dan Persatuan masing-masing.
Video yang murid telah berjaya hasilkan perlu dimuatnaik pada laman Padlet pada
pautan di bawah. https://padlet.com/g52033830/6i136axq3b38ii0i
10 peserta terbaik akan dipilih untuk menjadi pemenang.
ANGGARAN HADIAH PERTANDINGAN CABARAN REKACIPTA BOTTLE TOYS
JUMLAH RM 233.00
PENUTUP
Diharapkan program ini dapat memberi impak positif kepada murid disamping menggalakkan
budaya merekacipta, inovasi dan kitar semula dalam kalangan murid serta meningkatkan daya
saing secara sihat.
(PN.HERYANI BINTI MOHAMAD (PN. NORAZAILAWATI BINTI (EN. AHMAD JAIS BIN OMAR)
MUKHAIR) MUSTAPHA)
Penyelaras Kelab dan Persatuan Guru Besar SK Taman Daya
GPK Kokurikulum SK Taman Daya
SAGUHATI