You are on page 1of 3

KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2023

SJKC PING MING, MELAKA

1. Tarikh : 23 Ogos 2023 (Rabu)


2. Masa : 8:00 Pagi hingga 10:30 Pagi
3. Tempat : Gelanggang Bola Keranjang Sekolah, Perkampungan belakang
Sekolah.
4. Objektif : a) Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas
Desa sebagai acara tahunan.
b) Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan
bagi membentuk individu yang cergas.
c) Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga SJKC
Ping Ming dalam mengendalikan acara yang memerlukan
kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.
d) Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga SJKC Ping
Ming tentang alam sekitar.
e) Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta
semangat berjuang di dalam kalangan murid-murid dan
guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan
f) Memilih wakil sekolah untuk pertandingan acara sukan.

5. Kumpulan Sasaran : Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid tahun 1,


2, 3, 4, 5 dan 6, SJKC Ping Ming kecuali bagi murid-murid
yang mendapat kebenaran pengecualian daripada Guru
Besar atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit
atau tidak boleh menyertai pertandingan ini daripada
doktor. Setiap guru kelas mestilah memastikan kesihatan
peserta kelas masing-masing semasa kejohanan diadakan.
Tahap 1 (T1-T3): 146 orang dan Tahap 2 (T4–T6): 168
orang
Jumlah keseluruhan peserta : 314 orang.

6. Kategori Pertandingan :
Pertandingan ini dikelaskan kepada 6 kategori : Tahun 1 Lelaki dan Perempuan
Tahun 2 Lelaki dan Perempuan
Tahun 3 Lelaki dan Perempuan
Tahun 4 Lelaki dan Perempuan
Tahun 5 Lelaki dan Perempuan
Tahun 6 Lelaki dan Perempuan

7. Hadiah :
a) Pingat akan diberikan kepada murid-murid yang menamatkan
lariannya dengan sah dari nombor 1 hingga nombor 10 bagi
kategori lelaki dan perempuan (Tahun 1, 2, 3, 4, 6) manakala
nombor 1 hingga nombor 15 bagi kategori lelaki dan perempuan
Tahun 5.
b) Piala Pusingan Johan Keseluruhan akan diberikan kepada rumah
yang mempunyai jumlah mata tertinggi.

Mata Individu Untuk Rumah :

NOMBOR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

MATA 7 5 3 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

8. ANGGARAN PERBELANJAAN KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Pingat RM 3.50 x 130 RM 455.00
JUMLAH RM 455.00

9. Laluan Merentas Desa 2023 SJKC Ping Ming, Melaka


Lampiran A
10. Aturcara Pertandingan
Lampiran B
11. Ahli Jawatankuasa Pengelola
Lampiran C
12. Senarai Tugasan Guru
Lampiran D

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………. ……………………………………
(TAN KEE LUAN) (YOONG CHOONG SHEN)
GPK KOKURIKULUM GURU BESAR

You might also like