You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM

KEMBARA MERDEKA KRT KAMPUNG TELAGA KE CAMERON HIGHLAND

1 PENGENALAN

Semangat patriotik warga komuniti seharusnya dipupuk dan diperkembangkan secara


menyeluruh. Konsep sayang kepada tanah air merupakan satu eleman penyuburan semangat
patriotic dalam kalangan komuniti. Kecemerlangan komuniti merupakan aset yang penting bagi
menghadapi dunia globalisasi. Cabaran dan rintangan semakin mencabar. Oleh itu Kembara
Merdeka menjadi wadah yang amat penting bagi membina konsep sayang kepada tanah air
sebagai pemangkin kepada pemupukan perpaduan dalam komuniti . Usaha berterusan, sepadu
dan berkesan perlu dilakukan demi kecemerlangan anak bangsa.

2 NAMA PROGRAM

Program Kembara Merdeka KRT kampung Telaga ke Cameron Highland

3 ANJURAN

Kawasan Rukun Tetangga Kampung Telaga


21700 Kuala Berang

4 MATLAMAT

Memberi pendedahan dan pengalaman mengenai sikap kerjasama dan membina semangat
daya tahan yang tinggi di kalangan peserta.

5 OBJEKTIF

5.1. Peserta memahami semangat perjuangan dalam menempuh kehidupan.


5.2. Peserta mendapat pengalaman baru sepanjang program kembara
5.3. Melatih peserta menjadi warga yang berdisiplin, bertangungjawab dan mempunyai
wawasan melalui program kembara

6 TEMPOH PELAKSANAAN

25-26 Ogos 2018.

.
7 TEMPAT

Cameron Highland, Pahang

8 STRATEGI PELAKSANAAN

8.1 Penyelarasan program oleh KRT di peringkat pengurusan


8.2 Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi langkah-langkah keselamatan
8.3 Pengisian program dalam , taklimat Konvoi, dan gotong royong
8.4 Penilaian keberkesanan melalui gerak kerja peringkat komuniti
9 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran

10 SASARAN

50 orang warga belia Kampung Telaga

11 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Hj. Dazakaria bin Salleh

Timb. Pengerusi : Hj. Othman bin Yahya

Setiausaha : En Mohd Zamri bin Md Yasin

Penyelaras : En.Shaari bin Jusoh

Pen. Penyelaras : En Mohd Sufian bin Mustaffar

Ahli Jawatankuasa : Pn Sakinah binti Hasan


Pn Rosmawati Mat Isa
En Abdul Razak Muhammad
En Mohd Araffi bin Wahab
En Al Malik Faizal bin Zakaria

12. CADANGAN PERBELANJAAN

Peginapan = RM 500.00

Makan minum = RM 2,000.00

Cenderamata = RM 200.00

Pelbagai = RM 300.00

Jumlah = RM 3,000.00
12.0 PENUTUP

Dengan terlaksananya program yang dirancang ini adalah diharapkan dapat membina konsep
kendiri yang positif dalam diri warga belia dan dapat menyuntik semangat patriotik bagi
menghadapi cabaran dengan lebih cemerlang.

Disediakan oleh Disemak oleh

MOHD ZAMRI MD YASIN HJ.DAZAKARIA BIN SALLEH


Setiausaha Pengerusi
Kawasan Rukun Tetangga Kawasan Rukun Tetangga
Kampung Telaga Kampung Telaga

You might also like