You are on page 1of 3

KAEDAH INDUKTIF DAN DEDUKTIF

KAEDAH INDUKTIF DAN DEDUKTIF

Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam
pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa (Mok Soon
Sang, 2001). Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan mengajar yang
melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan aktiviti mengumpul dan
mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan
(Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Hilda Taba mempercayai bahawa pelajar
membuat generalisasi hanya setelah maklumat dapat diorganisasi dengan sempurna. Taba
adalah lebih dikenali dengan model pengajarannya yang melibatkan pemikiran induktif.
Menurut beliau, dengan menggunakan pelbagai strategi, pelajar boleh dibantu
menyelesaikan masalah dengan jayanya. Strategi induktif ini mengalir dalam proses
kognitif dan memerlukan pelajar menggunakan teknik soalan-soalan ringkas (Hilda Taba,
1962). Pengajaran berasaskan gaya pemikiran deduktif adalah satu pendekatan mengajar
yang mengasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep. Konsep deduktif boleh
ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau
beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke
atas contoh-contoh yang khusus (Mok Soon Sang, 2003). Seperti dalam pendekatan
induktif, ia juga menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Kaedah deduktif
berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia
memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang
cukup. Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu „subjek matter‟, pendekatan deduktif
melibatkan pelajar-pelajar mempelajari peraturan-peraturan atau diberi maklumat tertentu
sebelum mereka diminta melakukan penganalisisan bahan yang hendak dipelajari itu.
Kaedah ini menjadi pilihan, kerana pelajar terlibat secara aktif dalam kumpulan dan dapat
melatih mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar lemah dapat berinteraksi
dengan pelajar pandai. Selain itu mereka dapat melatih diri untuk berkomunikasi dan
bergaul dengan pelajar yang pelbagai latar belakang. Pendekatan Induktif Pendekatan
Induktif memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu
konsep ataupun benda. Ianya mengutamakan contoh-contoh pada awal pengajaran dan
dibuat generelisasi daripadanya. Pendekatan Induktif ini juga tidak digalakan memberi
definisi penerangan dan kandungan pelajaran dan ianya lebih mengutamakan
mengemukakan soalan, memerhati, mengkaji, membentuk contoh serta kesimpulan
diberikan kemudian.

Konsep Induktif Antara Konsep Induktif ialah:-


1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan “hukum”
2. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.
3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu.
4. Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran.
5. Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada umum.
6. Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan.
7. Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan
pengetahuan.
8. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untu menguasai sesuatu
kemahiran.
9. Menekankan pengajaran berbentuk konkrit.
10. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di bawah bimbingan guru.
11. Menekankan penglibtan murid secara aktif.
12. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
13. Banyak menekankan aspek lisan.

Kelebihan Pendekatan Induktif


Kelebihan pendekatan induktif ialah pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir
dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakan keupayaan mental
untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu ayat.
Selain itu, daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat dipertingkatkan
kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus. Pendekatan ini juga
melibatkan penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar.Melalui pendekatan ini, strategi
perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan rumus dibuat oleh murid-murid
sendiri dengan ini suasana pembelajaranakan menjadi lebih hidup. Kelebihan lain
menggunakan pendekatan ini ialah kemahiran lisan dapat disuburkan kerana pendekatan
ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan juga murid-murid
tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya
mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru itu
perkara ini boleh mengurangkan kebosanan mereka

Kelemahan Pendekatan Induktif


Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu juga dengan
pendekatan induktif. Antara kelemahaan pendekatan ini adalah pengajaran yang dilakukan
mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus.
Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada murid-murid yang ramai jumlahnya,
penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran,
pendapat dan pemahaman yang berbeza. Bagi murid-murid yang lemah pula, pendekatan
ini akan menimbulkan masalah kerana adalah sukar bagi mereka untuk memikirkan
rumus-rumus daripada contoh-contoh ayat yang diberikan.

Model Deduktif
Dalam pengajaran yang bermodelkan pendekatan ini guru memainkan peranan penting
untuk menerangkan atau mengajarkan dan diasaskan kepada hoskut tertentu, manakala
murid hanya mendengar dan mengikutinya. Walaubagaimanapun, kefahaman mereka
dinilai melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi. Untuk menentukan
bahawa pengajaran ini mendatangkan kesan yang lebih mendalam, guru haruslah
memastikan bahawa generalisasi yang hendak diajarkan itu dihuraikan dengan jelas,
difahami dan contoh-contoh penerapan generalisasi di dalam ayat-ayat mestilah mencukupi
dan benar-benar menepati rumus-rumus tersebut. Guru tidak digalakkan untuk
dimasukkan contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan, terutamanya pada awal
pengajaran. Contoh-contoh tidak semestinya diberikan oleh guru tetapi boleh juga diminta
daripada murid, iaitu setelah contoh-contoh yang disediakan oleh guru dikemukakan.
Dalam aplikasi pula, latihan-latihan yang disediakan haruslah beraneka jenis dan dalam
konteks yang bermakna. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid
menerapkan rumus dalam situasi yang baru. Pendekakatan menggunakan deduktif
dicirikan dengan pelajar mempelajari berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu menaakul
untuk mendapatkan fakta/contoh AplikasiContohRumus/Generalisasi

Konsep Deduktif
1. Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum.
2. Satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum.
3. Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi.
4. Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.

Kelebihan Pendekatan Deduktif.


Kelebihan pendekatan deduktif adalah ianya memudahkan tugas guru yang mana guru
mengemukakan prinsip asas manakala murid menggunakan prinsip berkenaan. Pendekatan
ini berbeza dengan pendekatan induktif kerana pendekatan ini cara ini cepat dan
menjimatkan masa pengajaran kerana rumus-rumus disediakan dan dihuraikan terus oleh
guru. Murid tidak perlu mengambil masa untuk memikirkan atau mengesan rumus.
Pendekatan ini juga boleh meninggalkan kesan pembelajaran yang memuaskan kepada
pelajar-pelajar dewasa. Apa yang lebih penting ialah ianya tiada risiko mendapat hasil yang
salah atau tidak sempurna.

You might also like