You are on page 1of 6

CABARAN YANG DIHADAPI

GURU DALAM
MEREALISASIKAN TONGGAK
PENDIDIKAN UNESCO
DISEDIAKAN OLEH : UNIT TAHFIZ (MEN) PDPP 22/23
BELAJAR UNTUK MENGUASAI
ILMU
- Menerima dan menguasai ilmu adalah satu proses yang istiqamah yang
tiada penghujung dan boleh diperkayakan dengan pelbagai pengalaman.

- Ia juga merupakan proses penerokaan yang mengambil masa untuk


mendalami maklumat yang diterima melalui pengajaran mata pelajaran
tertentu.

- CABARAN: cara penyampaian guru yang berkesan untuk memastikan


ilmu dapat dikuasai oleh pelajar bagi mengaplikasikannya dalam dunia
pekerjaan kelak. Penggunaan kaedah yang menarik seperti bercerita,
lakokan dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar.
• BELAJAR UNTUK
MENGUASAI KEMAHIRAN
- Pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran –
kemahiran untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan kelak.

- Antaranya, kompetensi peribadi seseorang diasah supaya mereka


dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan.

- Antara kemahiran yang penting termasuklah kemahiran


berkomunikasi, berpasukan dan menyelesaikan masalah.

CABARAN: guru menggunakan kaedah pemusatan pelajar


seperti hand – on, eksperimen dan membuat model supaya dapat
memberikan impak yang terbaik.
BELAJAR UNTUK MENJADI
INSAN BERGUNA
- Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan
menyeluruh dari segi fizikal, intelak, rohani, emosi dan estetika.

- Setiap individu perlu menerima pendidikan awal sejak


kanak-kanak sehinggalah peringkat remaja supaya mereka
boleh berfikir secara kritis, berdikari dan berupaya
membuat keputusan terhadap tindakan dalam kehidupan
mereka.

- CABARAN : guru perlu mempunyai kemahiran mengaitkan


domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina
pengetahuan dan kemahiran secara berterusan mengikut kadar
pembelajaran bagi mencapai hasrat mewujudkan insan yang
berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.
BELAJAR UNTUK HARMONI
DAN KERJASAMA
- Di sekolah kebangsaan, pelajar berbilang bangsa atau etnik.Mempunyai
pemikiran, kepercayaan dan agama yang berbeza.

- CABARAN kepada guru –mewujudkan suasana bilik darjah yang


produktif dan mesra budaya.Perancangan dan pelaksanaan rapi perlu
dibuat supaya pendidikan pelbagai budaya berkesan dan bermakna
kepada semua pelajar.

- CABARAN : sekolah dan guru-guru perlu merancang program amal dan


aktiviti dalam kokurikulum supaya pelajar dapat menjalankan aktiviti
mengenali silang budaya untuk meningkatkan kefahaman. Cabaran ini
agak sukar kerana setiap individu atau sesuatu kelompok sentiasa berasa
mereka lebih berkuasa atau lebih berupaya sehingga mempunyai syak
wasangka terhadap orang dan kumpulan lain
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like