You are on page 1of 5

7 TANDA KEBERKATAN REZEKI DALAM KEHIDUPAN

Allah SWT memerintahkan manusia dalam menjalani


kehidupan untuk bekerja bagi menyara hidup. Selagi kita
berkemampuan untuk mencari rezeki, kita mesti
meneruskannya kerana ini merupakan perintah Allah SWT
kepada kita. Firman Allah SWT dalam al-Qur'an Surah Al-
Jumuah, ayat 10:

‫َفِإَذ ا ُقِض َيِت الَّص اَل ُة َفانَتِش ُروا ِفي اَأْلْر ِض َو اْبَتُغ وا ِم ن َفْض ِل ِهَّللا َو اْذ ُك ُروا َهَّللا َك ِثيًرا‬
‫َّلَع َّلُك ْم ُتْفِلُحوَن‬

Ertinya:
"Apabila Telah ditunaikan solat, Maka bertebaranlah kamu di
muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah
banyak-banyak supaya kamu beruntung."

Dalam satu riwayat hadis, Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa berkerja untuk anak isterinya melalui jalan yang


baik lagi halal, maka bagi mereka akan mendapatkan pahala
seperti orang yang berjihad di jalan Allah". (HR Al- Baihaqi).
Maka jelaslah bahawa berkerja ini adalah di tuntut dalam
ISLAM dan ia adalah kerperluan di dalam hidup kita di atas
muka Bumi ini. Allah SWT tidak pernah menegah hambanya
untuk berkerja dan mencari rezeki seperti dalam firman-Nya
yang telah dinyatakan di atas.

Namun begitu, keberkatan dalam rezeki merupakan perkara


penting yang perlu kita titik beratkan supaya hidup kita
selamat dan Bahagia.

Rezeki yang kita usahakan adalah untuk diberi kepada anak


istri dan juga ibu bapa serta keluarga kita. Sekiranya rezeki
yang kita bawa balik bukan dari sumber yang halal akan
mendatangkan kesan buruk kepada kita dan ahli keluarga
yang kita berikan.

Oleh karena itu kita perlu tegas kepada diri kita dalam
mencari rezeki. Biarpun hasil pendapatan kita tidak seberapa,
namun yang penting keberkatan rizqi itu tetap ada.

Tanda-tanda rezeki yang berkat yang dapat kita lihat dengan


mata kepala dalam kehidupan kita sehari-hari. Adapun
sebahagian tanda keberkatan rezeki tersebut adalah:
1.IMAN YANG MANTAP DAN HATI YANG SEMAKIN DEKAT
DENGAN ALLAH SWT.

Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, Iman


kita makin mantap dan hati kita lebih mudah dekat dengan
Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan
sunat dan tidak bermalas-malasan dalam urusan ibadah.

2. HATI SEMAKIN RASA TENANG.

Dengan Rezeki yang berkat, akan meraih pandangan Allah


SWT dengan diberinya ketenangan hati dan jiwa kita. Hanya
Allah SWT yang berhak memberi ketenangan hati kepada
kita.

3. MENJADI INSAN YANG PEMURAH.

Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita


lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Ini
kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita miliki datangnya
daripada Allah SWT.

4. AKAN DIJAUHKAN DARIPADA BALA ALLAH SWT.


Rezeki yang berkat akan mampu menjauhkan bala bencana,
kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar
mencari keberkatan dalam rezeki yang dimilikinya.

5. DAPAT MEMBENTUK KELUARGA YANG HARMONI.

Tanda keberkatan rezeki yang seterusnya adalah


keharmonian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan
sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan
dari segi wang ringgit, namun mereka tetap aman damai dan
hidup bahagia.

6. MENJADIKAN ANAK-ANAK YANG CEMERLANG DI DUNIA


DAN AKHIRAT.

Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak


di masa hadapan. Namun, rizqi yang berkat yang kita cari
mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT
dwn Rasulullah SAW dan menjadi anak yang cemerlang
dalam meniti hidup di dunia dan akhirat.

7. SENTIASA MERASA CUKUP DAN BERSYUKUR DENGAN


SEGALA BENTUK PEMBERIAN ALLAH SWT.
Setiap yang kita peroleh datangnya daripada Allah SWT.
Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentiasa
bersyukur dan merasa cukup dengan segala bentuk
pemberian Allah SWT tersebut.

Ya Allah berikankah kepada kami rezeki yang berkat lagi


halal, yang dengannya kami akan rasa cukup dan bersyukur.
Mudah-Mudahan hidup kami sentiasa berada dalam
keberkatan-Mu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Nukilan : (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

You might also like