You are on page 1of 6
Fakta Kes: Saya, Maimunah Binte Che’Mat (No. Paspot Republik Singapura: KO1337882 / No. K/P Singapura: $16429921) seorang warganegara Republik Singapura merupakan pemohon dalam tindakan ini dan memfailkan permohonan ini dalam kapasiti sebagai Pentadbir harta pusaka atau balu kepada Allahyarham Roslan Bin Abu Bakar, suami saya yang telah meninggal dunia pada 10.12.2016. Saya mengetahui dengan pengetahuan yang penuh bahawa almarhum suami saya adalah pembeli pertama (“Pembeli Pertama’”) dan adik ipar perempuan saya, Ramah Binte Abu Bakar sebagai pembeli kedua (“Pembeli Kedua’”) menandatangani Perjanjian Jual Beli pada 23.4.2014 (“Perjanjian Jual Beli tersebut”) dengan Denia Development Sdn Bhd (“Pemaju tersebut”) untuk pembelian sebuah rumah teres yang didaftarkan dibawah HSD 505676 PTD 183864, Mukim Pulai, Daerah Johor Bahru, Negeri Johor dengan alamatnya di No. 5, Jalan Prima 4/3, Taman Nusantara Prima, 79200 Iskandar Puteri, Johor (hartanah tersebut). Perjanjian Jual Beli tersebut mempunyai terma-terma material dengan balasan harga belian hartanah tersebut yang berjumlah RM558,158.00 (“Harga Belian tersebut”) dimana bayaran dibuat mengikut peringkat kemajuan seperti dinyatakan pada Jadual Ketiga Surat Perjanjian Jual Beli Tersebut. Pembeli Pertama dan Pembeli Kedua telah membuat permohonan pembiayaan dari United Overseas Bank (Malaysia) Berhad (“UOB Bank”) dan mendapatkan pembiayaan berjumlah RM446,526.00 (termasuk MRTA premium RM24,764.00) (“Pembiayaan UOB Bank”) bagi pembelian Hartanah tersebut; (selepas ini Pembeli Pertama adalah dirujuk sebagai Peminjam Pertama dan Pembeli Kedua adalah dirujuk sebagai Peminjam Kedua dan kedua- duanya adalah dirujuk sebagai “Peminjam Bersama’). Surat tawaran UOB Bank (Kulai) beralamat di No. 31-1 & 31-2, Jalan Raya Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor menyatakan bayaran bulanan berjumlah RM2,931.00, terma-terma berkaitan penyempurnaan suratcara-suratcara pembiayaan dan Borang Gadaian (“Borang 16A tersebut”) perlu daftarkan di Pejabat Tanah dan Galian Johor (“PTG Johor”). Pada 2014, Pemaju Tersebut telah memulakan fasa kemajuan pembinaan projek bagi Hartanah Tersebut sehingga dimaklumkan telah berlaku kelewatan untuk menyerahkan Sijil Layak Menduduki ("CCC") dan mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan ("KPKT”) sehingga dirujuk Projek-projek Perumahan Swasta yang sakit kategori landed sehingga diperakui siap pada 19.4.2016. Pada 30.3.2016 perjanjian-perjanjian pembiayaan telah disempurnakan oleh Tetuan The Law Offices Of C.L Heng ("Peguamcara tersebut”) selaku Peguamcara yang mengendalikan dokumen pembiayaan dengan baki bayaran yang masih perlu dibayar UOB Bank kepada Pemaju Tersebut berjumlah RM251,171.10 (“Baki Bayaran Pembelian’). pada 4.4.2016 Peguamcara tersebut telah mendaftarkan kaveat Persendirian ke atas Hartanah tersebut dengan nombor Perserahan 9693/2016 bagi pihak UOB Bank sebagai pihak berkepentingan. Pada 19.4.2016 Pemaju Tersebut menyerahkan Surat Akujanji kepada UOB Bank sekiranya Hartanah tersebut gagal didaftarkan, terbengkalai atau tidak dapat dilengkapkan serta menyatakan jumlah beza telah dibayar oleh Peminjam Bersama. Pada 29.6.2016 UOB Bank telah membuat bayaran penebusan (redemption) kepada Pemaju tersebut sebagai sebahagian pengeluaran pembiayaan (disbursement) bagi melepaskan gadaian Hartanah tersebut dari pegangan Malayan Banking Berhad (MBB); dan hanya bebas dari bebanan tersebut pada 22.11.2016. Namun pada 10.12.2016 Pembeli Pertama/ Peminjam Pertama telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru (lung carcinoma). Pada sekitar 2017 saya dinasihatkan oleh Peguam tersebut untuk membuat permohonan harta pusaka di Unit Pembahagian Pusaka Kecil (“Unit HPK”) dengan guaman pembahagian no JKPTG/PK/01/02/0623/2017 dan sehingga pada 15.3.2018 saya telah memperolehi Perintah Pemberian Kuasa Mentadbir di bawah Seksyen 13 (Borang F) dan telah meletakkan saya sebagai Pentadbir. Seterusnya pada sekitar 2018, diatas nasihat Peguamcara tersebut saya untuk membuat permohonan kebenaran Pemilikan Hartanah oleh Kepentingan Asing mengikut Seksyen 433B Kanun Tanah Negara (KTN) dan saya memperolehi kebenaran PTG Johor pada 24.12.2018. Pada sekitar tahun 2019 saya telah menandatangani suratcara pindahmilik (“Borang 14A”) bagi penyempurnaan pindahmilik Hartanah tersebut dan dimaklumkan Peguamcara tersebut bahawa bayaran duti setem bagi Suratcara Borang 14A hanya dibuat oleh Pemaju tersebut sehingga pada 12.3.2019. Pendaftaran Pindahmilik Tanah atas nama Pembeli Kedua dan saya sebagai Pentadbir telah disempurnakan dengan nombor perserahan 35691/2019 bertarikh 7.5.2019. Setelah pendaftaran pindahmilik di PTG Johor, saya dimaklumkan bayaran Baki Bayaran Pembelian kepada Pemaju Tersebut tidak dapat dilakukan kerana mendapati Pemaju Tersebut telah dibankrup (digulung) pada 14.11.2019. Disebabkan tempoh masa yang panjang dan suratcara Borang 16A yang telah ditandatangan Peminjam Bersama tidak dapat didaftarkan di PTG Johor serta status penggulungan Pemaju tersebut, Pembeli Kedua/Peminjam Kedua bercadang untuk membatalkan Pembiayaan UOB Bank dan akan membayar Baki Bayaran Pembelian melalui dana peribadi. Seterusnya Pembeli Kedua/Peminjam Kedua membuat permohonan MRTA insuran diatas pegangan Peminjam Pertama untuk penilaian baki pembiayaan menetapkan jumlah pembayaran perlu dibuat kepada OUB Bank. tetapi perbincangan saya dan Pembeli Kedua/ Peminjam Kedua dengan OUB Bank tertangguh akibat Pandemik COVID-19 apabila Kerajaan Malaysia mengisytiharkan penutupan dan penyekatan pergerakan di seluruh negara pada 18.3.2020 dan berlanjutan sehingga 31.12.2021. Akibat daripada kesan pandemik yang melanda, saya dan Peminjam Kedua menghadapi masalah serta kesempitan kewangan untuk menyara keluarga kerana bergantung kepada simpanan sediada dan mendapati dana peribadi yang diperuntukan untuk membayar Baki Bayaran Pembelian yang berjumlah RM275,935.10 adalah berkurangan dan tidak mencukupi. Pada 29.10.2021 Peminjam Kedua telah memaklumkan kepada OUB Bank untuk meneruskan semula Pembiayaan UOB Tersebut dan akan menandatangani suratcara berkaitan seterusnya Borang 16A tersebut dapat di daftarkan di PTG Johor bagi menjaga kepentingan UOB Bank. Saya telah dinasihatkan Peguam Tersebut untuk merujuk kepada Unit HPK bagi permohonan ulang bicara untuk mendapatkan kebenaran menandatangani suratcara Borang 16A tetapi pada 16.4.2023 saya dimaklumkan HPK tidak berbidangkuasa memberi kebenaran tersebut. Sehingga pada tahun 2023 Borang 16A ke atas UOB Bank masih tertangguh dan saya telah berjumpa Tetuan Razali Associates serta dinasihati kedudukan Pentadbir harta kepada UOB Bank menjadi tanggunjawab saya untuk menyelesaikan urusan tanggungan hutang; seterusnya merujuk kepada Mahkamah bagi mendapatkan kebenaran kepada saya selaku Pentadbir harta untuk menandatangani keseluruhan suratcara dan dokumen berkaitan bagi menjaga kepentingan UOB Bank seterusnya memohon untuk kebenaran yang diperolehi bagi membuat pendaftaran dokumen berkaitan di PTG Johor. Saya telah menandatangan afidavit sokongan pada 1.11.2023 dan mengaku segala fakta keterangan bagi tindakan ini serta menyatakan alasan yang munasabah bagi keseluruhan fakta seperti yang telah dinyatakan.

You might also like