You are on page 1of 3

SK SUNGAI PUYU,13020 BUTTERWORTH

MINIT MENSYUARAT ANTI DADAH & AEDES


BIL 3/2022
Tarikh : 3 Oktober 2022

Hari : Selasa

Masa : 1.40 Tengahari

Tempat : Bilik Guru

KEHADIRAN

1. Pn. Nur Suryani Bt Yaacob (Pengerusi)


2. En. Mohd Fairuz Bin Yusof (Setiausaha)
3. En. Mohamad Liza bin Md Saad (Pen.Setiausaha)
4. En. Mohamad Ashraf Bin Tahir (AJK)
5. En. Mohamad Husaini Bin Abdul Hadi (AJK)

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan Bacaan Ummul Kitab Al -Fatihah. Beliau
mengaluan- alukan kehadiran kepada semua dan mengucapkan terima kasih kepada yang
hadir.

1.2 Pengerusi bertanyakan tentang kesesuaian pembahagian tugas AJK Program Bebas
Denggi mengikut kawasan dan blok dan berharap agar semua AJK dapat
memastikan setiap kawasan tersebut bersih dan tiada jentik-jentik.

1.3 Beliau memaklumkan Ustaz Fairus telah membuat pemantauan di kawasan yang
lebih spesifik bagi memudahkan pemantauan dan pelaksanaan tugas masing-masing.

1.4 Pengerusi berharap agar semua AJK boleh terus berkomunikasi dengan pekerja-
pekerja untuk keberkesanan Tindakan Bersama.

1.5 Rakan skuad telah dilantik terus dari ketua dan penolong ketua kelas dari murid
tahun 4 dan 5 bagi tujuan pemantauan semasa.

Tindakan : Semua AJK

2. PENGESAHAN MINIT/AKTIVITI

2.1 Minit Mesyuarat bil 1/2022 disahkan atas cadangan En. Mohamad Ashraf bin Tahir dan di
sokong oleh En. Mohamad Husaini bin Abd Hadi.

2.2 Kempen sekolah selamat dan denggi akan diteruskan diperhimpunan pagi dari bulan
Januari, Mac, Julai dan Oktober pada tahun ini. Beliau berharap aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
2.3 Aktiviti gotong-royong akan di adakan pada bulan Januari, Mei dan Oktober pada
tahun ini. Perancangan gotong-royong akan dijalankan bersama AJK Kebersihan dan
Keceriaan sekolah dibantu oleh unit uniform/kelab persatuan sekolah.

Tindakan : Semua AJK

3. PERANCANGAN TAHUNAN

3.1 Ustaz Farus memaklumkan ajk dan guru telah dibahagikan kawasan seliaan. Semoga
ajk dapat meluangkan masa 10 minit setiap minggu memeriksa kawasan terutama
kawasan yang terdedah kepada takungan air hujan.

3.2 Kawasan yang berisiko untuk takungan air telahpun dikenal pasti dan tindakan
sepatunya akan dilaksanakan.

3.3 Kita akan memberikan 3 nama murid bagi setiap orang guru untuk dilantik sebagai
skuad pencegahan denggi sekolah.

3.4 Taklimat mengenai pencegahan pembiakan nyamuk aedes kepada murid telahpun di
laksanakan dan dijalankan di perhimpunan pagi mengikut takwim. Manakala
taklimat pencegahan denggi di dalam kelas akan diadakan pada waktu
matapelajaran Pendidikan Kesihatan. Kerjasama dari guru matapelajaran diperlukan
bagi memastiakn kempen dan matlamat sampai kepada semua warga sekolah dan
ibubapa.

3.5 Selain itu kita juga telah wujudkan kesedaran kepada semua warga sekolah dan AJK
dengan Jabatan Kesihatan bagi mengadakan pameran dan ceramah di sekolah.

Tindakan : AJK dan Guru Matapelajaran

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Pengerusi berharap agar semua AJK dapat menjalankan tugas dengan baik. Beliau
juga berharap agar sekolah kita bebas dari ades dan penyalah gunaan dadah.

Tindakan : Makluman Semua

5. PENUTUP

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepad semua yang hadir, dan berharap agar

tugas yang diberi dapat dilaksanakan dengan baik. Mesyuarat ditangguh pada jam

3.30 petang.

You might also like