You are on page 1of 2

Perpaduan Asas Pembangunan Negara

Madu disangka manis, manis lagi senyuman buat tatapan pengacara majlis,
kombinasi panel hakim yang beramanah, dif- dif kehormat, para penonton dan
rakan- rakan yang dihormati.
Salam sejahtera dan salam padu saya labuhkan.

“Perpaduan Asas Pembangunan Negara” demikianlah tajuk syarahan saya


pada hari yang mulia ini.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Meraikan kepelbagaian merupakan satu amalan yang membuktikan keutuhan


perpaduan dicapai melalui persefahaman dalam kalangan masyarakat berbilang
kaum di negara kita. Amalan meraikan kepelbagaian ini bukan sahaja memecah-
belah jurang sesama kaum, malah mampu mengenali kelebihan dan keupayaan
masing- masing. Ia juga, menimbulkan nilai hormat- menghormati dan menolak
sebarang bentuk tindak- tanduk yang mengganggu- gugat ketenteraman awam
ibarat ‘telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya‘. Namun, hal ini sentiasa
terpahat dalam sanubari masyarakat kita yang bersatupadu dan melulur ke arah
pembangunan negara.

Saudara- saudari yang dimuliakan,

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita hendaklah sentiasa


mengharungi prinsip- prinsip Rukun Negara. Rukun Negara dibentuk pada 31 Ogos
1970 dengan bertujuan membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip- prinsip yang
terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi kejayaan dan pembangunan negara Malaysia.Oleh itu,
berdasarkan prinsip- prinsip Rukun Negara Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memperkenalkan Pendidikan Sivik bermula Jun 2019, selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025 demi memelihara perpaduan
di negara kita bagai “ di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung”.

Hadirin yang dijunjung kasih,

Cabaran media sosial yang bertunjangkan ‘Segalanya Internet’ dan


‘Segalanya Berada di Hujung Jari’ telah menjadikan senario dan cabaran
pemupukan semangat perpaduan jauh berbeza dari dahulu.Trend penggunaan
media sosial sebagai medium komunikasi telah menjadikannya satu keperluan
kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat.
Statistik menunjukkan ramai daripada rakyat Malaysia lebih menggunakan aplikasi
whatsApp, Facebook, Instagram dan Twitter. Kita perlu memuji kerajaan kerana
telahpun berkompromi bersama media sosial agar perpaduan dapat dikukuhkan
untuk pembangunan negara.
Para hadirin yang saya sanjungi,
Perpaduan rakyat Malaysia membolehkan kerajaan mengurus endemik Covid-19
yang melanda negara dengan berkesan . Meskipun endemik COVID-19 memberi
kesan besar kepada negara terutamanya dari segi ekonomi, masih ada sudut
positifnya iaitu mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Rakyat membuktikan bahawa mereka adalah masyarakat prihatin dan
turut bersama-sama dengan kerajaan menghulur bantuan terutamanya ketika
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Rakyat tanpa mengira perbezaan
kaum, warna kulit dan status sosial, bersama-sama membantu dan melindungi
antara satu sama lain untuk mengatasi krisis ini.

‘Perpaduan Asas Pembangunan Negara’

Kecemerlangan dan pembangunan negara pasti dicapai jika kita bersatupadu bagai ‘
bersatu teguh bercerai roboh’.Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya
dengan serangkap pantun ;-

Pokok kelapa sebuah kisah,


Tasik pedu di tepi muara,
Bertegur sapa tiada bertelagah,
Bersatupadu kehidupan setara.

Sekian, terima kasih.

You might also like