You are on page 1of 1

”PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Kami : SKL.KS 600-3/5/32( )


Tarikh : 6 September 2023

Penolong Pegawai Perpaduan,


Pejabat perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,
Daerah Larut Matang Selama,
(Kementerian Perpaduan Negara)
Tingkat 5, Wisma Persekutuan,
Jalan Istana Larut,
34000 Taiping Perak.
(U.P: Muhammad Ikhwan Ng Bin Abdullah)

Tuan

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN DAN HARI


MALAYSIA SESI 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SK Laksamana akan mengadakan Majlis


Penutupan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pada ketentuan berikut :

2.1 Tarikh : 15.09.2023 (Jumaat)


2.2 Masa : 9.00 pagi
2.3 Tempat : Dewan Canselor, SK Laksamana

3. Sehubungan itu, pihak sekolah serta Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG) SK Laksamana
dengan berbesar hati menjemput tuan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

4. Kesudian dan jasa baik tuan menerima jemputan ini amatlah di hargai dan di dahului dengan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.Semoga dengan kehadiran tuan akan dapat
memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.

”MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

....................................................
(MUKTHER RIZAM BIN AHMAD)
Guru Besar

You might also like