You are on page 1of 11

SULIT

Nama Pelajar : ………………………………………………. Tahun : …………………

SAINS
TAHUN 5

PENILAIAN SUMATIF PENGGAL 1 2022/2023


TAHUN 5
SAINS
(SN)

MEI/JUN
1 jam 15 minit
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian


B, dan Bahagian C. Jawab semua soalan.

2. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian, hitamkan jawapan yang baru.

3. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.

4. Tulis jawapan dengan jelas dan jangan tinggalkan kosong pada ruangan
jawapan.

BAHAGIAN SOALAN MARKAH

A Soalan 1-10 /10

B Soalan 1 /4

Soalan 2 /4

Soalan 1 /8

Soalan 2 /8
C
Soalan 3 /8

Soalan 4 /8

JUMLAH /50

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

Halaman 1 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian A
Soalan Objektif
[ 10 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 10 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat bagi setiap soalan.

1. Jadual 1 menunjukkan ketinggian pokok keembung dalam tempoh empat minggu.

Minggu 1 2 3 4
Ketinggian (cm) 8 18 25 35
Jadual 1

Apakah corak perubahan ketinggian pokok keembung dalam tempoh empat


minggu?
A. Bertambah
B. Berkurang
C. Bertambah dan berkurang
D. Berkurang dan tetap

2. Rajah 1 menunjukkan pokok yang layu di dalam sebuah pasu.

Rajah 1

Antara berikut, manakah merupakan inferens bagi pemerhatian di atas?


A. Pokok itu adalah tumbuhan tidak berbunga
B. Pokok itu memerlukan udara untuk hidup
C. Pokok itu akan mati selepas 2 hari
D. Pokok itu layu kerana tidak mendapat air

3. Jadual 2 menunjukkan keputusan satu penyiasatan pemanasan air.

Isi padu air (ml) 40 50 60 70


Masa untuk air
1 2 3 4
mendidih (minit)

Halaman 2 [ lihat halaman sebelah…]


Jadual 2

Antara berikut, yang manakah hipotesis yang berkaitan dengan jadual 2 di atas?
A. Semakin bertambah isipadu air, semakin berkurang masa yang diambil untuk
air mendidih.
B. Semakin bertambah masa, semakin berkurang isi padu air mendidih.
C. Semakin bertambah isi padu air, semakin bertambah masa yang diambil
untuk air mendidih.
D. Semakin berkurang isi padu air, semakin bertambah masa yang diambil
untuk air mendidih.

4. Maklumat di bawah menerangkan tentang fungsi suatu bahagian dalam badan


manusia.

Mengangkut darah ke seluruh tubuh badan

Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah merupakan bahagian yang


dimaksudkan?
A. Jantung
B. Salur darah
C. Peparu
D. Otak

5. Apakah fungsi darah dalam sistem peredaran darah manusia?


A. Mengepam darah ke peparu
B. Mengangkut oksigen, nutrien, air dan bahan kumuh
C. Melindungi peparu
D. Tempat pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida

6. Rajah 2 menunjukkan suatu kejadian yang menimpa seorang murid.

Rajah 2

Halaman 3 [ lihat halaman sebelah…]


Apakah kesan daripada kejadian yang berlaku ini?
A. Pengaliran darah terganggu
B. Sukar bernafas
C. Jantung tidak berfungsi
D. Badan kekurangan zat

7. Rajah 3 menunjukkan satu aktiviti yang mengganggu sistem dalam tubuh manusia.

Rajah 3

Apakah sistem dalam tubuh yang terganggu akibat aktiviti tersebut?


A. Sistem pencernaan
B. Sistem pernafasan
C. Sistem rangka
D. Sistem perkumuhan

8. Bagaimanakah sotong kurita memastikan kemandirian spesiesnya?


A. Menyamar
B. Berbau busuk
C. Menggulungkan diri
D. Menyembur dakwat hitam
9. Rajah 4 menunjukkan seekor ikan buntal.

Rajah 4

Mengapakah badan ikan buntal dipenuhi dengan duri tajam?


A. Untuk menakutkan musuhnya
B. Untuk berenang dengan lebih cepat

Halaman 4 [ lihat halaman sebelah…]


C. Untuk menjadikan badannya lebih besar
D. Untuk menukarkan warna badannya

10. Rajah 5 menunjukkan sejenis tumbuhan.

Rajah 5

Apakah ciri-ciri yang membantu penyebaran biji benihnya?


A. Buahnya manis dan boleh dimakan.
B. Buahnya ringan dan berbulu halus.
C. Buahnya bersabut dan mempunyai ruang udara
D. Buahnya berkulit nipis.

Bahagian B
Item Objektif : Pelbagai Bentuk
[ 8 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 2 soalan. Jawab semua soalan.


1. Tuliskan cara haiwan-haiwan di bawah menjaga anaknya.

Membawa anak di Membawa anak di Memberi anaknya


Menyusukan anak
dalam mulut dalam kantung makan

Halaman 5 [ lihat halaman sebelah…]


[ 4 markah ]

2. Labelkan laluan peredaran darah yang betul pada rajah di bawah.

___________ tubuh
__________ manusia
_

karbon
Darah lebih Darah lebih dioksida
______________ ______________
____________ ____________
peparu

___________ oksigen
__________
_
[ 4 markah ]
Bahagian C
Soalan Subjektif
[ 32 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 4 soalan. Jawab semua soalan.

1. Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh Fadzil. Ketiga-tiga bekas
berisi 30 ml air dibiarkan di bawah cahaya matahari selama 30 minit.
Rajah 1

Jadual 1 menunjukkan hasil penyiasatan tersebut.

Halaman 6 [ lihat halaman sebelah…]


Bekas W X Y
Isi padu akhir air (ml) 20 8 0

Jadual 1

a) Nyatakan satu alat yang digunakan untuk mengukur isi padu air dalam penyiasatan
ini?
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

b) Apakah pemerhatian yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]
c) Apakah tujuan penyiasatan ini?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

d) Apakah corak perubahan isi padu akhir air di dalam bekas berdasarkan maklumat
dalam jadual 1?
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

e) Padankan maklumat berikut dengan pemboleh ubah yang betul?

Maklumat Pemboleh ubah

Isi padu akhir air Pemboleh ubah dimanipulasi

Saiz bekas Pemboleh ubah bergerak balas

Isi padu awal air Pemboleh ubah dimalarkan

[ 3 markah ]

f) Apakah hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan ini?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

2. Rajah 2 di menunjukkan suatu sistem dalam tubuh manusia.

Halaman 7 [ lihat halaman sebelah…]


Rajah 2
a) Namakan sistem di dalam tubuh manusia yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

b) Apakah organ Y?
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

c) Apakah fungsi organ Y?


_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

d) Nyatakan dua cara untuk memelihara sistem yang dinyatakan di 2 (a).


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 2 markah ]

e) Apakah yang akan berlaku jika sistem yang dinyatakan di 2 (a) tidak dijaga?
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

f) Pernyataan di bawah merupakan situasi yang berkaitan dengan sistem dalam tubuh
manusia.

Apabila Syafiq tercekik makanan, saluran pernafasannya akan tersumbat.


Keadaan ini boleh menyebabkan dia sukar bernafas.

Nyatakan dua sistem dalam tubuh manusia yang terlibat dalam situasi di atas.
_____________________________________________________________________

Halaman 8 [ lihat halaman sebelah…]


_____________________________________________________________________
[ 2 markah ]

3. Rajah 3 menunjukkan dua spesies haiwan.

Haiwan X Haiwan Y
Rajah 3
a) Apakah tingkah laku khas bagi haiwan X dan haiwan Y?
Haiwan X : _________________________________________________________
Haiwan Y : _________________________________________________________
[ 2 markah ]

b) Mengapakah haiwan X dan haiwan Y mempunyai tingkah laku khas tersebut?


Haiwan X : _________________________________________________________
Haiwan Y : _________________________________________________________
c)

[ 2 markah ]

c) Apakah yang akan berlaku kepada haiwan X jika tidak mempunyai tingkah laku khas
tersebut?
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]
d) Nyatakan satu contoh haiwan lain yang mempunyai tingkah laku khas yang sama
dengan haiwan X dan Y.

Haiwan X Haiwan Y

[ 2 markah ]

Halaman 9 [ lihat halaman sebelah…]


e)
Penguin mempunyai bulu pelepah yang pendek dan padat.

Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah penguin mempunyai ciri khas yang


dinyatakan di atas?
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]
4. Rajah 4 menunjukkan dua jenis pokok yang diletakkan di bawah cahaya matahari selama
seminggu. Kedua-dua pokok tidak disiram sepanjang penyiasatan dijalankan.

M N

Rajah 4
a) Apakah tujuan penyiasatan ini?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

b) Ramalkan pemerhatian yang mungkin didapati selepas seminggu dengan


melengkapkan jadual berikut.

Jenis pokok Keadaan selepas seminggu


Pokok M
Pokok N
[ 2 markah ]

c) Tuliskan inferens (sebab) untuk pemerhatian kamu di 4 (b).


i) Pokok M : ________________________________________________________
ii) Pokok N : ________________________________________________________
[ 2 markah ]

d) Nyatakan pemboleh
i) Dimanipulasikan : _______________________________________________
ii) Bergerak balas : _______________________________________________
[ 2 markah ]

e) Berikan satu contoh pokok lain yang mempunyai ciri khas yang sama dengan pokok
N.
Halaman 10 [ lihat halaman sebelah…]
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]
------------------------------------ KERTAS SOALAN TAMAT -----------------------------------

~ SELAMAT MENJAWAB ~

Halaman 11 [ lihat halaman sebelah…]

You might also like