You are on page 1of 2

Rujukan Kami : JPNM.SPBM.PBM.600-4/2/7 Jld.

5 (30)
Tarikh : 23 November 2023
Guru Besar,
SK Batu Berendam 2.

Tuan,

PELEPASAN PEGAWAI SEBAGAI PESERTA KURSUS LATIHAN DAN PRAKTIKAL


PERLAWANAN PENGADIL VAR TAHAP 3

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada Persatuan
Bola Sepak Malaysia rujukan Bil.(104)dlm.FAM/RD/90-23(fb) bertarikh 20 November 2023
adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) telah


mengambil maklum bagi pelepasan pegawai (seperti di lampiran) sebagai Peserta Kursus
Latihan Dan Praktikal Perlawanan Pengadil VAR Tahap 3
bertarikh 29 November hingga 1 Disember 2023 bertempat di WISMA FAM Kelana Jaya.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka tiada halangan bagi
pelepasan pegawai tersebut. Pegawai tersebut perlulah mendapatkan kebenaran pelepasan
bertugas daripada ketua jabatan masing-masing. Segala kos perjalanan, penginapan,
perbelanjaan makan dan minum sepanjang program tersebut adalah ditanggung oleh pihak
pengelola. PGB hendaklah memastikan guru yang diberikan kebenaran hadir disediakan guru
ganti “relief”.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Hafiz Bin Husaini, Penolong
Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka di talian
06-232 6842 atau 011- 2708 2437.

Kerjasama dan keprihatinan tuan di dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI JAMSARI BIN MARIMAN)


Timbalan Pengarah Pendidikan,
Sektor Pembangunan Murid.
b.p Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
sk 1. Fail Penyelaras

JM/mhh/UPBM/pelepasanpegawaisebagaipesertakursusvartahap3
________________________________________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakaBITARA
LAMPIRAN

PELEPASAN PEGAWAI SEBAGAI PESERTA KURSUS LATIHAN DAN PRAKTIKAL


PERLAWANAN PENGADIL VAR TAHAP 3

TARIKH : 29 NOVEMBER HINGGA 1 DISEMBER 2023


TEMPAT : WISMA FAM KELANA JAYA

BIL NAMA PEGAWAI SEKOLAH

1. MUHAMMAD USAID BIN JAMAL SK BATU BERENDAM 2

You might also like