You are on page 1of 14

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU

JALAN BERJAYA, 14000 BUKIT MERTAJAM


PULAU PINANG.

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


DAN KEM SAHSIAH DIRI
2018
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DAN KEM SAHSIAH DIRI
SEK KEB KAMPUNG BARU BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG.
________________________________________________________________________

1. TAJUK

Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform TKRS dan Kem Sahsiah Diri ,
Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

2. TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Tujuan

Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Pihak Pentadbiran untuk


mendapatkan kelulusan melaksanakan aktiviti Perkhemahan dan Kem Sahsiah diri
serta memohon peruntukkan kewangan daripada pihak sekolah.

2.2 Matlamat

(i) Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta


mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan.

(ii) Menyampaikan mesej hubungan antara jati diri dengan sahsiah


dengan penerapan mata pelajaran, khususnya Sejarah, Sains, Agama
Islam/P.Moral untuk melahirkan generasi yang berdisiplin

(iii) Menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan


masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan
menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.
2.3 Objektif

(i) Mengetahui, memahami serta mempraktikkan teknik berkhemah


yang betul merangkumi pemilihan tempat, pemasangan dan
penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek
keselamatan diri.

(ii) Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan


Tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan
aktiviti alam sekitar.

(iii) Menanam sikap toleransi, kerjasama dan bermuafakat dalam segala


perkara serta menghindarkan segala perasaan dengki, iri hati dan
mementingkan diri sendiri.

3. BUTIRAN PERKHEMAHAN

3.1 Tarikh
28 dan 29 September 2018

3.2 Hari
Jumaat dan Sabtu ( 2 hari 1 malam )

3.3 Bilangan Peserta


 Semua peserta terdiri daripada murid 4, 5 dan Tahun 6
 Bilangan peserta :
Lelaki : 30
Perempuan : 30
Jumlah : 60 orang
3.4 Tempat Perkhemahan

Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Jalan Berjaya 14000


Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

4. JAWATANKUASA

4.1 Jawatankuasa Pengelola:

Unit Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bukit Mertajam

4.2 Jawatankuasa Induk :


Penasihat : Puan Siti Zaleha B t Sulaiman
Pengerusi : En.Ahmad Borhan B Kassim
Penyelaras : Pn. Kamilah Bt Abdul Karim
Kem Komandan : En. Zulhilmi b Zainun (sesi malam)
Pen. Kem Komandan : : Pn. Ruhil Hayati Bt Mohd Yusof (sesi ptg)
Setiausaha : Pn Manjeet Kaur a/p Karpal Singh
Bendahari : Ustaz Abdul Rahim b Abdul Majid
Ketua2 Unit TKRS : Tahun 4 : Pn. Farah Nur Helma
Tahun 5 : Pn. Santhiya a/p Maniandi
Tahun 6 : Pn. Sari Nurulrita Md. Daud

4.3 Pengerusi Jawatankuasa Kecil


Urusetia : En. Ahmad Borhan B Kassim
Pengurus Peserta : Ketua-ketua Unit TKRS
Khemah & Peralatan : En Abdul Rahim b Abdul Majid
Hadiah dan cenderamata : Pn. Miratun Hasanah Bt Ishak
Aktiviti : Pn. Sari Nurulrita Bt Md. Daud
Makan & Minum : Pn. Noormashitah Bt Hashim
Kerohanian : Ustaz Kassim B Kordi
Keselamatan/ Kecemasan : Kem Komanden
Siaraya : En. Ahmad Borhan
Sijil dan Dokumentasi : Pn. Manjeet Kaur
4.4 Jawatankuasa Kecil :
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

1.KETUA PERKHEMAHAN /  Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti


KEM KOMANDAN : dan kelancaran perkhemahan
 Bertanggungjawab di atas disiplin peserta.
Ketua : En. Zulhilmi b Zainun  Mengeluarkan peraturan perkhemahan.
 Menguatkuasakan peraturan perkhemahan
PEN KETUA PERKHEMAHAN /
PEN. KEM KOMANDAN:
 Membantu sepenuhnya tanggungjawab dan
tugas ketua perkhemahan.
Pen.Ketua: Pn. Ruhil Hayati Mohd Yusof  Menjalankan tugas ketua perkhemahan
semasa ketiadaannya.

2.URUSETIA
Pengerusi : Ahmad Borhan B Kassim  Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan
 Menyelaras perjalanan aktiviti dan
AJK pertandingan
1. Manjet Kaur  Sentiasa menghebahkan maklumat terkini.
2. Kamilah  Mengambil pendaftaran peserta dan juga
mencatat kehadiran guru bertugas
 Membuat laporan setiap aktiviti yang
dijalankan
 Mengendalikan acara majlis penutup
 Menyediakan kain rentang perkhemahan

3.PENGURUS PESERTA:  Menyediakan murid untuk menyertai


Ketua Unit Beruniform perkhemahan

Thn 4 : Pn. Farah Nur Helma  Menyediakan borang kebenaran ibu bapa
bagi setiap peserta unit masing-masing
Thn 5 : Pn. Santhiya a/p Maniandi
Thn 6 : Pn. Sari Nurulrita Md. Daud  Memastikan penyediaan senarai semak
peralatan yang perlu dibawa lebih awal

4.KHEMAH & PERALATAN


Ketua Unit :
En Abdul Rahim b Abdul Majid  Menyediakan khemah yang mencukupi bagi
keperluan peserta
- En.Ahmad Borhan Kassim  Memastikan komponen khemah dan segala
- En.Kassim b Kordi peralatan yang berkaitan mencukupi
 Memastikan setiap khemah dibuka dan
dibersihkan selepas perkhemahan
 Menyediakan segala dokumen perlu
sekiranya terdapat pinjaman khemah dari
pihak luar

5.AKTIVITI

Ketua Unit :
Pn. Sari Nurulrita bt Md.Daud  Merancang aktiviti-aktiviti yang akan
diadakan semasa perkhemahan.
AJK:  Menyediakan, memasang dan menyiapkan
- Pn. Farah Nur Helma semua jenis peralatan dan halangan bagi
aktiviti yang akan diadakan.
- Pn. Santhiya a/p Maniandi
 Mengendalikan aktiviti perkhemahan.
 Mengemas dan menyimpan semula
peralatan yang telah digunakan di tempat
yang sesuai.

6.SIJIL DAN DOKUMENTASI

Ketua Unit:
Pn. Manjeet Kaur  Memastikan senarai nama dan ejaan nama
murid betul.
AJK  Menyediakan sijil untuk peserta
- Pn. Kamilah perkhemahan .
 Membuat laporan dan dokumnetasi tentang
perkhemahan.
7.MAKANAN DAN MINUMAN  Menyediakan makanan dan minuman yang
Pengerusi : bagi semua guru yang terlibat dan murid
Pn Noormashitah  Menyediakan jadual serta menu masakan
setiap hari perkhemahan
AJK:  Memastikan semua aktiviti memasak di
1. Pn.Shafiza Idrus kalangan peserta berjalan lancar
2. Pn. Siti Zaleha  Menguruskan segala perkara berkaitan
makan dan minum disepanjang
perkhemahan

8.KEROHANIAN
Pengerusi :  Menyediakan jadual bertugas imam
En Kassim Kordi mengikut waktu solat
 Memimpin bacaan Yasin
AJK:  Mengendalikan kuliah Maghrib dan Subuh
1. Pn. Punitha
2. Pn. Santhiya

KESELAMATAN DAN  Memastikan tahap keselamatan peserta dan


KECEMASAN segala peralatan berada dalam keadaaan
Pengerusi : yang amat baik
En. Zulhelmi  Menubuh unit kawalan
 Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta
AJK: peti rawatan yang sempurna dan
1. Pn. Ruhil Hayati mencukupi
 Menyediakan jadual pengawasan dan
kawalan keselamatan kawasan
perkhemahan
 Mengawal keselamatan murid dalam
perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat.

SIARAYA  Menyediakan kemudahan elektrik dan


Pengerusi : peralatan siaraya yang sempurna di seluruh
En Ahmad Borhan b Kassim
tapak perkhemahan sepanjang tempoh
AJK: kem
1. En. Kassim b Kordi diadakan
 Mengemaskini peralatan yang telah
digunakan dan disimpan pada tempat yang
sesuai
 Mengurus dan menyediakan peralatan
siaraya untuk sebarang bentuk
persembahan/aktiviti (jika diperlukan)
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

HADIAH DAN CENDERAMATA


Pengerusi :
Pn. Miratun Hasanah Bt Ishak  Menyediakan hadiah kepada peserta
berdasarkan pertandingan yang dijalankan.
AJK:  Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamata
1. Pn Wan. Esah  Menguruskan majlis penyampaian hadiah
5. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH

1 Makan Minum Murid

 Makan Tengahari (Jumaat)  RM4.00 x 60 orang = RM240.00


 Minum Petang (Jumaat)  RM2.00 x 60 orang = RM120.00
 Makan Malam (Jumaat)  RM4.00 x 60 orang = RM240.00
 Minum Malam (Jumaat)  RM2.00 x 60 orang = RM120.00
 Sarapan (Sabtu)  RM3.00 x 60 orang = RM120.00
 Makan T/Hari (Sabtu)  RM4.00 x 60 orang = RM240.00 RM1080.00

2
Hadiah Sasiah Kumpulan `
Terbaik  RM50 x 1 kumpulan = RM50.00
 Tempat Pertama  RM40 x 1 kumpulan = RM40.00
 Tempat Kedua  RM30 x 1 kumpulan = RM30.00
 Tempat Ketiga  RM20 x 1 kumpulan = RM20.00
RM140.00

3 Peralatan  Tikar Plastik


 Tali Awas
 Racun serangga
 Alat Tulis/bahan kumpulan
RM200.00
4 Kecemasan Ubat-ubatan RM100.00

JUMLAH BESAR RM1545.00

(RM : SATU RIBU LIMA RATUS EMPAT PULUH LIMA SAHAJA)


6. TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA HARI KEDUA
MASA /HARI JUMAAT SABTU
27 Julai 2018 28 Julai 2018
5.30 PAGI Bangun, Siap Diri , Solat Subuh
7.00 PAGI Aktiviti 6:
 Senamrobik
 Kawad Kaki
Sarapan pagi

8.30 PAGI Aktiviti 7:


 Mengemas khemah
 Mengemas Kelas/peralatan
diri
10.00 PAGI Aktiviti 8:
10.30 PAGI  Berkumpul di Kantin
 Ucapan Penutup
 Penyampaian Sijil dan
Hadiah
Makan Tengahari
12.30 THARI
(BERSURAI)
PENDAFTARAN
2.30 PETANG Makan Tengahari
3.00 PETANG Aktiviti 1:
 Pembahagian
Kumpulan
 (Ice Breaking)
 Aktiviti Kumpulan
 Memasang Khemah
4.30 PETANG Solat Asar/Minum Petang
Aktiviti 2:
5.00 PETANG
 Kawad Kaki
Aktiviti 3:
5.45 PETANG
 Gerak Komando
(Aktiviti Fizikal)
Bersih diri & Solat Maghrib
7.00 PETANG
Aktiviti 4:
 Kerohanian/ Sahsiah Diri
Aktiviti 5:
9.00 MALAM
 Kembara Malam
 Malam Kebudayaan
10.30 MALAM BBQ dan Minum Malam
11.00 MALAM Tidur
7. JADUAL TINDAKAN
HARI PERTAMA : JUMAAT ( 27 JULAI 2018 )

MASA AKTIVITI TINDAKAN


2.30 petang Pendaftaran Urusetia

3.00 petang Aktiviti 1: Ketua & Guru Unit


 Pembahagian Kumpulan
 (Ice Breaking)
 Aktiviti Kumpulan
 Memasang Khemah
5.00 petang Aktiviti 2: Kem Komandan
 Kawad Kaki

Aktiviti 3: JK Aktiviti
6.30 petang
 Gerak Komando
(Aktiviti Fizikal)

7.30 malam Aktiviti 4: JK Aktiviti


 Kerohanian
 Sahsiah Diri

9.00 malam Aktiviti 5: JK Aktiviti


 Kembara Malam
Malam Kebudayaan

10.30 malam BBQ dan minum malam

11.00 malam Tidur Urusetia & JK Keselamatan


HARI KEDUA : JUMAAT ( 23 OKTOBER 2009 )
Masa Aktiviti Tindakan

5.30 pagi Bangun, Siap Diri , Solat Subuh JK Kerohanian

8.00 pagi JK Aktiviti


Aktiviti 6:
 Senamrobik
 Kawad Kaki
Sarapan pagi JK Makanan
8.30 pagi

10.00 pagi JK Aktiviti


Aktiviti 7:
 Mengemas khemah
 Mengemas Kelas/peralatan diri

10.30 pagi Aktiviti 8:


JK Penutup
 Berkumpul di Kantin
 Ucapan Penutup
 Penyampaian Sijil dan Hadiah

JK Makanan
12.30 t/hari Makan Tengah hari
8. PENUTUP

Adalah diharapkan agar perkhemahan yang dirancang ini dapat dilaksanakan


dengan sempurna dan jayanya. Jua diharapkan agar ianya mendapat sokongan
sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan semua guru agar semua objektif dan
matlamatnya tercapai.

Disediakan oleh:

..........................................................
(KAMILAH BT ABDUL KARIM)
Penyelaras
Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah
Sek Keb Kampung Baru,
14000, Bukit Mertajam.
Pulau Pinang.

Disemak oleh;

..........................................................
(AHMAD BORHAN B KASSIM)
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Sek Keb Kampung Baru,
14000, Bukit Mertajam.
Pulau Pinang.

You might also like