You are on page 1of 21

SULIT

1103/1
BAHASA MELAYU
KERTAS 3
Oktober 1103/3P

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM)


NEGERI PERAK

MODUL KECEMERLANGAN SPM 2023


SET 1

BAHASA MELAYU
KERTAS 3

UJIAN BERTUTUR
SET 1
NASKHAH PENTAKSIR

Kertas peperiksaan ini mengandungi 21 halaman bercetak

1
Isi Kandungan Taksiran Individu

Taksiran Individu 1: Kesihatan dan Kebersihan - Serangan Influenza Meningkat tetapi


Terkawal

Taksiran Individu 2: Perpaduan - Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)

Taksiran Individu 3: Sains,Teknologi dan Inovasi - Penghasilan Baja Kompos daripada


Sisa Makanan di Rumah

Taksiran Individu 4: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika - Falsafah Busana Melayu

Taksiran Individu 5: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan - Kad Kredit

Taksiran Individu 6: Kerjaya - Kanta Forensik

Taksiran Individu 7: Sejarah dan Warisan - Taiping Bandar Warisan

Taksiran Individu 8: Bahasa dan Kesusasteraan - Skrip Drama

2
BAHAGIAN A: TAKSIRAN INDIVIDU 1
[40 markah ]
TEMA: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian,
jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang
gramatis.
SERANGAN INFLUENZA MENINGKAT TETAPI TERKAWAL

Wabak influenza ketka ini dalam keadaan terkawal. Walau bagaimanapun, terdapat
peningkatan kes di 10 buah negeri termasuk bandar raya kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, peningkatan
influenza dikesan menerusi analisis semasa bagi pola aktiviti influenza. Analisis ini
melibatkan pesakit influenza yang dikesan di klinik dan hospital di seluruh negara.
Kemasukan pesakit ke wad dengan jangkitan pernafasan akut teruk juga diambil kira dalam
analisis ini. Laporan pengawasan influenza yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan
Perubatan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan menunjukkan peningkatan pola aktiviti
virus influenza dalam persekitaran. Tiada sebarang kelainan, perubahan, atau mutasi
penularan influenza ketika ini. Penularan influenza di Malaysia adalah sama seperti kes
yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Kawal Sebelum Tular’
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5.

3
SOALAN

1. Berapakah negeri yang berlaku peningkatan kes influenza?

2. Bagaimanakah peningkatan influenza dikesan?

3. Jelaskan punca-punca berlakunya penyakit berjangkit.

4. Penularan penyakit berjangkit adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran tentang


aspek kebersihan.
Bincangkan.

CADANGAN JAWAPAN
3. Punca-punca berlakunya penyakit berjangkit.
- tidak menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
- kecuaian manusia.
- kurang pengetahuan tentang kesihatan dan penyakit.
- Pihak bertanggungjawab tidak menjalankan tugas.

4. Penularan penyakit berjangkit adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran tentang


aspek kebersihan.

- masyarakat kurang pendedahan tentang penyakit berjangkit.


- kurang kesedaran tentang aspek kebersihan persekitaran.
- kurang kesedaran tentang aspek kebersihan penyediaan makanan.

4
BAHAGIAN A: TAKSIRAN INDIVIDU 2
[40 markah]
TEMA: PERPADUAN
Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian,
jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang
gramatis.

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

RIMUP ialah program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang
telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 1986 lagi.
Melalui program ini, KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul
mesra secara sedar dan terancang. Pelbagal aktiviti dirancang dan dilaksanakan setiap
tahun oleh pihak sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi lima elemen, iaitu akademik,
khidmat masyarakat, jati diri dan patriotisme, kebudayaan dan kesenian serta sukan dan
permainan. KPM akan memperluas dan memperkukuh pelaksanaan program RIMUP di
sekolah rendah dan menengah di negara ini. Pendekatan yang sempurna dan sarat dengan
mesej perpaduan ini diyakini memberi impak langsung kepada agenda perpaduan kaum
secara holistik. Berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh pihak KPM, didapati sekolah
yang melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada pembentukan perpaduan dapat dilihat
melalui interaksi dan tingkah laku murid dalam bilik darjah dan ketika aktiviti kokurikulum.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Bulat Air kerana Pembetung’
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5.

5
SOALAN
1. Bilakah RIMUP dilaksanakan?

2. Nyatakan peluang yang disediakan oleh KPM melalui program RIMUP.

3. Huraikan kesan-kesan yang akan berlaku jika tidak wujud perpaduan dalam kalangan
murid.

4. Perpaduan kaum dapat menarik para pelabur untuk melabur di negara kita.
Jelaskan.

CADANGAN JAWAPAN

3. Kesan-kesan yang akan berlaku jika tidak wujud perpaduan dalam kalangan murid

- berlaku perselisihan faham

- sikap mementingkan diri sendiri

- keharmonian sekolah terjejas

4. Perpaduan kaum dapat menarik para pelabur untuk melabur di negara kita.

- kestabilan politik

- kestabilan ekonomi

- keharmonian negara

6
BAHAGIAN A: TAKSIRAN INDIVIDU 3
[40 markah]
TEMA: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian,
jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang
gramatis.

PENGHASILAN BAJA KOMPOS DARIPADA SISA MAKANAN DI RUMAH

Setiap kali anda membuang sisa makanan yang berlebihan, pernahkah anda terfikir,
sisa makanan ini sebenarnya boleh dikitar semula untuk menghasilkan baja organik?
Bayangkan berapa banyak kawasan tapak pelupusan sampah yang dapat dijimatkan
dengan mengitar semula sisa makanan untuk dijadikan baja kompos? Baja kompos
dihasilkan melalui proses pereputan secara automatik. Proses ini dapat dilakukan secara
manual atau menggunakan mesin dalam industri tertentu seperti industri pertanian. Di
Malaysia, 45 peratus daripada keseluruhan komposisi sisa pepejal yang dibuang setiap hari
terdiri daripada sisa makanan. Dengan membuat kompos sendiri ternyata dapat
mengurangkan masalah pembuangan sampah selain dapat menjimatkan kos membeli baja
kimia. Menurut Pengurus Kempen Sifar Sisa Universiti Malaya, Jaron Keng, hanya
berbekalkan bekas untuk menyimpan kompos tanpa menggunakan peralatan mahal, baja
kompos boleh dihasilkan di rumah dengan cara yang mudah.
Dipetik dan diubah suai daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/
penghasilan-baja-kompos-daripada-sisa-makanan-di-rumah-63571

7
SOALAN
1. Bagaimanakah baja kompos dihasilkan?

2. Siapakah yang mengatakan bahawa baja kompos boleh dihasilkan di rumah dengan
cara yang mudah?

3. Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada penghasilan baja organik.

4. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kita lebih gemar menggunakan baja
kimia berbanding dengan baja organik?

CADANGAN JAWAPAN

3. Faedah-faedah yang diperoleh daripada penghasilan baja organik.

- Kos rendah.
- Menambah nutrien ke dalam tanah.
- Dapat mengitar semula sisa dapur dan halaman.
- Mengurangkan sisa pelupusan sampah.

4. Masyarakat kita lebih gemar menggunakan baja kimia berbanding dengan baja
organik.

- Mudah didapati di kedai (tidak perlu buat sendiri).


- Tindak balas cepat.
- Menambah nutrien.
- Membekalkan nutrien khusus.

8
BAHAGIAN A: TAKSIRAN INDIVIDU 4
[40 markah]
TEMA: KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA
Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian,
jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang
gramatis.

FALSAFAH BUSANA MELAYU

Sebagai rakyat Malaysia, kita semestinya mengenali baju kurung Melayu. Baju
kurung ialah pakaian tradisional lelaki dan wanita Melayu. Baju lelaki dikenali sebagai baju
Melayu. Baju kurung Melayu bukan sahaja dipakai oleh orang Melayu, malahan turut
digayakan oleh pelbagai kaum untuk ke tempat kerja atau dalam acara rasmi. Namun
demikian, tahukah anda baju kurung yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah
pada zaman empayar Melaka sekitar 700 tahun yang lalu memiliki falsafahnya yang
tersendiri? Untuk golongan wanita, falsafah pemakaian baju kurung berkisar pada aspek
“pengurungan dan melindungi diri daripada aib”. Oleh itu, baju kurung dipakai secara
berlapis. Kain samping yang lazimnya dipakai oleh golongan lelaki pula membawa maksud
kesungguhan menjaga maruah, aurat dan syahwat.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Serlahkan Identitimu’
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5.

9
SOALAN
1. Apakah maksud baju kurung?
2. Siapakah yang memperkenalkan baju kurung?
3. Mengapakah remaja pada masa ini tidak suka memakai baju kurung?
4. Baju kurung dan baju Melayu sesuai dipakai di mana-mana sahaja dan dalam apa-apa
pun majlis.
Beri komen anda.

CADANGAN JAWAPAN
3. Remaja pada masa ini tidak suka memakai baju kurung kerana
- terpengaruh oleh budaya barat.
- berasa kurang selesa untuk bergerak.
- berasa ketinggalan zaman.

4. Baju kurung dan baju Melayu sesuai dipakai di mana-mana sahaja dan dalam apa-apa
majlis.
- sesuai dipakai dalam majlis rasmi dan tidak rasmi.
- kelihatan anggun dan segak bergaya.
- mengangkat identiti sesuatu bangsa.

10
BAHAGIAN A: TAKSIRAN INDIVIDU 5
[40 markah]
TEMA: EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN
Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian,
jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang
gramatis.

KAD KREDIT

Kad kredit merupakan pisau tajam yang bermanfaat, namun boleh juga
mendatangkan mudarat. Penggunaan kad kredit ini begitu fleksibel kerana dapat digunakan
pada bila-bila masa untuk memperoleh barangan atau perkhidmatan secara berhutang.
Walaupun begitu, ada juga yang menganggap penggunaan kad kredit boleh merosakkan
masa depan. Namun, tidak adil rasanya menilai daripada satu sudut sahaja kerana kad
kredit bergantung kepada kita sebagai pengguna sama ada menjadikan kemudahan kad
kredit sebagai manfaat atau masalah. Akan tetapi kalau tersilap langkah boleh membawa
kita ke dalam beban hutang yang berpanjangan. Secara umumnya, kad kredit yang
umpama wang kecemasan ini sangat penting sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak
diduga seperti dimasukkan ke hospital akibat kemalangan, sakit dan sebagainya. Walaupun
kita tidak mempunyai wang di dalam bank atau secara tunai, kita boleh membayar bil
hospital dan keperluan hidup menggunakan kemudahan ini.

Dipetik dan diubah suai daripada


https://www.adamzubir.com/blog/kelebihan-dan-
keburukan-kad-kredit.

11
SOALAN

1. Apakah kebaikan penggunaan kad kredit?


2. Mengapakah kad kredit diumpamakan sebagai wang kecemasan?
3. Jelaskan sebab-sebab seseorang itu terpaksa berhutang.
4. Bersetujukah anda dengan pendapat yang mengatakan bahawa kad kredit merupakan
penyebab golongan muda boros berbelanja?
Beri komen anda.

CADANGAN JAWAPAN
3. Sebab-sebab seseorang itu terpaksa berhutang
- kos hidup yang tinggi.
- dibuang kerja.
- mengamalkan gaya hidup mewah.
- berbelanja melebihi pendapatan.
- perbelanjaan untuk kes kecemasan.

4. Setuju, …
- ingin hidup mewah.
- mengikut gaya hidup terkini.
- melahirkan masyarakat yang suka berhutang
Tidak setuju,…
- alternatif jika berlaku kecemasan
- mendapat rebat atau baucar

12
BAHAGIAN A: TAKSIRAN INDIVIDU 6
[40 markah ]
TEMA: KERJAYA
Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian,
jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang
gramatis.

KANTA FORENSIK

Sejajar dengan perkembangan dunia sains, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini
mengorak langkah untuk memantapkan aspek penyiasatan dalam menyelesaikan sesuatu
kes jenayah. Aplikasi kaedah saintifik dalam penyiasatan atau lebih dikenali sebagai
forensik membantu PDRM menjalankan penyiasatan kes-kes jenayah. Menurut PDRM,
forensik adalah aplikasi sains kepada perundangan. Pakar forensik mengumpulkan bahan
bukti untuk dianalisis oleh Bahagian D10, Jabatan Siasatan Jenayah (Makmal Forensik).
Hasil laporan forensik digunakan untuk keperluan perundangan. Apabila sesuatu kes
jenayah dilaporkan, pakar forensik akan mendapatkan bukti-bukti fizikal yang berkualiti dan
relevan. Bukti-bukti fizikal seperti kesan cap jari, kesan tumpahan bahan kimia dan
sebarang dokumen yang berada di tempat kejadian akan dinilai oleh pasukan forensik.
Hasil penilaian tersebut akan dianalisis oleh unit forensik yang berkenaan.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Kanta Forensik”
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.

13
SOALAN

1. Apakah peranan forensik?


2. Nyatakan bukti-bukti fizikal yang akan dinilai oleh pasukan forensik.
3. Huraikan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menarik minat
golongan muda menyertai pasukan keselamatan.
4. Kerjaya dalam pasukan keselamatan dipelopori oleh kaum lelaki.
Beri komen anda.

CADANGAN JAWAPAN

3. Usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menarik minat golongan muda
menyertai pasukan keselamatan.

- kerajaan – mengadakan kempen menyeru golongan muda menyertai pasukan


keselamatan.
- Media massa – mengiklankan peluang kerjaya di mana-mana platform media sosial.
- Ibu bapa – membawa anak-anak pergi ke pameran yang berkaitan dan
menggalakkan anak-anak menyertai pasukan keselamatan.

4. Kerjaya dalam pasukan keselamatan dipelopori oleh kaum lelaki

- lebih lasak.

- masa banyak dihabiskan di luar rumah.

- lebih digeruni daripada wanita.

- tenaga yang kuat daripada wanita.

14
BAHAGIAN A: TAKSIRAN INDIVIDU 7
[40 markah]
TEMA: SEJARAH DAN WARISAN

Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian,
jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang
gramatis.

TAIPING BANDAR WARISAN

Nama asal Taiping ialah Klian Pauh. Klian Pauh bermaksud lombong, manakala pauh pula
ialah sejenis buah mangga yang bersaiz kecil. Bandar ini pada mulanya hanyalah
petempatan kecil sebilangan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, penemuan bijih
timah di kawasan sekitarnya telah menarik banyak orang asing datang ke bandar ini. Nama
Klian Pauh telah ditukarkan kepada Taiping bersempena dengan tamatnya Perang Larut
pada tahun 1874. Perang ini tercetus daripada pertelingkahan puak-puak kongsi gelap
pendatang Cina yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut, iaitu
Ghee Hin dan Hai San. Persatuan kongsi gelap ini bertelingkah kerana lombong bijih timah
dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai
nama baharu. Taiping berasal daripada perkataan Cina, iaitu “Tai-Peng” yang bermaksud
aman selama-lamanya.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Tercatat dalam Sejarah”
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.

15
SOALAN

1. Apakah maksud Klian Pauh?


2. Bagaimanakah Perang Larut boleh tercetus?
3. Jelaskan punca-punca peperangan boleh berlaku.
4. Bincangkan dua kesan jika kita tidak memelihara warisan negara.

CADANGAN JAWAPAN

3. Punca-punca peperangan boleh berlaku:


- kegagalan kepimpinan pemimpin sesebuah negara.
- gagal untuk berunding dengan negara lain.
- tidak mendapat kesepakatan dengan negara-negara lain.
- akibat faktor ekonomi.
- bersaing untuk menguasai ekonomi yang terbesar.
- memperluaskan pasaran ekonomi sesebuah negara.
- melindungi ekonomi negara sendiri.

4. Kesan tidak memelihara warisan negara:


- hilangnya identiti sesebuah negara.
- hilangnya bukti kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah,
- tidak dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
- tiada lagi produk pelancongan.
- tidak dapat menjadi sumber penyelidikan dan pendidikan.

16
BAHAGIAN A: TAKSIRAN INDIVIDU 8
[40 markah]
TEMA: BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian,
jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang
gramatis.
SKRIP DRAMA

Skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen. Dalam dua genre ini, situasi dan
latar bagi peristiwa yang berlaku akan dijelaskan secara terperinci kepada pembaca. Dalam
skrip drama, pembaca hanya akan diberikan gambaran umum tentang situasi, latar atau
tempat. Skrip drama digerakkan oleh dialog. Mesej dan pemikiran pengarang disampaikan
melalui dialog watak-watak yang berinteraksi dalam drama. Skrip drama yang baik akan
dapat memberikan gambaran yang jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur
dramatik dalam dialog. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh
mewujudkan konflik dalam drama. Sebagai contoh, dialog boleh menimbulkan perasaan
marah, gembira, lucu dan sebagainya Drama yang baik juga harus mempunyai unsur
ketegangan, kejutan dan seharusnya mampu menimbulkan rasa ingin tahu penonton.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Tercatat dalam Sejarah”
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.

17
SOALAN

1. Mengapakah skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen?


2. Bagaimanakah mesej dan pemikiran pengarang disampaikan?
3. Huraikan punca-punca drama yang disiarkan dalam televisyen menjadi pilihan
penonton.
4. Generasi muda didapati kurang berminat untuk menonton drama Melayu dan menulis
skrip drama. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menarik minat
generasi muda ini?

CADANGAN JAWAPAN

3. Punca-punca drama yang disiarkan dalam televisyen menjadi pilihan penonton.


- berdasarkan situasi sebenar.
- adaptasi novel yang menarik.
- pemilihan pelakon yang berbakat/ digemari.

4. Cara-cara menarik minat generasi muda menonton drama Melayu.


- Pelakon yang digemari oleh golongan muda.
- Jalan cerita yang menarik dan sesuai dengan golongan muda.

18
Isi Kandungan Taksiran Kumpulan

Taksiran Kumpulan 1: Kerjaya

Taksiran Kumpulan 2: Pelancongan

19
BAHAGIAN B: TAKSIRAN KUMPULAN 1

[30 markah]

TEMA: KERJAYA

Pihak sekolah bertanggungjawab untuk memberikan pendedahan tentang


kerjaya kepada murid.
Bincangkan.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

20
BAHAGIAN B: TAKSIRAN KUMPULAN 2

[30 markah]

TEMA: PELANCONGAN

Terdapat banyak faktor yang menjadikan sesuatu kawasan itu berpotensi


sebagai kawasan pelancongan.
Jelaskan.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

21

You might also like