You are on page 1of 7

SAINS KOMPUTER LATIHAN PDPDR 20 MEI 2021 (4MULIA)

TINGKATAN 4: Bidang 1: Pengaturcaraan

1 Rajah 1 merupakan aktiviti teknik pemikiran komputational dalam strategi


penyelesaian masalah.

“P” merupakan suatu pelan, iaitu satu set langkah arahan untuk
menyelesaikan masalah.
Rajah 1

Berdasarkan rajah 1, “P” merujuk kepada ………………………………………

[1 markah]

2 Rajah 2 menunjukkan algoritma untuk mengira dan memaparkan wang baki


apabila menerima input harga barang dan wang bayaran. Setelah dilaksanakan,
didapati output sebenar tidak sama dengan output dijangka apabila nilai input
uji dimasukkan sebagaimana yang ditunjukkan pada Jadual 1.

1. Mula
2. INPUT x = harga barang
3. INPUT y = wang bayaran
4. baki = y + x
5. PAPAR “baki wang ialah ” + baki
6. Tamat
Rajah 2

Input uji Output dijangka Output sebenar


x = RM30 baki wang ialah baki wang ialah
y = RM50 RM20 RM80
Jadual 1

Berdasarkan Rajah 2, kesan baris algoritma yang salah dan tulis semula
supaya output sebenar sama dengan output dijangka.

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

[ 2 markah]
3 Mei Ling ingin menghasilkan atur cara yang boleh menentukan lulus atau
tidak bagi markah ujian Sains Komputer. Rajah 3(a) di bawah menunjukkan
sebahagian aturcara yang telah dibina oleh Mei Ling dan Rajah 3(b)
menunjukkan terdapat satu ralat ditemui secara automatik oleh perisian
compiler.

import java.util.Scanner;
public class Test_with_error {
public static void main (String[] args)
{ Scanner scan = new Scanner(System.in);
System.out.prinln("Masukkan Markah: ");
int markah = scan.nextInt();
if (markah > 50) {
System.out.println("Taniah Anda Lulus, Markah anda ialah " +
markah);
} else {
System.out.println("Anda Gagal, Markah anda ialah " + markah);
}
}
}
Rajah 3(a)

Error report:

Exception in thread "main" java.lang.RuntimeException: Uncompilable


source code - Erroneous sym type:

at Test.Test_with_error.main(Test_with_error.java:18)

Rajah 3(b)

Berdasarkan Rajah 3a dan Rajah 3b, nyatakan:

(i) jenis ralat yang ditemui.


…………………………………………………………………………………….
[1 markah]

(ii) justifikasikan jawapan 3(i).


…………………………………………………………………………………….
[ 2 markah]
4 Rajah 4 merupakan penerangan tentang ciri algoritma yang telah diuji.

Algoritma berfungsi dengan pantas dan tidak memakan banyak ruang


memori.

Rajah 4

Berdasarkan Rajah 4, namakan ciri tersebut.

…………………………………………………………………….

[1 markah]

5 Rajah 5 menunjukkan kod atur cara JavaScript untuk menguji nombor


kad matrik pelajar.

<script>
var noPelajar;
noPelajar = prompt "Nombor pelajar: ";
if (noPelajar ==2021)
document.write ("Anda adalah pelajar SMK Kota Berlian");
else
document.write ("Anda BUKAN pelajar SMK Kota Berlian");
</script>
Rajah 5

Berdasarkan Rajah 5 di atas;

(i) Namakan jenis struktur kawalan yang digunakan.


…………………………………………………………………………………….
[1 markah]
(ii) Jika noPelajar yang dimasukkan adalah 2020, nyatakan output
yang dipaparkan.
…………………………………………………………………………………….
[1 markah]
6 Rajah 6 menunjukkan kod segmen aturcara Java bagi satu aplikasi.
public class jenisnombor{
public static void main(String[] args){
int nombor=15;
if (nombor > 0)
System.out.println("Nombor ini adalah integer negatif");
else
System.out.println("Nombor ini adalah integer positif");
}
}

Rajah 6
Berdasarkan Rajah 6, kenalpasti jenis ralat bagi kod aturcara.
…………………………………………………………………………………………….
[ 1 markah]

7 Rajah 7 menunjukkan pewakilan algoritma bagi salah satu struktur


kawalan ulangan.

MULA

Blok kenyataan
berulang

ya

Masih BENAR?

tidak

TAMAT

Rajah 7

Berdasarkan Rajah 7 di atas, tentukan jenis struktur kawalan ulangan.


……………………………………………………………………………………………
[1 markah]
8 Anda dikehendaki untuk menyediakan suatu program aplikasi
yang boleh memasukkan maklumat pengguna seperti nama,
nombor kad pengenalan dan hobi. Pengguna akan diberi pilihan
untuk keluar dari aplikasi tersebut.

(a) Senaraikan pembolehubah berserta jenis data yang akan digunakan.

………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(b) Nyatakan contoh-contoh pengisytiharan kepada setiap pembolehubah


yang dinyatakan di (a)
………………………………………………………………………………………
[2 markah]

9 Rajah 9 berikut menunjukkan aturcara dan ralat yang dipaparkan.

public class HargaJualan {


public static void main(String[] arg) {
int jualan1 = 100;
int jualan2 = 120;
double JumlahJualan;

JumlahJualan=jualan1 – jualan2;
System.out.println(“Jumlah Jualan anda : “ + JumlahJualan);
}
run:
Jumlah Jualan anda : - 20.0
BUILD SUCCESSFUL (total time : 0 seconds)

Rajah 9 Berdasarkan Rajah 9 i atas,

(a) nyatakan jenis ralat.

……………………………………………………………………………..................
[1 markah]

(b) kenalpasti dan nyatakan apakah aturcara yang perlu diperbetulkan.

……………………………………………………………………………..................
[1 markah]

(c)nyatakan output yang akan dipaparkan sekiranya ralat telah diperbetulkan.

…………………………………………………………………………………………
[1 markah]
10 Namakan fungsi bagi setiap simbol carta alir A dan B.

Bil Simbol fungsi

(i)

(ii)

[2 markah]
*Sumber: Modul PdP BPK

11 Rajah 10 menunjukkan pseudo kod untuk satu atur cara.

1. Mula
2. pembilang = 0
3. SELAGI pembilang < 5 MULA_SELAGI
OUTPUT "Saya suka Sains Komputer."
pembilang = pembilang + 2
TAMAT_SELAGI
4. Tamat
Rajah 10

Berdasarkan Rajah 10, nyatakan bilangan ayat “Saya suka Sains


Komputer.” akan dicetak.

…………………………………………………………………………………………….
[1 markah]
12 Rajah 11 menunujukkan kod atur cara JAVA untuk mengira
luas segiempat dan paparan output apabila atur cara tersebut
dilaksanakan.

import java.util.Scanner;
class LuasSegitiga {
public static void main (String[] args)
{
Scanner scanner = new Scanner(System.in);
System.out.println ("Masukkan Nilai tapak:");
double tapak = scanner.nextDouble()

System.out.println("Masukkan Nilai Tinggi:");


double tinggi = scanner.nextDouble();

double luas = ½ * tapak * tinggi;

System.out.println("Luas Segitiga :" + luas);

1 error found:
File: D:\Java latihan\LuasSegiempat.java [line: 7]
Error: ';' expected
Rajah 11
Berdasarkan Rajah 11,
(a) nyatakan jenis ralat yang ditunjukkan.

…………………………………………………………………………………
[1 markah]

(b) perbetulkan ralat tersebut.


…………………………………………………………………………………
[1 markah]

You might also like