You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAXWELL

JALAN TUN ISMAIL


50480 KUALA LUMPUR
🕾🕾🕾🕾: 03 – 40412895, Fax : 03 – 40446057 ✉✉ : la.web0218@btpnkl.edu.my

Ruj.Kami : SMKM.700-9/4/1(2)
Tarikh : 13 Februari 2024

Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat Sentul
Jalan Tun Ismail, Chow Kit
50480 Kuala Lumpur

Tuan / Puan

MEMOHON PERALATAN GOTONG ROYONG PERDANA SMK MAXWELL TAHUN 2024

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Maxwell, Kuala Lumpur akan mengadakan Gotong
Royong Perdana pada ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Mac 2024 (Khamis)


Masa : 8:00 pagi
Tempat : Dewan Tun Siew Sin / Dewan Terbuka

3. Program ini akan disertai oleh AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), staf sekolah,
agensi kerajaan, agensi swasta, NGO dan para guru keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, bagi
menjayakan gotong royong yang berkenaan, kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan dapat
meminjamkan peralatan dan menyumbang logistik seperti berikut :

BIL PERKARA JUMLAH CATATAN

1 Tong roro 1 buah


2 Water jet 2 set
3 Penyapu keras 10 batang
4 Gergaji tangan 4 bilah
5 Kereta sorong 2 buah
6 Cangkul 6 batang
7 Tangga 2 buah
8 Penyodok sampah 10 batang
Sekateur / Gunting 6 bilah
9
pokok
10 Pongkes 2 buah
11 Parang 2 bilah
12 Penggali 2 batang
13 Chainsaw 1 buah
4. Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi En Ahmad Nizam bin
Daud, Setiausaha 4K SMK Maxwell, Kuala Lumpur di nombor 019-2485498.

5. Kerjasama Tuan dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………...………………..………….
(RAVI CHANDRAN A/L
KRISHNAN)
Pengetua

You might also like