ATASE

You might also like

You are on page 1of 4

Nor Aika Irfatini Binti Abu Hasan Ashaari

SBPI Batu Rakit


21020 Kuala Nerus
Terengganu.
No HP: 0199662544

Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Tinggi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 15, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p : Urusan Pengambilan EM) 18 Februari 2024

Melalui Pengetua
SBPI Batu Rakit
21020 Kuala Nerus
Terengganu.

Tuan,

Permohonan Pengisian Jawatan Di Education Malaysia, Kementerian


Pendidikan Tinggi

Merujuk Perkara di atas, saya Nor Aika Irfatini Binti Abu Hasan Ashaari, guru di
SBPI Batu Rakit Kuala Nerus dengan major Bahasa Inggeris ingin memohon jawatan
di Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi. Jawatan yang dipohon
adalah Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka) di EM Australia.

2. Sehubungan dengan itu, saya mengemukakan permohonan ini bersama


dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan dalam bentuk salinan
keras seperti berikut.

a. Senarai tugas pegawai terkini.


b. Satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini berserta
pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh daripada yang
terkini (tidak lebih dari 5 muka surat).
c. Satu salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan yang disahkan.
d. Satu (1) salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh
Ketua Jabatan.
e. Satu (1) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang lengkap (bermula
perkhidmatan sehingga yang terkini).
f. Satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga tahun
terkini.

Besar harapan saya agar permohonan ini diluluskan bagi memberi peluang kepada
saya untuk memberi khidmat terbaik kepada Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia dengan pengalaman dan potensi diri saya. Sekian.

Yang Benar,
____________________
(Nor Aika Irfatini Binti Abu Hasan Ashaari)
No K/P: 930822115714
Senarai Tugas Pegawai (terkini)

1. Guru Akademik (Subjek diajar: Bahasa Inggeris Tingkatan 1 & Tingkatan 3)


 Menyediakan rancangan PdP dan sumber pendidikan
 Melaksanakan PdP yang bersesuaian berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH)
 Membimbing murid dalam meningkatkan prestasi
 Membuat refleksi dan penambahbaikan
 Melaksanakan penilaian dan pentaksiran murid/ program/ aktiviti
 Merekod dan menganalisis tahap perkembangan dan pencapaian murid/ program/
aktiviti
 Menyediakan pelaporan

2. Guru Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu
Rakit
 Merancang aktiviti tahunan persatuan dan membuat jadual pelaksanaan aktiviti.
 Melaksanakan aktiviti Persatuan mengikut jadual.
 Membimbing dan melatih murid bagi peningkatan potensi dan kemahiran
berbahasa melalui penyertaan dalam aktiviti dan pertandingan.
 Melatih murid menjadi duta Bahasa Inggeris di sekolah dengan menjadi contoh
kepada rakan-rakan terutama dalam kemahiran bertutur.

3. Guru Penasihat Persatuan Sukan Ragbi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu
Rakit
 Melaksanakan aktiviti sukan mengikut jadual
 Memantau kemajuan pasukan ragbi sentuh sekolah
 Merekod dan menganalisis kemajuan pasukan ragbi sentuh sekolah
 Membimbing dan melatih murid bagi peningkatan potensi diri
 Mengiringi pasukan ke pertandingan dan perlawanan peringkat daerah, negeri
dan kebangsaan.

4. Setiausaha Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


 Merekod dan dokumentasi pelaksanaan PBS di Sekolah
 Membuat surat dan minit mensyuarat PBS tahunan (3 kali setahun)

5. Mentor kepada Murid Kamar 8 Aspuri SBPI Batu Rakit


 Memastikan persekitaran kamar yang kondusif untuk membantu murid menjalani
kehidupan di asrama
 Memastikan keselamatan murid diutamakan
 Mengenalpasti keperluan bantuan pelajaran kepada murid

6. Guru Perhimpunan SBPI Batu Rakit


 Memastikan pelaksanaan perhimpunan rasmi sekolah berjalan lancar mengikut
protokol yang ditetapkan.

7. Pemeriksa Kertas SPM 2023 (Nama Kertas: Bahasa Inggeris 1, Kod Kertas:
1119/1)
 Turut serta dama mesyuarat penyelarasaan pemeriksaan peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023.
 Melaksanakan pemeriksaan kertas mengikut rubriks yang ditetapkan.

You might also like