You are on page 1of 23

KOLEJ VOKASIONAL BINTULU

KAJIAN KES

MPU 2232

ETIKA PROFESIONALISME

NAMA

NO. MATRIK

KURSUS TEKNOLOGI PEMBINAAN

NAMA PENSYARAH
DVM SEMESTER 1

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1

1.0 PENGENALAN 2

2.0 ISU DISIPLIN PEKERJA 3-11

2.1 GANGGUAN SEKSUAL

2.2 RASUAH

2.3 MENCURI DI TEMPAT KERJA

2.4 PONTENG WAKTU KERJA

2.5 GADUH DI TEMPAT KERJA

3.0 FAKTOR BERLAKU ISU DISIPLIN 12-13

3.1 KEPUASAN KERJA

3.2 MASALAH KEWANGAN ATAU PAMPASAN

3.3 PERSEKITARAN TEMPAT KERJA

3.4 KAMERA KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA


YANG TIDAK LENGKAP

3.5 MASALAH HUTANG DAN BEBANAN


KEWANGAN PERIBADI

4.0 HUBUNGKAIT TEORI DAN ISU DISIPLIN 14-16


4.1 TEORI KEPERIBADIAN MULIA

4.2 TEORI WAJIBAN (DEONTOLOGI)

4.3 TEORI HAK ASASI

4.4 TEORI TELEOLOGIS

4.5 TEORI EKSISTENSIALISME

5.0 PENYELESAIAN MASALAH 17-18

5.1 BERBINCANG DAN BERSEMUKA DENGAN


PEKERJA

5.2 LAKUKAN PEMANTAUAN TERHADAP


PEKERJA

5.3 MENCIPTAKAN SISTEM GANJARAN PEKERJA

5.4 MENYEDIAKAN SUASANA KERJA YANG


SANTAI

5.5 MENYEDIAKAN RUANG KENAIKAN


PANGKAT/GAJI KEPADA PEKERJA

6.0 REFLEKSI 19

7.0 RUJUKAN 20
PENGHARGAAN
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat yang dianugerahkan kepada
saya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah dengan
jayanya. Kami telah ditugaskan untuk menjawab kajian kes Etika Profesionalisme.

Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak
kolej kerana telah menyediakan pelbagai kemudahan di kolej ini dan memberi kebenaran
untuk menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat di kolej ini seperti pusat sumber,
internet dan sebagainya.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarah Kolej
Vokasional Bintulu, Encik Jamali Bin Muhamad kerana telah memberi kebenaran untuk
membawa komputer riba ke kolej untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya, Cik Joicelyn
Fiona kerana telah membimbing dan memberikan tunjuk ajar semasa saya melaksanakan
tugasan ini.

Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana
memberikan dorongan dan sokongan moral kepada saya serta membantu saya dari segi
kewangan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
kerana membantu dan berkongsi maklumat dan memberi kerjasama semasa
melaksanakan tugasan ini.

1
1.0 PENGENALAN

Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk


membentuk akhlak seseorang dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan
undang-undang sesebuah negara. Disiplin juga boleh ditakrifkan sebagai kesanggupan
seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu
dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan
seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan
menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan
tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati antara
satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan
membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup
berkhidmat kepada masyarakat. Disiplin juga dapat melahirkan individu-individu yang
kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah
kemajuan.

Disiplin juga perlulah diterapkan dalam pekerjaan. Hal ini kerana disiplin pekerja
merupakan elemen utama dalam hubungan pekerjaan dan keperluan hubungan tersebut
hanya akan sempurna setelah pekerja faham dan menerima kuasa yang ada pada majikan
atau wakilnya. Disiplin semasa dalam pekerjaan juga boleh mendatangkan pelbagai
kepentingan. Antaranya ialah mewujudkan keadaan yang lebih selesa dalam kalangan
para pekerja. Selain itu, para pekerja akan lebih cemerlang dalam melaksanakan kerja
mereka. Di samping itu, pekerja akan lebih disenangi oleh majikan. Akhir sekali, dapat
mengelakkan berlakunya salah laku di tempat kerja. Tujuan disiplin pekerja diwujudkan
bagi mengawal tingkah laku dan melicinkan perjalanan hidup para pekerja supaya proses
pembentukan jati diri pekerja berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

2
2.0 ISU DISIPLIN PEKERJA

Walaupun disiplin pekerja mestilah sentiasa diterapkan di dalam pekerjaan tetapi


banyak isu disiplin pekerja yang berlaku pada setiap hari tanpa disedari oleh masyarakat.
Antara isu disiplin pekerja ialah:

2.1 GANGGUAN SEKSUAL

Kira-kira 51 peratus pekerja wanita dalam pelbagai sektor di negara ini mendakwa isu
gangguan seksual sepatutnya diberi perhatian serius bagi mewujudkan persekitaran lebih

3
selamat membabitkan golongan itu. Kajian dijalankan syarikat penyelidikan pasaran
global, Ipsos, ke atas 1,500 pekerja tempatan di seluruh negara mendapati gangguan
seksual dilihat sebagai isu paling penting dihadapi wanita berbanding masalah
keganasan seksual dan fizikal. Pengarah Perhubungan Awam dan Kesetiaannya, Arun
Menon, berkata masyarakat masih menganggap ia perkara kecil dan dipandang remeh.
Katanya, kajian mendapati pihak bertanggungjawab juga tidak mengendahkan laporan
dilakukan wanita berkaitan isu berkenaan. "Hampir 51 peratus wanita di negara ini
berdepan dengan gangguan seksual terutama di tempat kerja, namun hanya 25 peratus
sahaja membuat laporan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut. "Malah apabila
membuat laporan, mereka pula dipersalahkan. Masyarakat pula mereka menganggap
masalah itu dapat diselesaikan sekiranya ditegur menghentikan tabiat buruk itu. "Oleh
itu, pelbagai pihak perlu memberi sokongan dan menyedari kesan isu itu terhadap
wanita. Hentikan gangguan seksual untuk kesejahteraan mereka," katanya. Beliau
berkata demikian dalam sidang media mengenai kaji selidik Ipsos mengenai isu utama
dihadapi wanita, di sini, semalam. Yang turut hadir Puteri Sultan Selangor, Tengku
Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah; Ketua Eksekutif
LeadWomen Sdn Bhd, Anne Abraham dan Timbalan Presiden Pertubuhan Pertolongan
Wanita (WOA), Meera Samanther. Arun berkata, kajian Ipsos di 27 negara pula,
menunjukkan tiga daripada 10 wanita di seluruh dunia mengakui isu gangguan seksual
adalah perkara paling membimbangkan. Katanya, secara keseluruhan hampir 41 peratus
wanita di peringkat global mengalami pengalaman gangguan seksual. "Di Britain sahaja
kira-kira 68 peratus wanita mengaku mereka berdepan dengan isu berkenaan. "Ini
menunjukkan masyarakat global lebih mengutamakan isu keganasan seksual dan fizikal
sehingga menenggelamkan masalah gangguan seksual. "Malah, hanya 15 peratus wanita
yang membincangkan mengenai isu gangguan seksual mungkin khuatir mereka yang
dipersalahkan," katanya. Arun berkata, isu gangguan seksual penting diketengahkan
untuk memberikan suasana lebih sihat dan selamat terutama di tempat kerja.

4
Petikan atas berkaitan artikel isu gangguan seksual. Gangguan seksual ditakrifkan apa
jua perlakuan atau pertuturan secara berulangan, dilakukan sama ada secara fizikal,
gerak isyarat tubuh atau ucapan berunsur seks di tempat kerja. Antara contoh gangguan
seksual ialah gangguan berasaskan jantina dan paksaan menggoda. Gangguan seksual
juga boleh dibahagikan kepada lima bentuk. Antaranya ialah gangguan lisan, gangguan
bukan lisan, gangguan visual, gangguan psikologi dan gangguan fizikal. Isu ini juga
sering dilakukan oleh majikan atau pekerja.

2.2 RASUAH

Petikan dalam akhbar berkaitan dengan isu rasuah dalam pekerjaan. Rasuah sering
berlaku dalam kehidupan seharian kita setiap tahun tidak kira ia berlaku di negara
sendiri atau di negara luar. Rasuah boleh ditakrifkan sebagai penerimaan atau pemberian
suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau
tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri
daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah dan diskaun. Rasuah
merupakan merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang
mendapat

5
kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat
selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Pentakrifannya
menurut Transparency International pula ialah "perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-
pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar
dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya
(keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam
yang diberi kepada mereka".

6
2.3 MENCURI DI TEMPAT KERJA

Juruwang curi duit restoran kena penjara, denda Oleh Siti Nurazlinee Azmi

sitinurazlinee@bh.com.my

Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda
RM2,000 ke atas seorang bekas juruwang yang mengaku bersalah mencuri wang hasil
jualan di restoran tempat dia bekerja, minggu lalu. Majistret Salamiah Salleh
memerintahkan wanita berkenaan, R Gunasundari, 27, menjalani hukuman penjara dari
tarikh dia ditangkap 14 Mac lalu selain tambahan dua bulan penjara lagi jika gagal
membayar denda ditetapkan. Gunasundari mengaku bersalah mencuri wang hasil jualan
Restoran Serai berjumlah RM769 di premis itu di pusat beli-belah Empire Shopping
Gallery, Jalan SS16/1, Subang Jaya, di sini, pada jam 5.30 petang, 14 Mac lalu. Dia
yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Mengikut fakta kes, salah seorang pekerja membuat laporan kepada pengurusan restoran
itu selepas mendapati tertuduh melakukan pembatalan transaksi di mesin juruwang,
namun tidak dimaklumkan kepada pengurus restoran yang bertugas. Pihak pengurusan
kemudian membuat pemeriksaan di dalam beg tertuduh dan mendapati duit yang dicuri
berada di dalam dua dompet miliknya. Hasil siasatan mendapati tertuduh melakukan
perbuatan itu beberapa kali sejak mula bekerja di restoran berkenaan, empat tahun lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham memohon
mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pemenjaraan terhadap tertuduh,
mengambil kira faktor kerugian yang dialami majikannya sejak beberapa bulan sebelum
kejadian. Katanya, tertuduh melakukan perbuatan itu beberapa kali sejak Januari 2019
dengan mengambil kira-kira RM600 hingga RM700 bagi setiap pembatalan transaksi.

Petikan di atas mengenai artikel berkaitan isu mencuri di tempat kerja. Mencuri
bermaksud mengambil barang atau benda orang lain secara tersembunyi tanpa keizinan
pemilik atau mengambil tanpa pengetahuan pemiliknya daripada tempat simpanan yang
sepatutnya. Mencuri di tempat kerja sering dilakukan oleh pekerja-pekerja seperti
juruwang atau kerani. Hal ini demikian, amanah yang diberikan kepada mereka untuk
menjaga wang menyebabkan mereka lebih mudah untuk mencuri duit tanpa pengetahuan
orang lain.

8
2.4 PONTENG WAKTU KERJA

Gambar di atas adalah salah satu contoh ponteng semasa bekerja. Ponteng kerja
bermaksud melakukan perkara yang sia-sia daripada melakukan kerja yang sebenar yang
perlu dilaksanakan atau tidak ingin melakukan kerja yang telah diberikan. Menurut
Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas
tanpa kebenaran. Contohnya, pekerja tidak melaksanakan tugas dan berehat tanpa
kebenaran daripada majikan. Ponteng kerja sering dilakukan oleh pekerja dan ia juga
sering berlaku setiap hari tanpa pengetahuan daripada majikan atau denga pengetahuan
majikan walaupun tidak mendapatkan kebenaran daripada mereka.

9
2.5 GADUH DI TEMPAT KERJA

Lelaki Thailand tegur kerja rakan dibunuh

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

bhnews@bh.com.my

SEREMBAN: Lelaki warga Thailand maut dikelar di leher dengan pisau pemotong
sayur oleh rakan senegara di sebuah kedai makan di Taman Bukit Emas, Rahang di sini,
malam tadi. Dalam kejadian jam 9.50 malam itu, mangsa berusia 24 tahun diserang
suspek berusia 19 tahun yang bekerja di kedai makan yang sama. Timbalan Ketua Polis
Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak, berkata sebelum pergaduhan,
suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menegurnya
mengenai tugas di tempat kerja. “Berlaku pergaduhan di belakang dapur dan suspek
mengambil sebilah pisau pemotong sayur lalu mengelar leher mangsa. “Adik mangsa
bersama beberapa pelanggan kedai makan yang berada di lokasi kejadian terus
menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

10
Mohd Rosli berkata, suspek dan senjata yang digunakan ketika kejadian diserahkan
kepada anggota polis yang tiba di lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat mangsa dihantar
ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat,”
katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel di atas berkaitan dengan isu gaduh di tempat kerja. Gaduh boleh ditakrifkan
sebagai berkelahi sama ada dengan bertumbuk, bertengkar saja atau sampai berbunuh-
bunuhan. Pergaduhan di tempat kerja boleh berlaku jika berlakunya masalah peribadi
atau masalah dengan pekerja lain. Mereka sering menyelesaikan masalah dengan
pergaduhan tanpa melakukan perbincangan secara rasional dengan pekerja lain.
Pergaduhan di tempat kerja juga boleh melibatkan pekerja dengan majikan. Pekerja yang
menimbulkan pergaduhan atau yang terlibat dalam pergaduhan boleh dikenakan
tindakan oleh majikan kerana menimbulkan suasana tidak tenteram.

11
3.0 FAKTOR BERLAKU ISU DISIPLIN

Terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya isu disiplin semasa dalam


pekerjaan. Faktor-faktor ini yang telah menyebabkan pelbagai masalah isu disiplin
timbul dalam sesuatu pekerjaan. Antara faktor berlaku isu disiplin ialah:

3.1 KEPUASAN KERJA

Kepuasan kerja merujuk kepada jankaan individu terhadap tindakan yang dibuat sama
ada mencapai hasil yang diingini atau tidak. Kepuasan kerja adalah elemen penting
setiap pekerja. Hal ini kerana pekerja yang mempunyai tahap kepuasan yang tinggi akan
lebih produktif dan menghasilkan kerja yang bermutu tinggi manakala pekerja dengan
tahap kepuasan kerja yang rendah lebih cenderung menimbulkan masalah seperti
ponteng kerja. Kurangnya minat terhadap kerja yang dilakukan juga mempengaruhi
kepuasan kerja seseorang. Hal ini berlaku apabila kerja yang dipertanggungjawabkan
kepadanya dirasakan tidak sesuai, remeh atau berada di luar bidangnya. Akibatnya
mereka tidak bersungguh-sungguh melakukan melaksanakan kerja atau tidak melakukan
tugas tersebut, seterusnya meletakkan beban kerja tersebut ke atas pekerja lain. Perkara
ini boleh menyumbang kepada masalah disiplin seperti akan selalu ponteng kerja dan
membuli pekerja lain.

3.2 MASALAH KEWANGAN ATAU PAMPASAN

Pekerja dengan majikan saling memerlukan untuk kelangsungan bekerja. Majikan


memerlukan keuntungan dan pekerja memerlukan upah dan gaji dalam bentuk wang.
Upah dan gaji yang rendah akan mendorong pekerja tertekan di samping lambakan kerja
yang perlu diselesaikan. Lambakan kerja yang tidak setimpal dengan upah yang dibayar
akan mendorong pekerja menjadi ganas di tempat kerja seperti mencederakan majikan
dan rakan-rakan sekerja yang lain bagi menunjukkan ketidakpuasannya.

12
3.3 PERSEKITARAN TEMPAT KERJA

Persekitaran tempat kerja juga boleh mengundang berlakunya isu disiplin. Keadaan bilik
pengurus jauh terkurung atau hanya di tingkat atas mendedahkan keganasan ketua-ketua
pejabat terhadap wanita seperti gangguan seksual. Gangguan seksual boleh menjadi
gangguan fizikal. Gangguan ini melibatkan perbuatan seseorang individu yang
mempunyai unsure-unsur seksual. Contohnya seperti mencubit, menggeselkan badan,
menepuk bahu, memeluk atau pencabulan kehormatan wanita.

3.4 KAMERA KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA YANG TIDAK


LENGKAP

Kamera keselamatan yang tidak lengkap di tempat kerja boleh menyumbang kepada
berlakunya isu disiplin di tempat kerja. Hal ini kerana tiada pengawasan yang ketat yang
dapat mengawasi setiap perkara yang dilakukan di pejabat boleh menyumbang kepada
isu disiplin seperti mencuri wang atau barang di pejabat tanpa diawasi oleh kamera
keselamatan atau gejala rasuah yang dilakukan di kawasan yang tidak diawasi oleh
kamera keselamatan di tempat kerja. Oleh itu, isu disiplin tersebut tidak dapat ditanggani
kerana tidak mempunyai bukti yang menunjukkan berlakunya isu tersebut disebabkan
tidak mempunyai kamera keselamatan yang lengkap di tempat kerja.

3.5 MASALAH HUTANG DAN BEBANAN KEWANGAN PERIBADI

Masalah peribadi seperti masalah hutang atau masalah kewangan yang berlaku terhadap
individu boleh menyebabkan berlakunya isu dispilin. Hal ini kerana terdapat beberapa
individu sanggup mencuri duit dengan jumlah yang banyak di pejabat kerana terdesak
untuk melangsaikan hutang. Terdapat juga individu sanggup mencuri duit semasa
bekerja semata-mata ingin menampung perbelanjaan keluarga mereka seperti ingin
menampung perbelanjaan anak-anak untuk ke sekolah atau membeli barangan rumah.

13
4.0 HUBUNGKAIT TEORI DAN ISU DISIPLIN

4.1 TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Peribadi mulia dianggap sebagai satu keperluan untuk membolehkan seseorang


melaksanakan aktiviti secara rasional secara berkesan. Keperibadian mulia didefinisikan
sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu
kehidupan yang bermoral. Keperibadian mulia tidak lahir secara semulajadi kerana
seseorang individu itu tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat. Terdapat dua
jenis keperibadian mulia iaitu bersifat intelektual dan bersifat moral.

Terdapat beberapa cara untuk mengembangkan sifat keperibadian mulia. Antaranya


ialah proses pembelajaran dan pengajaran seperti di sekolah atau di rumah. Selain itu,
penggunaan sistem ganjaran. Di samping itu, pengalaman individu dari kehidupan
seharian mereka seperti belajar sesuatu dari perkara yang telah dilalui. Akhir sekali,
kerasionalan dan kematangan seperti dapat berfikir sama ada perkara yang hendak
dilakukan betul atau salah.

14
4.2 TEORI WAJIBAN (DEONTOLOGI)

Teori wajiban merupakan satu teori etika yang berlandaskan prinsip moral dan
kewajipan moral. Teori ini menekankan prinsip tanggungjawab dan tidak terikat dengan
akibat satu-satu tindakan iaitu dengan tindakan yang betul. Teori ini juga merujuk
kepada melakukan tindakan yang baik seperti berlaku adil, jujur, simpati dan sebagainya
adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh individu. Teori ini juga mengandaikan
apabila melakukan sesuatu kewajipan menunjukkan kita bermoral manakala jika gagal
mengikut kewajipan maka kita berkelakuan tidak bermoral. Contoh yang berkaitan
dengan teori ini ialah berpakaian kemas dan mengikut peraturan kerja.

4.3 TEORI HAK ASASI

Teori hak asasi menyatakan setiap orang mempunyai hak dalam memikul
tanggungjawab dalam kehidupan mereka. Teori ini menekankan bahawa sekiranya
sesuatu tindakan yang melanggar hak-hak seseorang dianggap tindakan tidak bermoral.
Hak asasi yang memberi kebebasan kepada individu ini dikatakan bersifat
individualistik iaitu mementingkan diri, kerana hak akan menghalang individu
mencampuri urusan dan bebas untuk melakukan tindakan negatif tanpa peneguran. Hak
asasi juga telah mewujudkan konflik yang harus ditangani bagi memastikan hak asasi ini
memberi keseimbangan kepada diri sendiri atau masyarakat. Konflik ini perlu dikendali
dengan baik supaya masyarakat tidak menyalahguna teori hak asasi manusia untuk
kepentingan mereka tetapi sebaliknya teori ini memberikan kebaikan dan mengimbangi
hak asasi manusia.

15
4.4 TEORI TELEOLOGIS

Teleologis berasal dari perkataan Yunani iaitu telos iaitu bermaksud tujuan atau akibat.
Teori ini merujuk kepada sebelum setiap individu melakukan sesuatu tindakan, mereka
perlu memikirkan akibat tersebut sama ada baik atau buruk. Teori ini mempunya dua
aliran iaitu aliran utilitarianisme tindakan yang merujuk kepada tindakan yang
membawa kesan baik serta lebih besar daripada kesan buruk.

4.5 TEORI EKSISTENSIALISME

Teori eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan
individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis
berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif
dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang
boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral. Oleh itu,
relativisme individu dianggap sebagai mutlak. Tindakan baik atau buruk adalah
berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan
dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh,
peperangan dan konflik antara ras adalah tanggungjawab manusia yang menimbulkan
masalah-masalah tersebut. Maka, manusia yang juga menyelesaikan masalah tersebut.
Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah
laku moralnya sendiri.

16
5.0 PENYELESAIAN MASALAH

5.1 BERBINCANG DAN BERSEMUKA DENGAN PEKERJA

Majikan perlulah melakukan perbincangan secara bersemuka dengan individu tersebut,


dan mencari punca yang menyebabkan individu tersebut melakukan perkara-perkara
yang tidak sepatutnya, khususnya ponteng kerja. Memulakan perbualan atau
perbincangan secara formal dan bersendirian tanpa melibatkan individu lain, agar
pekerja tahu bahawa ini adalah perbincangan mengenai isu penting dan dapat menyelami
isi hati pekerja secara lembut tanpa paksaan.

5.2 LAKUKAN PEMANTAUAN TERHADAP PEKERJA

Majikan perlulah meluangkan masa untuk berjumpa pekerja-pekerja anda tidak kira
pekerja yang bermasalah atau tidak bermasalah dengan berkomunikasi dengan mereka,
supaya jurang antara majikan dengan pekerja dapat dikurangkan dan pekerja selesa
untuk berkongsi masalah mereka. Hal ini kerana keadaan ini akan mewujudkan suasana
yang sihat dalam sesebuah organisasi tersebut.

5.3 MENCIPTAKAN SISTEM GANJARAN PEKERJA

Organisasi harus melaksanakan atau memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat
dengan cemerlang mengikut kemampuan organisasi itu sendiri, seperti memberi bonus,
anugerah ataupun pakej percutian kepada pekerja, cuti atau sebagainya yang relevan,
mengikut kategori seperti kedatangan pekerja itu cemerlang, perkhidmatan pekerja
cemerlang dan sebagainya.

17
5.4 MENYEDIAKAN SUASANA KERJA YANG SANTAI

Elakkan memberi tekanan kepada pekerja untuk melakukan tugasan yang diberi. Beri
ruang dan masa untuk mereka melaksanakan tugasan yang diberi atau jika tugasan itu
penting maka beri kelonggaran kepada pekerja tersebut untuk menagguhkan dahulu
tugasan yang sebelumnya.

5.5 MENYEDIAKAN RUANG KENAIKAN PANGKAT/GAJI KEPADA


PEKERJA

Sediakan ruang kenaikan pangkat atau gaji kepada pekerja yang berpotensi dan
cemerlang dalam organisasi anda. Kaedah ganjaran merupakan salah satu kaedah yang
digunakan oleh sesebuah syarikat bagi mengelakkan pekerja mereka yang cemerlang,
berpindah ke syarikat lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi kpeada mereka. Para
pekerja akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas mereka jika ada ganjaran
yang sedang menanti mereka. Selain itu, secara tidak langsung persaingan sihat akan
wujud dalam sesebuah organisasi.

18
6.0 REFLEKSI

Berdasarkan kajian kes yang telah dilakukan, kajian kes merumuskan bahawa
disiplin perlulah diterapkan di tempat kerja selain di sekolah. Kajian juga merumuskan
bahawa terdapat pelbagai isu disiplin yang sering berlaku di tempat kerja pada setiap
hari tanpa disedari ataupun disedari oleh masyarakat sekeliling. Antara isu yang sering
berlaku dan hangat diperkatakan adalah seperti rasuah dan mencuri di tempat kerja. Isu
tersebut berkemungkinan tidak diendahkan oleh sebahagian masyarakat sekeliling
kerana berpendapat isu tersebut tidak menimbulkan masalah kepada mereka.

Terdapat juga pelbagai punca yang menyebabkan isu tersebut sering berlaku di
negara kita. Isu tersebut juga berkemungkinan berpunca daripada masalah peribadi diri
individu tersebut ataupun masalah yang berlaku di persekitarannya seperti masalah
keluarga atau kewangan ataupun masalah suasana tempat kerja. Oleh itu, teori etika
mestilah diterapkan di sekolah supaya pelajar yang akan bekerja tidak akan
menimbulkan isu disiplin kerana menerapkan teori tersebut sejak di bangku sekolah.
Teori etika juga hendaklah diterapkan di tempat kerja supaya pekerja tidak mudah
menimbulkan isu disiplin. Teori etika juga mempunyai pelbagai jenis seperti teori
kewajiban, teori hak asasi dan sebagainya. Akhir sekali, kajian merumuskan bahawa
terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi mengatasi isu disiplin tersebut.
Masyarakat, individu dan majikan perlulah menggunakan pelbagai langkah untuk
mengatasi daripada berlakunya isu disiplin di negara kita. Setiap masyarakat perlulah
berganding bahu untuk mengatasi isu disiplin tersebut.

19
7.0 RUJUKAN

INTERNET

 http://psmintura.blogspot.com/2017/12/anggota-polis-minta-rasuah-rm3000.html
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Ponteng
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Tekanan_pekerjaan
 https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/542884/juruwang-curi-duit-
restoran-kena-penjara-denda
 https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/555956/lelaki-thailand-tegur-
kerja-rakan-dibunuh
 https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2018/04/408321/hentikan-
gangguan-seksual
 https://www.slideshare.net/nurshafinazshahbani/etika-profesional-52031703
 https://www.slideshare.net/nurshafinazshahbani/etika-profesional-52031703

20

You might also like