You are on page 1of 33

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023


PERNIAGAAN 3766/3
PROJEK
Kertas 3

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN TUGASAN PROJEK

PERNIAGAAN

Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Tugasan Projek ini mengandungi 33 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 3766/3

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif Mata Pelajaran 3
3.0 Objektif Pentaksiran 4
4.0 Maklumat Am 5
5.0 Maklumat Kepada Calon 5
6.0 Maklumat Kepada Pentaksir Sekolah (Guru) 6
7.0 Elemen dan Aspek Yang Dinilai 7
8.0 Carta Alir Pentaksiran Terkawal (Controlled Assesment) 8
9.0 Kriteria Penilaian 9
10.0 Pengiraan Skor Elemen dan Jumlah Skor Elemen 28
11.0 Pelaporan 29
Lampiran
Lampiran 1 Borang Penilaian Individu 30
Lampiran 2 Borang Rumusan Skor Tugasan Projek Perniagaan 33

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 3766/3

1.0 PENGENALAN
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil mata pelajaran Perniagaan
dikehendaki melaksanakan tugasan projek sebagai satu daripada keperluan pensijilan.
Tugasan projek dalam konteks ini bermaksud satu kaedah pentaksiran
berdasarkan hasil tugasan calon Tingkatan 5 yang menepati objektif pentaksiran seperti
yang telah ditetapkan.
Tugasan projek ini merupakan satu kaedah pentaksiran yang dilaksanakan dalam suasana
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah penilaian berdasarkan elemen diperkenalkan bagi
membolehkan guru menjalankan penilaian tersebut secara autentik. Elemen yang ditaksir
merupakan ilmu, kemahiran dan nilai yang dihasratkan dalam mata pelajaran Perniagaan
dalam usaha melahirkan individu yang berdaya saing, berilmu dan dilengkapi dengan
asas kemahiran hidup. Pengukuran sesuatu elemen adalah berdasarkan kepada aspek-
aspek tertentu dengan merujuk kepada kriteria sebagai piawaian yang ditetapkan di
peringkat kebangsaaan.
Tugasan projek ini memberi peluang kepada calon untuk melalui dan mengalami
pembelajaran dan pengajaran yang pelbagai. Bimbingan akan dijalankan oleh
pentaksir sekolah (guru) sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan yang ditetapkan.
Skor adalah bersandarkan kepada penguasaan elemen dan kriteria pentaksiran yang
ditetapkan. Guru dikehendaki mengemukakan skor tugasan projek bagi setiap muridnya
kepada Lembaga Peperiksaan (LP).
Panduan ini mengandungi maklumat tugasan projek yang mesti dilaksanakan oleh
calon serta pelaksanaan dan penilaian bagi guru. Maklumat dan arahan yang terkandung
dalam panduan ini telah dirancang dengan teliti bagi membolehkan tugasan projek
disempurnakan dalam tempoh 12 minggu dan mempunyai ruang masa yang mencukupi
kepada guru untuk menilai hasil tugasan projek calon secara berterusan.

2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN


Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI)
Perniagaan bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:
1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan minat murid dalam bidang perniagaan.
2. Membangun idea dan membina kesediaan murid untuk memulakan perniagaan.
3. Membina kemahiran menganalisis dan menilai perubahan persekitaran terhadap
organisasi perniagaan.
4. Membina kemahiran kebolehkerjaan dan kreativiti murid dalam bidang perniagaan.
5. Menerapkan kesedaran tanggungjawab sosial, tingkah laku perniagaan yang
beretika, sikap positif dan nilai murni dalam menjalankan perniagaan.

(Dipetik daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Perniagaan 2016 –


Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 3766/3

3.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN


Objektif Pentaksiran mata pelajaran Perniagaan dikenal pasti untuk mentaksir
penguasaan murid dalam ilmu perniagaan yang mencakupi tujuh konstruk. Kemahiran
murid dalam mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga akan diambil
kira dalam pentaksiran ini.

OP1 Mengingat dan Memahami


Mengukur pengetahuan dan kefahaman tentang fakta, istilah, konsep, teori dan
prinsip yang berkaitan dengan persekitaran perniagaan.

OP2 Kemahiran Mengaplikasi


Mengukur keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman tentang fakta,
istilah, konsep, teori dan prinsip yang berkaitan dengan persekitaran perniagaan
dalam pelbagai situasi yang lazim dan baharu.

OP3 Kemahiran Menganalisis


Mengukur keupayaan mencerakinkan data dan maklumat yang berkaitan dengan
perniagaan daripada pelbagai sumber dengan terperinci dan menghubungkaitkan
data dan maklumat perniagaan secara menyeluruh dengan perkembangan semasa
dunia perniagaan.

OP4 Kemahiran Menilai


Mengukur keupayaan membuat pertimbangan secara rasional, kritis dan kreatif
berkaitan dengan pelbagai isu perniagaan yang kompleks dan bukan kompleks serta
memilih satu alternatif penyelesaian terbaik bagi sesuatu masalah berdasarkan bukti
yang munasabah dalam konteks perniagaan.

OP5 Kemahiran Mencipta


Mengukur keupayaan menjana dan mencerna serta menggabungkan pelbagai idea
perniagaan yang kreatif dan inovatif daripada pelbagai sumber secara individu atau
kolektif berdasarkan perkembangan semasa dunia perniagaan bagi memupuk
budaya keusahawanan.

OP6 Kemahiran Kebolehkerjaan


Mengukur kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh murid iaitu
komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, perancangan dan
pengurusan diri, keupayaan pembelajaran, penggunaan teknologi, berinisiatif
dan keusahawanan.

OP7 Nilai
Keupayaan mempamerkan kesedaran tanggungjawab sosial, tingkah laku perniagaan
yang beretika, sikap positif dan nilai murni dalam menyediakan kertas projek /
tugasan perniagaan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 5 3766/3

4.0 MAKLUMAT AM
4.1 Tugasan projek ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 12 minggu (Penyiapan
projek: 10 minggu, pengurusan dan penilaian: 2 minggu).
4.2 Tugasan projek akan dimulakan berpandu kepada tempoh masa yang telah ditetapkan
dalam takwim LP.
4.3 Pentaksir sekolah adalah guru yang mengajar mata pelajaran Perniagaan.
4.4 Penilaian tugasan projek ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran.
4.5 Penilaian tugasan projek ini dilakukan secara berterusan dalam tempoh
yang ditetapkan.
4.6 Elemen, aspek dan kriteria dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek ini
hendaklah dimaklumkan kepada calon.
4.7 Soalan tugasan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan
di http://lp.moe.gov.my
4.8 Skor bagi setiap calon hendaklah dimasukkan ke dalam Borang Penilaian Individu
seperti di Lampiran 1.

5.0 MAKLUMAT KEPADA CALON


5.1 Calon wajib melaksana dan menyelesaikan tugasan projek Perniagaan
(3766/3) secara individu.
5.2 Penilaian akan dibuat berdasarkan proses kerja dan hasil kerja akhir
calon.
5.3 Penilaian hasil kerja calon dan pemberian g r e d akan dilakukan sepanjang
masa tugasan projek dilaksanakan.
5.4 Setiap elemen akan dikurangkan satu gred sekiranya hasil kerja akhir calon tidak
disertakan dengan draf
5.5 Hasil kerja calon mestilah tulen. Sebarang hasil kerja plagiat akan memberi kesan
kepada pemberian gred.
5.6 Pemberian skor keseluruhan dibuat setelah tugasan projek
disiapkan
5.7 Calon dikehendaki menandatangani Borang Perakuan Calon
5.8 Calon dikehendaki melaksanakan tugasan projek ini dalam tempoh yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 6 3766/3

6.0 MAKLUMAT KEPADA PENTAKSIR SEKOLAH (GURU)


6.1 Perancangan dan Pelaksanaan
6.1.1 Guru hendaklah memberikan penerangan yang jelas kepada calon tentang
perancangan dan pelaksanaan keseluruhan tugasan projek.
6.1.2 Guru hendaklah membimbing calon serta mengisi Borang Senarai Semak
dan Penilaian Guru
6.1.3 Guru hendaklah membimbing calon supaya dapat mematuhi jadual kerja
dalam melaksanakan tugasan projek dengan penuh tanggungjawab.
6.1.4 Guru hendaklah membuat penilaian kerja calon secara berterusan serta
melaksanakan Pentaksiran Terkawal (Controlled Assessment).
6.1.5 Pihak pengurusan sekolah diminta menyediakan kemudahan komputer atau
makmal komputer untuk murid menyempurnakan tugasan projek. Oleh itu,
dicadangkan jadual penggunaan makmal komputer sekolah disediakan bagi
memastikan calon berjaya menyiapkan tugasan projek 3766/3 dalam tempoh
masa yang ditetapkan.
6.1.6 Guru juga hendaklah melaksanakan pentaksiran yang adil dan saksama
serta mempunyai integriti yang tinggi.
6.2 Penilaian
6.2.1 Guru dikehendaki mengisi Borang Penilaian Individu di Lampiran 1.
Gred dan skor bagi setiap aspek yang dinilai hendaklah diisi dalam borang
berkenaan.
6.2.2 Pembentangan oleh calon dilaksanakan secara individu.
6.2.3 Aktiviti pengesanan, pemantauan dan penyetaraan akan dilaksanakan oleh
pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.
6.2.4 Guru hendaklah mengambil tindakan pembetulan dengan segera terhadap
sebarang komen atau nasihat daripada pegawai berkenaan.
6.2.5 Guru dikehendaki mencetak Borang Rumusan Skor Tugasan Projek
Perniagaan di Lampiran 2.
6.2.6 Borang Rumusan Skor Tugasan Projek yang telah dicetak hendaklah disahkan
oleh Pengetua. Borang ini hendaklah difailkan dan disimpan di tempat yang
selamat di sekolah.
6.2.7 Hasil kerja calon (evidens) mestilah disimpan di tempat yang berkunci
selama enam bulan selepas peperiksaan SPM diumumkan.
6.2.8 Guru juga mestilah memasukkan skor projek calon secara dalam talian pada
tarikh yang akan ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Maklumat lanjut
akan diberi oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), Jabatan
Pendidikan Negeri.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 7 3766/3

7.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

Elemen 1.0 Kemahiran Mengaplikasi


1.1 Konsep, Fakta dan Prinsip dalam Perniagaan
1.2 Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Konteks Perniagaan

Elemen 2.0 Kemahiran Menganalisis


2.1 Keperluan Modal
2.2 Analisis Industri
2.3 Sasaran Jualan dan Harga
2.4 Analisis Operasi
2.5 Penyata Aliran Tunai
2.6 Penyata Kewangan Proforma

Elemen 3.0 Kemahiran Menilai


3.1 Sumber Manusia
3.2 Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber Teknologi
3.3 Sumber Pembiayaan Perniagaan

Elemen 4.0 Kemahiran Mencipta


4.1 Struktur Rancangan Perniagaan
4.2 Maklumat dan Bahan

Elemen 5.0 Nilai


5.1 Rasional
5.2 Bertanggungjawab
5.3 Prihatin
5.4 Bersistem

Elemen 6.0 Pembentangan


6.1 Kandungan, susun atur, kelancaran, gaya penyampaian dan
bahan sokongan

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 8 3766/3

8.0 CARTA ALIR PENTAKSIRAN TERKAWAL (CONTROLLED ASSESSMENT)

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 9 3766/3

9.0 KRITERIA PENILAIAN

Elemen 1.0 Kemahiran Mengaplikasi

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


1.1 Konsep, Fakta (i) Mengaplikasi konsep, fakta dan prinsip Rujuk:
dan Prinsip yang tepat dan betul dalam setiap
dalam aspek Rancangan Perniagaan. Ringkasan eksekutif
Perniagaan A
(ii) Menerangkan dengan lengkap dan
jelas setiap aspek dalam Rancangan Keseluruhan tugasan
Perniagaan.

(i) Mengaplikasi konsep, fakta dan prinsip


dengan betul dalam setiap aspek
B Rancangan Perniagaan.
(ii) Menerangkan dengan jelas setiap aspek
dalam Rancangan Perniagaan.

(i) Mengaplikasi konsep, fakta dan


prinsip dalam setiap aspek Rancangan
C Perniagaan.
(ii) Menerangkan setiap aspek dalam
Rancangan Perniagaan.
(i) Mengaplikasi mana-mana satu konsep,
fakta dan prinsip dalam setiap aspek
D Rancangan Perniagaan.
(ii) Menerangkan pada tahap minimum setiap
aspek dalam Rancangan Perniagaan.
(iii) Plagiat
(i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria di
E atas.
(ii) Tiada eviden dikemukakan

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 10 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


1.2 Penggunaan Memilih maklumat yang autentik, tepat Rujuk:
Teknologi A
dan betul dengan tugasan menerusi Maklumat melalui
Maklumat internet
dalam internet.
Konteks Memilih maklumat autentik dan betul
Perniagaan B dengan tugasan menerusi internet.

Memilih maklumat yang sesuai dengan


C
tugasan menerusi internet.

Tidak berupaya memilih maklumat yang


D sesuai.

Tiada evidens dikemukakan.


E

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 11 3766/3

Elemen 2.0 Kemahiran Menganalisis

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.1 Keperluan (i) Membuat anggaran kos berikut dengan Rujuk:
Modal tepat, betul dan terperinci.
– Kos belian stok / inventori Rancangan operasi
A – Kos tenaga kerja
– Kos-kos lain
(ii) Menghitung modal yang diperlukan Rancangan
dengan tepat dan betul. pemasaran

(i) Membuat mana-mana dua anggaran Rancangan


kos berikut dengan betul dan pentadbiran/
terperinci. organisasi
B – Kos belian stok / inventori
– Kos tenaga kerja
– Kos-kos lain
(ii) Menghitung modal yang diperlukan
dengan betul.

(i) Membuat mana-mana satu anggaran


kos berikut dengan betul.
– Kos belian stok / inventori
C – Kos tenaga kerja
– Kos-kos lain
(ii) Menghitung modal yang diperlukan.

(i) Membuat anggaran kos berikut tetapi


tidak betul.
– Kos belian stok / inventori
– Kos tenaga kerja
D
– Kos-kos lain
(ii) Tidak menghitung modal yang
diperlukan.
(iii) Plagiat

(i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria


E
di atas.
(ii) Tiada evidens dikemukakan

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 12 3766/3
Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan
2.2 Analisis (i) Memperincikan kekuatan dan kelemahan Rujuk:
Industri perniagaan dengan tepat dan betul. Rancangan pemasaran
A (ii) Menerangkan strategi promosi dengan
 Sekurang-kurangnya
tepat, betul dan releven.
2 kekuatan dan 2
(iii) Menerangkan produk tandingan / kelemahan
perkhidmatan dan strategi harga pesaing perniagaan
dengan jelas.  2 strategi promosi
perniagaan
(i) Menerangkan kekuatan dan kelemahan  2 produk tandingan
perniagaan dengan betul. dan 2 strategi harga
pesaing
(ii) Menerangkan strategi promosi dengan
B betul dan relevan.
(iii) Menerangkan produk tandingan /
perkhidmatan dan strategi harga pesaing
dengan jelas.

(i) Menyatakan kekuatan dan kelemahan


perniagaan
(ii) Menerangkan strategi promosi dengan
C
releven
(iii) Menyatakan produk tandingan /
perkhidmatan dan strategi harga pesaing.

(i) Menyatakan kekuatan atau kelemahan


perniagaan
D (ii) Menyatakan strategi promosi.
(iii) Menyatakan produk tandingan /
perkhidmatan atau strategi harga pesaing.
(iv) Plagiat
(i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria
E
di atas.
(ii) Tiada evidens dikemukakan

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 13 3766/3
Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan
2.3 Sasaran Jualan (i) Menentukan harga jualan seunit Rujuk:
dan Harga dengan tepat dan betul. Rancangan pemasaran
(ii) Menghitung dengan tepat dan betul
 Penentuan harga
- sasaran jualan dibuat berdasarkan
A
- sasaran untung o Harga pesaing
- syer pasaran o Kos
(iii) Menerangkan sasaran pelanggan o Nilai
dengan tepat dan betul.  Sasaran jualan
mengikut
(i) Menentukan harga jualan seunit o Kadar
dengan betul. pengiraan
(ii) Menghitung dengan tepat dua daripada sasaran jualan
yang berikut: (150-180%)
B - sasaran jualan dari belian
kerana lebih
- sasaran untung sesuai dengan
- syer pasaran soalan. Tetapi
(iii) Menerangkan sasaran pelanggan calon
dengan betul digalakkan
(i) Menentukan harga jualan seunit mengambil
kadar bermula
(ii) Menghitung dengan betul satu 160% ke atas.
daripada yang berikut:
- sasaran jualan  Sasaran untung
C - sasaran untung
Margin untung
- syer pasaran bersih
(iii) Menyatakan sasaran pelanggan
(UB/ JB) x100
(i) Menentukan harga jualan
seunit  Syer pasaran :
(ii) Menghitung yang berikut tetapi tidak o Berdasarkan 2
betul pesaing dan
D jumlah jualan
- sasaran jualan
- sasaran untung
- syer pasaran
(iii) Menyatakan sasaran pelanggan tetapi
tidak betul.
(iv) Plagiat
(i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria
E
di atas.
(ii) Tiada evidens dikemukakan

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 14 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.4 Analisis (i) Menghuraikan perkara berikut dengan Rujuk:
Operasi tepat, betul dan jelas. Rancangan operasi
- jenis barangan
- proses penyediaan barang / carta alir Perhatian:
- operasi perniagaan 1. 1 carta alir proses
perniagaan
- tenaga kerja langsung mengikut format.
A (ii) Menjustifikasikan pemilihan lokasi
dengan tepat dan sesuai.
(iii) Menghasilkan pelan susun atur operasi
yang tepat, betul dan sesuai.
(iv) Menerangkan keperluan perniagaan
/ rakan strategik niaga dengan tepat
dan betul.

(i) Menghuraikan mana-mana tiga


perkara berikut dengan betul dan jelas.
- jenis barangan
- proses penyediaan barang / carta alir
- operasi perniagaan
- tenaga kerja langsung
B (ii) Menjustifikasikan pemilihan
lokasi yang sesuai.
(iii) Menghasilkan pelan susun atur operasi
yang betul dan sesuai.
(iv) Menerangkan keperluan perniagaan /
rakan strategik niaga dengan betul.

(i) Menghuraikan mana-mana dua


perkara berikut dengan betul.
- jenis barangan
-proses penyediaan barang / carta alir
- operasi perniagaan
- tenaga kerja langsung
C (ii) Menyatakan lokasi perniagaan
(iii) Menghasilkan pelan susun atur operasi
yang sesuai.
(iv) Menyatakan keperluan perniagaan /
rakan strategik niaga yang sesuai.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 15 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan

(i) Menyatakan mana-mana satu


daripada perkara berikut:
- jenis barangan
- proses penyediaan barang / carta alir
- operasi perniagaan
D - tenaga kerja langsung
(ii) Menyatakan lokasi perniagaan.
(iii) Menghasilkan pelan susun atur operasi.
(iv) Menyatakan keperluan perniagaan /
rakan strategik niaga
(v) Plagiat
(i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria
E
di atas.
(ii) Tiada evidens dikemukan

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 16 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.5 Penyata (i) Menghitung perkara berikut dengan Rujuk:
Aliran Tunai tepat,betul dan releven. PenyataAliran
- Penerimaan tunai Tunai
- Pembayaran tunai Perhatian:
A
- Baki tunai akhir setiap tempoh  PAT -ve 3 bulan
(ii) Memindahkan baki tunai akhir ke baki masih layak
tunai awal bagi tempoh berikutnya dengan dapat A
tepat dan betul.

(i) Menghitung dua perkara berikut dengan


tepat dan betul.
- Penerimaan tunai
B - Pembayaran tunai
- Baki tunai akhir setiap tempoh
(ii) Memindahkan baki tunai akhir ke baki tunai
awal bagi tempoh berikutnya dengan betul.

(i) Menghitung sebahagian perkara berikut


dengan betul.
- Penerimaan tunai
C - Pembayaran tunai
- Baki tunai akhir setiap tempoh
(ii) Memindahkan baki tunai akhir ke baki tunai
awal bagi tempoh berikutnya.
(i) Menghitung sebahagian perkara berikut
tetapi tidak betul.
- Penerimaan tunai
D - Pembayaran tunai
- Baki tunai akhir setiap tempoh
(ii) Memindahkan baki tunai akhir ke baki
tunai awal bagi tempoh berikutnya.
(iii) Plagiat
E (i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria
di atas.
(ii) Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 17 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.6 Penyata (i) Menghitung perkara berikut dengan Rujuk:
Kewangan tepat, betul dan releven. Penyata pendapatan
Proforma
- Anggaran hasil
- Anggaran belanja Kunci kira-kira
A - Anggaran untung bersih
- Aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
(ii) Menyediakan kunci kira-kira dengan
tepat dan betul.

(i) Menghitung perkara berikut dengan


betul.
- Anggaran hasil
- Anggaran belanja
B - Anggaran untung bersih
- Aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
(ii) Menyediakan kunci kira-kira dengan
betul.

(i) Menghitung dua perkara berikut


dengan betul.
- Anggaran hasil
- Anggaran belanja
C
- Anggaran untung bersih
 Gred C untuk KKK
- Aset, liabiliti dan ekuiti pemilik tidak seimbang
(ii) Menyediakan kunci kira-kira.

(i) Menghitung satu perkara berikut:


- Anggaran hasil
- Anggaran belanja
D - Anggaran untung bersih
- Aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
(ii) Menyediakan kunci kira-kira.
(iii) Plagiat
(i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria
E
di atas.
(ii) Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 18 3766/3

Elemen 3.0 Kemahiran Menilai

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


3.1 Sumber (i) Mengenal pasti keperluan pekerja yang Rujuk:
Manusia tepat, betul dan relevan.
(ii) Menghuraikan diskripsi tugas Rancangan
dan tanggungjawab pekerja dengan pentadbiran/organisasi
tepat, betul dan terperinci.
(iii) Menjelaskan pemberian insentif yang Rancangan Operasi
A
sesuai dan munasabah.
(iv) Menjelaskan program yang sesuai
 Diskripsi tugas
bagi pembangunan dan kemahiran minimum 2
pekerja.
 Menjelaskan 4 insentif
 Minimum 2 program
pembangunan dan
(i) Mengenal pasti keperluan pekerja yang kemahiran yang sesuai
betul dan relevan. dengan perniagaan yang
(ii) Menghuraikan diskripsi tugas dan dipilih
tanggungjawab pekerja dengan
betul.
B (iii) Menjelaskan pemberian insentif
yang sesuai.
(iv) Menyatakan program yang sesuai
bagi pembangunan dan kemahiran
pekerja.
(i) Mengenal pasti keperluan pekerja.
(ii) Menghuraikan diskripsi tugas dan
tanggungjawab pekerja.
C (iii) Menjelaskan pemberian insentif.
(iv) Menyatakan program bagi pembangunan
dan kemahiran pekerja.

(i) Mengenalpasti keperluan pekerja.


(ii) Menyatakan diskripsi tugas dan
tanggungjawab pekerja.
D (iii) Menyatakan pemberian insentif.
(iv) Menyatakan program bagi pembangunan
atau kemahiran pekerja.
(v) Plagiat
(i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria
E
di atas.
(ii) Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 19 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


3.2 Pengurusan (i) Menjustifikasikan penggunaan sumber Rujuk:
Sumber fizikal dan sumber teknologi dengan
Fizikal dan tepat dan betul. Rancangan operasi
Sumber A
(ii) Menjelaskan prosedur mengurus sumber
Teknologi
fizikal dan sumber teknologi dalam
operasi perniagaan secara tepat dan  Justifikasi 2 sumber
terperinci. fizikal dan 2 sumber
teknologi
 Prosedur mengurus
(i) Menjustifikasikan penggunaan sumber
fizikal dan sumber teknologi dengan
B betul.
(ii) Menjelaskan prosedur mengurus sumber
fizikal dan sumber teknologi dalam
operasi perniagaan.

(i) Menyatakan penggunaan sumber fizikal


dan sumber teknologi.
C
(ii) Menyatakan prosedur mengurus
sumber fizikal dan sumber teknologi
dalam operasi perniagaan.

(i) Menyatakan penggunaan sumber


fizikal atau sumber teknologi.
D
(ii) Menyatakan prosedur mengurus
sumber fizikal atau sumber teknologi
dalam operasi perniagaan.
(iii) Plagiat

(i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria


E
di atas.
(ii) Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 20 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


3.3 Sumber (i) Menentukan sumber pembiayaan untuk Rujuk:
Pembiayaan menambah modal perniagaan dengan
Perniagaan betul dan sesuai. Ringkasan eksekutif

A (ii) Menjustifikasikan sumber pembiayaan Rancangan Kewangan


perniagaan yang dipilih dengan tepat
dan betul.  Sumber pembiayaan betul
dan sesuai dalam soalan
 Justifikasi sumber
pembiayaan
(i) Menentukan sumber pembiayaan untuk
menambah modal perniagaan yang
sesuai.
B
(ii) Menjustifikasikan sumber pembiayaan
perniagaan yang dipilih dengan betul.

(i) Menentukan sumber pembiayaan untuk


menambah modal perniagaan.
C
(ii) Menjustifikasikan sumber pembiayaan
perniagaan yang dipilih.

(i) Menentukan sumber pembiayaan untuk


menambah modal perniagaan.
(ii) Sumber pembiayaan perniagaan yang
D
dipilih tidak dijustifikasikan.
(iii) Plagiat

(i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria


E
di atas.
(ii) Tiada evidens dikemukan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 21 3766/3

Elemen 4.0 Kemahiran Mencipta

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


4.1 Kandungan Rujuk:
(i) Mencipta logo perniagaan yang releven
Rancangan Rancangan pentadbiran /
dan sesuai.
Perniagaan Organisasi
(ii) Menentukan visi, misi dan objektif
perniagaan dengan lengkap, tepat dan
A sesuai. Keseluruhan tugasan
(iii) Mencipta carta organisasi yang
tepat, betul dan sesuai.

(i) Mencipta logo perniagaan yang sesuai.


(ii) Menentukan visi, misi dan objektif
perniagaan dengan betul dan sesuai.
(iii) Mencipta carta organisasi yang betul
B dan sesuai

(i) Mencipta logo perniagaan.


(ii) Menentukan visi, misi dan objektif
perniagaan yang sesuai.
C
(iii) Mencipta carta organisasi yang betul.

(i) Menggunakan logo perniagaan sedia


ada.
D (ii) Menyatakan visi, misi dan objektif
perniagaan.
(iii) Mencipta carta organisasi tetapi tidak
betul
(iv)Plagiat
(i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria
E
di atas.
(ii) Tiada evidens dikemukan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 22 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


4.2 Maklumat (i) Maklumat adalah tulen, tepat, Contoh bahan:
dan Bahan lengkap dan mudah difahami. Grafik, jadual, gambar/foto,
A (ii) Maklumat diolah dengan baik dan borang, dokumen, carta,
internet dan sebagainya
terperinci.
(iii) Bahan berkaitan yang dikemukakan
amat sesuai, relevan dan berkualiti.
(i) Maklumat adalah tulen, tepat
dan mudah difahami.
B (ii) Maklumat diolah dengan baik.
(iii) Bahan berkaitan yang
dikemukakan sesuai dan relevan.

(i) Maklumat adalah tulen dan


mudah difahami.
(ii) Maklumat diolah tetapi tidak
C
memuaskan.
(iii) Bahan berkaitan yang
dikemukakan sesuai.

(i) Maklumat sukar difahami.


(ii) Maklumat tidak diolah.
D
(iii) Bahan berkaitan yang
dikemukakan tidak sesuai.
(iv) Plagiat
(i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria
E
di atas.
(ii) Tiada evidens dikemukan

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 23 3766/3

Elemen 5.0 Nilai

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


5.1 Rasional Membuat perancangan perniagaan, Rujuk:
keputusan dan tindakan berasaskan
pertimbangan yang tepat, betul dan jelas. Ringkasan
A eksekutif

Keseluruh
an tugasan
Membuat perancangan perniagaan,
keputusan dan tindakan berasaskan
pertimbangan yang betul dan jelas.
B

Membuat perancangan perniagaan,


keputusan dan tindakan berasaskan
C pertimbangan yang betul.

Membuat perancangan perniagaan,


keputusan dan tindakan tidak
D berasaskan pertimbangan tertentu

E Tiada evidens dikemukan

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 24 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan

5.2 Bertanggungjawab (i) Melaksanakan tugasan dengan Rujuk:


berintegriti, sempurna, bersungguh-
sungguh dan tekun. Rancangan Perniagaan
(ii) Menyiapkan Rancangan Perniagaan
A mendahului tempoh masa yang
ditetapkan. Borang senarai semak
(iii) Menghasilkan Rancangan Perniagaan dan penilaian guru
yang berkualiti dan tulen.
(i) Melaksanakan tugasan dengan
berintegriti, sempurna dan
bersungguh- sungguh.
(ii) Menyiapkan Rancangan Perniagaan
B dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
(iii) Menghasilkan Rancangan Perniagaan
yang berkualiti dan tulen
(i) Melaksanakan tugasan dengan
berintegriti.
(ii) Menyiapkan Rancangan Perniagaan
C dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
(iii) Menghasilkan Rancangan Perniagaan
yang tulen
(i) Melaksanakan tugasan tidak
bersungguh-sungguh.
(ii) Menyiapkan Rancangan Perniagaan
D
tidak mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.
(iii) Plagiat
E Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 25 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


5.3 Prihatin (i) Menghargai sumbangan teknologi, Rujuk:
dalam perniagaan yang dipilih.
(ii) Menggunakan khidmat agensi yang Ringkasan eksekutif
membantu usahawan dalam memulakan
A perniagaan. Pengenalan
(iii) Menjalankan tanggungjawab sosial
terhadap pekerja dan Penutup
masyarakat.
Keseluruhan tugasan
(i) Menghargai sumbangan teknologi
dalam perniagaan.
(ii) Mengunakan khidmat peranan
B
agensi yang membantu
usahawan dalam perniagaan
(iii) Menjalankan tanggungjawab sosial
terhadap pekerja atau
masyarakat
(i) Mengetahui sumbangan teknologi dalam
perniagaan.
(ii) Mengetahui peranan agensi yang
C
membantu usahawan.
(iii) Mengetahui tanggungjawab sosial
terhadap pekerja dan masyarakat.

(i) Tidak mengetahui sumbangan teknologi


dalam perniagaan.
(ii) Tidak mengetahui peranan agensi yang
D
membantu usahawan.
(iii) Tidak mengetahui tanggungjawab sosial
terhadap pekerja dan masyarakat.

E Tiada evidens dikemukakan

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 26 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


5.4 Bersistem

A Menghasilkan Rancangan Perniagaan


mengikut format, kemas dan menarik.

B Menghasilkan Rancangan Perniagaan


mengikut format dan kemas.
.

Menghasilkan Rancangan Perniagaan


C mengikut format.

Menghasilkan Rancangan Perniagaan


D tidak mengikut format.

E Tiada evidens dikemukakan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 27 3766/3

Elemen 6.0 Pembentangan

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


6.1 Kandungan, (i) Pembentangan sangat jelas,
susun atur, lancar,terperinci, kritis dan
kelancaran, gaya lengkap.
penyampaian dan (ii) Menunjukkan pemahaman yang
bahan sokongan A mendalam terhadap tugasan.
(iii) Menguasai tugasan
melangkaui kehendak tugasan.
(iv) Menggunakan pelbagai bahan media
yang sesuai untuk menyokong idea yang
kreatif dan menarik.
(i) Pembentangan sangat jelas, lancar
dan lengkap.
(ii) Menunjukkan pemahaman yang
baik terhadap tugasan.
B (iii) Menguasai tugasan mengikut kehendak
tugasan.
(iv) Menggunakan pelbagai bahan media
yang sesuai untuk menyokong idea yang
menarik.

(i) Pembentangan jelas tetapi kurang


lancar.
(ii) Menunjukkan pemahaman terhadap
C tugasan.
(iii) Menguasai tugasan.
(iv) Menggunakan bahan media.

(i) Pembentangan kurang jelas dan kurang


lancar.
D (ii) Kurang pemahaman terhadap tugasan.
(iii) Tidak menguasai tugasan.
(iv) Kurang menggunakan bahan media.
(i) Tidak memenuhi mana-mana kriteria
E
di atas.
(ii) Tiada evidens dikemukan

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 28 3766/3

10.0 PENGIRAAN SKOR ELEMEN DAN JUMLAH SKOR ELEMEN

10 . 1 Pentaksir menentukan gred bagi setiap aspek dalam elemen yang diuji
mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

10.2 Tukarkan gred tiap-tiap aspek yang diperoleh ke dalam nilai numerik
berdasarkan jadual berikut :
Gred Nilai Numerik (n)
A 4
B 3
C 2
D 1
E 0
10.3 Darabkan nilai numerik (n) dengan wajaran (w) sesuatu aspek dan
jumlahkan (n × w) bagi semua aspek.

Contoh pengiraan skor elemen adalah seperti berikut:

Elemen 5.0 Nilai

Nilai Skor Diperoleh


Bil. Aspek Gred Wajaran (w)
(n) (n × w)
5.1 Rasional A 4 1 4
5.2 Bertanggungjawab B 3 2 6
5.3 Prihatin C 2 1 2
5.4 Bersistem D 1 1 1
Skor Elemen 13
10.4 Pindahkan skor elemen ke dalam jadual Jumlah Skor Elemen.

10.5 Jumlahkan setiap skor elemen bagi memperoleh Jumlah Skor Elemen.

Contoh pengiraan Jumlah Skor Elemen adalah seperti berikut:

Jumlah Skor Elemen

Skor
Bil. Elemen Skor Penuh
Diperoleh
1.0 Kemahiran Mengaplikasi 12 12
2.0 Kemahiran Menganalisis 96 90
3.0 Kemahiran Menilai 40 30
4.0 Kemahiran Mencipta 24 15
5.0 Nilai 20 13
6.0 Pembentangan 8 8
Jumlah Skor Elemen 200 168

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 29 3766/3

11.0 PELAPORAN

11.1 Skor tugasan dalam Kertas 3 Perniagaan akan diambil kira dalam
penentuan gred SPM calon.

11.2 Skor ini akan direkod dan dihantar ke Lembaga Peperiksaan secara
dalam talian.

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK TAMAT

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 30 3766/3

Lampiran 1

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 31 3766/3

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 32 3766/3

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 33 3766/3

Lampiran 2

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

You might also like