You are on page 1of 1

Ruj. Kami : SKG.600-1/2/18 Jld.

4 ( )
Tarikh : September 2022

Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia
232 Jalan Tun RazakTitiwangsa
53200 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tuan,

MOHON SUMBANGAN BUKU DAN BAHAN-BAHAN BACAAN UNTUK DILETAKKAN DI


PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN G-PUSKOM SK GEDOK

Merujuk kepada perkara di atas

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah ini ingin menambah koleksi bahan bacaan
yang masih belum mencukupi untuk murid-murid dan ibu bapa . Buku-buku dan bahan
bacaan tersebut akan diletakan di lokasi seperti Pusat Sumber Sekolah dan G-Puskom
(kawasan ibu bapa menunggu anak-anak pulang sekolah).

3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat menyumbangkan
bahan bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa bagi keperluan tersebut. Tujuan
kami berbuat demikian adalah untuk melahirkan generasi yang cintakan amalan membaca
di mana sahaja berada. Jika ada makluman berkenaan perkara ini mohon tuan hubungi
Cikgu Suhila Binti Shohod di talian 06-4717369/019-6603652.

4. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam perkara ini amat kami hargai.

Sekian. Terima kasih

“KEBERSAMAAN MELESTARIKAN KEGEMILANGAN”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SUHILA BINTI SHOHOD)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Gedok

You might also like