You are on page 1of 11

Sumbangan tokoh Tamadun Islam

Al-Biruni

Nama penuh al-Biruni ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada
keluarga Tajik. Beliau dilahirkan pada 3 Zulhijah tahun 362 H (4 September 973M) di negeri
Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam'ani dan kitab Mu'jam al- Buldan yang
ditulis oleh Yaqut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai Biruni
(dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali
sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. Beberapa
sarjana lain pula menyatakan al-Biruni bukan dilahirkan di Khawarizm tetapi di Birun iaitu
sebuah bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak kira-kira 20 farsakh (60 km) dari Kath
yang menjadi ibu kota kerajaan pemerintahan putera-putera Ma'muniyah. Oleh itu ada
kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota Ma'muniyah, maka penduduk Kath yang
berhijrah ke bandar itu digelar Biruni. Oleh kerana Abu Rayhan orang yang lebih terkenal di
kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar 'Khawarizmi'
kerana nama kawasan itu juga dipanggil Khawarizm.

Al-Biruni banyak mendapat ilmu pengetahuan daripada seorang putera Raja Parsi iaitu
Abu Nasr Mansur bin AliJilani, seorang pakar ilmu matematik. keluarga Abu Nasr begitu
mengambil berat mengenai al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir kurun ke-4
Hijrah (kurun ke-10 Masihi) dan merupakan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa
serta hidup sezarnan dengan sarjana Islam, Ibn Sina. Antara karya beliau yang dianggap
teragung ialah Rasa 'il al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Serdasarkan
latar belakangnya, sebagai seorang yang dahagakan ilmu pengetahuan beliau tidak suka
membuang masa. Sepanjang hayat kehidupannya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan
penulisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu
tamadun Arab dan tamadun Yunani. Beliau mempunyai hubungan erat dengan para sarjana
Islam dan Kristian. Salah seorang daripadanya ialah ahli fizik Kristian iaitu Abu Sahl. Beliau juga
berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria yang bertujuan untuk mempelajari nama-
nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.

Meskipun beliau uzur kerana usianya yang lanjut, namun beliau masih sempat
menyiapkan sebuah karyanya berjudul Kitahal-Saydanah. Al-Biruni Sebagai Ahli Astronomi
Bidang kajian, minat dan aktiviti al-Biruni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori
abstrak tentang falsafah sehingga kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan
astronomi. Bidang pengajiannya yang utama ialah astronomi berdasarkan pengakuannya
sendiri iaitu "Oleh kerana bidang saya ialah bidang astronomi, dan sejak awal wujud di dunia mi
lagi saya terkenal kerana ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keluar dari disiplin ilmu itu, maka
saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas'ud) yang dikenali sebagai
nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sina'at al-Tanjim (seni astronomi)."

Al-Biruni mengemukakan contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan


astronomi. Contoh ini menunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim
dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang bmtang-bintang dan kedudukannya sangat
penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. la juga sangat berguna ketika
menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garisan lintang atau bujur sesuatu bandar.
Mengenai kalendar dan kronologi, al-Biruni telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan
tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub.
Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari serta menulis
buku mengenainya yang berjudul Ta'hiral-Mizanwa Ta'bir al-Azman. Karyanya yang berjudul
Tanqihal- Tawarikh membincangkan tarikh. Manakala buku TasawwurAmral-Fajr wa al- Shafiq
fiJihat al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan terbitnya fajar. Qanun al-Mas'udi merupakan
karya terakhirnya yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. la
membincangkan siang dan malam, bulan dan tahun, bulan dan matahari, penerangan terperinci
mengenai perbezaan takwim, maklumat tambahan mengenai kalendar orang India, mengubah
takwim Sakkala kepada takwim Hijrah dan sebagainya.

Mengenai matahari, al-Biruni membuat kajian tentangnya dan perkara- perkara yang
berkaitan. Antaranya ialah mengenai sifat fizikal matahari. Al- Biruni cekap dalam pengajian
ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian
mengenai sifat fizikal waktu matahari. Menurutnya, matahari ialah jasad yang panas bagi
letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang
muncul di sekeliling jasad yang membakar. Al-Biruni mempercayai teori geosentrik dan
menganggap matahari bergerak mengelilmgi bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari
yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit. Semasa mengkaji panjang tahun solar
(tropika), al-Biruni memerhatikan perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas.
Beliau melaporkan terdapat empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 365.2421, 365.2398
dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 han, 5 jam dan 46 minit.
Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni mi tidak jauh
perbezaannya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 47 saat.

Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau juga
berkemahiran dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometn, antmetik dan
menggunakan algebra dengan mahir. Beliau Juga berminat dalam bidang fizik namun tidak
meminati bidang muzik. Al-Biruni, sebagai seorang sarjana dalam bidang sains telah
menghasilkan beberapa aspek mengenainya antaranya trigonometri sfera, aritmetik orang
India, cahaya dan bunyi, graviti, ketumpatan, mekanik, berat dan ukuran, geografi, geodesi dan
stratografi dan sebagainya.

Al-Biruni menghasilkan sebuah karya berjudul Maqalid 7lm al-Haiahfi Basit al-Kurah
sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana
penguasaan bahasa dan subjeknya yang balk serta mudah difahami. Ketika ahli sains ini
berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Salah satu daripadanya diberi judul
Jami’al al Tarq al Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al Da’irah yang membincangkan kaedah-kaedah
dalam penemuan ukur lilit bulatan. Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau
menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi serta
mengembangkannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat
huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang
berkaitan, menilai, mengkritik dan memben pengolahan yang balk.

Karangan Qanun. al-Mas'udi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab.


Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi- sisi daripada pelbagai gambar rajah
seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Dalam
bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini
beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.
Di samping trigonometri sfera ini, al-Biruni turut menguasai aritmetik orang India. Beliau telah
menghasilkan beberapa buah karya berhubung dengan subjek itu antaranya ialah Rashikat al-
Hind Zodiak di India, kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant, kaedah-kaedah
orang India (Rusum al- Hind) dalam pengajaran aritmetik, dan Mansuhat al-Darah yang
menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.

Mengenai cahaya dan bunyi, al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada
bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari matahari dan ia dapat menembusi air serta
udara. Beliau juga mendapati bahawa senjakala bermula atau berakhir apabila matahari berada
di bawah kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan dalam penyelidikan
moden. Mengenai graviti, beliau membenkan sumbangan yang pentmg dalam aspek ini. Beliau
menolak pendapat Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau
menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas muka bumi kerana tidak ada tempat
asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.

Mengenai ketumpatan, al-Biruni dapat menyukat dengan betui ketumpatan bahan-


bahan. Al-Biruni menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat
ketumpatan. Beliau dapat menyukat air dengan begitu tepat sehinggakan hasil percubaannya
itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang
hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan prinsip- prinsip yang
berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan
ketumpatan. Dalam bidang mekanik, beliau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam
dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi.

Sumbangan beliau dalam menyukat ketumpatan sangat bermanfaat kerana beliau


berjaya membuat ukuran tepat.Al-Biruni juga memberikan sumbangan yang banyak dalam
bidang mekanik dan beliau mahir dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah
mencipta dua alat yang istimewa dan salah satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik.
Melalui alat ini, beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai
cerap yang baru. la dinamakan al- Ustawani yang digunakan untuk mengukur bmtang-bintang,
ketinggian menara dan bukit, dan ke dalam telaga atau sungai.

Minatnya yang mendalam dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari berat


dan ukuran. Ini berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18
bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan
ukuran yang paling tepat. Al-Biruni juga telah memberikan sumbangan yang sangat penting
dalam bidang geografi. Antaranya ialah beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau
menganggap semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di
Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali
sebagai Himalaya. Dalam karyanya berjudul India, beliau membincangkan peranan kawasan
pergunungan dalam menyumbang hu)an lebat dan melindungi bahagian daerah Kashmir.
Pengetahuan al-Biruni mengenai Asia sangat luas dan beliau dapat mempenhalkan dengan
terperinci negara Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal.
Namun sumbangan utama beliau ialah tentang India dan memberikan maklumat tentang
kawasan barat laut India. Al- Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya
Tahdidi Nihayatal- Amakin (Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru
untuk mengukur latitud (darjah lintang), longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri
untuk menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian dan sifat-sifat geografi bandar-
bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi mentafsirkan lilitan bumi dan mendapat
anggarannya 25,000 batu. Melalui al- Biruni, dapat diketahui saudagar-saudagar Muslim telah
sampai ke pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa pada kurun ke-11.

Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat


martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk
negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

AL-KHAWARIZMI Mohammad bin Musa Al-Khawarizmi,

Beliau dikenali juga dengan panggilan Abu Abdullah, seorang ahli matematik, astronomi
dan sejarah. Beliau dilahirkan pada 780 M di daerah Hawarizmi yang sekarang ini dikenali
dengan nama Khiwa (satu daerah ke selatan Laut Arab). Beliau telah dilantik oleh Khalifah Al-
Ma'mun sebagai penasihat astronomi dan pengawas Khalifah di Baghdad. Pada
tahun 830M Al-Ma'mun telah membina sebuah Marsod (bilik memerhati bintang) berhubungan
dengan Khizanatul-hik'mahnya (perbendaharaan hikmah atau perpustakaan).

Selain daripada mengumpul serta menterjemahkan kerja-kerja Sarjana Greek, beliau


sendiri telah menulis beberapa buah buku. Ada di antaranya yang telah diterjemahkan kepada
bahasa Latin, contohnya Hisah al-Jabr isa. al-Muqabalah buku yang memperkenalkan al-jabar
dan menjadi buku teks matematik yang utama di universiti-universiti Eropah semenjak
diterjemahkan pada abad ke-12 M hingga abadke-16M.

Al-Khawarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan sistem angka kita sekarang ini


kepada kebudayaan Barat. Dengan sistem angka yang salah satu daripadanya adalah sifar
(angka kosong) telah membuka jalan bagi kefahaman kepada konsep nombor positif dan
negatif, memudahkan wakilan bagi nombor-nombor besar serta memudahkan perhitungan
dilakukan ke atas nombor-nombor tersebut. Hanya apabila sistem ini telah digunakan di Barat
barulah mereka dapat mengembangkan ilmu matematik dengan pesatnya.
Hasil kerja Al-Khawarizmi juga terdapat di dalam bidang astronomi, trigonometri, geometri dan
kaedah berangka. Oleh sebab sumbangannya yang begitu besar kepada matematik dan selalu
disebut oleh penulis-penulis Barat, sehingga namanya ditulis dengan beberapa variasi ejaan,
contohnya al-Karismi, al-Chowarizmi, al-Goritmi, al-Chwarizmi dan sebagainya. Beliau telah
meninggal dunia pada tahun 850 M.

Setiap tamadun yang terdahulu mempunyai sistem nombor atau angka masing-masing.
Ini dengan jelas menunjukkan bahawa satu sistem nombor yang baik adalah suatu perkara
yang penting bagi perkembangan sesuatu tamadun. Sistem angka yang dipakai sekarang ini
adalah lebih layak dipanggil sistem angka Islam dan bukan sistem angka Hindu, apatah lagi
sistem angka Inggeris kerana yang memperkenalkan sistem ini ialah orang-orang Islam.
Kenyataan ini tidak boleh diragui lagi kerana didapti buku pertama di Arab yang menggunakan
angka Islam ini ditulis pada tahun 873 M. Sedangkan buku pertama di India yang menggunakan
sistem angka ini diterbitkan dua tahun kemudiannya.

Sebelum angka Islam ini digunakan, operasi-operasi aritmetik ke atas nombor-nombor


adalah begitu terhad sekali. Dengan sistem angka Islam ini bukan sahaja operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi dapat dilaksanakan dengan mudah, bahkan dalam berpuluh-puluh operasi
yang lain contohnya kuasa, log, kosinus dan sebagainya. Sebelum diperkenalkan sistem angka
Islam ini, perkembangan ilmu sains dan teknologi agak lembab sedikit, tetapi apabila orang
Barat mula menerimanya perubahan yang pesat berlaku dalam bidang tersebut.

Penulis-penulis sejarah matematik termasuk penults Barat mengakui bahawa tanpa


sistem angka Islam ini, kebanyakan daripada kesenian yang ada sekarang tidak mungkin
diimpikan, malah matematik sendiri mungkin masih di dalam buaiannya. Dengan sistem ini
manusia telah dilengkapi dengan kuasa yang menakjubkan seperti meramal gerhana,
menentukan planet-planet atau komet-komet yang baru, menghantar roket menjelajah ruang
angkas berjuta batu jauhnya, menganggar umur duma dan sebagainya,

Orang yang memperkenalkan sistem ini ialah sarjana matematik Muslim yang teragung
"Al-Khawanzmi". Dialah yang telah menerangkan penggunaan sistem angka ini dalam salah
sebuah bukunya (hanya naskhah Latin sahaja yang dijumpai—De Numero Indorum—iaitu
berkaitan aritmetik), setelah mengkaji sistem angka Hindu yang telah menank perhatiannya
sebelum itu. Beliau juga telah menerangkan angka sifar di dalam bukunya itu.
Pada abad ke-9 M, Al-Rhawarizmi telah menulis tentang aljabar bertajuk Al-fahar wa al-
Muqabalah, Di sini "al-Jabar" bermaksud mengubahkan satu kuantiti dari sebelah persamaan
ke sebelah yang satu lagi, dan "al-Muqabalah" bermaksud memudahkan atau merigkaskan
ungkapan yang terhasil (dengan menghapuskan sebutan yang sama di kedua-dua belah
persamaan). Al-Khawanzmi orang yang pertama sekali mengajar aljabar dalam bentuk yang
mudah dan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di dalam
kehidupan harian, seperti masalah perwarisan, pembahagian hana dan perniagaan.

Ketika bertugas mengawasi astronomi di Baghdad dan Istanbul, Al- Khawarizmi telah
menulis sebuah lagi bukunya al-Kitabal-Mukhtasarfi Hisahal- Jabr wa al-Muqabalah yang
bertujuan khusus untuk mencari penyelesaian kepada masalah praktikal di dalam kehidupan
orang-orang Islam ketika itu. Peranan Al-Khawarizmi sebagai ahli matematik agung yang
memperkenalkan aljabar kepada tamadun dunia, jelas kelihatan daripada perkataan yang
digunakan dalam bidang ini seperti algebra daripada namanya iaitu Al-Kawarizmi, roots (punca)
daripada perkataan Latin radix yang diterjemahkan oleh Al-Khawarizmi. Dalam hal ini beliau
telah dikenali sebagai bapa aljabar. Al-Khawarizmi juga telah memberi satu teorem tentang
segi tiga sudut tegak sama kaki serta menghitung luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan.
Di dalam satu bab daripada buku aljabarnya tentang sukatan, Al-Khawarizmi menumpukan
perhatiannya khusus kepada geometri sahaja. Bab itu bertajuk "Bab al-Misaha" (bab sukatan
luas). Kerjanya dalam geometri tidak mempunyai pengaruh Euklid (sarjana geometri Greek
yang terkenal) kerana tidak kedapatan unsur Euklid dm segi kandungan atau istilah-istilah yang
digunakan.

Al-Khawarizmi merupakan salah seorang yang pertama menghitung jadual astronomi


dan sifar trigonometri, yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh Adelard.
Antara kandungan kerja Al-Khawarizmi di dalam bidang trigonometri ialah 100 sifir sinus dan
kotangen. Al-Biruni salah seorang sarjana matematik pada abad ke-11 M telah menulis sebuah
buku berkenaan dengan jadual astronomi yang dihasilkan oleh sarjana Muslim Al-Khawanzmi.
Walaupun trigonometri dan astronomi mula berkembang pesat pada penghujung abad ke-9M
dengan Al-Battani memainkan peranan terpenting, sumbangan Al-Khawarizmi sebagai seorang
yangterawal mengkaji dan menulis dalam bidang ini tidak boleh diperkecilkan, lebih-lebih lagi
apabila karyanya diterjemahkan dan diperkatakan oleh ahli-ahli matematik kemudiannya.
Sebagai sarjana terawal dalam bidang ini dan pemikirannya yang begitu jauh ke hadapan,
memang sudah sewajarnya Al-Khawarizmi digelar "Bapa Kaedah Berangka". Ini secara tidak
langsung diakui apabila namanya tertera pada setiap penulisan tentang kaedah atau analisis
berangka dalam bahasa Inggens, atau nama "algorithm" yang bermaksud suatu susunan
langkah-langkah aturcara bagi menyelesaikan sesuatu masalah secara berangka.
Malangnya asal-usul istilah ini tidak diketahui oleh kebanyakan ahli matematik sendin. Ini Jelas
kehhatan apabila istilah tersebut diterjemahkan sebagai "algontma" dalam bahasa Malaysia
yang tidak langsung menggambarkan pengaruh Arab atau perkataan asalnya sendiri "Al-
Khawarizmi".

Konklusinya, dengan lahirnya tokoh-tokoh atau sarjana-sarjana Islam di atas


menunjukkan bahawa Islam menitikberatkan umatnya tentang pentingnya menimba ilmu
pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan, ia menunjukkan bahawa umat Islam merupakan umat
yang sentiasa maju ke hadapan.
Bibliografy
Refleksi tugasan

Salam sejahtera kepada pensyarah pembimbing semoga berada dalam keadaan sihat
dan sejahtera hendaknya. Nama saya Tamil Selvi A/P Ramasami, guru pelatih unit
Pemulihan- PISMP Sem 1 Ambilan Jun 2013. Saya terlebih dahulu mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya menyiapkan kerja kursus pendek
Bahsa Melayu Akademik1 ini.

Saya rasa amat bersyukur kepada tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan kerja
kursus pendek Pengajian Melayu pada masa yang ditetapkan.Saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah subjek saya iaitu En.Mohd Asri bin Abdul Razak yang telah
memberikan maklumat yang cukup lengkap dan tepat kepada saya dalam menyiapkan tugasan
ini.Saya berasa gembira semasa tugasan ini diberikan kerana ini merupakan kerja khusus yang
menarik.Sebenarnya, kerja kursus ini banyak mendedahkan kepada diri saya dengan pelbagai
maklumat dan informasi mengenai ciri-ciri ucapan yang baik dan jenis- jenis ucapan.

Tugasan kerja kursus ini dibuat secara individu.Tajuk tugasan adalah menulis satu esei yang
membincangkan tentang jenis-jenis dan ciri-ciri ucapan yang baik.Untuk menjawap soalan
ini,saya mencari banyak buku yang berkaitan dengan ucapan dalam perpustakaan.Tajuk yang
kedua adalah membuat satu teks ucapan lengkap yang berkualiti dari segi kandungan,struktur
ucapan dan gaya penyampaian.Untuk menjawap soalan ini pula,saya memilih tajuk yang sesuai
untuk menulis ucapan.Selepas itu,saya merangka isi ucapan saya.

Untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan ucapan,saya mengakses internet dan
memuat turun maklumat-maklumat penting.Semua maklumat yang diperoleh, telah dianalisis
dan dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam penulisan saya ini bagi memberikan kefahaman
yang luas kepada saya.Selain laman web,saya juga meminjam banyak buku yang berkaitan
dengan ucapan dari perpustakaan.Maklumat yang saya dapat daripada buku-buku tersebut
sangat berguna kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini juga, pelbagai masalah telah saya hadapi.Saya
menghadapi masalah dalam mencari maklumat mengenai tajuk yang diberi.Buku-buku yang
berkaitan dengan ucapan sangat kurang di perpustakaan.Selain itu,buku yang ada juga sudah
dipinjam oleh orang lain.Pada masa itu saya mendapat bantuan daripada rakan saya dalam
mencari maklumat.Saya juga meminjam buku daripada rakan sekelas saya yang memiliki buku
tentang ucapan.
Justifikasinya, perkara yang banyak saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini
ialah bekerja secara individu dengan bantuan rakan dan pensyarah pembimbing.Di samping itu,
saya juga telah mempelajari cara-cara mendapatkan maklumat penting dengan lebih sistematik
dan strategik. Melalui cara inilah kita dapat mengurangkan budaya plagiarisme yang sentiasa
menyelubungi setiap pelajar institusi pengajian tinggi.Oleh hal yang demikian,kaedah ini
sewajarnya diteruskan sehingga ke generasi akan datang agar mereka dapat merasainya
seperti yang saya rasai.

Dalam konteks saya sebagai seorang bakal guru, tugasan ini telah banyak membantu
saya dalam memperbaiki diri dalam pelbagai aspek terutamanya cara dan kaedah
pemikiran.Kebaikan yang saya perolehi sepanjang tugasan ini adalah,saya dapat mempelajari
banyak ilmu yang berkaitan dengan ucapan.Saya dapat mempelajari jenis-jenis ucapan, ciri-ciri
ucapan yang baik, kaedah penyampaian ucapan yang baik dan strategi semasa
berucap.Tugasan ini banyak mencurahkan ilmu pengetahuan tentang pengucapan.Saya juga
dapat membaiki kosa kata semasa menulis sebuah teks ucapan sendiri.Tugasan ini membantu
saya dalam menyediakan diri saya untuk berucap dengan berani dan baik pada masa akan
datang.

Pendapat serta sumbangsaran daripada rakan-rakan telah membina keyakinan saya


untuk memastikan setiap perincian bahan yang dicari lebih sempurna.Perbincangan bersana
pensyarah juga menjadikan hasil tugasan ini lengkap.Pada keseluruhannya, tugasan ini diharap
dapat menjadi satu landasan dan panduan untuk kajian-kajian yang akan datang.

Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti
sebelum membukukan kerja kursus saya ini.Kerjasama dan kesabaran menjadi sebagai satu
motivasi untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Secara keseluruhannya kerja kursus
ini sangat berguna kepada saya dalam mencurahkan pengetahuan mendalam tentang
ucapan.Sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang ditetapkan.

Akhir sekali,sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat membuat
kesimpulan atau analisa yang bernas dimana Bahasa Melayu adalah satu matapelajaran yang
teras dan penting dalam kehidupan seharian yang boleh dipelajari untuk mendapat ilmu
pengetahuan yang bermutu.

Sekian,Terima Kasih.

You might also like