You are on page 1of 7

SUMBANGAN AHLI PSIKOLOGI

PENDIDIKAN KOGNITIF KEPADA


DUNIA PENDIDIKAN…
JEAN PIAGET VYGOTSKY

AHLI PSIKOLOGI

BRUNER GAGNE
SUMBANGAN JEAN PIAGET

 Guru harus memberi perhatian kepada proses pemikiran


pelajar di mana guru harus memahami proses yang digunakan
oleh pelajar sehingga sampai kepada hasil atau produk akhir
bagi sesuatu jawapan itu.

 Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan diperingkatkan dari


tajuk yang senang kepada tajuk yang susah agar pelajar dapat
mempelajari sesuatu itu secara maksimum.

 Guru juga perlu membuat pemerhatian secara teliti semasa


pelajar cuba menyelesaikan masalah yang di beri bagi
mengetahui perjalanan pemikiran mereka sama ada fokus
kepada satu aspek situasi sahaja atau tidak.
SUMBANGAN VYGOTSKY

 Penggunaan teori pembudayaan sosial – Guru dan


pelajar perlu memainkan peranan penting ketika
bekerjasama antara satu sama lain.

 Pembelajaran Koperatif – Pembelajaran secara


berkumpulan di mana ianya terdiri daripada pelajar yang
lebih mahir dalam membantu pelajar yang masih lemah
atau masih belum boleh menguasai kemahiran tertentu.

 Penggunaan ‘Scaffolding’ – Guru memberi panduan


kepada pelajar untuk berusaha. Beliau menegaskan agar
scaffolding digunakan dalam kaedah pengajaran.
SUMBANGAN BRUNER

 Kurikulum Spiral – bahan pelajaran yang sama dapat


diberikan mulai dari tahap rendah hingga tahap
menengah dan disesuaikan dengan tahap
perkembangan kognitif pelajar.

 Pelajar belajar melalui pengalaman – Guru perlu


sediakan peluang kepada pelajar untuk meneroka,
memegang, mencium dan merasa dimana pembelajaran
begini dapat mewujudkan proses pembelajaran yang
bermakna.

 Kesediaan belajar oleh pelajar – Guru perlu mengambil


kira kesediaan belajar pelajar ketika merancang proses
pengajaran.
SUMBANGAN GAGNE
 Manusia menerima pelbagai jenis rangsangan daripada
persekitarannya secara sedar atau tidak.

 Individu atau pelajar akan menilai input dari persekitarannya,


mengenkod dan memindahkannya kepada tindak balas
tertentu.

 Sistem ingatan jangka pendek berfungsi mengumpul


maklumat, kemudian maklumat dihantar ke sistem ingatan
jangka panjang di mana segala pengalaman baru akan
dikaitkan dengan pengalaman lama yang disimpan untuk
memudahkan proses pembelajaran.

 Hierarki pembelajaran – Peringkat tertinggi ialah


penyelesaian masalah.
KESIMPULAN

 Secara kesimpulannya dapatlah dikatakan


bahawa psikologi kognitif merangkumi semua
aspek pemikiran dan perkembangan mental.

 Kini psikologi kognitif dapat diaplikasikan dalam


pelbagai bidang seperti kejuruteraan,
pendidikan, sains komputer, perubatan dan
sebagainya.

You might also like