You are on page 1of 2

Rujukan Kami : UHSB/ADMIN/01/2023 ( )

Rujukan Tuan :

19 APRIL 2023

KAPTEN AHMAD SHAKIR BIN YAHAYA


PENGARAH PEJABAT KESELAMATAN
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MELEPASKAN KONTRAKTOR LED VISION SDN. BHD. BERTUGAS BAGI KERJA-KERJA
BERKAITAN PAPARAN LED SCOREBOARD DI STADIUM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita ingin dimaklumkan bahawa pihak UTeM Holdings Sdn. Bhd. telah melantik syarikat LED Vision
Sdn. Bhd. sebagai kontraktor bagi kerja-kerja menanggal lama dan memasang baru paparan LED Scoreboard di
Stadium Universiti Teknikal Malaysia (UTeM).

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mendapatkan kelulusan daripada pihak tuan supaya
membenarkan seramai empat orang kontraktor LED Vision Sdn. Bhd bertugas bagi menjalankan kerja-kerja
tersebut pada 02/05/2023 sehingga 19/05/2023.

4. Pihak kontraktor mengambil maklum akan soal keselamatan yang harus pihak kami patuhi sepanjang
tempoh kerja-kerja pembaikan paparan LED Scoreboard tersebut berlangsung. Berikut adalah senarai nama
syarikat, jenis dan nombor pendaftaran pengangkutan yang akan digunakan semasa kerja-kerja berkaitan
paparan LED Scoreboard itu dijalankan:

Bil. Nama Syarikat Jenis Pengangkutan No. Pendaftaran


1. LED VISION VAN MCR 9568
2. OPERATION CRANE ENTERPRISE SKYLIFT BHG 4588

5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh diajukan terus kepada En. Muhammad Nazrulfikry
bin Zailani di talian 010 – 8713480 (wakil UTeM Holdings Sdn. Bhd.) atau kepada En. Desmond di talian 017 –
6017755 (wakil kontraktor LED Vision Sdn. Bhd.). Pihak kami turut melampirkan beberapa keping gambar
kenderaan untuk dijadikan rujukan pihak tuan.

Pihak kami berharap agak pihak tuan dapat mempertimbangkan perhomonanan kami ini dan segala kerjasama
daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

________________________________,
MUHAMMAD NAZRULFIKRY BIN ZAILANI
Jr. Engineer – Project Administration
UTeM Holdings Sdn. Bhd.

sk.: Encik Ainudin bin Abu Kasim, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti UTeM

UTeM Holdings Sdn Bhd Phone


Fax
[606 233 0082 / 233 6264]
[606 233 0785]
UTeM HOLDINGS SDN BHD
No 1 Jalan TU62 200601012783 (732534-H)
Web [www.utemholdingsgroup.com]
Taman Tasik Utama, E-mail [admin@utemholdingsgroup.com]
75450 Ayer Keroh, Melaka
Lampiran 1

GAMBAR-GAMBAR KENDERAAN YANG AKAN DIGUNAKAN


SEPANJANG TEMPOH KERJA-KERJA BERKAITAN PAPARAN LED SCOREBOARD
DI STADIUM UTeM

You might also like