You are on page 1of 20

TARIKH:29/9/2020 | HARI: SELASA | SIDANG 1A | TEMA : AKADEMIK

MENGGILAP INTAN MENCARI SINAR

Abdul Razak Bin Ibrahim

Pengetua Cemerlang SMK Seri Intan, Kluang, Johor

Nor Kamsiah Bt. Jaapar

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

norcomej@iab.edu.my

Samsudin Bin Haron

Pegawai SIP+ PPD Kluang

Salah satu elemen untuk mengukur prestasi sesebuah sekolah adalah tahap pencapaian akademiknya. Pencapaian GPS SPM bagi SMK
Seri Intan pada tahun 2014 hingga 2017 adalah di antara 5.94 dan 6.30 dan menjadikan sekolah ini sekolah fokus bimbingan PPD Kluang.
Tinjauan awal mendapati prestasi rendah ini sering dikaitkan dengan budaya kerja guru yang kurang berdaya saing dan semangat
berbangga dengan sekolah yang rendah dalam kalangan murid. Bagi mengatasi masalah ini, kajian tindakan ini dijalankan bagi
membolehkan pasukan kepimpinan sekolah membuat perubahan. Menurut Elemen Kepimpinan Instruksional (Model Hallinger), perkara
pertama yang perlu dilaksanakan adalah mendefinisikan misi sekolah, seterusnya mengurus program instruksional serta mewujudkan iklim
pembelajaran positif. Sehubungan itu, sebagai kaedah penambahbaikan, pasukan kepimpinan sekolah telah mengambil inisiatif
mewujudkan suasana ini melalui slogan sekolah “MENGGILAP INTAN MENCARI SINAR.” Sasaran utama kajian adalah 136 orang calon
SPM 2018 dan 31 orang guru yang mengajar mereka. Hasilnya, analisis daripada pemerhatian dan data kajian mendapati hala tuju
sekolah mula dihayati dan semua warga sekolah mula menunjukkan cara bekerja yang lebih berkualiti dan berkesan. Walaupun impaknya
belum mencapai tahap yang diharapkan dengan pencapaian GPS SPM tahun 2018 masih berada ditakuk GPS lebih daripada 6.0, cara dan
budaya kerja guru-guru telah berubah serta nilai telah dapat diterapkan dalam diri murid. Ringkasnya, slogan MENGGILAP INTAN
MENCARI SINAR telah menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian murid. Antara pengajaran penting yang
diperolehi ialah mengurus sekolah dalam dunia VUCA memerlukan hala tuju (VISI) yang jelas, kefahaman (UNDERSTANDING) yang jitu,
gambaran yang jelas (CLARITY) dan ketangkasan bertindak (AGILITY).

PROGRAM PEMBANGUNAN KECEMERLANGAN PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID

Subramaniam A/L Veeriah

Pengetua SMK Sungai Pari

Balasandran a/l Ramiah, Ph.D

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

balasandran@iab.edu.my

Mohd Kamil Abdul Rahman

Pegawai SIP+PPD Kinta Utara

Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pelajar di Sekolah Berprestasi Rendah di bawah
kepimpinan Pengetua Berprestasi Tinggi, iaitu Pembangunan program Kecemerlangan, Fizikal dan Sahsiah Pemangkin Kemenjadian
Murid SMK Sg. Pari. Kegagalan sebahagian besar murid di sekolah ini mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan PT3 dan
SPM dan kedudukan dalam kategori sekolah berprestasi rendah dengan GPS 6.71 berpunca dari pencapaian yang tidak memuaskan dalam
beberapa subjek khususnya dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Kedua-dua subjek ini mencatatkan pencapaian GPMP melebihi 6
iaitu bahasa melayu 6.10 dan sejarah 6.59 .Pelaksanaan pelbagai program kecemerlangan secara umum berjaya melonjakkan GPS ke
6.02 (2018) dari 6.71 (2017) yang merupakan sekolah yang mencatat lonjakan tertinggi 0.69) di peringkat Daerah Kinta Utara dan
seterusnya 6.10 (2019). Peningkatan GPMP bahasa Melayu dari 6.10(2018) ke 6.04 manakala Sejarah berlaku kemerosotan dari GPMP
6.59(2018) ke 6.91 (2019) Dapatan juga menunjukkan pembangunan program kecemerlangan, fizikal dan sahsiah yang terancang akan
membantu melonjakkan kemajuan akademik murid khususnya dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai subjek wajib lulus. Walau
bagaimanapun untuk kecemerlangan kedua subjek ini memerlukan usaha yang berterusan dan banyak usaha perlu dimulakan diperingkat
menengah rendah lagi.

PROJEK GERBANG CEMERLANG BAHASA MELAYU

Gambalidah Binti Mohd Jahiri

Pengetua SMK Tagasan

Gambalidah64@gmail.com

Hamizi bin Osman

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

hamizi@iab.edu.my

Linna binti Hassan

Pegawai SIP+ PPD Semporna

Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar adalah pada tahap yang lemah. Oleh yang demikian, projek gerbang bahasa melayu
dilaksanakan bertujuan untuk membaiki penguasaan bahasa melayu dalam kalangan pelajar iaitu dari tingkatan 1 sehingga 5.
terutamanya bagi pelajar yang menduduki spm. projek gerbang bahasa melayu dilaksanakan pada awal januari sehingga oktober.
memandangkan, subjek bahasa melayu merupakan subjek utama wajib lulus di peringkat SPM. Projek ini dijalankan selama 1 jam setiap
hari Khamis yang mana para pelajar akan dibimbing oleh guru-guru bahasa melayu. Jumlah pelajar yang terlibat ialah seramai 1246
orang, dari jumlah tersebut diharapkan bahawa 80% dapat menguasai bahasa melayu dengan baik.

PROJEK 40:60

Rohani Bt Ramlee

Pengetua Smk Taun Gusi 2

Jamelaa Bibi Bt Abdullah, Ph.D

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

jamelaa@Iab.Edu.My

Zakaria Bt Othman, Ph.D

Pegawai SIP+,PPD Kota Belud

Projek 40:60 dijalankan untuk meningkatkan peratus penguasaan tahap minimum murid tingkatan dua 2019 dalam peperiksaan kendalian
sekolah. Isu murid Tidak Menguasai Tahap Minimum (TMTM) dalam peperiksaan kendalian sekolah perlu ditangani awal. Kajian
keperluan adalah strategi pertama digunakan untuk mengenal pasti isu. Murid terlibat terdiri daripada 142 orang murid tingkatan 2 di
SMK Taun Gusi Dua, Kota Belud. Analisis headcount AR3 tingkatan satu 2018 digunakan sebagai TOV. Dalam projek ini markah
peperiksaan murid tidak diambil 100% daripada keputusan peperiksaan. Jumlah 40 mewakili kerja kursus di mana skema 5% untuk
pemeriksaan buku latihan murid, 15% folio, 15% pembentangan dan 5% bersemuka. Autonomi guru menentukan tajuk dan jenis
projek.Tempoh masa menyiapkan sesebuah projek adalah 1 hingga 3 bulan. Jumlah 60 pula adalah markah daripada peperiksaan penggal.
Program ini juga merangkumi intervensi untuk guru iaitu program FTF. Program FTF bermatlamat untuk mengupayakan guru selain
mengoptimumkan bimbingan dan pementoran. Setelah projek dijalankan, keputusan AR2 menunjukkan keputusan yang positif iaitu
penurunan peratus TMTM sebanyak 32.16% berbanding AR3 2018 46.39%. Walau bagaimanapun, dapatan ini belum jelas menunjukkan
projek 40:60 memberi impak positif kepada setiap kategori murid yang berbeza di sekolah ini. Oleh itu, projek 40:60 yang lebih terperinci
akan dilakukan dalam fasa kedua di mana pemilihan tajuk projek lebih kepada soalan KBAT dan kumpulan pentadbir pertengahan
diupayakan dalam FTF bagi melihat keberkesanan program tersebut dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.
TARIKH:29/9/2020 | HARI: SELASA | SIDANG 1B | TEMA : HAL EHWAL MURID

PROGRAM BARAKAH: CAHAYA PASTI MENYINAR

Hajjah Sahilah Binti Ahmad

Pengetua SMK Pokok Sena 2

Abd Wahab bin Muda, Ph.D

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

abdwahab.muda@iab.edu.my

Salleh Yusof

Pegawai SIP+ PPD Kota Setar

Program Barakah merupakan beberapa inisiatif dan amalan baik yang kreatif. Program Barakah menitikberatkan aktiviti keagamaan
merupakan AMALAN BAIK yang diadakan setiap pagi dari jam 7.20 hingga 7.40 pagi. Bacaan Matsurat dilaksanakan setiap hari Isnin dan
Selasa. Hari Rabu hafalan ayat-ayat lazim, doa iftitah dan doa qunut manakala pada hari Khamis bacaan Yaasin. Semua aktiviti ini
diketuai oleh pelajar yang celik AlQuran daripada pelbagai tingkatan dan dibimbing oleh guru bertugas mingguan. Program yang mantap
ini bertujuan mendisiplinkan pelajar untuk belajar dan akur mengikuti semua program yang dirancang oleh pihak sekolah agar lebih
produktif dan berdaya maju. Impak daripada program ini diharap menampakkan perubahan dari sikap pelajar yang boleh sampai ke
sekolah seawal jam 7.15 pagi. Sikap pelajar terhadap pembelajaran dan persekitaran yang ceria dan kondusif untuk belajar semakin
menampakkan hasil melalui keputusan Ujian 1 (AR1). Pengetua di bawah program ProPeKS bertanggungjawab membentuk persekitaran
pembelajaran yang teratur, serius, berfokus serta memberi cetusan semangat bekerja di kalangan upper leader, midle leader dan guru-guru
agar lebih kreatif dan inovatif demi mencapai sinar kejayaan dan kegemilangan. Ini kerana pencapaian akademik sering dijadikan kayu
pengukur kejayaan sesebuah sekolah samada di bandar mahu pun di luar bandar. Pembugaran pedagogi yang menitikberatkan PAK21 dan
PLC ditekankan kepada semua guru agar semua pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dengan baik. “Love, Happiness and
Mutual respect” dibudayakan dalam sekolah di bawah satu kata kunci Sederap Melonjak Kecemerlangan Sekolah 2019. Budaya Kerja
Pengetua yang peduli dan ambil tahu tentang perkembangan terbaru dunia pendidikan, pasti membolehkan SMKPS2 duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah cemerlang di daerah ini melalui Program Barakah, InsyaAllah.

MELANGKAH KE SEKOLAH

Azmi bin Othman

Pengetua SMK Lebai Man

Norihan binti Azizan

norihan@iab.edu.my

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Azahari bin Abdullah, Ph.D

Pegawai SIP+ PPD Kuala Muda Yan

Program ini adalah untuk menangani isu utama yang membelenggu Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man iaitu peratus
kehadiran murid yang sangat rendah sehingga menyebabkan pencapaian akademik juga rendah. Program ini memberikan fokus terhadap
semua pelajar tingkatan lima sesi 2019 yang berjumlah 126 orang. Punca utama masalah ini adalah tahap motivasi mereka yang rendah
sekaligus tidak berminat untuk hadir ke sekolah. Di samping itu kebanyakan latar sosioekonomi keluarga yang berada dalam kemiskinan
menyebabkan mereka terjebak dengan pekerjaan sambilan. Program ini mensasarkan pemantapan minat dan motivasi pelajar untuk hadir
ke sekolah dengan menggarapkan teori pelaziman klasik, yakni rangsangan(Pavlof) dan peneguhan(Skinner). Data kehadiran lima tahun
sebelum ini dijadikan TOV manakala purata kehadiran Januari hingga September (SSDM) sebagai penandaaras kejayaan(output), di
samping prestasi akademik peperiksaan percubaan SPM(outcome). Sasaran program ini adalah pada akhirnya purata kehadiran Januari
hingga September adalah 90%. Berdasarkan data dalam SSDM dan pemerhatian didapati, program ini telah berjaya meningkatkan peratus
kehadiran sehingga 89.04% dan prestasi akademik juga telah meningkat dari aspek GPS dan peratus lulus semua mata pelajaran.
Rumusannya, program ini bukan sahaja dapat meningkatkan kehadiran murid, malahan dapat meningkatkan semangat guru untuk
mengajar sekaligus meningkatkan prestasi akademik pelajar.

SMKTMku_HEBAT: JOM KE SEKOLAH

Khanah@Rohanah Binti Mamat

Pengetua SMK Taman Medan

rohanahmamat16@gmail.com

Nor Hasimah Binti Hashim, IAB

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

shima@iab.edu.my

Rosita Wati Binti Abdul Aziz

Pegawai SIP+ PPD Petaling Utama

rosita.aziz@moe.gov.my

Kehadiran murid ke sekolah sering kali dikaitkan dengan pencapaian murid. Jika kehadiran murid ke sekolah mencapai peratusan yang
tinggi maka pembelajaran akan berlangsung dan pencapaian akademik turut akan berada pada tahap yang membanggakan. Oleh itu,
kajian ini akan menjurus kepada usaha untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah memandangkan purata peratus kehadiran murid
SMK Taman Medan ke sekolah pada tahun 2018 adalah sebanyak 78.12%. Target yang disasarkan untuk meningkatkan kehadiran murid
ke sekolah ialah sebanyak 5% iaitu kepada 83.12%. Data yang digunakan ialah data kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2018
sebagai TOV kepada kajian yang dijalankan. Kerjasama daripada PIBG melalui program Jom ke Sekolah telah membolehkan pelbagai
usaha dirancang dan dijalankan bagi memastikan peratus kehadiran murid pada tahun 2019 meningkat seperti yang disasarkan. Hasil
kajian dapat disimpulkan bahawa telah berlaku peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah melebihi target yang disasarkan, iaitu
83.12% pada setiap bulan hasil daripada usaha yang berterusan.

DAJ DI HATI KU

Mohamad bin Muda

Pengetua, SMK Datuk Awang Jabar

mohdmuda385@gmail.com

Hajjah Akma Binti Hj. Abd. Hamid, Ph.D

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

akma@iab.edu.my

Abdul Rahim Bin Mat Zin

Pegawai SIP+ PPD Marang

rahimppdm@gmail.com

Kehadiran ke sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi akademik sesebuah sekolah. Berdasarkan analisis peratus
kehadiran murid sepanjang tahun 2018, SMK Datuk Awang Jabar, Marang, Terengganu mencatat kehadiran 88.03 peratus. Tindakan yang
drastik diambil bagi mengatasi masalah ini. Projek DAJ DI HATIKU dirancang dan dilaksana bagi melahirkan rasa sayang pada sekolah
serta mengurangkan masalah ketidakhadiran murid ke sekolah. Projek ini telah dimulakan seawal bulan Januari dan setiap minggu data
kehadiran murid dianalisis. Sebelas aktiviti dilaksanakan iaitu DAJ-PKG, DAJ-RoM, DAJ-MeMe, DAJ-CaP, DAJ-CIB, DAJ-ZiM, DAJ-JJ,
DAJ-PIB, DAJ-AT, DAJ-RSS, DAJ-PsPS. Berdasarkan data kehadiran bulanan bermula bulan Januari hingga September 2019, peratus
kehadiran keseluruhan pelajar SMK Datuk Awang Jabar semakin meningkat dan mencapai KPI yang ditetapkan.

TARIKH:29/9/2020 | HARI: SELASA | SIDANG 2A | TEMA : HAL EHWAL MURID


PROGRAM KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-anak Ke Sekolah)

Abdul Aziz bin Ibrahim

Pengetua, SMK Dato’ Idris, Perak

azizhim.63@gmail.com

Hamsiah binti Mohd Dahalan

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

hamsiah@iab.moe.gov.my

Ahmad Zamili bin Mokhtar

Pegawai SIP+ PPD Manjung

yeopmili@yahoo.com.my

Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas, KPM Bil.6/1995 yang bertajuk “Menangani Masalah Ponteng Sekolah” telah mengingatkan semua
Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru tentang tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salah
laku ponteng di sekolah. Kementerian Pendidikan juga menetapkan sasaran kehadiran murid ke sekolah mesti melebihi 95%. Justeru
laporan Program KACAK ini memfokuskan beberapa intervensi ponteng sekolah dengan tujuan untuk membudayakan disiplin kehadiran
murid ke sekolah, seterusnya meningkatkan pencapaian akademik murid-murid, Istilah KACAK ialah singkatan untuk pernyataan ‘Kami
Ambil Cakna Anak-Anak ke Sekolah’. Intervensi Program KACAK Unit Hal Ehwal Murid berfokuskan kawalan kehadiran harian murid
melalui Sistem Zon,, anugerah bulanan kehadiran tertinggi, program kaunseling “Hati ke Hati dan Suluh Kasih”, majlis dialog prestasi
dan aku janji kehadiran. Unit Kurikulum turut memberikan sokongan melalui program pemantapan PDPC guru dan Pusat Akses Sekolah.
Unit Kokurikulum turut menyumbang melalui aktiviti Fun Club dan Projek Mural selain sokongan Permuafakatan Ibu Bapa dan Komuniti
(PIBK) dengan projek Ziarah Cakna. Diharapkan program ini memberikan impak yang besar untuk mencapai sasaran kehadiran purata
tahunan sekolah iaitu 93.83% bagi tahun 2019.

PERMATA RIMBA

Nik Mohamad bin Yusof,

Pengetua SMK Sri Wangi

nikmohamadyusof@gmail.com

Norita binti Ismail,

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

norita@iab.edu.my

Haji Mohd Sauki bin Hussin

Pegawai SIP+ PPD Gua Musang

Berdasarkan peratus kehadiran murid ke sekolah yang rendah iaitu 72.77 pada tahun 2016, 75.78 pada tahun 2017 dan 78.24 pada tahun
2018 iaitu di bawah 80 peratus, maka dengan keadaan ini akan memberi kesan kepada prestasi akademik murid sekiranya mereka tidak
hadir ke sekolah terlalu kerap. 60 peratus murid sekolah ini adalah terdiri dari murid Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman yang
memerlukan perjalanan selama 7 jam melalui jalan balak menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Apabila cuaca buruk seperti hujan,
murid ini tidak dapat hadir ke sekolah kerana jalan yang rosak dan licin serta merbahaya kepada keselamatan mereka. Keadaan ini
berlaku terutama awal tahun di mana musim tenkujuh belum berakhir. Murid Orang Asli ini tinggal di asrama sekolah dan pengangkutan
mereka dari kampung disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA). Apabila mereka terlepas jadual perjalanan
pengangkutan oleh pihak JKOA, maka mereka tidak hadir ke sekolah selama 2 bulan untuk jadual perjalanan yang berikutnya. Ibubapa
murid Orang Asli ini tidak berkemampuan untuk menghantar sendiri anak ke asrama kerana faktor kemiskinan dan kemudahan
pengangkutan yang mereka miliki. Program PERMATA RIMBA ini dirancang bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah terutama
murid Orang Asli. Program ini digerakkan melalui kerjasama awam dan swasta terutama pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jabatan
Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Daerah, Polis DiRaja Malaysia, sekolah rendah saluran,
Jawatankuasa Kemajuan Kampung, Tok Batin Orang Asli dan ibubapa pelajar.
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

Zainal bin Hj Umar

Pengetua, SMK Matang, Taiping, Perak

zigong65@gmail.com

Hamsiah binti Mohd Dahalan

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

hamsiah@iab.moe.gov.my

Ahmad Abas bin Saidin

Pegawai SIP+, PPD Larut Matang Selama

abas.saidin60@gmail.com

Intervensi Program i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah) lebih berfokuskan kepada program menarik minat murid untuk hadir ke sekolah di
samping program penguatkuasa sebagai program sokongan. Salah satu projek dalam program i-Sukses adalah Projek PIMAS (Perintis
Industri Matang School) yang merupakan usaha memperkenalkan Program Sijil Kemahiran Masakan dan Sijil Kehadiran
Automatif/Kimpalan kepada murid dengan kerjasama institusi swasta yang berdaftar. Tujuan PIMAS dibuat adalah untuk menarik minat
murid untuk hadir ke sekolah dalam aktiviti pembelajaran yang menyeronakkan murid dan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid
serta menyediakan alternatif pembelajaran dalam bidang kemahiran. PIMAS juga berusaha untuk menimbulkan minat dan motivasi murid
melalui pengalaman ‘hands on’ serta menyediakan laluan kerjaya mengikut minat dan kecenderungan murid Program dilaksanakan
menggunakan waktu PdPc dan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih daripada institusi yang terlibat, Sarana ibubapa dan dibantu oleh
guru Voktek di sekolah. Impak daripada program PIMAS menunjukkan ada kesan kepada peningkatan motivasi dan kehadiran murid.
Temubual dengan murid-murid dan guru-guru menunjukkan terdapat perubahan sikap yang positif. Murid-murid ini tidak lagi ponteng
kelas, tidak mengantuk, lebih mudah dan berkeyakinan untuk berkomunikasi, lebih berdisiplin, kemas dari segi pakaian dan perwatakan
menarik.

“ELU COME NGISKUL”

Tuan Haji Abd Hassan B. Haji Bennah

Pengetua SMK Kabogan Semporna, Sabah

Siti Anidah Binti Mahadi, IABCGH

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

sitianidah@iab.edu.my

Encik Ibnu Bin Jaani,

Pegawai SIP+ PPD Semporna

jaaniibnu@gmail.com

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubung kait antara peratus kehadiran pelajar dengan pencapaian dalam akademik amnya di daerah
Semporna dan khususnya di SMK Kabogan Semporna. Kebelakangan ini kehadiran murid ke sekolah semakin membimbangkan semua
pihak ini kerana pelajar lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Oleh itu,
kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti punca murid tidak suka datang ke sekolah dan mencari beberapa alternatif agar murid
dapat membudayakan amalan rajin ke sekolah. Beberapa data yang digunakan antaranya ialah soal selidik, Aplikasi Pangkalan Data
Murid (APDM), Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Responden kajian melibatkan
beberapa orang guru, ibu bapa dan murid yang dipilih secara rawak. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan kehadiran murid
mempunyai hubung kait yang positif dengan pencapaian murid. Beberapa program yang telah dirancang dan dilaksanakan agar dapat
menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.
TARIKH:29/9/2020 | HARI: SELASA | SIDANG 2B | TEMA : AKADEMIK

PROGRAM MeKAR DINAMIK

Mustapah Bin Mulop

Pengetua, SMK Rahmat

Ekerim a/p Din Chen, Ph.D

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bnadar Enstek

ekerim@iab.edu.my

Hazmi bin Ali

Pegawai SIP+ PPD Alor Gajah

hazmiali66@gmail.com.my

Kertas penulisan ini memfokuskan pada usaha meningkatkan prestasi murid dalam bidang akademik. Objektif utama adalah untuk
meningkatkan pencapaian peratus lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Rahmat. Isu utama yang menjadi fokus ialah prestasi
sederhana murid dalam bidang akademik dan peratus kehadiran murid yang rendah. Program MeKAR Dinamik (Memacu Kecemerlangan
Anak Rahmat) telah dirangka untuk mengatasi masalah pencapaian prestasi akademik yang rendah khususnya dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Program ini tertumpu kepada murid yang mempunyai markah terendah dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah semasa di Tingkatan 4. Selain dari itu, kemudahan infrasturktur turut menjadi fokus sebagai
pemangkin semangat murid dalam meningkatkan prestasi akademik. Banyak prasarana yang telah dibaik pulih dan dinaik taraf sebagai
usaha menaikkan semangat para pelajar. Kesan pelaksanaan Program MeKAR ini telah menunjukkan peningkatan peratus lulus murid
SPM dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Program MeKAR ini telah membuktikan bahawa prestasi murid dapat
dipertingkatkan dengan adanya program yang tersusun dan berfokus.

Kata kunci: pengurusan dan kepimpinan berfokus

CAknA
(Cakna Akhlak dan Akademik)

Roslan Bin Yusof, PhD.

Pengetua, SMK Hutching, Georgetown

Noor Hashimah Binti Hashim, PhD.

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

noorhashimah@iab.edu.my

Roland @ Rozaidi Bin Abu Hassan

Pegawai SIP+ PPD Timur Laut

roland@jpn.edu.my

Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 di bawah anjakan ke-5 yang telah menggariskan salah satu tranformasi utama sistem pendidikan, iaitu memastikan kepimpinan
berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Program ini menempatkan PGB Berprestasi Tinggi di Sekolah Berprestasi Rendah dan
dibimbing oleh SIPartner+, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dan Pensyarah Institut Aminuddin
Baki dalam misi melonjakkan prestasi Sekolah Berprestasi Rendah. Sampel diambil daripada Sekolah Berprestasi Rendah iaitu SMK
Hutchings yang mempunyai enrolmen murid yang kecil iaitu 171 orang pada tahun 2019. Sekolah ini dipilih oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil bahagian dalam ProPeKS yang akan dijalankan selama tiga tahun
dari 2019 hingga 2021.Pelaksanaan program ini adalah untuk melihat satu perubahan yang signifikan dalam pencapaian akademik dan
sahsiah murid SMK Hutchings melalui Program Budaya Cakna Peneraju Hutchings yang akan diterjemahkan melalui aktiviti yang
berimpak tinggi ke arah Kecemerlangan Akhlak dan Akademik Murid SMK Hutchings. Hasil ProPeKS menunjukkan terdapat perubahan
dari segi akademik dan kehadiran murid dalam kalangan murid SMk Hutchings pada tahun 2019. Peratus lulus BM dan Sejarah sekolah
diukur daripada Peperiksaan Percubaaan SPM telah melonjak daripada 72.97 masing-masing pada tahun 2018 kepada 84.62 dan 87.50
pada tahun 2019. Peratus kehadiran 7 daripada 11 kelas juga menunjukkan peningkatan lebih daripada nilai TOV iaitu 82.90%.

MeKAB

Tuan Haji Johan Bin Haji Okasa

Pengetua SMK Bum Bum Semporna, Sabah

Hamizi bin Osman

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bnadar Enstek

hamizi@iab.edu.my

Linna binti Hassan

Pegawai SIP+ PPD Semporna

Berdasarkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2018, didapati bahawa pencapaian prestasi tiga mata pelajaran Teras iaitu
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains tidak memberangsangkan dan ini mempengaruhi pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) di
peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia. Oleh itu, Projek Menggapai Kecemerlangan Anak Bangsa (MeKAB) dilaksanakan untuk menjadi
pemangkin kepada semua pelajar Tingkatan 5 tahun 2019 di sekolah ini supaya mereka belajar dengan lebih bermotivasi dan berfokus
serta boleh meningkatkan pencapaian gred purata 3 mata pelajaran teras tersebut. Seramai 312 orang pelajar calon SPM 2019 yang
terlibat dalam kajian program ini. Kaedah penilaian program yang digunakan adalah melalui data pencapaian pelajar di dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 (PPT2019) dibandingkan dengan pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM 2019 (PPC2019) serta
perbandingan juga dengan PPC2018. Hasil akhir Projek MeKAB ini akan dinilai dalam Peperiksaan SPM 2019 yang sebenar sama ada
pencapaian 3 Mata Pelajaran Teras ini akan mempengaruhi Gred Purata Sekolah keseluruhannya. Dalam pada itu, semua pelajar
Tingkatan 5 terlibat dalam pelbagai program ke arah meningkatkan pencapaian mereka dalam 3 mata pelajaran teras tersebut.. Dapatan
kajian ini, menunjukkan bahawa peningkatan dari segi GPS iaitu sebanyak 0.26 di mana PPT 2019 dengan GPS 7.59 berbanding PPC
2019 dengan GPS 7.33. Kajian ini juga mendapati bahawa PPC SPM 2019 menunjukkan pencapaian GPS 7.33 adalah lebih baik
berbanding pencapaian PPC SPM 2018 dengan GPS 7.72 dengan peningkatan sebanyak +0.39. Selain itu, kajian juga menunjukkan
bahawa dua daripada tiga mata pelajaran teras berkaitan menunjukkan peningkatan. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat
membuktikan Projek MeKAB telah memberi impak yang amat memberangsangkan ke arah peningkatan pencapaian GPS dalam SPM
2019.

PROGRAM PROBi

Masdi Bin Abdul

Pengetua SMK Tekek, Pulau Tioman

masdiabdul@ymail.com

Puan Meriam Binti Allias

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

meriam@iab.edu.my

Tuan Haji Azaman Bin Ahmad

Pegawai SIP+PPD Pekan

dimplecomel@gmail.com

Pengetua sebagai peneraju sekolah hendaklah memantap dan melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan untuk mendepani
cabaran isu pendidikan masa kini. Proses perbincangan dua hala bersama pihak berkepentingan bersetuju berkongsi tanggungjawab,
membuat keputusan bersama, sukarela membantu sekolah, berkongsi idea, merancang dan menilai aktiviti yang dilaksanakan untuk
menambah baik kualiti hasil pelajar dan sistem persekolahan melalui peningkatan tadbir urus dan permuafakatan yang lebih baik.
Kajian ini membincangkan pendekatan PROBi yang digunakan pemimpin setelah melihat isu-isu dalam organisasi. Gred Purata
Sekolah (GPS) SPM pada tahun 2017 adalah 6.48. Setelah dibuat beberapa perubahan dan penambahbaikan SMK Tekek berjaya
melakukan lonjakan sebanyak 0.64 kepada 5.84 pada 2018 dengan mencatat GPS terbaik sejak tahun 2014. Sekolah mendapat anugerah
dan pengikhtirafan dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang bagi kategori “Sekolah Terbaik – Lonjakan Saujana”. SPM Tahun 2019
SMK Tekek sekali lagi melakarkan sejarah apabila seorang pelajar memperolehi semua A dalam lapan mata pelajaran walaupun GPS
sekolah tidak dapat dipertahankan.

TARIKH:30/9/2020 | HARI: RABU | SIDANG 3A | TEMA : AKADEMIK

PROJEK SENTUHAN KASIH BAHASA MELAYU

Md Hasram Bin Omar

Pengetua SMK Munshi Abdullah Kulai Johor

Nor Kamsiah Binti Jaapar

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

norcomej@iab.edu.my

Azman Bin Safii

Pegawai SIP+ PPD Kulai

Setiap tahun pencapaian Bahasa Melayu SMK Munshi Abdullah gagal mencapai ETR yang ditetapkan oleh pihak sekolah sama ada dari
segi peratus atau Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP). Walaupun projek ini telah dilaksanakan pada tahun 2011 hingga 2018 dan
mencatatkan peratus melebihi 90 peratus berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatatkan purata antara 70 peratus hingga 80
peratus sahaja namun masih gagal mencapai ETR yang ditetapkan. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan projek ini mampu meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM pada tahun 2019. Projek ini dilihat mampu memberi fokus yang
maksimum kepada murid-murid mengikut tahap penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu kerana setiap murid pastinya mempunyai
tahap penguasaan yang berbeza. Selain itu, efikasi kolektif guru-guru yang terlibat dalam program ini juga akan lebih berfokus dan
secara tidak langsung pelaksanaan PdPc akan lebih berkesan Diharapkan program ini terus memberi impak yang besar dalam keputusan
SPM 2019 dan seterusnya mencapai sasaran 100 peratus seperti yang terkandung dalam Perancangan Strategik Sekolah 2015-2019.

PROJEK DOUBLE “C”

Purizah Bt Abd. Lateh

Pengetua, SMK Guar Nangka

Norihan binti Azizan

norihan@iab.edu.my
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Siti Hatifah Yahya

Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran), JPN Perlis

Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 di bawah anjakan ke-5 yang telah menggariskan salah satu tranformasi utama sistem pendidikan, iaitu memastikan kepimpinan
berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Program ini menempatkan PGB Berprestasi Tinggi di Sekolah Berprestasi Rendah dan
dibimbing SIPartner+, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dan Pensyarah Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan prestasi
Sekolah Berprestasi Rendah. Sampel diambil dari Sekolah Berprestasi Rendah iaitu SMK Guar Nangka yang dipilih oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri. Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan yang signifikan terhadap
prestasi pelajar di Sekolah Berprestasi Rendah di bawah kepimpinan Pengetua Berprestasi Tinggi, melalui pendekatan Projek
Double ‘C’ dalam PdP berasaskan PAK21 untuk Peningkatan Kecemerlangan Akademik Dalam Membentuk Kemenjadian Murid. Kajian
ini membincangkan pendekatan yang sesuai dan boleh digunakan oleh pemimpin untuk menghadapi isu-isu dalam organisasi pendidikan.
Hasil kajian dapat disimpulkan bahawa peningkatan PdP yang berkualiti dapat memberi impak yang positif kepada kecemerlangan
akademik dan seterusnya dalam membentuk kemenjadian murid. Pedagogi yang menarik dan sesuai dengan keperluan Pembelajaran Abad
ke 21 (PAK21) amat menitikberatkan penglibatan murid sebagai pembelajar aktif, di samping mampu menggalakkan murid untuk
berkolaboratif, berfikiran kritis dan kreatif serta mampu menyatakan idea mereka dengan bentuk komunikasi yang berkesan. Selaras
dengan perubahan kepimpinan didapati peningkatan PdP guru yang berkualiti telah dapat melonjakkan prestasi akademik pelajar SMK
Guar Nangka dari GPS SPM iaitu 6.76 pada tahun 2018 melonjak kepada 6.14 (lonjakan 0.63) dalam peperiksaan percubaan SPM pada
tahun 2019 baru-baru ini. Semoga program ini akan dapat meningkatkan peratus lulus SPM 2019 yang sebenar dan seterusnya menjadikan
GPS SPM 2019 SMK Guar Nangka semakin meningkat.

SINAR PERKASA

Tengku Mohd Nazri Bin Tengku Anang

Pengetua, SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah

Siti Anidah Binti Mahadi, IABCGH

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

sitianidah@iab.edu.my

Encik Ibnu Bin Jaani,

Pegawai SIP+ PPD Semporna

jaaniibnu6@gmail.com

Kecemerlangan kurikulum sekolah adalah aspek utama yang hendak dicapai. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Intervensi
Kurikulum telah diwujudkan agar dapat membantu ke arah kecemerlangan kurikulum Sekolah. Mata pelajaran Sejarah dijadikan
fokus dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini kerana didapati bahawa subjek
Sejarah masih berada pada tahap sederhana dan memerlukan program intervensi. Subjek Sejarah merupakan subjek wajib lulus
bersama-sama dengan subjek Bahasa Melayu untuk melayakkan murid mendapat sijil SPM. Penguasaan dan peningkatan mata
pelajaran Sejarah juga penting untuk meningkatkan jati diri dan juga semangat patriotik dalam kalangan murid dan sejak
kebelakangan ini didapati bahawa nilai tersebut semakin luntur dan terhakis. Hasilnya, Sinar Perkasa telah dilaksanakan untuk
mencapai hasrat tersebut. Penilaian program telah dilaksanakan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Peratus
lulus telah menunjukkan peningkatan daripada 39% dalam peperiksaan pertengahan tahun kepada 71.97% dalam peperiksaan
percubaan SPM. GPMP juga meningkat daripada 7.62 kepada 6.38. Ini menunjukkan bahawa program yang dirancang dan
telah dilaksanakan memberi impak yang besar ke arah peningkatan peratus lulus dan gred mata pelajaran Sejarah.

BAHASA MELAYU PENGGERAK PENCAPAIAN SEKOLAH

Haji Md Nazri Bin Haji Hassan

Pengetua SMK Bahau 2

Raja Ibrahim Bin Raja Midin

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

ribrahim@iab.edu.my

Puan Zamrud Binti Redzuan

Pegawai SIP+ PPD Jempol/Jelebu

zamrud.ridzuan@gmail.com

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2 (SMKB2) telah dipilih secara rasmi mengikuti Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah
(ProPeKS) Kohort 2 tahun 2019 – 2021 pada tarikh 17 Oktober 2018. Program ini dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih bertaraf
Sekolah Harapan untuk meningkatkan pencapaian dan kemenjadian murid agar setanding dengan sekolah-sekolah lain yang lebih baik
pencapaiannya. Program Peningkatan Kecemerlangan Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Program Peningkatan Kehadiran di
Kalangan Murid telah dipilih untuk dilaksanakan di SMKB2 bagi meningkatkan prestasi akademik murid dan seterusnya
mengembangkan lagi potensi diri dan kemenjadian murid dalam pelbagai bidang. Program ini dirancang untuk meningkatkan kebolehan
murid-murid bukan Melayu iaitu murid Cina dan India dalam menguasai Bahasa Melayu. Kelemahan penguasaan Bahasa Melayu ini
menyebabkan pencapaian keputusan peperiksaan awam SMKB2 seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering turun dan naik saban
tahun kerana Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar utama di sekolah menengah kebangsaan. Manakala Program Peningkatan
Kehadiran di Kalangan Murid dilaksanakan untuk meningkatkan lagi peratus kehadiran murid ke sekolah setiap hari untuk mencapai
KPI JPNNS iaitu 95%. Ini disebabkan pada tahun 2018, peratus keseluruhan kehadiran murid SMKB2 adalah 88%. Perancangan
program telah dirangka dan dibincangkan pada penghujung tahun 2018 dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh 3 tahun (2019 hingga
2021). Diharapkan perancangan ini berjaya mencapai targetnya menjelang tahun 2021.

TARIKH:30/9/2020 | HARI: RABU | SIDANG 3B | TEMA : HAL EHWAL MURID DAN KO-KURIKULUM

SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU (SPOT V01)

Yusaini Bin Salleh

Pengetua SMK Bagan Terap

Suriani Binti Sulaiman

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

suriani@iab.edu.my

Rohani Binti Marjuki

Pegawai SIP+ PPD Sabak Bernam

rohanimarjuki@yahoo.com

Hasil analisis data kehadiran murid mendapati kehadiran murid ke sekolah masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Projek
SPOTV1.0 dilaksanakan bagi memastikan pelonjakan kehadiran murid di samping membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan muri. Selain
dari itu perisian SPOT telah di gunakan agar laporan kehadiran, statistik kehadiran dan carta kehadiran dapat dijana secara cepat dan
mudah.. Kumpulan sasaran kajian ini adalah terdiri daripada 200 orang murid tingkatan satu hingga tingkatan 5 yang telah mencatatkan
ketidakhadiran melebihi 15 hari bermula dari Januari hingga Oktober. Daripada kajian yang dijalankan, didapati Projek SPOTV1.0 dapat
membantu meningkatkan peratus kehadiran murid dari 79.4 %(TOV 2018) kepada 84.66% (purata sehingga Ogos) iaitu peningkatan
sebanyak 5.26%. Kajian ini diharapkan dapat membantu semua pihak yang terlibat bagi merangka jalan penyelesaian kepada
permasalahan ini.

PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

Anuar Bin Ibrahim

Pengetua Smk Westland, Georgetown

Noor Hashimah Binti Hashim, PhD.

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

noorhashimah@iab.edu.my

Izemar Bin Jamaludin

Pegawai SIP+ PPD Timur Laut

izemar@jpn.edu.my

Projek ini dijalankan di SMK Westlands, untuk menangani isu kehadiran murid rendah. 90 peratus murid berlatar belakang keluarga B40
(miskin bandar). Situasi ponteng sangat kritikal di mana purata kehadiran 80.92% tahun 2018 dan telah merencatkan prestasi akademik.
Objektif projek untuk meningkatkan kehadiran murid serta membina sahsiah. Intervensi Projek SInAR diaplikasikan dengan beberapa
pendekatan nilai untuk pelanggan dan idea token (Quick Win`, Kuiz) dan disokong dengan inisiatif Clearance Stock, Dashboard Kehadiran
Murid dan ikon bulanan`D`SeGaK`, SUMur Data dikumpul dengan menggunakan instrumen pemerhatian berfokus, analisis kehadiran
bulanan dan SSDM, dokumen dan soal selidik bagi menyokong projek ini. Dapatan menunjukkan peningkatan jumlah kehadiran ke sekolah
bagi enam bulan pada tahun 2019 berbanding dengan tahun 2018, sembilan (9) kelas atau 52,94% kehadiran melebihi KPI 85%,
kehadiran klien berfokus turut bertambah baik dan meningkat, dan peratus purata tahun 2019 meningkat sebanyak 1.05% (81.97%).
Sahsiah meningkat 39.04% dengan penampilan diri Untuk penambahbaikan, proses PdPc bermakna dalam bilik darjah perlu ditingkatkan
agar lebih menarik dengan merujuk SKPMg2 Standard 4 supaya kehadiran murid ke sekolah menyeronokan.

CAKNA KEHADIRAN

En. Mail bin Suanda

Pengetua SMK Chinta Mata

Jamelaa Bibi bt Abdullah, Ph.D

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

jamelaa@iab.edu.my

Bahaman bin Ismail

Pegawai SIP+ PPD Tenom

Ponteng merupakan perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya
tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada tempoh hari persekolahan. Ponteng juga merujuk kepada istilah yang
digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Terdapat 2
kategori ketidak hadiran, iaitu luar kawalan dan dalam kawalan. Isu luar kawalan adalah seperti ponteng dengan kebenaran seperti sakit
atau dilanda musibah seperti ahli keluarga sakit tenat atau meninggal, termasuk juga bencana alam. Yang penting ada surat makluman
kepada pentadbir sekolah. Kedua, dalam kawalan iaitu ponteng tanpa sebab iaitu pelajar sengaja ponteng tanpa sebarang pemakluman.
Merujuk kepada SMK Chinta Mata, masalah ponteng lebih kepada kategori kedua iaitu ponteng tanpa sebab dan makluman. Program
CAKNA KEHADIRAN dijalankan menggunakan kaedah PDCA iaitu perancangan, Perlaksanaan, Semakan dan Tindakan Susulan
berasaskan kesesuaian program dana aktiviti yang dilaksanakan. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan peratus kehadiran dan
penurunan kadar ponteng di SMK Chinta Mata. Justeru, laporan ini menunjukkan usaha-usaha yang dibuat oleh pihak sekolah bagi
menangani masalah ketidakhadiran pelajar 2019 -2021. Meskipun belum menampakkan impak yang besar, tetapi masih boleh
diperkasakan lagi.

PAJSK PENGGERAK KEJAYAAN SEKOLAH

Haji Abdul Rahman Bin Safar

Pengetua SMK Taman Indah,

Raja Ibrahim Bin Raja Midin

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

ribrahim@iab.edu.my

YM Raja Azahar Bin Raja Sulaiman

Pegawai SIP+ PPD Tampin

azahar.moe@gmail.com

Menerokai peluang kemenjadian murid berasaskan minat dan kecenderungan memberikan ruang yang luas bagi menjana peluang
kejayaan. Kejayaan sekolah lazimnya diukur melalui pencapaian yang diperolehi dalam segenap aspek pengurusan. Seringkali pencapaian
Akademik merupakan tunjang kepada perdebatan dan merupakan kayu ukur yang bersifat jumud. Dewasa ini kepelbagaian murid
mencerminkan kebolehan yang berbeza. Pengurus sekolah perlu membangunkan kebolehan yang ada dan merebut peluang yang tersedia.
Pembangunan murid secara holistik perlu direalisasikan dengan melengkapkan kemenjadian murid dari segi IQ dan EQ. Hebat dalam
akademik sahaja tidak menjamin kemenjadian yang sempurna dan lengkap, ia perlu disokong dengan pembinaan jati diri, kekuatan dari
mental dan fizikal, kebolehan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi merupakan tunjang kepada kejayaan dalam
mengharungi cabaran dunia yang semakin mencabar. Ruang dan peluang yang ada perlu di kenal pasti dan dibangunkan agar lepasan
sekolah menjadi nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pemikiran dan tanggapan yang bersifat positif perlu dibangunkan dan
disemai dalam kalangan murid, ibu bapa dan semua pemegang taruh bahawa setiap murid ada potensi yang boleh dikembangkan selaras
dengan keinginan dan minat murid.
TARIKH:30/9/2020 | HARI: RABU | SIDANG 4A | TEMA : KO-KURIKULUM DAN KUALITI GURU

Kapoje Mapan

En Mazlan bin Ali

Pengetua SMK Jeneri, Sik, Kedah,

Hajah Siti Arija binti Abd Rahman

sitiarija@iab.edu.my

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

Haji Asmadi bin Abdul Rahim@Yusoff,

Pegawai SIP+ PPD Sik

Tugas dan tanggungjawab mengurus dan memimpin sesebuah sekolah, amat kompleks dan mencabar. Pengetua sebagai peneraju sekolah
hendaklah bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan. Persiapan yang mantap
membolehkan pengetua menggabungjalinkan segala bidang-bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan
sebagainya bagi melahirkan pendidikan berkualiti dan kemenjadian murid. Pengetua dapat menghayati dan menguasai standard
kompetensi kepimpinan apabila mereka mempunyai pengetahuan, memiliki nilai professional dan melakukan amalan terbaik. Walau
bagaimanapun, beberapa ciri lain juga penting dalam proses meningkatkan kepimpinan pengurus sekolah. Program ini menempatkan
Pengetua Berprestasi Tinggi di Sekolah Berprestasi Rendah dan dibimbing SIPartner Plus dari Pejabat Pendidikan Daerah Sik dan
Pensyarah dari Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan prestasi sekolah. Program ini dijalankan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jeneri, Sik, Kedah. Program ini dijalankan untuk menentukan Perubahan Pengurusan Kokurikulum dalam Pasukan Kadet
Polis Sekolah yang mapan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar atau anggota dalam aktiviti PAJSK. Kajian ini membincangkan
pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan aktiviti pelajar dalam kokurikulum untuk mendapatkan GPS yang lebih tinggi dan mendapat
kerjasama penuh daripada agensi-agensi luar. Data Gred Purata Sekolah (GPS) dalam Pengurusan Kokurikulum adalah berdasarkan dari
GPS dalam Kelab/ Persatuan, GPS dalam Sukan/ Permainan dan GPS dalam Badan Beruniform.

INFO DI HUJUNG JARIKU

Mohd Yusof bin Said

Pengetua SMK Seri Bemban

Ekerim a/p Din Chen, Ph.D

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

ekerim@iab.edu.my

Johari bin Bakar,

Pegawai SIP+ PPD Jasin

Johari6411@gmail.com

Projek Inovasi QR Code ini bertujuan untuk membangunkan kualiti guru yang telah dikenalpasti sebagai isu utama menyebabkan prestasi
rendah dalam keputusan SPM di SMK Seri Bemban. Isu kualiti guru ini telah diteliti secara lebih mendalam dan didapati punca utama
yang perlu diambil tindakan segera adalah masalah guru tidak masuk kelas dan guru lewat masuk kelas. Bagi menyelesaikan masalah ini
Pengetua telah membangunkan inovasi aplikasi QR Code bagi memantau keberadaan guru agar tiada waktu lara dan PdPc dijalankan
dengan lebih bermakna dan arahan Memenuhi Masa Instruktional (MMI) dapat dipenuhi. Inovasi aplikasi QR Code ini dapat membantu
pentadbir dalam memantau keberadaan guru di kelas melalui Google Drive dengan menggunakan smart phone walau di mana pentadbir
berada. Keadaan ini mewujudkan suasana keberadaan pentadbir (visibility) sentiasa dirasai oleh guru. Selain dari itu, inovasi aplikasi QR
Code yang dibangunkan ini turut menyelesaikan beberapa masalah lain berkaitan pengurusan pentadbiran, akademik dan mengurangkan
beban tugas guru. Hasil projek ini menunjukkan lonjakan yang ketara dalam pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun dan
Peperiksaan Percubaan SPM berbanding tahun sebelumnya. Keputusan GPS SPM 2019 juga melebihi KPI yang telah ditetapkan, iaitu
peningkatan 0.48 daripada 6.44 (2018) kepada 5.96 (2019). Pencapaian Inovasi applikasi QR Code keberadaan guru ini juga telah meraih
tempat pertama dalam pertandingan Inovasi Pengurusan dan Kepimpinan Daerah Jasin tahun 2019 dan seterusnya telah digunapakai bagi
seluruh Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Jasin bermula tahun 2020. Kata kunci: pengurusan akademik, mengurus perubahan,
inovasi, qrcode, memenuhi masa instruksional, visibility

Program HIMS (High Impact Management Skills)

Dalmansa Bin Tahil, Ph.D

Mantan Pengetua SMK Paris, Kinabatangan, Sabah

Tn. Hj. Hamzah Bin Abd. Wahid

Pengetua SMK Paris, Kinabatangan, Sabah

hamzahlengamuar@yahoo.com.my

Mohd Zaidi Bin Basir

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

mohdzaidi@iab.moe.gov.my

Abdul Malek Bin Abdul Rahim

Pegawai SIP+PPD Kinabatangan

malek.rahim@yahoo.com

Rahsia kecemerlangan sesebuah sekolah terletak kepada kepimpinan yang efektif dan pengajaran guru yang berkualiti. Kecemerlangan
sekolah diukur berdasarkan prestasi murid-murid dalam bidang akademik, kokurikulum, sukan, sahsiah dan kepimpinan. Sekolah tidak akan
berjaya jika tiada perancangan yang teliti dan hala tuju yang jelas serta dihayati oleh seluruh warga sekolah. Bagi menjayakan gagasan
ini, pengetua bersama-sama warga SMK Paris telah memperkenalkan program High Impact Teaching Skills (HITS) dan High Impact
Management Skills (HIMS). HITS bermaksud kompetensi guru-guru dalam aspek pedagogi dan pengurusan diperkasakan bagi memberi
impak positif terhadap kecemerlangan murid secara dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan. HIMS pula ialah
program mempertingkatkan kompetensi penolong-penolong kanan dan pemimpin pertengahan sekolah dari aspek kepimpinan dan
pengurusan bagi membangunkan organisasi (organisational development) dan membangunkan individu (individual development) yang
impaknya akan dirasai oleh murid-murid SMK Paris.

PEMUGARAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

Puan Siti Rubiah Binti Mohd Arshad

Pengetua SMK Jerlun

Abd Wahab bin Muda, Ph.D

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

abdwahab.muda@iab.edu.my

Mukhtar Mansor

Pegawai SIP+ PPD Kubang Pasu

Pendidikan Abad 21 terus menjadi agenda KPM, justeru saya memberi fokus kepada Pembudayaan Pendidikan Abad 21 di SMK Jerlun
dengan mengambil kira Naratif Baharu Amalan Pendidikan yang menekankan 3 sub naratif. Sub Naratif 1 (Perubahan pedagogi)
menekankan aspek PdPc berpusatkan guru kepada berpusatkan murid, Sub Naratif 2 (Pembangunan kapasiti guru) dan Sub Naratif 3
(Pengurusan pendidikan). SKPMg2 sebagai instrumen yang dijadikan rujukan dalam pengoperasian dan pemantauan pelaksanaan.
Justeru, dalam memastikan pelaksanaan pembelajaran abad 21 berlaku di sekolah perkara utama adalah memastikan persediaan guru-
guru dari segi pengetahuan, kemahiran, fizikal dan mental perlu dibangunkan seiring dengan matlamat yang hendak dicapai. Saya memilih
projek pembugaran PLC dalam meningkatkan kualiti guru sebagaimana yang terkandung dalam sub naratif ke-2, Naratif Baharu dalam
usaha memacu kualiti sekolah.
TARIKH:30/9/2020 | HARI: RABU | SIDANG 4B | TEMA : AKADEMIK

ProPPLus IMPAKS

Azuri bin Hj Hamzah

Pengetua SMK Sungai Asap

Norita Ismail

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

norita@iab.edu.my

Ting Len Siong, Ph.D

Pegawai SIP+ PPD Gua Musang

ProPPLus IMPAKS adalah projek Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institut Aminddin Baki (IAB). Projek Pengetua SMK Sungai Asap, daerah Gua Musang, Kelantan
ini bertujuan meningkatkan peratusan murid Layak Dapat Sijil (LADASI) dan menambah baik Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2019.
Kumpulan sasaran projek ialah 60 orang murid Tingkatan 4 2018 yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Untuk
mengenal pasti isu penambahbaikan, alat yang digunakan ialah Analisis SWOT, Analisis Jurang, Rajah Ishikawa dan Diamond Nine.
Pelaksanaan projek bermula Januari - Oktober 2019 bermula dengan Program Motivasi Genggam Menuju Jaya oleh Kaunselor, Min-G
Bahasa Melayu, LADASI BM Sejarah, Genggam A BM Sejarah dan Bengkel Near Miss oleh Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah. Impak
projek ProPPLus IMPAKS SMK Sungai Asap ditunjukkan dengan peningkatan LADASI daripada TOV sebanyak 84.62% pada 2018 kepada
92% pada 2019 dan penambahbaikan GPS dalam pencapaian SPM 2019.

Minda Nuklear & 1Week1Group1Essay

Johnny Apin

Pengetua, SMK Ulu Sugut (Malinsau) Ranau, Sabah

Mariani Binti Rahim

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

Mariani@Iab.Edu.My

Saridih Bin Ahmad

Pegawai SIP+PPD Ranau

Antara mata pelajaran yang menunjukkan kemerosotan atau tiada peningkatan, adalah mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris.
Dalam 3 tahun pencapaian lepas didapati GPS PT3, bagi ujian bertulis Bahasa Inggeris ialah 4.68 (tahun 2016), 5.81(2017) dan
4.93(2018). Manakala peperiksaan SPM, GPS Bahasa Inggeris ialah 7.99(tahun 2016), 8.13(2017) dan 8.02 (2018). Manakala bagi mata
pelajaran Matematik PT3, GPS adalah 4.46(tahun 2016), 5.35(2017) dan 3.92(2018). Bagi matapelajaran peperiksaan SPM, GPS ialah
7.18 (tahun 2016), 7.50 (2017) dan 7.22 (2018). Satu analisis telah dibuat terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
Jawatankuasa kurikulum dan panitia mata pelajaran berkenaan telah mengenalpasti kelemahan, kekuatan, serta penambahbaikan.
Beberapa program peningkatan prestasi telah dikenalpasti bagi kedua-dua mata pelajaran ini. Bagi mata pelajaran Matematik, Program
Minda Nuklear dan Klinik Matematik telah diperkenalkan. Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, aktiviti
1Group1Week1Essay telah dibuat. Hasil daripada aktiviti ini terdapat perubahan yang signifikan dari segi peningkatan peratus lulus dan
GPS pelajar-pelajar selepas beberapa siri aktiviti dibuat.

SINERGI KECEMERLANGAN AKADEMIK


Siti Rahimah Bt Tormodi

Pengetua, SMK Sultan Abdul Samad

Suriani Binti Sulaiman

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

suriani@iab.edu.my

Mohd Shahrul Iza Bin Ismail

Pegawai SIP+PPD Klang

Mohdshahrulizappdklang@gmail.com

Sinergi Kecemerlangan Bahasa Melayu dan Sejarah telah dijadikan sebagai satu pendekatan yang digunakan oleh SMK Sultan Abdul
Samad untuk menghadapi isu-isu yang menghalang pencapaian prestasi akademik murid di sekolah berkenaan . Hal ini, berpunca daripada
masalah penguasaan bahasa sehingga murid tidak mahir mengarang karangan Bahasa Melayu yang matang dan tidak juga kompetan
untuk menjawab aplikasi KBAT di dalam kertas Sejarah 2 dan 3. Hasil kajian telah dapat disimpulkan bahawa terdapat petunjuk prestasi
yang signifikan melalui pelaksanaan program Cakna Akhbar , Sehari Selembar Benang dan Aplikasi Kemahiran KBAT bagi mata
pelajaran Sejarah terhadap peningkatan prestasi murid SMK Sultan Abdul Samad Klang di dalam Peperiksaan Percubaan secara
perbandingan dengan peperiksaan Pertengahan tahun. Amat diharapkan program ini akan meningkatkan peratus lulus SPM 2019 dan
menjadikan GPS sekolah semakin berkualiti.

MASIH ADA YANG SAYANG

Abd Naser bin Othman

Pengetua, SMK Prai

seer2228@gmail.com

Hamzah bin Said, IAB

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

hamzah@iab.edu.my

Rosli Md Radzi, SIP

Pegawai SIP+PPD Seberang Perai

rosli.mdradzi@jpnpp.edu.my

Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar menjadi fokus dalam projek pada kali ini. Perkara ini memberi kesan yang besar
kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Projek pada kali akan menumpukan penguasaan Bahasa Melayu
kepada pelajar peralihan. Pelajar ini dipilih kerana memperolehi gred E dalam Pentaksiran Sekolah Rendah dalam subjek Bahasa
Melayu. Dalam dianogstik awal yang dilaksanakan didapati seramai 92.31 peratus pelajar gagal dalam ujian membaca dan bertutur.
Program ini menekankan aspek membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan berjalan selama tiga bulan iaitu Jun, Ogos,
September 2019. Program ini juga cuba melihat kesan terhadap kehadiran pelajar kelas peralihan ke sekolah. Hasil dari program ini
mendapati seramai 8 orang murid telah berjaya membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu berbanding TOV seramai seorang dan
sasaran 13 orang. Peratus kehadiran murid juga meningkat kepada 81.40% berbanding TOV yang dicadangkan pada 79.40%.

TARIKH:1/10/2020 | HARI: KHAMIS | SIDANG 5A | TEMA : AKADEMIK

90Plus

Shahrizan bin Abdullah


Pengetua SMK Telaga

Mariani binti Rahim

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

mariani@iab.edu.my

Yong Ka Moi @ Yong Nyuk Moi

Pegawai SIP+PPD Pitas

yongkamoi@yahoo.com

90plus merupakan satu projek yang dilaksanakan untuk meningkatkan peratus kehadiran pelajar SMK Telaga agar sejajar dengan hasrat
Pejabat Pendidikan daerah Pitas dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Projek ini adalah antara salah satu usaha sekolah untuk
mengangkat prestasi akademik melalui peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah. Analisis data kehadiran tahun 2016, 2017 dan
2018 menunjukkan peratus kehadiran tertinggi sepanjang tiga (3) tahun tidak mencapai target daerah, apatah lagi target negeri dan jauh
sekali target kebangsaan. SMK Telaga tidak mencapai 90 peratus kehadiran murid setiap bulan atau saban tahun. Projek 90plus dikonotasi
dengan hasrat agar kehadiran pelajar SMK Telaga sentiasa pada paras 90 peratus ke atas setiap bulan. Projek 90plus dilaksanakan mulai
bulan Januari melalui enam (6) aktiviti utama iaitu Audit Kehadiran, Guru Penyayang, Ziarah Cakna Pelajar, Ganjaran Pelajar,
Keceriaan Kelas dan Sekolah dan Dialog Prestasi. Analisis data kehadiran menunjukkan berlaku peningkatan peratus kehadiran pelajar
bermula bulan Julai hingga November. Jika sebelum ini, peratus kehadiran adalah di bawah 80 peratus, bermula Julai peratus kehadiran
sentiasa berada pada tahap 90 peratus ke atas.

AnAz Hebat

Nur’asikin binti Othman

Pengetua SMK Tunku Abd. Aziz, Alor Setar, Kedah.

Hajah Siti Arija binti Abd. Rahman, IAB

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

Mohd A’sri bin Abdul Ghani

Pegawai SDIP+ PPD Kota Setar

Isu yang dilihat di SMK Tunku Abd. Aziz ialah kurang rasa bangga terhadap diri sendiri dan sekolah. Sebab itu lah isu yang dipilih untuk
diselesaikan ialah Peningkatan “self esteem” Dalam Kalangan Murid Untuk Membentuk Kemenjadian Murid. Murid mempunyai potensi
untuk menyerlah dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum. Keputusan yang dicatatkan dalam SPM menunjukkan potensi meningkat
GP dari tahun ke setahun. GP SPM tahun 2016 ialah 5.93 dan melonjak sebanyak 0.16 kepada 5.77. Tren prestasi ini terus meningkat pada
keputusan SPM 2018 dengan GP 5.45. ETR sebenarnya untuk tahun 2018 adalah 5.5 sejajar dengan misi kurikulum tahun 2018 ialah
#misi5.5. Lonjakan prestasi sebanyak 0.32 adalah kerana usaha pengurusan terus menerus meningkat “seft esteem” murid untuk mencipta
kejayaan.

“Kita Gomo”

Mohd Anuar bin Ibrahim

Pengetua, SMK Sungai Petai


mdanuar66@gmail.com

Hamzah bin Said

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

hamzah@iab.edu.my

Haizan binti Zakaria

Pegawai SIP+PPD Pasir Puteh

tokku2000@gmail.com

Isu utama SMK Sungai Petai ialah pencapaian yang rendah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan antara punca dikenal
pasti ialah kehadiran murid ke sekolah. Pihak sekolah telah merancang beberapa program bagi mengatasi isu tersebut yang melibatkan
Bidang Kurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM). Matlamat utama ialah meningkatkan peratus lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam
SPM 2019 serta bilangan murid memperoleh 3A ke atas. Antara Program Kurikulum yang melibatkan murid ialah Gold Modules dan
Gemilang Sabtu, untuk guru ialah PAK21, PLC dan Guru Mahir, manakala komuniti ialah Anakku Sayang dan Kecek Kiro. Program HEM
pula ialah Anugerah Umi, Ziarah Kasih, Dialog Kasih, Program ICU dan CCU, Guru Bertugas di Medan Perhimpunan, WhatsApp i-Hadir
dan Memperkasa SSDM. Program dilaksanakan sehingga November 2019. Impak program ialah peratus kehadiran murid meningkat
sebanyak 1.81% iaitu dari 89.19% pada tahun 2018 kepada 91.00% pada tahun 2019. Bilangan murid memperoleh 3A dan ke atas juga
meningkat dari tujuh orang tahun 2018 kepada sembilan orang tahun 2019. Walau bagaimanapun, pencapaian dalam peratus lulus
menurun agak ketara iaitu 82.69% tahun 2018 kepada 67.06% tahun 2019. Pencapaian Bahasa Melayu dalam SPM 2019 menunjukkan
penurunan sebanyak 2.97% manakala Sejarah 15.19% berbanding tahun 2018.

PROGRAM SENTUHAN KASIH

(KEBERADAAN MURID TINGKATAN 5)

Idris Bin Ngah Mat Ariffin

Pengetua SMK Seri Teja

Dr Balasandran A/L Ramaiah

Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara

Saiful Azman

Pegawai SIP+, PPD Kinta Selatan

Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas, KPM Bil.6/1995 yang bertajuk “Menangani Masalah Ponteng Sekolah” telah mengingatkan semua
Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru tentang tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salah
laku ponteng di sekolah. Kementerian Pendidikan juga menetapkan sasaran kehadiran murid ke sekolah mesti melebihi 95%. Justeru
laporan Program Keberadaan ini memfokuskan beberapa intervensi ponteng sekolah dengan tujuan untuk membudayakan disiplin
kehadiran murid ke sekolah, seterusnya meningkatkan pencapaian akademik murid-murid, Unit Hal Ehwal Murid memfokuskan kawalan
kehadiran harian murid melalui Sistem warna, (Biru : Program Kami Hebat, Hijau : Program Menjana Minda, Kuning : Program Sekolah
Dalam Taman, Merah : Program PIMA), anugerah bulanan kehadiran tertinggi, program kaunseling, majlis dialog prestasi dan aku janji
kehadiran. Diharapkan program ini memberikan impak yang besar untuk mencapai sasaran kehadiran purata tahunan sekolah iaitu 90.%
bagi tahun 2019.

TARIKH:1/10/2020 | HARI: KHAMIS | SIDANG 5B | TEMA : HUBUNGAN LUAR DAN PERSEKITARAN FIZIKAL
PIBK SEBAGAI RAKAN SINEGI SEKOLAH

Jaiman bin Lumak

Pengetua, SMK Entilibon, Telupid-Tongod

Mohd Zaidi bin Basir

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

mohdzaidi@iab.moe.gov.my

Kaipin@Haipin bin Sahimin

Pegawai SIP+PPD Tongod-Telupid

Kerjasama komuniti amat penting dalam menjayakan visi dan misi sekolah. SMK Entilibon telah mengukuhkan hubungan dan kerjasama
pintar dengan komuniti serta agensi kerajaan yang berada di sekitar daerah Telupid-Tongod. Impak kerjasama ini amat besar terutama
kepada murid-murid sekolah ini terutama dari aspek pembelajaran dan pembangunan diri. Inisitiatif pengetua dan barisan kepimpinan
sekolah dalam membina hubungan dan kerjasama dengan beberapa buah agensi kerajaan memberi kesan jangka pendek dan jangka
panjang terhadap kedua-dua pihak. Langkah awal yang diambil oleh pihak sekolah ialah mengadakan dialog dengan agensi-agensi
berkenaan dan hasil perjumpaan yang pertama ini, banyak lagi kerjasama akan dilaksanakan.

SMoCS COMEY

Hajah Rusmawati binti Mahmood

Pengetua SMK Chalok Model Khas Setiu, Terengganu

Hajah Akma binti Abd Hamid, Ph.D

Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

akma@iab.edu.my

Wan Yaacob bin Wan Ibrahim

Pegawai SIP+ PPD Setiu

Bersandarkan kepada dapatan program Pembudidayaan PGB daerah Setiu 2018, didapati bahawa peratus skor keseluruhan yang
diberikan oleh PGB yang terlibat sangat tidak memberangsangkan, hanya mencapai 74.62% sahaja. Situasi ini menimbulkan kebimbangan
kerana hasil pemantauan tersebut telah memberi gambaran bahawa sebahagian besar instrumen yang menjadi fokus utama sekolah belum
menepati kriteria yang diperlukan bagi memastikan persekitaran fizikal kondusif dan menjadi daya tarikan kepada semua warga sekolah.
Projek SMoCS COMEY dilaksanakan untuk menyediakan persekitaran fizikal yang kondusif sebagai asas bagi melonjakkan prestasi dan
pencapaian sekolah. Projek SMoCS COMEY memberi fokus kepada 4 tumpuan utama iaitu SMoCS MAHABBAH, SMoCS BBK, SMoCS
WELCOME dan SMoCS Di Hatiku. Kaedah kajian yang digunakan ialah melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Projek
SMoCS COMEY menyaksikan keterlibatan semua 700 orang murid, 84 orang guru dan 18 orang anggota kumpulan pelaksana (AKP) serta
turut melibatkan kerjasama daripada PIBG dan PIBK. Dapatan kajian menunjukkan persekitaran sekolah semakin ceria dan kondusif.
Peratus kehadiran murid ke sekolah telah menunjukkan peningkatan daripada 86.54% pada tahun 2018 kepada 88.12%(2019). Gred
Purata Sekolah (GPS) di dalam peperiksaan SPM juga telah meningkat daripada 6.29 pada tahun 2018 kepada kepada 6.06(2019). Secara
keseluruhannya kajian ini telah membuktikan bahawa projek SMoCS COMEY telah berjaya menghasilkan persekitaran fizikal yang
kondusif dan seterusnya meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah.

MUN SIK KITA, SAPA AGIK?


(KALAU TIDAK KITA, SIAPA LAGI?)

Mohammad Bin Brahim

Pengetua SMK Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak

Dr Hamidon Bin Abd Rahman

Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands

Hj Shbini Bin Saini

Pegawai SIP+, PPD Samarahan

Inisiatif Mun Sik Kita, Sapa Agik? merupakan program memperkasa sumber manusia yang meliputi guru, AKP, murid, PIBG dan
Pemegang Taruh yang berkenaan di SMK Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak. Sumber manusia merupakan entiti yang sangat penting
dalam menentukan jatuh dan bangunnya serta transformasi sesebuah organisasi itu. Hal ini amat signifikan seperti yang terungkap dalam
peribahasa Melayu : pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Inisiatif yang bersandarkan laungan keramat “Sahsiah Ditatang,
Prestasi Dijulang” dan “#smksjbangkitbersama” telah disepakati oleh warga sekolah dan kebanyakan pengisiannya telah dicetuskan oleh
guru-guru dan AKP menenrusi program Hari Kualiti. Pelaksanaan inisiatif ini menggunakan pendekatan POLC / PDCA dan SPeCT.
Selain itu, dokumentasi lain seperti Log Harian, Borang PK-01, dan sebagainya dijadikan sebagai kaedah mengawal, menilai, dan
membuat tindak susul. Insisatif ini telah menunjukkan kesan yang positif terhadap prestasi SMK Sadong Jaya. Oleh hal yang demikian,
inisiatif ini perlu diteruskan tetapi mungkin perlu juga ditambah baik untuk memastikan keberkesanannya.

You might also like