You are on page 1of 1

Bahagian 1: Cadangan Penyelidikan

Tema/topik penyelidikan dalam bidang Pendidikan Islam dan kata kunci. (_1_/1)
Tema yang dipilih untuk kajian ini adalah berkaitan dengan gaya pengajaran PAK 21
secara kolaboratif bagi ilmu hadis. Pengajaran ilmu hadis ini amatlah penting, yang mana ia
merupakan salah satu aspek penting di dalam pendidikan bagi semua umat islam. Hal ini
adalah kerana hadis ataupun sunnah ini merupakan sumber rujukan kedua bagi umat islam
selepas al-quran ( W. Azizi dan Norhisham , 2021). Gaya pengajaran ilmu hadis ini adalah
berfokuskan kepada pedagogi ataupun metod yang kompeten bagi digunakan serta
diaplikasikan oleh guru Pendidikan Islam di dalam kelas bagi Sekolah Menengah Harian
yang terdapat di dalam negara kita. Seperti yang dimaklumi, bahawa selepas ilmu al-quran
yang dipelajari, ilmu hadis juga dipelajari di dalam silibus Pendidikan Islam, ilmu hadis dan
ilmu al-quran ini juga sering menjadi satu permasalahan kepada pelajar untuk memahaminya.
Ia mungkin adalah disebabkan kaedah pengajaran ataupun gaya pengajaran yang kurang
berkesan yang digunakan oleh Guru Pendidikan Islam. Seperti yang diketahui Pembelajaran
Abad ke 21 (PAK-21) ini merupakan salah satu gaya pengajaran yang telah diperkenalkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memberikan satu naratif baharu di dalam dunia
pendidikan yang semakin pesat membangun. Pembelajaran Abad ke-21(PAK-21) ini adalah
murid menjadi tumpuan dalam proses pembelajaran abad ke-21, elemen 4C diberi perhatian
dalam PdPc yang dirancang dan dikawal dengan baik, murid terlibat secara aktif dalam
pembelajaran sementara guru berfungsi sebagai pembimbing dan guru juga
bertanggungjawab sebagai perancang, pengawal, pendorong dan penilai (Ng Lee et al., 2020).
Antara elemen 4C yang ada di dalam PAK 21 seperti komunikasi, kolaboratif, kemahiran
kritis dan kreativiti (Ng Lee et al., 2020). Menurut Ng Lee et al., (2020) kolaboratif ini adalah
bermaksud murid bekerjasama dalam pembelajaran dengan melibatkan diri dalam aktiviti
yang memerlukan mereka berpasangan atau berkumpulan dan tujuan aktiviti ini adalah untuk
membolehkan murid berkongsi idea dan pandangan antara satu sama lain. Menurut W. Azizi
dan Norhisham (2021), Pendidikan Islam merupakan satu kemahiran bagi menghayati Islam,
membentuk akhlak serta dapat membantu seseorang mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Ilmu hadis ini telah diletakkan di dalam silibus ataupun kurikulum bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam itu sendiri bagi memberikan kefahaman dan melahirkan para pelajar yang
mampu serta mahir dalam bidang hadis. Oleh itu, tajuk kajian ini adalah berkaitan “Gaya
pengajaran PAK 21 secara kolaboratif bagi ilmu hadis di dalam Pendidikan Islam bagi
Sekolah Menengah Harian”.
Kata Kunci: Gaya Pengajaran, Ilmu Hadis, PAK 21, Kolaboratif, Pendidikan Islam

You might also like