You are on page 1of 15
KONSEP PEDAGOGI PENDIDIKAN 1.0 Konsep Pedagogi Penguasaan pedagogi adalah elemen yang penting dalam pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru berusaha menyesuaikan pelbagai kaedah, strategi dan teknik bagi memastikan Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan bersesuaian dengan tahap penerimaan murid (Augustine Ngali, 2019), Guru merancang aktiviti yang bersesuaian dengan isi pelajaran serta menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan bermakna. Pada peringkat ini guru akan mengaplikasikan ilmu pedagogi yang dipelajari dan disesuaikan dengan tahap penerimaan murid. Guru digalakkan mempelbagaikan kaedah, strategi dan teknik pengajaran agar dapat menarik minat serta penglibatan semua murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa peka dan berusaha meningkatkan kemahiran mereka seiring dengan perubahan dan kemajuan yang berlaku dalam bidang pendidikan. 1.1 Pengenalan Apakah yang dimaksudkan dengan pedagogi? Umum mengetahui bahawa pedagogi adalah ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua guru. Pedagogi berasal dari Bahasa Yunani yang bermaksud memimpin atau membimbing. Pedagogi diertikan sebagai suatu ilmu dan seni dalam mengajar anak-anak iaitu bagaimana ilmu pengetahuan disampaikan kepada murid, Guru akan memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara bagi membolehkan murid memperoleh pengalaman pembelajaran yang terbaik. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, pedagogi bermaksud satu kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Local Publications (M) Sdn Bhd (2 1 AKT Konsop Pedagog! Pendiilikan Slavin (1997) menyatakan bahawa pedagogi tala penghubung antara perkara yang gury mahukan pelajarnya belajar dengan hasil pembelajaran sehenar yang diperoleh pelajar terbabit, Manakala Shafity (1997) mentakrifkan pedagogi sebagai prinsip dan kacdah Pengajaran, sipnya adalah las yang meliputi pelbagai aspek yang meliputi prinsip pengajaran, pengurusay bilik dayjah dan tekntk ponyampaian yang memastikan guru berjaya mengajar pelajarnya, Cruickshank (1995) menyalakan pedagogi ialah seni dan sains penga ang meliputi ‘acdah, teknik dan pelbagai pertimbangan untuk menjayakan peng: Beliay i kerana seseorang guru perlu mengambil kira perbezaan individu, 1 perl: memenuhi keperluan pelbagai pelajar. " prinsip, strategi, menganguapnya sebagai st memilih kacdah yang ses Aspek sains pula dikaitkan dengan perancangan yang rapi dan teliti, refleksi serta tindakan, Semua aspek berkenaan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti dan i meneapai objektif’ yang diharapkan, Manakala prinsip pula meliputi kemahiran men} penguasaan isi kandungan, objektif pengajaran dan juga penilaian. Penguasaan isi kandungan pelajaran membolehkan guru lebih berkeyakinan dan mampu menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Penguasaan isi kandungan yang baik meneerminkan penguasaan kemahiran pedagogi yang baik bagi seorang guru (Muhamad Hafizan, 2017; Ku Hafisal & Abdul Sukor, 2020). Dengan kemahiran ini proses pemindahan ilmu kepada pelajar berjalan dengan lancar, penambahbaik stematik Pedagogi merupakan ilmu yang terus berkembang dan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perkembangan teknologi yang ‘mempengaruhi cara belajar, perkembangan ilmu pengetahuan yang memberikan maklumat terkinj tentang proses pembelajaran dan perubahan dalam keperluan serta tuntutan masyarakat terhadap sistem pendidikan. Pengetahuan pedagogi guru yang rendah akan memberi kesan langsung terhadap kualiti pengajaran dan proses pembelajaran ke atas murid-murid (Muhd Zulhilmi Haron et.al, 2020). Pengetahuan pedagogi adalah amat penting untuk seorang guru kerana mereka perlu menyampaikan pengajaran mereka mengikut langkah-langkah yang betul (Yeo Kee Jiar & Siti Sara Hj Abdul Halim, 2008). Oleh itu, guru hendaklah sentiasa memperbaharui dan meningkatkan pengetahuan dan keterampilan mereka agar dapat memberi pembelajaran yang relevan dan efektif| agar bakat dan potensi murid dapat dikembangkan dengan sebaik mungkin. Pengetahuan pedagogi merujuk kepada kebolehan guru dalam melaksanakan tugas- tugas pengajaran dengan berkesan (Esah, 2004). Pemahaman dan penguasaan terhadap pedagogi membolehkan seorang guru merancang dan melaksanakan pembelajaran yang berkesan, memilih kaedah dan strategi pengajaran yang tepat serta sesuai dengan keupayaan dan kebolehan murid. Selain daripada itu, pedagogi juga membantu guru dalam mengelola kelas dengan lebih efektif. Menurut Jahidin dan Nurul Hamimi (2021), penguasaan terhadap pengetahuan pedagogi membolehkan seorang guru melaksanakan pengajaran secara sistematik dan terancang bermula daripada peringkat permulaan diikuti dengan peringkat perkembangan konsep dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan. 2 Local Publications (M) Sdbt Bh 2 N81 Konsep Pedagogi Pendidikan Penguasaan pedagogi oleh guru. mampu mengembangkan potensi murid, Guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kaedah pengajaran dan penguasaan isi kandungan mampu meningkatkan lagi perkembangan pembelajaran murid, Lazimnya, pemilihan model atau reka bentuk pedagogi adalah berdasarkan kepada pemahaman guru meng mata pelajaran dan latar belakang pelajar yang diajar (Nor Aishah & Yap, 2002), Memahari dan melaksanakan pedagogi yang baik membantu guru membina hubungan yang lebih baik dengan murid, Hasilnya, tahap penyertaan dan sumbangan pelajar semasa proses pembelajaran akan meningkat, Pedagogi yang sesuai juga meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid seperti analisi is, dan penilaian. wa isi kandungan suati Guru yang gagal dalam memahan si dan tugasnya bukan sahaja memberi kesan kepada muridnya, bahkan meruntubkan bangsa dan negara. Hal ini kerana ilmu yang dipelajari daripada seseorang guru itu tersebar melalui murid-muridnya. Jika guru itu telah mendidik dan mengajar dengan baik dan berkesan kepada murid-muridnya, maka ilmu yang disampaikan oleh murid-muridnya kepada orang lain juga memberi manfaat. (Nurul Ashikin Md Yatim, Chew Fong Peng dan Zuraidah Abdullah, 2020) 1.2 Konsep Pengajaran Pengajaran ialah suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan pelaksanaan, penilaian dan maklum balas (Shahabuddin, Dr. Rohizani, Mohd. Zohir, 2003). fa melibatkan proses merancang, menganalisis, mengembangkan dan menilai yang melibatkan kajian proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, dan juga interaksi guru dan murid bagi tujuan penyebaran dan penguasaan ilmu kepada murid. aac \ “PENGAJARAN Rajah 1.1: Elemen utama pengajaran Local Publications (M) Sdn Bhd (2 Konsep Pedanonl Mendidikan Hlemen pengetahunn pedagogt yang perlu dikuisad oleh gurt adalah pen Mengenal pendekatin pengajaran, Pendekatan pengajaran merupakan pengurusin « Yang mentiuk kepada cara ataw fangkab-fangkah yang diambil bagi memulakan dan mela SeSMATH Laas bagi mencapai matamat yang ditetapkan. ta bertajuan untuk memudabk, menerina dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru, Terdapat bebe seperti pendokatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik, eta, Stemay KStnaky, 0 ny APA PeNdckaae Gru juga perlu menguasai kaedah pengajaran kerann ia merupakan cara pelaksang Pendekaton pengajaran yang dipilih dalam suatu pengajaran, Kaedah pengajaran merupakan ae Faneangan yang menyetoruh dan sistematik dalany proses menyampaikan isi pelajaran ena murid, Esah (2004) berpendapat bahawa kaedah pengajaran merupakan aktiviti Pengajaran Yan, mengandng langkal-Langkah yang ersstin dan dalam setiap langka it pula wud kemahigns dan latihan yang terancang, menarik minat murid dan memberikan keseronokan dalam belajar Selain myahir dalam menggunakan pendekatan dan kaedah dalam pengajaran, guru juga pert gh, menggunakan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang diajar ‘Teknik pengajaran merupakan perihal pengajaran yang berlaku di dalam kelas (zm aq, 1998), ‘Teknik pengajaran Kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaray Kepada murid melalui langkah-langkah dalam aktiviti, Manakala strategi pengajaran pug merujuik kepada peraneangan dalam meneapai matlanat dengan mengambil kita aspek-aspek lin, Strategi pengajaran adalah kebijaksanaan guru dalam memilih pendekatan, kecekapan meranca teknik dan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran berdasan ditentukan. n an objektif pelajaran yang alc Rajah 1.2: Hubungan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Cruickshank (1995), perancangan pengajaran ialah proses guru membuat keputusan tentang cara terbaik dalam memilih, menyusun pengalaman pembelajaran bagi memaksimumkan kepuasan, pencapaian guru dan pelajar. Ini kerana, melalui proses tersebut, guru dapat memberi 4 Local Publications (M) Sn Bhd N81 Konsep Pedagogl Pendidikan maklumat dan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar, Burden dan Buryd (1999), perancangan pengajaran ialah proses membuat keputusan tentang pengelolaan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran untuk menghasilkan kesan positif kepada guru dan murid Mengikut Slavin (1994) terdapat empat faktor yang mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction), kesesuaian aras pengajaran (appropriate level of instruction), insentif (incentive) dan masa (time). Amalan pengajaran perlu ditekankan di peringkat awal proses kemenjadian guru, Latihan demi latihan diberikan agar guru menguasai pelbagai kemahiran dan ilmu pedagogi kerana ini adalah penyumbang utama kepada keberkesanan pengajaran. Kualiti pengajaran merujuk kepada keupayaan guru untuk menyampaikan pengajaran atau konsep atau kemahiran yang mudah difahami oleh murid, mudah diingat dan menyeronokkan. Kesesuaian aras pengajaran pula merujuk kepada kepelbagaian potensi murid yang ada di dalam bilik darjah, Aras pengajaran yang sesuai bermaksud pengajaran mestilah sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid. Jika aras pengajaran guru tinggi, murid yang lemah tidak dapat mengikutinya dan akhimya mereka putus asa dan akan ketinggalan dalam pelajarannya, Apabila aras pengajaran itu rendah, murid yang cerdik pula cepat merasa bosan dan tidak memberi tumpuan kepada guru, (Shahril @ Charil bin Hj Marzuki, 2019). Insentif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada murid untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru. Terdapat dua cara untuk guru memberikan motivasi kepada pelajar supaya terus belajar (Slavin, 1994). Pertama, guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan murid dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai alat bantu mengajar. Kedua, guru boleh memberi insentif kepada murid dengan cara memberikan ganjaran atau pujian kepada murid yang dapat menguasai sesuatu kemahiran atau memberi denda kepada murid yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran Manakala masa pengajaran adalah masa yang cukup untuk pelajar mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran, Guru perlu peka dan berupaya mengagihkan masa yang mencukupi bagi murid ‘menguasai sesuatu isi pelajaran mahupun Kemahiran yang ingin disampaikan kepada mereka. Menurut Santrock (2008), murid perlu diberi peluang menggunakan bakat dan kecerdasan mereka sewaktu sesi pengajaran di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan menekankan kepada pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor murid-murid, Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam mengurus masa. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan hasil pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai sepenuhnya 1.3. Model Pedagogi Model pedagogi adalah suatu pola atau struktur yang digunakan sebagai panduan proses pengajaran dan pembelajaran, Model pedagogi mampu menggambarkan proses pengajaran secara keseluruhan, Terdapat pelbagai jenis model pedagogi yang boleh digunakan dan ini dapat Local Publications (M) Sdn Bhd (82 5 BAD) Konsep Pedapog! Pendidikan Membanty guru menentukan kaedah can str pembelajaran, tahap penerimaan murid di (ogi yang ses dengan objektif pengajaran dan jar, Dengan menggunakan model pedagoyi yang tepat, pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan lebih tersusun dan terarah, Terdapat model pedagogi itu. memiliki kelebihan tersendiri Oleh hal yang demikian, seorang guru perlu mahir dalam menyesuaikan model pedagogi bapi gi dan set pelbagai jenis model pedago; memenuhi matlamat da lam proses pengajaran dan pembelajarannya. 1.3.1 Model Pengajaran Taba (1945) Dalam Model Pengajaran Taba, ianya menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid. Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan, Model ini menerangkan bahawa seseorang murid melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep harustah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut; menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan, menggolong dan mengelas fakta- fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya, membuat generalisasi atas kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu dan mengaplikasi generalisasi yang diperoleh, Kesimpulannya, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai 1.Murid-murid menyusun fakta | 2.Murid menggolong & dengan memerhati cir- | menjelaskan fakta- ci persamaan & | fakta menjadi kategori perbezaan yang wujud I | enw 3.Murid membuat goneralses! otas hubungan-hubungan antara kategori- alopon eee eeu) 4.Murid mengaplikasikan generalisasi baru yang diperolehi PC Cea eam IN oe) Rajah 1.3: Strategi pengajaran - Taba (1945) . Local Publications (Mp Sth Bid azoRl Pendidikan 1.3.2, Model Pengajaran Asas/Glaser (1962) Robert Glaser membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama jaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada murid, kaedah mengajar dan penilaian, Model ini juga dikenali sebagai Model Pengajaran Asas. Dalam model ini, objektif pengajaran haruslah bersesuaian dengan kemahiran dan pengetahuan sedia murid. Strategi dan kaedah juga perlu disesuaikan dengan objektif dan pengetahuan sedia ada murid, Aspek penilaian pula, perlu dijalankan ke atas semua proses pengajaran untuk mengesan kelemahan murid agar guru dapat mengubahsuai pengajarannya. Menurut beliau, maklum balas murid adalah aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas yang positif menggambarkan keupayaan guru dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model pengajaran Robert Glaser ini dibina berlandaskan satu proses yang menitikberatkan perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas dalam prose pengajaran. (Mohd Ismail Mustari, Kamarul Azmi Jasmi, Azhar Muhammad dan Rahmah Yahya, 2012) MODEL PENGAJARAN ASAS/GLASER (1962) “)) OBJEKTIF TP} KAEDAH g PENGAJARAN PENGAJARAN PENGETAHUAN 04 SEDIA ADA PENILAIAN MURIO Rajah 1.4: Model Pengajaran Asas/Glaser (1962) ‘Antara implikasi model Glaser ialah dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran. Maklum balas daripada murid membolehkan guru memperbaiki kelemahan dan menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 1.3.3 Model Strategi Pengajaran (Strategic Instruction Model) Model strategi pengajaran ini membantu guru merancang pengajarannya dengan mengambil kira unsur-unsur penting seperti menentukan bahan, cara mengajar dan penitaian, Model Strategi Pengajaran (Strategic Instruction Model) ini diperkenalkan oleh Deshler dan Schumaker pada tahun 1988 dan dikembangkan oleh beberapa pengkaji di Universiti Kansas (Bremer, Clapper dan Deshler (2002). Model ini dibangunkan bagi membantu murid yang Loca! Publications (M) Sdn Bhd (Bh 7 FANT Konsep Ps on} Pendidikan mengalani masala pembelajaran bagi menguasai pelajaran dan kemahiran, Antara kemahiray murid yang ciberi pethatian adalah membaca, menyimpan dan mengingat maklumat, menyatakan maklumat, menunjukkan kecekapan, interaksi sosial dan matematik. Model ini menjetaskan bahawa proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaks; antara guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif pengajaran, Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang komunikasi, iaitw interaksi di antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam satu persckitaran (ertentu, Berdasarkan model ini, objektif dan igi pelajaran harus ditentukan secara eksplisit dan mengikut keupayaan murid, Strategi pengajaran harus dirancang dengan teliti dan memahami apa yang perlu dilakukan dari peringkat awal hingga ke peringkat akhir proses pengajaran dan pembelajaran, Ini akan membantu guru mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan. Model ini menekankan perhubungan yang baik antara guru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang positif dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terutama dalam membantu murid belajar, Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur persekitaran seperti keaduan bilik darjah yang kondusif dan sesuai dengan gaya belajar murid, esa ae te Tey Rajah 1.5: Model strategi pengajaran (SIM) Dalam mode! ini, interaksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku di antara guru dan murid dengan satu atau dua atau tiga Komponen yang lain. Apabila interaksi berlaku, salah satu Komponen akan menjadi tumpuan. Hasil keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebijaksanaan guru dalam menentukan objektif dan isi pelajaran yang berkaitan dengan persekitaran seta kecekapan menggunakan tcknik mengajar dengan mengambil kira pertimbangan-pertimbangan interaksi di antara guru, murid, objektif, isi pelajaran dan persekitaran. 8 Lact Publications (4) Sih Bhd N81 Konsep Pedagog! Pendidikan Beberay Kajian telah dilakukan dengan menggunakan model ini bagi melihat Keberkesanan dalam pengajaran bagi murid-murid yang menghadapi masalah pernbela 1.3.4 Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel) David Ausubel adalah scorang abli psikologi pendidikan yang terkenal dengan teori belajar bermakna (meaningfiu!), Menurut Ausubel pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur Kognitif seseorang murid, Perkataan ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Model ini diutarakan oleh David Ausubel. Menurut Ausubel, strategi ekspositori merupakan cara mengajar yang paling efektif dan efisien bagi pembelajaran bermakna, Dalam konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid- murid di dalam Kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi. Murid berpeluang untuk mendapat penjelasan jika timbul sebarang keraguan melalui sesi soal jawab. Murid bukan setakat penerima, bahkan mampu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dengan mengaitkan ilmu yang diterima dengan pengetahuan sedia ada mereka. Pengajaran ekspositori menekankan pembelajaran verbal yang bermakna. Dalam bilik darjah, penyampaian pengajaran berdasarkan isi pelajaran yang dirancang secara logik dan sistematik kepada murid. Guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya murid dapat menerimanya dengan baik. Maklumat yang diberikan akan diterima dan diasimilasikan dalam struktur kognitif murid iaity mengintegrasikan ilmu pengetahuan sedia ada dengan menggunakan bahan pelajaran baru dengan inisiatif sendiri untuk memperoleh ilmu pengetahuan baharu. PENERANGAN YANG oe (+) PENYAMPAAN MAKLUMATATAU SI (2) ey MODEL “CINGEUNG HEADS EKSPOSITORI ano cunv sen PENERANGAN DAN MURIO MENDENGAR — DAN MENCATAT Rajah 1.6: Model pengajaran ekspositori ‘Local Publications (M) Sdn Bhd (2 9 fant Konsep Pedagon! Pendiaikan 4.3.5 Model inkuiri (Suchman-1964) Model inkuiri Suchman ard Suchman (1964) berdasarkan stratey; ti ali i Yay digunakan oleh abli sains dalam mengumpul data dan maklumat model adalah pembelar yang berpusatkan murid dan sangat memerlukan kepada penyertaan a! tif murid. Petschita, pembelajaran dan aktiviti murid disusun untuk menggalakkan murid meneari penjelasan keyg, persoalan yang telah ditimbulkan. Antara Tangkah-langkah dalam Model Inkuiri Suchman ad, seperti dalam rajah 1.7. Model diperkenalkan oleh Rich e i / = GURU MENERANGKAN' IKUIRI UNTUR BERKAITAN TEOR GURU DAN MURID BERBINCANG DAN MENGANALISIS ROSES INKUIR UNTUK PENAMBAHBAIKAN DiBiMaING MEMBUAT 3 0E) IMPUL DATA Rajah 1.7: Model inkuiri Suchman “Alaiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membens hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatist jawapan dan membuat rumusan (Khairun Nadwa, 2007). terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘ink Jukan guru membimbing m= peringkat rendab ds roses kai ajian Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memer| menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada menengah. Dalam inkuiri terbuka, murid tidak diberi sebarang bimbingan. Segala p dijalankan oleh pelajar sendiri, Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pens: lebih tinggi seperti di universiti dan di IPTA. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnY® pendidikan Locat Publications (99 58 oi 10 BAB 1 Konsep Padagos! Pendidikan 1.3.6 Model Pengajaran Kontemporari (Victoria, Australia 2020) Model pedagogi dalam rajah 1.8 adalah salah satu model pengajaran kontemporari oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Victoria, Australia (2020). Terdapat lima komponen utama dalam model ini iaitu metibatkan diri, meneroka, menerang, menghurai dan menilai (engage, explore, explain, elaborate dan evaluate). Guru perlu mendalami dan menguasai setiap kemahiran ini untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan dan seterusnya mencapai matiamat yang ditetapkan selain menguasai pelbagai disiplin pedagogi yang lain seperti kaedah dan strategi pengajaran, aplikasi teknologi, gaya pengajaran, gaya pembelajaran dan penilaian, MENEROKA (EXPLORE) 3 MENILAT MENERANG | (EVALUATE) (EXPLAIN) iGHURAL (ELABORATE) Rajah 1.8: Model pedagogi: lima domain pengajaran Pengajaran yang efektif membantu murid belajar secara berkesan dan mencapai matlamat yang ditetapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap murid, Selain daripada itu murid dapat memahami apa yang harus mereka pelajari dan bagaimana mereka mengaplikasikan ilmu yang dipelajari Model pengajaran yang efektif menggabungkan pelbagai strategi pengajaran, seperti perbincangan secara kumpulan, sesi soal-jawab, kuiz, latihan dan simulasi serta penggunaan teknologi dan media pembelajaran agar murid dapat belajar dengan cara yang lebih menarik dan interaktif, Guru sentiasa memberi dorongan, bimbingan dan sokongan bagi memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran atau ilmu pengetahuan yang disampaikan. Local Publications (Mj Sdn Bhd nN BABY Konsep Pedagogi Pendidikan 1.4 Kluster Pedagogi Persckitaran serta nilai budaya member kesan secara langsung kepada bidang pendidikan, Nilai pendidikan pada kaca mata masyarakat berbeza dari satu masyarakat dengan masyarakat Jain. Ini juga secara tidak langsung memberi kesan terhadap budaya dalam pendidikan itu sendiri. Terdapat 3 kluster pedagogi iaitu kluster antik, kluster klasik dank luster kontemporari. Setiap luster mempunyai kaedah pengajaran dan cara pembelajaran yang berbeza. KLUSTER PEDAGOG! iy re TTL TTT EDL eT KONTEMPORARI tk} Rajah 1.9: Kluster pedagogi 1.4.1 Pedagogi Antik (Antiquated Pedagogy) Pedagogi Antik merujuk kepada satu bentuk pengajaran yang tidak direka secara kiusus bagi tujuan penyampaian ilmu. Perkongsian ilmu secara tidak formal dan tidak tersusun. Pedagogi antik fokus pada pendidikan karakter, moral, etika, serta mengajar murid bagaimana menjadi warga negara yang baik dan berjaya. Pendekatan pedagogi antik lebih berfokus kepada pembelajaran bagi menguasai pelbagai kemahiran seperti menulis, membaca, mengira dan lain- lain kemahiran seperti memasak, menjahit, dan bercucuk tanam. Guru hanya memberi semua maklumat kepada murid dan murid adalah bersifat pasif dan taat. Mereka menerima sepenubnya segala maklumat yang disampaikan. Berdasarkan nilai budaya pada ketika ini, peranan murid adalah untuk menerima semua maklumat yang diberikan oleh guru sama ada ilmu berkenaan relevan atau sebaliknya. Guru berfungsi sebagai sumber maklumat dan cara penyampaian guru tidak diberi tumpuan dalam aspek keberkesanan penyampaiat pembelajaran, Local Publications (M4 Si Bad HAN} Konsep Pedagogi Pendidikan The antiquated approach is explicitly out of date, irrelevant, and a precise response to the question What do we cut? (Jacobs dan Alcock, 2017). Pedagogi antik tidak lagi relevan untuk diguna pakai bagi pendidikan masa kini. P. murid juga tidak lagi sesuai untuk dikekalkan. 1.4.2 Pedagogi Klasik (Classical Pedagogy) Pedagogi klasik adalah suatu pendekatan dalam dunia pendidikan yang menckankan pada pembelajaran yang berpusat pada guru dan pengetahuan, Pedagogi klasik ini memiliki akar sejarah yang terkait dengan kebudayaan Yunani Kuno dan Romawi. Dalam pendekatan ini, pengetahuan diangeap sebagai sesuatu yang tetap dan harus dipelajari. Kurikulum yang diajarkan dalam pedagogi klasik ini biasanya meliputi bahasa retorik, matematik, sains, dan sejarah. Beberapa tokoh pendidikan klasik yang terkenal ialah Plato dan Aristoteles. Pedagogi klasik menyokong dan membantu murid menjadi lebih yakin, Guru sensitif dan ‘mahir dalam berkomunikasi secara berkesan dengan murid, Mereka mahir dalam membuat keputusan pengajaran, menyusun bahan, menentukan aktiviti yang sesuai sama ada individu, berpasangan, dalam kerja kumpulan kecil atau melibatkan kumpulan besar, menggunakan analogi dan membuat penggunaan ruang pembelajaran yang ada, Guru dianggap sebagai sumber pengetahuan dan berautoriti dalam bilik darjah, Guru mahir dalam memberi arahan dan tunjuk ajar kepada murid serta menitikberatkan aspek disiplin dan periaku dalam bilik darjah, Pembelajaran dalam pedagogi Klasik berpusat pada pengetahuan dan keterampilan akademik yang lebih spesifik berbanding dalam pedagogi antik. Pembelajaran bahasa dan sastera sangat dihargai dalam pedagogi Klasik bagi tujuan keterampilan komunikasi yang baik. Murid digalakkan berfikir secara kreatif dan inovatif serta mampu berkolaborasi dan bekerjasama dalam melaksanakan tugasan atau penyelidikan. tical Perini Perancang Berasaskan Projek rails Peareies Poetic Seam Peranan pelajar pedagogi klasik Rajah 1. Local Publications (M) Sdn Bhd B 13 AAD) Konsep Pedagogt Pendidikan Kemahiran yang terdapat dalam rajah 1,10 merupakan kemahiran yang mempunyai nity yang relevan pada alatyang akan datang, Nilai-nilai yang terdapat dalam pedagogi klasik ini pay dikekalkan dan diubahsuai dengan perkembangan dalam bidang pendidikan abad ke-21, 1.4.3. Pedagogi Kontemporari (Contemporary Pedagogy) Kontemporari bermaksud “kepunyaan masa kini”” atau “ciri masa kini”. Ini membayangkan bahawa pedagogi kontemporari akan sentiasa berkembang seiring dengan masa dan dipengaruhj oleh faktor-faktor lain yang berlaku bagi tempoh masa tersebut. Dalam pedagogi kontemporar, murid dan guru berperanan sebagai self navigator (pembimbing kendiri). Motivasi intrinsik memainkan peranan penting dalam situasi ini, Guru perlu berusaha meningkatkan kualiti digi dengan meneroka ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu Teknologi maklumat masa kini memudahkan guru mencari segala maklumat dan ilmy yang diperlukan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, Dengan keupayaan carian pada bila-bila masa dan tanpa batasan serta ketersediaan media digital dan alatan untuk perkongsian maklumat menyebabkan tanggapan tentang pedagogi masa lalu telah berubah, Murid kini mampu mendapatkan maklumat sendiri dan mengendalikan peralatan media digital dengan baik. Gua hanya berperanan sebagai pemudah cara dan membuka ruang kepada murid untuk melibatkan diti secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hari ini, murid boleh berhubung serta-merta dengan orang lain di seluruh dunia dan mampu mewujudkan kontrak sosial yang bermakna dan selamat. Guru boleh membimbing dalam membentuk perjanjian dengan pihak lain bagi perkongsian atau kerjasama seperti menghasilkan inovasi dalam pendidikan. Ini akan meningkatkan kemahiran murid dalam rekaan dan inovasi. Pedagogi kontemporari menyediakan murid dengan kebolehan seperti menyelidik dunia 4i luar persekitaran mereka. Mampu merangka masalah penting dan menjalankan penyelidikan dengan baik, Mereka juga mampu mengenal pasti perspektif’ orang lain dan diri sendiri menyatakan dan menerangkan perspektif tersebut dengan bertimbang rasa dan hormat, Mampt menyampaikan idea secara berkesan dengan pelbagai pihak serta tanpa mengira halangan geografi linguistik, ideologi dan budaya, Mereka juga mengambil tindakan untuk memperbaiki kesalaban serta kelemahan dan mengambil bahagian secara reflektif. “Pelajar yang baik ialah mereka yang belajar. Walau apa pun prasangka, halangan atau defisit mereka, walau apa pun kisah mereka, mereka mengambil maklumat baharu dan pengalaman baharu dan dengan sebaik mungkin menjadikan mereka alat untuk mengubah diti dan dunia mereka. Dan akhimya saya telah belajar bahawa guru yang baik ialah seseorang yang boleh mengenali dan berhubung dengan pelajar yang baik tanpa mengira siapa mereka.” (Mark Cohan, 2009) 4 Local Publications (M0) Situ Bhd Ant Konsep Pedagogl Pendidikan Jadual 1.1: Perbezaan antara Tiga Pedagogi: Antik, KJasik dan Kontemporari Antik Klasik Kontemporari Jaman pembelajaran Bilik darjah di sekolah dan | Pembelajaran dalam sepenhnya datam bilik darjah | tempat fain persckitaran fiikal dan alam - 1 fmaya Penyampaian linear dalam kelas | Penghantaran dalam pelbagai | Pembclajaran tidak linear = | tetapan a 4 apkan format dan struktur | Flcksibiliti terhad dalam | Struktur penjadualan bolch struktur berubah-ubah dan fleksibel s, peranan khusus untuk | Peranan yang interaktif lagi | Peranan yang berubah-ubah pelajar dan guru khusus untuk pelajar dan | untuk pelajar dan guru guru semasa mereka berinteraksi | L sebagai guru dan pelajar | ‘Alat Komunikasi yang terhad | Alat komunikasi yang terhad | Alat komunikasi terbuka | Tegar, menetapkan kurikulum — | Kurikulum yang ditetapkan | Kurikulum responsif yang : dengan sedikit fleksibiliti__| berterusan dan diperibadikan | (Sumber : Jacobs, H. H and Alcock M. H_ 2017) RUMUSAN Guru harus mampu mengadaptasi teknologi moden dalam pembelajaran, seperti menggunakan media online dan aplikasi pembelajaran digital. Hal ini akan membantu murid belajar dengan cara yang lebih menarik dan efektif. Selain daripada pemilihan strategi, kaedah, pendekatan yang tepat dengan kebolehan murid, guru harus mengambil kira faktor-faktor lain ‘yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan pedagogi yang sesuai, potensi murid dapat dikembangkan dan proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Perubahan globalisasi secara tidak langsung mempengaruhi perubahan dalam bidang pendidikan, Oleh hal yang demikian, pedagogi baharu yang bersesuaian dengan arus kemodenan pada masa kini diperlukan untuk mendepani cabaran ini. Namun peranan murid sebagai pemikir kritis, murid sebagai abli pasukan kolaboratif, murid sebagai perancang berasaskan projek, murid sebagai pemikir kreatif, murid sebagai penyelidik dan murid sebagai penganjur pengetahuan perlu dikekalkan. Oleh itu, peranan guru sebagai perancang, guru sebagai pengawal bilik darjah, guru sebagai pendorong, guru sebagai pembimbing dan penilai perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin ager dapat menghasilkan modal insan yang berkualiti bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan. Local Publications (§M) Sdn Bld 15

You might also like