You are on page 1of 3

Sekolah Menengah Kebangsaan Perai

Majlis Pelancaran Skrin Digital dan


Program “1 Murid 1 BKS Bulanan

Ucapan Yang Dipertua PIBG


PN. ROSHANNISA BINTI CHE KASSIM
Salam 1Malaysia

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


izin dan hidayah-Nya, saya diberi kesempatan untuk
memberi sepatah dua kata sempena Majlis Pelancaran
Skrin Digital dan Program “1 Murid 1 BKS Bulanan”. Saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih
juga kerana memberikan peluang kepada saya untuk
menyampaikan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada
AJK Majlis. Kejayaan ini merupakan lembaran baru kepada
warga SMK Perai yang sedang menuju ke arah dunia
Pendidikan yang maju ke hadapan. Saya pasti semangat
juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi
yang cemerlang dalam aspek akademik maupun sahsiah.

Kerjasama antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang


utama melahirkan kejayaan anak-anak. Kejayaan dan
komitmen yang tinggi ini akan mampu membuahkan hasil
yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama
ada dalam kurikulum maupun kokurikulum . Jelaslah di sini ,
komitmen semua pihak mampu menjayakan aspirasi negara.
Saya berdoa agar SMK Perai akan terus menjadi gedung ilmu
terbaik yang dibangunkan oleh barisan pendidik yang waja
dalam hati dan cekal dalam jiwa. Kita berkhidmat kerana kita
yang terpilih oleh Allah untuk menyampaikan setitis daripada
ilmu-NYA yang seluas lautan membiru. Insha-Allah semoga
dengan keberkatan ilmu yang kita curahkan kepada para
pelajar dengan penuh keikhlasan akan menjadi asbab kepada
lahirnya lebih ramai anak watan yang menyumbang kepada
berdirinya sebuah negara yang makmur dan maju setanding
dengan negara-negara yang lain.

Sekian terima kasih.

You might also like