You are on page 1of 1

Rujukan kami : UHSB/ADMIN/01/2023 (130)

Rujukan tuan :

28 JUN 2023

ENCIK AINUDDIN BIN ABU KASIM


PENGARAH,
PEJABAT PENGURUSAN FASILITI (PPF),
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA,
HANG TUAH JAYA, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA.

Tuan,

PENYERAHAN SUMBANGAN PAPARAN LED SCOREBOARD DI STADIUM UTeM KEPADA


UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (UTeM) DARIPADA UTeM HOLDINGS SDN BHD

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak UTeM Holdings Sdn. Bhd. melalui
kontraktor lantikan kami iaitu LED Vision Sdn. Bhd. telah menyempurnakan kerja-kerja berkaitan
paparan LED Scoreboard di Stadium UTeM pada 27 Jun 2023.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan ini menyerahkan paparan LED Scoreboard
berkenaan yang bernilai RM49,800.00 kepada pihak UTeM sebagai satu bentuk sumbangan
daripada pihak UTeM Holdings Sdn. Bhd.

4. Dilampirkan sekali bersama-sama surat ini adalah dokumen-dokumen sokongan yang


boleh dijadikan rujukan pihak tuan. Semoga penyerahan sumbangan ini mampu dimanfaatkan
sebaiknya oleh pihak UTeM.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
UTeM HOLDINGS SDN. BHD.

DATUK WIRA (Dr.) HJ. SAZALI BIN MUHD DIN


Ketua Pegawai Eksekutif

UTeM Holdings Sdn Bhd Phone


Fax
[606 233 0082 / 233 6264]
[606 233 0785]
UTeM HOLDINGS SDN BHD
No 1 Jalan TU62 200601012783 (732534-H)
Web [www.utemholdingsgroup.com]
Taman Tasik Utama, E-mail [admin@utemholdingsgroup.com]
75450 Ayer Keroh, Melaka

You might also like