You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KUMBAR

11920 BAYAN LEPAS


PULAU PINANG
TEL : 04 – 6491952 FAX : 04 – 6496707

Bil. Kami : PBA 3012/700-5/2/( )


Bil. Tuan :
Tarikh : 11 April 2016

Kepada:
Waris / Ibubapa / Penjaga,
Murid-Murid Tahun 1, 2 & 3 (Sesi Petang),
Sek. Keb. Telok Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

Tuan / Puan,

MAKLUMAN LATIHAN RUMAH SUKAN UNTUK MURID-MURID TAHUN 1, 2 & 3

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar, Pulau Pinang akan
mengadakan Sukan Tahunan Kali Ke-42 pada 28 April 2016 (Khamis).

3. Sehubungan dengan itu, latihan rumah sukan untuk murid-murid Tahun 1, 2 & 3 akan
diadakan setiap hari bermula dari 19 hingga 22 April 2016 dan 25 hingga 27 April 2016 seperti
berikut di padang Sek. Keb. Telok Kumbar :

Tarikh Hari Masa

Bermula dari 4.30 petang


19.04.2016 – 22.04.2016 Selasa hingga Jumaat
sehingga tamat persekolahan

Bermula dari 4.30 petang


25.04.2016 – 27.04.2016 Isnin hingga Rabu
sehingga tamat persekolahan

4. Diharap tuan/puan dapat memastikan anak tuan/puan membawa pakaian sukan untuk
mengikuti latihan rumah sukan pada tarikh-tarikh berkenaan.

5. Kerjasama tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

[ AZLIN B. JAMBUT ]
Guru Besar,
Sek. Keb. Telok Kumbar,
Pulau Pinang.

You might also like