Professional Documents
Culture Documents
DEFINISI:
Istilah gurindam berasal daripada bahasa Saskrit. Walaupun nama gurindam itu mempunyai
pengaruh bahasa asing, namun bentuk gurindam itu diciptakan oleh masyarakat Melayu
sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za’ba, gurindam ialah sejenis
puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap.
Gurindam juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap.
Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan, dalam baris kedua pula termuat
jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi.
Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas, karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu:
TUJUAN:
Puisi ini mengandungi fikiran yang bernas dan digubah dalam bahasa yang indah untuk
dinyanyikan bagi tujuan hiburan, nasihat dan renungan.
LATIHAN PUISI: GURINDAM
Kalau tiada emas di pinggang,
Sanak saudara menjadi renggang.
SOALAN:
1) Jelaskan maksud perkataan-perkataan di bawah: (5 markah)
a) Renggang : ___________________________________
b) Murah : ______________________________________
c) Khianat: _____________________________________
d) Laknat: ______________________________________
e) Madat: ______________________________________