You are on page 1of 41

PSIKOLOGI TINGKAHLAKU

Definisi

Psikologi

'Psikologi' didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang tingkah laku dan proses
mental organisma. Tiga idea penting dalam definisi ini ialah; 'saintifik', 'tingkah laku'
dan 'proses mental'.

Saintifik

Psikologi

Proses Tingkahlak
Mental u

Rajah 1: Definisi psikologi

Saintifik bermakna kajian yang dilakukan dan data yang dikumpulkan mengikuti
prosedur yang sistematik. Iaitu, dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

 Nyatakan masalah & tentukan hipotesis yang hendak dikaji


 Reka bentuk kajian & tentukan teknik pengumpulan data
 Pengumpulan data & melakukan analisis data
 Melaporkan penemuan untuk memastikan sejauh manakah hipotesis
dapat dibuktikan.

Walaupun kaedah saintifik diikuti, ahli-ahli psikologi perlu membuat pelbagai inferen
atau tafsiran berdasarkan dapatan yang diperolehi. Ini adalah kerana subjek yang

1
dikaji adalah haiwan dan manusia dan tidak seperti sesuatu sel (seperti dalam kajian
biologi) atau bahan kimia (seperti dalam kajian kimia) yang secara perbandingan lebih
stabil. Manakala mengkaji tingkah laku haiwan atau manusia memanglah sukar dan
memerlukan kekerapan membuat inferen atau tafsiran.

Nyatakan masalah & Reka bentuk kajian &


tentukan hipotesis yang tentukan teknik
hendak dikaji pengumpulan data

Melaporkan penemuan
untuk memastikan sejauh Pengumpulan data &
manakan hipotiesis dapat melakukan analysis data
dibuktikan

Rajah 2: Langkah-langkah saintifik

Tingkahlaku ialah apa jua aktiviti yang dapat diperhatikan, direkod dan diukur (Abu
Zahari, 1987). Tingkahlaku juga dapat diperhatikan apabila individu menyebut atau
menulis sesuatu. Misal kata, catatan seorang tentang ketakutannya atau sikapnya
merupakan tingkahlaku.

Proses mental merangkumi segala proses-proses yang terlibat dengan pemikiran,


ingatan, pembelajaran, sikap, emosi dan sebagainya. Inilah menjadi tumpuan ahli-ahli
psikologi tetapi masalahnya ialah proses-proses ini tidak boleh dilihat dan sukar
merekod dan mengukur dengan tepat (Lingren, 1959). Oleh itu pada tahun 60an, ahli-
ahli enggan menerima kajian mengenai proses-proses ini kerana ia tidak boleh
dijalankan secara saintifik. Bagaimana pun paradigma telah berubah dan dengan
kaedah-kaedah baru, kajian mengenai proses-proses mental diterima sebagai
psikologi.

Walaupun kaedah saintifik diikuti, ahli-ahli psikologi perlu membuat pelbagai inferen
atau tafsiran berdasarkan dapatan yang diperolehi. Ini adalah kerana subjek yang
dikaji adalah haiwan dan manusia dan tidak seperti sesuatu sel (sperti dalam kajian
biologi) atau bahan kimia (seperti dalam kajian kimia) yang secara perbandingan lebih
2
stabil. Manakala mengkaji tingkahlaku haiwan atau manusia memenanglah sukar dan
memerlukan kerap membuat inferen atau tafsiranm (Atan Long 1976).

Teori psikologi diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris. Mereka berpendapat


bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu cara seseorang
bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan
tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan .Di antara pandangan atau definisi
pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum ialah seperti yang
diberikan oleh Kimble (1961) yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan
potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. Perubahan
pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan, pelaziman klasik,
pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian.

Perhubungan

Proses
Pelaziman klasik Perubahan Pelaziman operan
Pembelajaran

Pemerhatian

Rajah 3: Proses Perubahan Pembelajaran.

3
Apakah itu Pembelajaran?

Setiap detik masa kita belajar. Misalnya, kita belajar tentang iklan yang kita baru
tonton, memiliki perasaan terhadap seseorang, kita kecewa dengan sesuatu perbuatan
dan sebagainya. Pembelajaran berlaku melalui kelima-lima deria kita:

 Penglihatan: melihat ('visual') kejadian sesuatu peristiwa


 Pendengaran: mendengar ('auditory') sesuatu bunyi
 Bau: Bau ('olfactory') makanan membuat kita merasa lapar
 Rasa: Lidah kita merasa ('taste') dan dapat membezakan antara masin dan
masam.
 Sentuhan: Kulit kita merasa sentuhan ('tactile') dan dapat membezakan
antara permukaan licin dan permukaan kasar.

Pembelajaran tidak semestinya melibatkan penguasaan fakta atau konsep sesuatu


bidang ilmu tetapi juga melibatkan perasaan-perasaan yang berkaitan dengan emosi,
kasih sayang, benci, hasrat, dengki dan kerohanian.

Pembelajaran tidak terbatas kepada apa yang kita rancangkan sahaja, tetapi jua
melibatkan pengalaman yang luar kawalan kita, seperti peristiwa kemalangan atau
seorang yang jatuh cinta pada pandangan pertama (Love at first sight!). Pembelajaran
adalah minat ramai orang; ibubapa, guru, majikan mahu pun pihak kerajaan. Oleh itu
psikologi pembelajaran telah muncul sebagai satu-satunya tumpuan yang mengkaji
mengapa, bila dan bagaimana pembelajaran berlaku bagai sesuatu organisma. Semua
organisma mempunyai kapasiti untuk belajar selagi organisma itu mempunai otak.

Secara umum pembelajaran disifatkan sebagai suatu proses perubahan yang berlaku
akibat daripada pengalaman individu berkenaan. Tumpuan perhatian ahli psikologi
ialah mengkaji bagaimana, mengapa dan bila proses pembelajaran berlaku.
Contohnya, bagaimana seekor anjing datang ke mari apabila dipanggil namanya.
Manusia mempamerkan pelbagai tingkah laku dan agak sukar untuk menentukan
bagaimana tingkah laku-tingkah laku itu dipelajari. Ahli-ahli psikologi ingin
mengetahui prinsip-prinsip umum yang menerangkan pembelajaran.

4
Sejarah

Psikologi Awal

Pengasas psikologi moden bermula di Eropah dengan Wilhelm Wundt yang pertama
menubuhkan makmal psikologi. Tumpuan psikologi awal ialah mengkaji aspek-aspek
sensasi (sensation), persepsi (perception) dan tumpuan. (attention). Hermann
Ebbinghaus, seorang Jerman, merupakan ahli psikologi yang pertama mengkaji
pembelajaran secara saintifik. Pada tahun 1879, dia menggunakan dirinya sendiri
sebagai subjek dalam eksperimen yang mengkaji pembelajaran dan ingatan.

Beliaulah yang memperkenalkan ujian 'kaitan bebas' (free association) yang menguji
kaitan antara perkataan yang diberikan oleh penyelidik dan perkataan yang perkataan
yang berikan oleh subjek. "Nyatakan perkataan pertama yang muncul dalam minda
kamu apabila saya mengatakan _______ ". Jadi tujuan psikologi ialah untuk
mengkaji bagaimana manusia membuat perkaitan antara perkataan atau idea.

Sensation

Tumpuan psikologi
awal

Perception Attention

Rajah 4: Tumpuan psikologi awal

Ebbinghaus juga terkenal dengan eksperimen yang menunjukkan fenomena ingatan di


kalangan manusia. Dalam tahun 1885, dia menjalankan satu eksperimen yang
menunjukkan bahawa kadar lupaan lebih ketara pada permulaan (55% selepas 1 jam)
dan berkurangan seterusnya (14% selepas 31 hari). Kajian mengenai psikologi
5
biasanya akan berkisar dengan kajian dan penulisan asal John B. Watson. Pada tahun
1913, Watson telah merumuskan mengenai tingkah laku di dalam penulisannya
bertajuk “Psychology as the Behaviorist Views It”. Watson menentang penggunaan
rumusan sendiri atau penilikan sendiri dalam mengumpulkan maklumat psikologi.
Beliau mengatakan bahawa pemerhatian tingkah laku merupakan satu-satunya kaedah
untuk mengumpul maklumat psikologi. Menurut Watson, minda atau kesedaran perlu
disingkirkan dari bidang psikologi. Tokoh lain yang terkenal dalam mengamalkan
tradisi ini ialah B. F. Skinner dari Universiti Harvard.

Falsafah

Falsafah awal

Seperti bidang-bidang sains lain, psikologi berasal sebahagian daripada falsafah.


Psikologi yang dikaji secara saintifik bermula pada akhir abad ke 19 dan umur bidang
ini adalah lebih kurang 100 tahun; agak muda jika dibanding dengan disiplin-disiplin
lain. Tumpuan disiplin psikologi pada awalnya ialah mengkaji dan memahami
bagaimana manusia atau organisme mengetahui atau belajar. Kemudian, psikologi
terbahagi-bahagi kepada sub-disiplin lain seperti psikologi perkembangan, psikologi
sosial, psikologi organisasi, psikologi kaunseling dan lain-lain.

Ahli-ahli falsafah telah lama cuba menerangkan apa itu pengetahuan/ilmu, bagaimana
manusia menguasai pengetahuan/ilmu atau mengetahui sesuatu dan bagaimana
manusia menggunakan pengetahuan itu. Mungkin teori yang tertua berkenaan
pengetahuan ialah Teori Salinan (Copy Theory) yang dicadangkan oleh ahli falsafah
Yunani Alcmaeon, Empedocles dan Democritus pada abad ke4 & ke5 sebelum
Masihi. Menurut teori ini kita melihat sesuatu objek dan salinan objek itu terbentuk
dalam minda kita. Oleh itu kita mengetahui objek itu melalui salinan yang berada
dalam minda kita.

Ahli-ahli falsafah yang datang kemudian menolak teori salinan. Menurut mereka
perwakilan (salinan) mungkin tidak merupakan objek asal dan sekiranya kita hanya
mengetahui salinan, adalah sukar untuk menentukan bahawa salinan itu adalah tepat.
Ahli-ahli falsafah realisme (realism) seperti Thomas Reid menolak konsep salinan
6
dan mencadangkan bahawa kita mengetahui tentang sesuatu objek secara langsung
tanpa melalui perwakilan atau salinan. Masalah dengan penerangan ini ialah; jika kita
mengetahui sesuatu secara langsung, mengapa kita selalu membuat kesilapan.
Contohnya, sesuatu bintik pada lantai kita sangkakan adalah seekor serangga yang
sebenarnya adalah titik cat yang tertinggal.

Kemudian terdapat ahli-ahli falsafah idealisme (idealisme) yang menolak sama sekali
objek. Bagi mereka apa yang terdapat dalam minda kita ialah idea; semua
pengetahuan kita terdiri daripada idea dan bukan perkara atau benda.

Teori Salinan
-kita melihat sesuatu objek and salinan
objek itu terbentuk dalam minda kita.
Oleh itu kita mengetahui objek itu
melalui salinan yang berada dalam minda
kita
Kajian bagaimana manusia
menguasai pengetahuan atau Pendapat ahli falsafah idealisme
ilmu atau mengetahui -apa yang terdapat dalam minda kita ialah
sesuatu. idea; semua pengetahuan kita terdiri
daripada idea dan bukan perkara atau
benda
Pendapat ahli falsafah realisme
- kita mengetahui tentang sesuatu objek
secara langsung tanpa melalui perwakilan
atau salinan

Rajah 5: Perkembangan falsafah dan psikologi

Teori Pelaziman Klasik

Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Ivan Petrovich Pavlov (1849 - 1936) seorang ahli fisiologi Rusia,membuat kajian
mengenai 'hukum perkaitan' (Law of Association) yang di utarakan oleh ahli falsafah
Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan teringat
sesuatu kerana sebelum ini organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang
berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin

7
membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang terkemuka. Andaian
ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau.

Pada awal tahun 1900an, Pavlov menjalankan satu siri percubaan secara sistematik
dan saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu
organisme. Daripada eksperimen ini mak belian mewujudkan teori pelaziman klasik.

Teori ini juga dikenali sebagai:

 Teori pelaziman Pavlov.


 Teori pelaziman gantian.
 Teori pelaziman pemindahan.
 Teori pelaziman bergerak balas/responden.

Mengikut teorinya, setiap rangsangan menimbulkan gerak balas. Sebagai contoh,


seorang ibu meletakkan makanan yang sedap di atas meja (rangsangan) dan anaknya
pergi mendapatkannya (gerak balas). Pavlov mengatakan bahawa pembelajaran
berlaku akibat kaitan rangsangan dan gerak balas.

Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan
pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan antara dua rangsangan
dinamakan pelaziman. Contohnya, jika cara seorang guru mengajar Psikologi adalah
menarik, pelajar akan memberi perhatian dalam bilik kuliah. Rangsangan yang
pertama adalah Psikologi dan rangsangan yang kedua ialah cara mengajar yang
menarik. Oleh kerana perkaitan antara dua rangsangan ini adalah positif,
pembelajaran atau gerak balas positif berlaku (pelajar memberi perhatian). Tingkah
laku memberi perhatian ini akan dilazimkan, iaitu pelajar akan terus memberi
perhatian apabila guru tersebut mengajar Psikologi.

Eksperimen Pavlov

Semasa Pavlov yang sedang mengkaji sistem penghadaman, secara tidak langsung
telah memerhati satu cara pembelajaran. Pavlov mencadangkan bahawa proses asas

8
pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu
GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan
menjalankan kajian ke atas anjing. Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas
dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing
tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang
akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis
bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu
rangsangan. Peralatan eksperimennya dengan anjing ditunjukkan dalam Rajah 6 dan
huraian ringkas dihuraikan dalam Jadual 1.

Rajah 6 : Peralatan eksperimen

9
Jadual 1: Proses pelaziman klasik Pavlov

Peringkat sebelum pelaziman

Apabila Pavlov menunjukkan makanan kepada anjing (rangsangan tak terlazim),


anjing mengeluarkan air liur (gerak balas tak terlazim). Apabila sesuatu berlaku
secara semula jadi, istilah tak terlazim digunakan. Seterusnya, Pavlov membunyikan
loceng, (rangsangan terlazim) tidak ada gerak balas atau respon daripada anjing
tersebut. Apabila sesuatu berlaku secara tidak semula jadi, istilah terlazim digunakan.
Tidak ada respon kerana air liur tidak keluar daripada mulut anjing tersebut.

Peringkat semasa pelaziman

Dalam peringkat ini, Pavlov membunyikan loceng. Kemudian selepas seketika


menunjukkan makanan kepada anjing dan ini dilakukan beberapa kali. Loceng
(rangsangan terlazim) dibunyikan dan selepas itu anjing diberi makanan (rangsangan
tak terlazim). Anjing mengeluarkan air liur dari mulutnya (gerak balas tak terlazim).

10
Peringkat selepas pelaziman

Tindakan loceng dan pemberian makanan serentak diulangi beberapa kali. Apabila
anjing mendengar bunyi loceng (rangsangan terlazim), ini menyebabkan gerak balas
terlazim (air liurnya keluar). Pelaziman berlaku apabila loceng dibunyikan
(rangsangan terlazim) dan anjing mengeluarkan air liurnya (gerak balas terlazim),
walaupun makanan tidak ditunjukkan. Tingkah laku ini dikenali sebagai pelaziman
klasik kerana anjing telah mempelajari suatu tingkah laku yang bukan kebiasaan
baginya.

Sebelum pelaziman

Bunyi loceng Tiada gerak balas


(rangsangan terlazim)

Makanan Air liur


(rangsangan tak terlazim) (gerak balas tak terlazim)
Semasa pelaziman

Bunyi loceng Air liur


(rangsangan terlazim) (gerak balas tak terlazim)

Makanan
(rangsangan tak terlazim)
Selepas berlakunya pelaziman

Bunyi loceng Air liur


(rangsangan terlazim) (gerak balas terlazim)

Rajah 7: Rumusan dari eksperimen Pavlov

11
Teori Pelaziman Operan

Teori Pelaziman Operan Thorndike

Edward L. Thorndike (1874 – 1934) dikaitkan dengan teori pelaziman operan.


Thorndike terkenal untuk teori cuba jaya dan tiga hukumnya, iaitu hukum kesediaan,
hukum latihan dan hukum kesan. Teorinya, seperti teori Pavlov, melihat perkaitan
antara rangsangan dan gerak balas. Akan tetapi, Thorndike tidak setuju dengan teori
pelaziman klasik Pavlov. Dalam eksperimennya, beliau cuba menegakkan hakikat
bahawa manusia belajar melalui proses cuba jaya (kaedah cuba dan ralat). Menurut
beliau, ganjaran mendorong manusia untuk melakukan sesuatu gerak balas, manakala
denda pula menghalang manusia daripada melakukan sesuatu gerak balas. Organisma
akan bertindak atau beroperasi dalam persekitaran, untuk menghasilkan sesuatu yang
positif kerana mendapat gerak balas positif. Dalam pelaziman operan, organisma akan
melakukan sesuatu gerak balas secara sukarela.

\Eksperimen Thorndike

Rajah 8: Eksperimen Thorndike dengan kucing

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8, Thorndike telah meletakkan seekor kucing
yang lapar di dalam sebuah sangkar dan makanan di luar sangkar tersebut. Setelah
dimasukkan ke dalam sangkar, kucing tersebut melakukan pelbagai tingkah laku

12
untuk mencari jalan keluar seperti mencakar dan mencuba untuk keluar. Setelah
beberapa percubaan, dengan cara tidak sengaja, kucing tersebut telah terusik selak
yang menahan pintu.

Tindakan kucing yang melakukan pelbagai tindakan dipanggil cuba jaya atau kaedah
cuba ralat. Kucing dapat keluar dan makan makanan tersebut. Apabila Thondike
memasukkan semula kucing ke dalam sangkar, ia hanya mengambil sedikit masa
sahaja untuk keluar daripada sangkar itu kerana sudah mengetahui cara keluar. Pada
percubaan yang terakhir (kali ke-20), kucing tersebut dengan serta merta (automatik)
menekan selak sebaik sahaja ia dikurung di dalam sangkar. Maka ia telah dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya.

Di sini, Thorndike mengemukakan hukum kesan, iaitu apabila kucing dapat melihat
kaitan antara rangsangan dan gerak balas (membuka pintu sangkar dan diikuti dengan
keadaan yang memuaskan (mendapat ganjaran), tingkah laku tersebut akan
diteguhkan. Jika kesannya menyeronokkan, tingkah laku akan diulang. Jika kesannya
tidak menyeronokkan, tingkah laku tidak akan diulang. Thorndike berpendapat
bahawa pembelajaran adalah proses penyelesaian masalah dalam persekitaran dan
membuat pilihan serta keputusan yang terbaik.

Hukum-hukum hasil eksperimen Thorndike

Hasil daripada eksperimen Thorndike, beliau mengemukakan tiga hukum yang utama
iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.

(a) Hukum kesediaan

Thorndike mengatakan bahawa hukum kesediaan merujuk kepada persiapan yang


perlu ada pada organisma sebelum ia bertindak. Dalam eksperimen Thorndike, kucing
harus berkeupayaan melakukan gerak balas yang diingini (menekan selak dalam
sangkar). Begitu juga dengan manusia, untuk melakukan sesuatu aktiviti yang
diperlukan, dia perlu berada dalam keadaan fizikal yang baik dan mempunyai aras
motivasi yang tinggi. Apabila pelajar berada dalam keadaan bersedia, dia akan berasa
puas apabila dia bertindak. Jika pelajar belum bersedia untuk bertindak, dan guru
13
menyuruh pelajar bertindak, dia akan berasa kecewa. Oleh itu, guru perlu melihat
tahap kesediaan pelajar.

(b) Hukum latihan

Dalam eksperimen Thorndike, selepas beberapa kali kucing dimasukkan balik ke


dalam sangkar, ia mengambil masa yang tidak begitu lama untuk keluar, jika
dibandingkan dengan masa kali pertama. Ini ialah kerana ia telah belajar melalui
proses latihan, dan telah mempelajari bahawa gerak balas yang lebih cepat akan
mendatangkan ganjaran yang lebih cepat kepadanya. Hukum latihan menyatakan
bahawa satu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan
tanpa pengukuhan. Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah
kukuh jika latihan diadakan. Sebagai contoh, jika pelajar selalu mengulang kaji
rumusan sifirnya, dia dapat mengingatinya dengan lebih senang. Hukum latihan
sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan atau latihan otot.

(c) Hukum kesan

Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan
akan melemahkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Sebagai contoh, dalam
eksperimen Thorndike, kucing mendapat kesan yang menyeronokkan iaitu makanan
apabila ia tekan selak sangkar dengan betul. Sekiranya ia mendapat kejutan elektrik
apabila ia keluar daripada sangkar, kesannya menyakitkan dan ia tidak akan
mempunyai motivasi untuk keluar. Rumusan Thorndike ialah jika tingkah laku diikuti
dengan kepuasan ia akan diulang tetapi jika diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.

14
Ketiga-tiga hukum dirumuskan dalam Rajah 9.

Rajah 9: Hukum-hukum dalam teori Thorndike

Teori Pelaziman Operan Skinner

Burshus Frederick Skinner (1904-1990) telah melanjutkan usaha E.L Thorndike


dalam kajian tentang pelaziman operan. Skinner telah menjalankan berbagai kajian
dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938 yang
menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant). Perkataan 'operan'
dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman operan
ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu
mengoperasi (atau operating) ke atas persekitarannya. Contohnya, seekor anjing akan
menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkahlaku itu akan
diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang mengemaskan
tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim.

15
Eksperimen Skinner

Skinner B.F telah menjalankan kajian ke atas tikus, burung merpati dan manusia
untuk membuktikan teori-teori beliau mengenai psikologi tingkah seperti peneguhan
positif dan peneguhan negatif.

(a) Kajian pertama dengan tikus

 Langkah pertama kajian Skinner

Beliau meletakkan seekor tikus yang lapar ke dalam kotak


Skinner seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10. Dalam kotak itu
ada alat penekan pada dindingnya. Apabila tikus menekan alat
tersebut, biji-biji makanan akan terkeluar. Seperti kucing dalam
teori Thorndike, tikus berlari secara rawak dalam kotak tikus
Skinner.

Rajah 10 : Kotak tikus Skinner

Secara tidak sengaja, tikus tertekan alat penekan dan bijirin


makanan pun keluar. Tindakan ini diulang-ulang sehingga tikus
belajar bahawa ‘Jika alat penekan ini ditekan, makanan akan

16
diperoleh’. Ini bermakna tikus itu telah belajar cara memperoleh
makanan dengan menekan alat penekan tersebut. Tindakan inilah
yang dikatakan pembelajaran melalui pelaziman.

 Langkah kedua kajian Skinner

Dalam langkah kedua kajian, Skinner memutuskan


hubungan makanan dengan alat penekan. Apabila tikus menekan
alat penekan tersebut, makanan tidak keluar. Apabila ganjaran
(makanan) dihentikan, tikus pun berhenti menekan alat penekan
tersebut (gerakbalas terhapus). Peringkat ini dikenali sebagai
penghapusan.

 Langkah ketiga kajian Skinner.

Skinner memasukkan lampu dalam kotak tikus Skinner.


Apabila tikus menekan alat penekan, lampu menyala dan makanan
diperoleh. Jika tikus menekan alat penekan dan lampu tidak
menyala, tikus tidak diberi makanan. Lama-kelamaan tikus belajar
untuk menekan alat penekan hanya apabila lampu dinyalakan.
Dalam langkah ini, tikus belajar konsep diskriminasi, iaitu dapat
membezakan masa yang paling sesuai untuk menekan alat penekan
untuk mendapatkan makanan.

(b) Kajian Kedua dengan Burung Merpati

 Langkah pertama kajian Skinner

Dalam kajian ini Skinner cuba mengajar burung merpati


seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11 untuk bermain ping pong.
Skinner cuba membentuk tingkah laku burung merpati secara
berperingkat-peringkat. Apabila burung merpati menghampiri bola

17
ping pong, ia diberi peneguhan dalam bentuk kacang hijau.
Langkah ini diulang-ulang sehingga burung merpati dilazimkan
dengan peneguhan.

Rajah 11 : Skinner cuba mengajar burung merpati.

 Langkah kedua kajian Skinner

Dalam langkah kedua, apabila burung merpati mematuk


bola ping pong ia diberikan kacang hijau. Dengan peneguhan ini,
burung merpati terus mematuk bola ping pong tersebut.

 Langkah ketiga kajian Skinner

Apabila burung merpati berjaya mematuk bola ping pong


ke sebelah jaring dengan paruhnya, ia juga diberi peneguhan positif
dalam bentuk kacang hijau.

 Langkah keempat kajian Skinner

Skinner juga memberi kacang hijau kepada seekor burung


merpati lagi yang berada di sebelah jaring yang lain, sehingga
kedua-dua burung merpati berjaya bermain ping pong.

18
Konsep Psikologi Tingkahlaku

Berikut adalah pengertian konsep-konsep psikologi tingkahlaku berdasarkan ujikaji


Pavlov dalam Teori Perlaziman Klasik dan juga daripada Skinner

Rangsangan

Ransangan atau bagaimana cara untuk menarik perhatian sesuatu organisme itu
memberi tindak balas. Berdasarkan eksperimen Pavlov, ransangan ini terbahagi
kepada dua iaitu Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus) dan
Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus)

Peneguhan

Apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan,
peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini
boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik
sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Stimuli ini dinamakan oleh Skinner sebagai
’peneguhan’ (reinforcement). Mengikut beliau, peneguhan boleh berupa positif atau
negatif.

Peneguhan Positif

Apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan esuatu peneguhan positif, maka
kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah. Peneguhan
positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu
tingkah laku operan, seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya
sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku.

Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif merupakan stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan


tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Contohnya,
menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan
19
peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa
gangguan.

Penguasaan (Acquisition)

Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons
baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih
kukuh penguasaan berkenaan.

Generalisasi (Generalisation)

Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan
nada, tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu
organisme yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim
(RTT seperti loceng) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT = keluar air
liur) walau pun rangsangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang
berlainan). Dengan perkataan lain, organisme itu dapat membuat generalisasi bahawa
bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas
(makanan).

Diskriminasi (Discrimination)

Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih
mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng
yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa
organisme berkenaan dapat membezakan atau mendikriminasi antara rangsangan yang
dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu
organisme berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak
kepada rangsangan yang lain.

20
Penghapusan (Extinction)

Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak
terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas. Iaitu,
gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.

TINGKAHLAKU KESIMPULAN
Penguasaan Penguasaan atau bagaimana organisme
(Acquisition) mempelajari sesuatu gerak balas atau
respons baru berlaku berperingkat-
peringkat. Juga lebih kerap organisme itu
mencuba, lebih kukuh penguasaan
berkenaan.
Generalisasi Sesuatu organisme itu dapat membuat
(Generalisation) generalisasi dan akan diikuti dengan gerak
balas
Diskriminasi Organisme dapat membezakan antara
(Discrimination) rangsangan yang dikemukakan dan
memilih untuk bergerak balas kepada
sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada
rangsangan yang lain
Penghapusan Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim
(Extinction) tidak diikuti dengan rangsangan tak
terlazim, lama kelamaan organisme itu
tidak akan bergerak balas

Jadual 2 : Ringkasan Konsep Psikologi Tingkahlaku

21
Modeling

Modeling Teori Pelaziman Klasik

Konsep Loceng
rangsangan

Tindakbalas Beratur

Peneguhan Bunyi Loceng

Generalisasi Tetap Beratur

Diskriminasi Loceng Tak berbunyi

Tetap beratur
Penghapusan walaupun tiada
bunyi loceng

Rajah 12: Rajah di atas menunjukkan modeling yang digunakan di


dalam teori Pelaziman Klasik

Rajah 12 di atas menunjukkan carta alir bagi satu proses konsep yang berlaku di
dalam tingkah laku psikologi di mana, contoh lebih kepada suasana di sekolah kerana
ingin mengaplikasikan teori ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh yang diambil di dalam rajah 12 ialah tingkahlaku pelajar dengan bunyi loceng.
Berikut adalah penerangan mengenai setiap langkah:

22
 Rangsangan – apabila terdengar bunyi loceng.
 Tindakbalas – pelajar akan mula beratur.
 Peneguhan – keesokkan harinya loceng berbunyi lagi dan untuk
hari-hari yang seterusnya.
 Generalisasi – pelajar seperti biasa akan mula beratur.
 Diskriminasi – sehinggalah pada suatu hari loceng tidak
berbunyi lagi.
 Penghapusan – walaupun loceng tidak berbunyi pelajar tetap
 beratur.

Di dalam teori pelaziman klasik ini, organisme tidak mengubah persekitaran di mana
daripada contoh yang telah diberi kita dapati pelajar akan tetap beratur walaupun
loceng tidak dibunyikan. Ini membuktikan pembelajaran merupakan proses yang
membentuk ikatan yang kukuh di antara sesuatu rangsangan dengan sesuatu
tindakbalas. Dengan kata lain, kesempurnaan pembelajaran akan terhasil apabila
pelajar mengulang-ngulangkan sesuatu rangsangan dan tindakbalas yang sama (Abu
Zahari Abu Bakar,1987)

23
(a) Modeling Teori Pelaziman Operan

Konsep rangsangan Markah

Tindakbalas Nama Ditanda

(+) dapat markah - ulang


Peneguhan

Generalisasi Merasa seronok utk terus jawab

Diskriminasi Slps beberapa kali jwb tiada markah -


terbelenggu

Penghapusan Tiada markah – tidak menjawab soalan

Rajah 13: Rajah di atas menunjukkan modeling yang digunakan di


dalam Teori Pelaziman Operan

Rajah 13 di atas pula menunjukkan carta alir bagi satu proses konsep yang berlaku di
dalam tingkah laku psikologi di mana, contoh lebih kepada suasana di sekolah kerana
ingin mengaplikasikan teori ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh yang diambil di dalam rajah 13 ialah tingkahlaku pelajar dengan ganjaran.
Berikut adalah penerangan mengenai setiap langkah:

Rangsangan – ganjaran yang akan diberi ialah markah:

 Tindakbalas – guru akan menandakan nama pelajar yang


menjawab soalan atau yang memberi pandangan.
 Peneguhan – di sini terdapat dua kemungkinan iaitu: secara
positifnya pelajar akan mengulangi menjawab kerana mendapat
markah dan secara negatifnya pelajar mula bosan dengan ganjaran
yang diberi kerana sudah mula timbul rasa bosan. Di sinilah guru

24
seharusnya kreatif, apa yang boleh dilakukan ialah mewujudkan
suasana yang berbeza atau memberi ganjaran yang berbeza dengan
hari yang sebelumnya.
 Generalisasi – pelajar akan terus menjawab soalan
 Diskriminasi – selepas beberapa kali menjawab tetapi tiada
ganjaran, pelajar mula merasa terbelenggu kerana di dalam
fikirannya, dia akan mendapat ganjaran sekiranya menjawab
soalan.
 Penghapusan – setelah sekian lama masih tidak mendapat apa-apa
ganjaran, pelajar akan membuat keputusan tidak akan menjawab
soalan lagi.

Di dalam teori pelaziman operan pula, organisme mempunyai pilihan untuk bertindak
atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan yang diberikan. Jika
diperhatikan pada contoh yang telah diberi, pelajar mempunyai pilihan untuk tidak
mengulangi tindakannya sekira tiada ganjaran yang diperolehi.

(b) Teori Permodelan Bandura

Bandura telah menggunakan teorinya untuk menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial
seperti persaingan, keagresifan, peranan jantina dan sebagainya. Elemen sosial
terbabit kerana pembelajaran diperoleh dengan melihat, meniru dan memerhatikan
tingkah laku orang lain.

(i) Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura

 Bandura terkenal untuk teori modelingnya. yang juga dikenali


Sebagai leon pemerhatian atau teori peniruan.
 Aspek yang penting dalam teori pembelajaran Bandura ialah
pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain.
 Tingkah laku orang lain boleh dipelajari melalui bahasa, contoh
dan teladan.

25
 Bandura menjelaskan bahawa seorang individu akan meniru
sesuatu tingkah laku jika dia memperoleh kepuasan dan
peneguhan yang tinggi.
 Apabila individu meniru manusia lain (model), status atau
darjah model tersebut mesti tinggi.
 Ini bermakna model yang ditiru biasanya seorang yang terkenal
dan berjaya, bukan seorang perompak atau pembunuh!
 Remaja suka mengidentifikasikan din dan meniru tingkah laku
penyanyi kerana faktor umur dan jantina yang sama.
 Kanak-kanak belajar dengan cepat dengan meniru ibu bapa dan
adik beradik untuk mempelajari tingkah laku yang mudah
seperti menulis, menggosok gigi dan sebagainya.

(ii) Eksperimen Bandura

Bandura telah menjalankan eksperimen dengan satu kumpulan kanak-kanak yang


berumur antara 3 hingga 6 tahun. Mereka diarahkan untuk melihat sekumpulan orang
dewasa menumbuk, menendang dan menjerit terhadap satu patung besar yang berisi
dengan udara yang dinamakan Bobo. Kemudian, Bandura menyuruh kanak-kanak
tersebut untuk memukul Bobo. Kanak-kanak menunjukkan keagresifan berkali ganda
(rajah 6.3 Eksperimen Bandura dengan patung Bobo). Bandura mendapati kanak-
kanak tersebut telah menunjukkan tingkah laku agresif dua kali ganda daripada orang
dewasa dalam memukul Bobo. Kanak-kanak tersebut telah menggunakan perkataan-
perkataan yang sama yang digunakan oleh orang dewasa semasa mereka menjeritkan
Bobo.

26
Rajah 14 : Eksperimen Bandura dengan patung Bobo

(iii) Cara-cara Peniruan Boleh Berlaku dalam Teori

Modeling Bandura

 Peniruan Secara Langsung dan Tidak Langsung

Proses peniruan secara langsung berlaku dengan memerhatikan tingkah laku model.
Bandura mengatakan bahawa model boleh berada di depan mata atau wujud dalam
khayalan individu. Proses peniruan secara tidak langsung boleh berlaku dengan cara
melihat gambar, melihat filem, melihat televisyen, melihat video dan mendengar
huraian yang menggunakan bahasa. Sebagai contoh, kanak-kanak yang melihat
program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku
keganasan model dalam program tersebut. Kanak-kanak juga membuat identifikasi
dengan ayah dan ibu, dan meniru gaya mereka dan segi percakapan, berpakaian dan
sebagainya. Remaja membuat identifikasi dengan personaliti yang mereka agung-
agungkan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pemimpin, penyanyi atau bintang
filem.

Jenis Huraian Contoh

27
Peniruan Meniru tingkahlaku yang Ali meniru cara Ramlah
langsung ditonjolkan oleh model mengulangkaji peperiksaan
Meniru tingkahlaku
Peniruan tak
watak-watak dalam Remaja meniru cara pakaian
langsung
televisyen, buku dan pelakon televisyen
(simbolik)
filem
Atan melihat abang
menggunakan kerusi untuk
Mewujudkan tingkahlaku
mengambil buku. Dia juga
Peniruan dengan menggabungkan
melihat ibu membuka pintu
gabungan tingkahlaku peniruan
almari. Dia meniru dengan
yang berlainan
berdiri di atas kerusi dan buka
pintu almari

Jadual 3 : Jenis Peniruan

 Peniruan sekat lakuan

Peniruan sekat lakuan ialah peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan yang
tertentu, tetapi tidak sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai
contoh, Tan, seorang remaja, suka meniru cara berpakaian modelnya, seorang
penyanyi rock. Tetapi dia telah mempelajari bahawa dia tidak boleh berpakaian
seperti ini ke sekolah kerana guru akan mengambil tindakan. Dalam peniruan sekat
lakuan, individu akan menyekat tingkah laku yang tidak sesuai ditiru dalam situasi
yang tertentu.

 Peniruan tak sekat lakuan

Dalam proses tak sekat lakuan, seorang individu akan terus mengamalkan peniruan
dalam apa jua situasi. Proses peniruan terus berlaku walaupun keadaan tidak
mengizinkan. Sebagai contoh, Rama menyimpan rambut panjang kerana mengikut
gaya rambut penyanyi pujaannya. Oleh kerana guru disiplin di sekolah Rama tidak
begitu menghiraukan perkara ini, Rama akan terus menyimpan rambut panjang,
walaupun dia mungkin didenda apabila ditangkap. Pembelajaran seperti ini dikenali
sebagai pembelajaran melalui tak sekat lakuan.

28
 Peniruan melalui proses elistasi

Dalam proses elistasi seorang akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang
lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkah laku tersebut. Keinginan untuk
meniru akan timbul apabila melihat gerak balas yang dilakukan oleh orang lain.
Contohnya, Mahani melihat Khatijah menolong membawa buku Cikgu Ali, maka
Mahani pun meniru tingkah laku ini dengan menolong membawa beg Cikgu Hamid.
Ini dikatakan peniruan melalui elistasi, iaitu gerak balas Mahani timbul setelah
melihat gerak balas Katijah.

Sumbangan Psikologi Tingkah Laku Kepada Proses Pengajaran Dan


Pembelajaran

Salah satu petunjuk mudah bagi cara mengenal pasti pelajar yang bermasalah ialah
pencapaiannya merosot. Apabila hal ini berlaku, kajian terpeinci hendaklah dilakukan
tanpa pengetahuan pelajar tersebut. Jika didapati tidak ada faktor seperti sakit , maka
pemerhatian yang teliti hendaklah dilakukan kepada tingkah lakunya semasa di kelas,
bersam rakan dan semasa bersendirian.

Terdapat dua jenis masalah tingkah laku iaitu overt (jelas seperti bersedih) dan covert
(tidak jelas seperti gangguan seksual). Tingkah laku yang overt ini sering
mengganggu perjalanan kelas. Akan tetapi tingkah laku yang covert ini selalunya
mengganggu individu dan interaksinya dengan orang lain. Ia juga akan dijadikan
bahan ketawa atau bualan jika diketahui umum. Oleh itu, tindakan guru menjaga
supaya maklumat tersebut tidak tersebar membantu pelajar berkenaan dari merasa
rendah diri dan malu berhadapan dengan orang lain.

Sekiranya terdapat pelajar disahkan menghadapi masalah ini di dalam kelas,


pengajaran hendaklah berjalan seperti biasa. Simpati guru kepada pelajar yang
bermasalah mestilah ditunjukkan di dalam bentuk kualiti pengajaran dan interaksi
guru terhadap pelajar tersebut. Dengan psikologi tingkahlaku, guru dapat membantu
pelajar mengubah tingkah laku negatif dan seterusnya melicinkan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

29
Cara pengendalian pelajar di dalam kelas juga banyak bergantung kepada masalah
yang dihadapi oleh pelajar. Apa yang boleh dilakukan ialah guru tersebut perlulah
betul-betul memahami akan masalah pelajar tersebut sama ada dengan melakukan
pembacaan ataupun berbincang dengan pakar masalah berkenaan. Ia dapat
meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran murid
dan dapat membentuk tingkah laku yang positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan
sosial.

Melalui proses permodelan, dalaman atau pembiasan, psikologi tingkahlaku akan


dapat membentuk pelajar yang berilmu pengetahuan, cinta membaca serta berakhlak
mulia dan melalui ubah suaian kendiri, ia dapat meningkatkan motivasi kendiri serta
disiplin arahan diri.

Ringkasan Sumbangan Psikologi Tingkah Laku kepada Proses Pengajaran dan


Pembelajaran.

Rajah 15 : Ringkasan Sumbangan Psikologi Tingkah Laku kepada Proses


Pengajaran dan Pembelajaran.

Aplikasi Prinsip-prinsip Teori Pavlov dalam Bilik Darjah

Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik (rangsangan) dengan tugasan


pembelajaran (gerak balas).

30
 Guru perlu menggalakkan pertandingan secara kumpulan kerana
pelajar akan belajar dengan lebih berkesan.
 Jika pertandingan dibuat secara individu, pelajar mungkin akan
berasa takut, dan perasaan ini mungkin digeneralisasikan
kepada pembelajaran individu yang lain.

Menolong pelajar untuk menghadapi situasi yang membimbangkan secara sukarela


dan berjaya. Guru perlu memberikan tugasan yang kecil sebelum menuju ke matlamat
yang lebih besar dalam bilik darjah. Ini adalah supaya pelajar tidak mengaitkan
pembelajaran dengan perasaan takut, cemas dan bimbang. Contohnya, dalam aspek
ujian, guru perlu memberi ujian-ujian kecil yang tidak dinilai supaya pelajar tidak
berasa bimbang tentang peperiksaan.

Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara situasi yang


berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi dengan betul.

Generalisasi

 Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik


darjah. Pemindahan pembelajaran berlaku dan situasi A kepada
situasi B.
 Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang
sama dalam situasi yang berlainan.
 Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk menghadapi
peperiksaan UPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar tersebut
dan memberitahunya bahawa dia akan menduduki peperiksaan
yang hampir sama dengan ujian bulanan.
 Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia
sudah biasa membuat ujian bulanan.

31
Diskriminasi rangsangan

 Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada


rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-
rangsangan yang lebih penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
 Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektif
spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran.
 Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada
maklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran.
 Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi
antara maklumat penting dan yang kurang relevan.

Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas.Ini
bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau
tidak diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke dalam kelas
(rangsangan) pelajar berdiri dan mengucapkan “Selamat Pagi” (gerak balas). Guru
pun memuji pelajar. Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini
setiap kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah.

Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap


rangsangan dikaitkan dengan gerak balas:

 Semakin kukuh gerak balas terlazim.


 Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam
bentuk pujian untuk kerjanya yang kemas.
 Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian
daripada guru.
Pujian —* Kerja kemas —> Kerja kemas berterusan
 Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang
positif dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti
kumpulan di kalangan pelajar.

32
Motivasi membangkitkan tingkah laku positif.

 Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai


sebelum mereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran
yang dihendaki dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam
bentuk pujian, hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya
untuk membentuk tingkah laku yang diingini.
 Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan
menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan.

Penghapusan

 Jika sesuatu tingkah laku tidak diberi peneguhan ia boleh


dikikis secara perlahan-lahan.
 Sebagai contoh, guru boleh mengikis perasaan takut yang
dialami oleh pelajar dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran.
 Sebagai contoh, jika pelajar takut untuk membuat
pembentangan di hadapan kelas, guru perlu meningkatkan
keyakinannya berperingkat.
 Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada
kumpulan yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa
dia berdiri.
 Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di
hadapan kelas.
 Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh
pelajar tersebut.

33
Aplikasi Prinsip-prinsip Teori Thorndike dalam Bilik Darjah

Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang


menyeronokkan

(a) Guru mesti memastikan dia memberi ganjaran dan motivasi yang
dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.
(b) Guru perlu mengadakan pelbagai rangsangan dalam bentuk sumber
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
(c) Guru juga perlu menyediakan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan supaya pelajar mendapat pengalaman yang
memuaskan dan terdorong untuk belajar.

Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul

(a) Pelajar boleh mempelajari sesuatu tanpa diajar oleh guru tetapi ia
mengambil masa yang lama.
(b) Contohnya, dalam eksperimen sains yang mudah, pelajar boleh
belajar dengan cara cuba jaya, iaitu dia akan mencuba pelbagai
kaedah yang berlainan untuk mencari jawapan.
(c) Akan tetapi, ini mungkin tidak berkesan. Oleh itu, guru perlu
memberi bimbingan yang sewajarnya.
(d) Apabila pelajar berjaya mendapat respon yang betul, guru mesti
memastikan yang dia memberi peneguhan yang sewajarnya.
(e) Berdasarkan teori Thorndike, guru perlu menyediakan peluang
yang secukupnya untuk pelajar memberikan respon yang pelbagai
supaya respon yang betul dapat diteguhkan oleh guru.

Menetapkan sikap

(a) Mengikut Thorndike, guru boleh menetapkan sikap pelajar.


(b) Latar belakang kebudayaan dan persekitaran pelajar menentukan
respon pelajar.
34
(c) Persekitaran yang menggalakkan perkembangan akademik akan
menyebabkan pelajar memberi respon secara selesa dan gembira,
atau sebaliknya.

Kesediaan

(a) Guru perlu melihat aspek kesediaan belajar pelajar dalam bilik
darjah.
(b) Pelajar yang bersedia dan segi mental akan dengan cepat
memahami sesuatu konsep yang diajar.
(c) Pelajar yang mempunyai kesediaan psikomotor yang tinggi, dan
aspek keadaan fizikal dan pergerakan otot bersedia untuk tindakan
jasmani dan aktiviti fizikal yang lebih sukar.
(d) Kesediaan afektif merujuk kepada kesediaan emosi dan minat
terhadap sesuatu. Jika pelajar minat kepada mata pelajaran
Pendidikan Moral, pelajar akan memberi lebih tumpuan kepada
mata pelajaran tersebut kerana tahap kesediaannya adalah tinggi.

Menikmati kejayaan

(a) Guru mesti menekankan aspek-aspek yang penting dalam proses


pengajaran dan pembelajaran.
(b) Thorndike menyatakan bahawa kanak-kanak akan tertarik kepada
aspek yang tertentu dalam sesuatu stimulus dan bukan kepada
seluruh rangsangan tersebut.
(c) Guru perlu menekankan isu penting dalam kelas melalui cara
pengulangan, menggariskan fakta penting, mewarna, dan dengan
suara serta gerak-gerinya.
(d) Jika pelajar sentiasa menikmati kejayaan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, motivasi mereka untuk belajar akan meningkat
dengan baik.

Membuat generalisasi

35
(a) Thorndike juga mementingkan aspek proses membuat generalisasi.
(b) Apabila Samy membahagikan gula-gula dengan adik-adiknya, dia
sedang membuat generalisasi operasi bahagi yang telah dipelajari
di sekolah.
(c) Oleh itu, Thomdike menyarankan agar guru menunjukkan kepada
pelajar pelbagai situasi yang menggunakan peraturan yang sama.
(d) Guru juga perlu menunjukkan perkaitan antara situasi-situasi yang
berlainan kepada pelajar untuk memudahkan proses generalisasi.

Aplikasi Prinsip-prinsip Skinner dalam Bilik Darjah

Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah,
token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dihendaki.

(a) Contohnya, guru memberikan Rahimah lima bintang kerana


berjaya menghasilkan lukisan yang tercantik dalam bilik darjah.
(b) Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi
menjamin berulangnya tingkah laku yang positif.

Objektif tingkah laku yang realistik dan penguasaan kemahiran secara berperingkat.

(a) Guru mesti memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan


realistik dan tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya. Ia
mesti sejajar dengan kebolehan pelajar.
(b) Guru juga perlu1mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain
bola jaring secara berperingkat-peringkat (seperti burung
merpati bermain ping pong) supaya pelajar menguasai
permainan tersebut dengan lebih berkesan.

Menggunakan prinsip penghapusan dalam bilik darjah.

(a) Ini merupakan satu cara untuk modifikasi tingkah laku pelajar. Jika
guru ingin menghentikan sesuatu tingkah laku operan, guru perlu

36
menghentikan peneguhan yang diberikan sama ada positif atau
negatif.
(b) Apabila pelajar mendapati dia tidak mendapat apa-apa
perhatian, lama-kelamaan dia akan menghentikan tingkah laku
yang negatif. Prinsip Skinner yang boleh digunakan di sini ialah
‘jangan teguhkan tingkah laku yang tidak diingini’.
(c) Sebagai contoh, seorang pelajar membuang gumpalan kertas di
dalam bilik darjah. Guru mesti memastikan pelajar tersebut tidak
mendapat apa-apa peneguhan daripadanya atau rakan sebayanya.
(d) Apabila pelajar tidak mendapat apa-apa perhatian, dia akan
menghentikan tingkah laku negatif ini.

Menggunakan prinsip diskriminasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

(a) Guru boleh menggunakan prinsip ini untuk membezakan apa


yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(b) Guru perlu mengajar pelajar membezakan antara peraturan dan
maklumat yang lebih penting di sekolah.
(c) Apabila melihat guru besar di dewan, pelajar akan belajar untuk
mendiskriminasikan tingkah laku mereka dengan tidak membuat
bising, dan menunjukkan tingkah laku yang positif.

Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul menggunakan prinsip
jadual peneguhan Skinner dalam bilik darjah.

(a) Apabila pelajar sedang mempelajari sesuatu yang baru, guru


perlu memberikan banyak peneguhan positif.
(b) Akan tetapi, selepas mereka telah menguasai sesuatu
kemahiran, guru mesti memastikan peneguhan secara berkala
diberikan untuk memastikan tingkah laku operan itu sentiasa
wujud.

37
Menggunakan peneguhan negatif.

(a) Ini juga merupakan satu kaedah modifikasi tingkah laku. Guru
boleh menggunakan peneguhan negatif untuk mendapatkan tingkah
laku operan yang dihendaki daripada pelajar.
(b) Sebagai contoh, apabila loceng berbunyi, guru memberi arahan
berikut: ‘Semua murid harus beratur pergi untuk rehat. Jika tidak,
anda akan kehilangan lima minit masa rehat anda’.
(c) Tingkah laku operan yang dihendaki oleh guru ialah supaya
pelajar terus beratur.
(d) Pelajar akan berbuat demikian kerana tidak mahu kehilangan lima
minit masa rehat mereka.

Aplikasi Model Sosial Bandura dalam Bilik Darjah

Guru sebagai role model dan model simbolik

(a) Guru menjadi role model untuk pelajar.


(b) Oleh itu, guru mesti memastikan dia mempunyai tingkah laku dan
perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya.
(c) Guru perlu memberi perhatian terhadap aspek-aspek berikut:
 Cara pertuturan
 Cara pakaian
 Ketepatan masa
 Sopan-santun
 Personaliti dan konsep kendiri yang positif
(d) Pelajar juga boleh belajar dan model simbolik guru.
(e) Ini bermakna pelajar boleh meniru secara langsung dan contoh-
contoh pengajaran yang diberikan oleh guru.
(f) Guru perlu menunjukkan yang dia betul-betul berminat untuk
mengajar sesuatu mata pelajaran.

38
Modifikasi tingkah laku

(a) Permodelan ialah satu cara modifikasi tingkah laku.


(b) Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan
santun dan tidak menaikkan suara dalam bilik darjah.
(c) Apabila pelajar meniru tingkah 1aku ini, guru perlu memberi
peneguhan untuk melazimkan tingkah laku tersebut.

Peniruan tidak langsung

Oleh kerana pelajar juga belajar daripada model tidak langsung. Seperti televisyen
dan filem, guru boleh menasihatkan mereka tentang jenis program televisyen yang
harus ditonton dan yang tidak harus ditonton oleh mereka.

Contoh dan hasilan yang baik

 Dalam mata pelajaran tertentu, seperti Kemahiran Hidup dan


Seni Lukis, guru perlu menunjukkan contoh-contoh hasilan
yang bermutu tinggi.
 Ini adalah kerana pelajar dapat meniru idea-idea yang baik
dan contoh tersebut untuk menghasilkan kerja masing-
masing.

Peniruan melalui main peranan dan simulasi

 Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang


penting melalui situasi main peranan dan simulasi.
 Pelajar dapat meniru tingkah laku yang positif secara tidak
langsung yang ditunjukkan oleh watak-watak dalam main
peranan dan simulasi tersebut.
 Main peranan dalam situasi bilik darjah harus menggunakan
situasi realistik.

39
 Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan
dalam situasi yang sebenar.

Rakan sebaya sebagai model

 Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular


untuk menunjukkan tingkah laku model bagi seluruh kelas.
 Guru perlu membentuk kumpulan-kumpulan yang terdiri
daripada pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah supaya
pelajar lemah dapat meniru tingkah laku pelajar yang
pandai. dan seterusnya meningkatkan pencapaiannya.
 Sebagai contoh, guru juga boleh menyuruh pelajar yang
popular untuk menjadi model dalam pembentangan di hadapan
kelas supaya pelajar yang lemah, malu dan takut dapat melihat
dan meniru tingkah lakunya.

40
RUJUKAN

1. Abu Zahari (1987).


2. Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (2000).Psikologi Pendidikan 1.
Pertumbuhan & Perkembangan.UPM Serdang. Siri Pendidikan Longman.
3. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
4. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT Bina
Aksara.
5. Ee Ah Meng (1997). Psikologi Pendidikan I (Semester II) Sukatan Pelajaran
Terbaru Diploma Perguruan Malaysia. Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
6. Ee Ah Meng (2002). Psikologi pendidikan III, Edisi 3. Selangor Darul Ehsan,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
7. Hasan Langgulung (1991). Asas-asas pendidikan Islam. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
8. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Lingren (1959). Psychology of Personal and Social Adjustment, Second
Edition. New York. American Book Company.
10. Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan di
Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
11. Rohaty Mohd. Majzud (1992). Psikologi Perkembangan.Kuala Lumpur.
12. http://www.homestead.com/PEOPLELEARN/psychlearncontent1.html
13. http://www.homestead.com/PEOPLELEARN/psychlearncontent2a.html
14. http://www.homestead.com/PEOPLELEARN/PSYCHHistory.html
15. www.geocities.com/guruvalah/psikologi_belajar.pdf

41

You might also like