You are on page 1of 2

Ruj. Kami : JP/BKS/726/6 Jld.

6 ( )
Tarikh : Disember 2021
Jamadilawal 1443H
YB DATO’ SRI HAMZAH BIN ZAINUDIN
Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri,
Aras 12, Blok D1, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya.

UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN SRI


SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (S.S.A.P.) SEMPENA SAMBUTAN ULANG
TAHUN HARI KEPUTERAAN KE-62 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA
BILLAH SHAH

Dengan hormatnya izinkan saya menjemput perhatian YB Dato’ Sri kepada perkara
di atas. Didoakan semoga YB Dato’ Sri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan
sihat serta dipermudahkan segala urusan jua.

2. Saya bagi pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan sukacitanya


merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Dato’ Sri atas
Penganugerahan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.)
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi ke-62 Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
pada 14 Disember 2021.

3. Dengan tulusnya, kami di DOSM ingin mengucapkan selamat maju jaya dan
yakin bahawa penganugerahan ini akan memantapkan lagi kepimpinan YB Dato’ Sri
dalam menjadi peneraju keselamatan dan keamanan dalam negeri.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Salam hormat,
(DATO’ SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN)

SUMBER :
https://www.moha.gov.my/index.php/ms/maklumat-korporat/2012-07-31-
01-30-10

You might also like