You are on page 1of 27

SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (STANDARD OPERATING PROCEDURES - SOP)


PELANTIKAN PERUNDING KAJIAN TRAFIK DAN PERUNDING KAJIAN
RANGKAIAN PENGANGKUTAN MELALUI KAEDAH LANTIKAN TERUS SECARA
PENGGILIRAN BAGI KOS KAJIAN TRAFIK/ KAJIAN PENILAIAN KESAN TRAFIK
(TRAFFIC IMPACT ASSESSMENT – TIA) SEHINGGA RM500 RIBU

1. OBJEKTIF

Kementerian Kewangan (MOF) telah memberi kelulusan khas kepada Jabatan


Kerja Raya (JKR) untuk melaksanakan Pelantikan Perunding Kajian Trafik dan
Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan melalui kaedah lantikan terus secara
penggiliran bagi kos kajian trafik/ kajian TIA sehingga RM500 ribu melalui surat
rujukan MOF.BPK(S)600-1/3/47 JLD.5(22) bertarikh 18 Ogos 2021.

2. SKOP PEROLEHAN

2.1 Kelulusan khas untuk melaksanakan pelantikan Perunding Kajian Trafik


dan Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan melalui kaedah lantikan
terus secara penggiliran bagi kos Kajian Trafik/ Kajian TIA sehingga RM500
ribu sah untuk tempoh selama tiga (3) tahun bermula daripada 18 Ogos
2021 sehingga 31 Ogos 2024.

2.2 Pengecualian khas ini diberikan kepada pelantikan Perunding Kajian Trafik
dan Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan bagi melaksanakan Kajian
Trafik/ Kajian TIA sahaja dan tidak boleh dijadikan 'precedent' untuk
pelantikan perunding lain.

2.3 Penggiliran adalah berdasarkan kepada Senarai Daftar Induk yang


dibahagikan mengikut lokaliti (Zon), diperakukan oleh satu Jawatankuasa
yang ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pelulus Senarai Nama Perunding
Kajian Trafik dan Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan JKR
Malaysia. Senarai daftar ini perlu diperbaharui/dikemaskini setiap enam (6)
bulan sekali.

-1-
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

2.4 Perunding Kajian Trafik dan Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan


yang disenaraikan dalam Senarai Daftar Induk hendaklah masing-masing
berdaftar dengan MOF dalam kod bidang 340202 (Kajian Trafik) sahaja,
atau 340201 (Kajian Rangkaian Pengangkutan) sahaja atau kod bidang
340202 (Kajian Trafik) dan 340201 (Kajian Rangkaian Pengangkutan).

2.5 SOP ini hendaklah diguna pakai oleh semua Cawangan lbu Pejabat JKR,
JKR Negeri dan JKR Unit Khas yang melaksanakan perolehan pelantikan
Perunding Kajian Trafik dan Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan di
bawah semua butiran peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi projek yang
dilaksanakan oleh JKR Malaysia sahaja. Manakala bagi projek JKR Negeri
yang menggunakan peruntukan Negeri, boleh menggunapakai SOP ini
tertakluk dengan kebenaran daripada Pegawai Berkuasa Melulus Negeri.

2.6 Pemilihan Nama Perunding Kajian Trafik dan Perunding Kajian


Rangkaian Pengangkutan

Pemilihan nama perunding melalui kaedah lantikan terus secara penggiliran


bagi kos kajian trafik/ kajian TIA sehingga RM500 ribu dilaksanakan oleh
Cawangan Jalan (CJ), JKR.

2.7 Kos Pelantikan Perunding Kajian Trafik dan Perunding Kajian


Rangkaian Pengangkutan

2.7.1 Kos pelantikan perunding merangkumi yuran perunding dan juga kos
imbuhan balik merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
PK 3.2 Kos Perkhidmatan Perunding.

2.7.2 Yuran pelantikan Perunding Kajian Trafik dan Perunding Kajian


Rangkaian Pengangkutan adalah secara Yuran Input Masa
(Man-Month).

-2-
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

2.8 Tambahan Kos Pelantikan Perunding Kajian Trafik dan Perunding


Kajian Rangkaian Pengangkutan

2.8.1 Sekiranya terdapat pertambahan kos pelantikan perunding yang


melebihi anggaran kos semasa memuktamadkan Cadangan
Teknikal dan Cadangan Kos (CTK) perunding, pihak Head of
Project Team (HOPT)/ Head of Design Team (HODT)/ JKR
Negeri/ JKR Unit Khas yang mana berkenaan, perlu memperolehi
pengesahan peruntukan tambahan.

2.8.2 Sekiranya terdapat pertambahan kos pelantikan perunding


disebabkan oleh perubahan skop selepas Surat Setuju Terima
(SST) dikeluarkan, pihak HOPT/ HODT/ JKR Negeri/ JKR Unit
Khas yang mana berkenaan, perlu membuat permohonan
tersebut untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa
Melulus (PBM) selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan
Malaysia PK 3.1 Perolehan Perunding Secara Am. Pihak HOPT/
HODT/ JKR Negeri/ JKR Unit Khas yang mana berkenaan, perlu
menyediakan Perjanjian Tambahan untuk perubahan skop dan
tambahan kos Pelantikan perunding. Perjanjian ini hendaklah
dikemukakan kepada Penasihat Undang-Undang (PUU),
Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk semakan dan kelulusan
terlebih dahulu.

2.9 Tempoh Pelantikan Perunding Kajian Trafik dan Perunding Kajian


Rangkaian Pengangkutan

2.9.1 Penentuan tempoh pelantikan perunding perlu mengikut


kesesuaian skop kerja dan lokasi projek.

2.10 Lanjutan Tempoh Pelantikan Perunding Kajian Trafik dan Perunding


Kajian Rangkaian Pengangkutan

2.10.1 Sekiranya tempoh pelantikan perunding perlu dilanjutkan, pihak


HOPT/ HODT/ JKR Negeri/ JKR Unit Khas yang mana berkenaan
hendaklah memastikan kelulusan pelanjutan tempoh perjanjian

-3-
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

oleh PBM dan rundingan termaI syarat perjanjian tambahan


dapat diselesaikan sebelum tarikh perjanjian perunding tamat
selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 3.10
Pentadbiran Kontrak Perunding.

2.10.2 Sekiranya terdapat permohonan pelanjutan tempoh pelantikan


perunding selepas tarikh perjanjian perunding tamat, ianya
hendaklah dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan Pegawai
Pengawal selaras dengan PK 3.10. Pihak HOPT/ HODT/ JKR
Negeri/ JKR Unit Khas yang mana berkenaan, perlu
menyediakan perjanjian tambahan untuk lanjutan tempoh
pelantikan perunding. Perjanjian ini hendaklah dikemukakan
kepada PUU, KKR untuk semakan dan kelulusan terlebih dahulu.

3.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA PELULUS SENARAI NAMA PERUNDING


KAJIAN TRAFIK DAN PERUNDING KAJIAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN
JKR MALAYSIA (JPSN)

3.1 JPSN ditubuhkan untuk memperakukan senarai nama Perunding Kajian


Trafik dan Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan bagi kaedah lantikan
terus secara penggiliran.

3.2 Jawatankuasa ini hendaklah memperbaharui Senarai Daftar lnduk Perunding


Kajian Trafik dan Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan bagi tempoh
setiap enam (6) bulan sekali.

3.3 Keahlian JPSN adalah seperti berikut:

Pengerusi Ketua Pengarah Kerja Raya/ Timbalan Ketua Pengarah Kerja


Raya
Ahli (i) Pengarah Kanan Cawangan Jalan (PKCJ) / Wakil
(ii) Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam
Dan Struktur (PKCKAS) / Wakil; dan
(iii) Pengarah Kanan Cawangan Kontrak Dan Ukur
Bahan (PKCKUB) / Wakil
Urus Setia Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan (BKUB),
-4-
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

Cawangan Jalan (CJ)


Kuorum 3 orang termasuk Pengerusi

4.0 SENARAI DAFTAR INDUK PERUNDING KAJIAN TRAFIK DAN PERUNDING


KAJIAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN

4.1 Nama-nama perunding diperolehi daripada Sistem ePerolehan dan


MyGPIS serta berdaftar dengan MOF dalam kod bidang 340202 (Kajian
Trafik) dan 340201 (Kajian Rangkaian Pengangkutan). Perunding akan
dilantik berdasarkan lokaliti (Zon) di mana projek dijalankan. Sekiranya
semua perunding telah dilantik pada Zon tersebut, nama perunding akan
diambil pada Zon Tengah.

4.2 Senarai Daftar lnduk ini akan dibahagikan mengikut lokaliti (Zon). Negeri-
negeri yang kecil digabungkan untuk menyesuaikan bilangan perunding
bagi setiap lokaliti. Lokaliti perunding seperti di Jadual 1:

Jadual 1 - Lokaliti Perunding Kajian Trafik dan Perunding Kajian


Rangkaian Pengangkutan

Bil. Zon Negeri


1. Selangor
2. Tengah Wilayah Persekutuan Putrajaya
3. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
4. Negeri Sembilan
5. Selatan Melaka
6. Johor
7. Perlis
8. Kedah
Utara
9. Perak
10. Pulau Pinang
11. Terengganu
12. Timur Kelantan
13. Pahang
14. Sabah
15. Borneo Sarawak
16. Wilayah Persekutuan Labuan
-5-
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

4.3 JPSN bertanggungjawab membuat saringan ke atas senarai perunding yang


dikenalpasti seperti di perkara 4.1 berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

4.3.1 Pendaftaran dengan MOF dalam kod bidang yang berkaitan dan
masih sah semasa JPSN bersidang.

4.3.2 Bebas daripada tindakan tatatertib/ penyenaraian hitam oleh MOF/


Lembaga Profesional.

4.4 Senarai Daftar lnduk Perunding ini akan diperakukan bagi tempoh enam (6)
bulan sahaja oleh JPSN.

4.5 Bagi mana-mana perunding yang telah menolak Surat Pelawaan atau tidak
memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari, HODT hendaklah
membuat permohonan semula nama perunding kepada Bahagian
Kejuruteraan Trafik, CJ.

4.6 Bagi mana-mana perunding yang menolak pelawaan akan ditangguhkan


tawaran pelantikan selama 1 tahun dari tarikh mesyuarat JPSN diadakan.

5.0 KAEDAH PEROLEHAN PERUNDING KAJIAN TRAFIK DAN PERUNDING


KAJIAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN

5.1 Pejabat yang Menguruskan Perolehan

Pejabat yang menguruskan perolehan Perunding Kajian Trafik dan


Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan adalah seperti berikut:

5.1.1 Cawangan Jalan (CJ)

(a) Menguruskan permohonan perolehan daripada


HOPT/HODT di Cawangan Jalan (CJ).
(b) Proses dan Aliran Kerja adalah seperti di Lampiran A.

-6-
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

5.1.2 Cawangan Ibu Pejabat (Tidak Termasuk Cawangan Jalan)

(a) Menguruskan permohonan perolehan daripada semua HOPT di


Cawangan JKR lbu Pejabat (tidak termasuk Cawangan Jalan).
(b) Proses dan Aliran Kerja adalah seperti di Lampiran B.

5.1.3 JKR Negeri/ JKR Unit Khas

(a) Menguruskan semua permohonan perolehan di peringkat


JKR Negeri/ JKR Unit Khas.
(b) Proses dan Aliran Kerja adalah seperti di Lampiran C.

5.2 Permohonan Nama Perunding Kajian Trafik dan Perunding Kajian


Rangkaian Pengangkutan

Semua pejabat yang menguruskan perolehan Perunding Kajian Trafik


Dan Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan seperti di perkara 5.1
hendaklah membuat permohonan nama perunding kepada:

Bahagian Kejuruteraan Trafik,


Cawangan Jalan,
lbu Pejabat JKR Malaysia,
Tingkat 20, Menara PJD,
No. 50 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Salinan permohonan hendaklah dikemukakan kepada :

Pengarah Kanan
Cawangan Jalan,
Ibu Pejabat JKR Malaysia,
Tingkat 15, Blok F,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
(u/p: Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan (BKUB))

-7-
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

5.3 Tatacara Perolehan Perunding Kajian Trafik Dan Perunding Kajian


Rangkaian Pengangkutan di Peringkat Cawangan Jalan (CJ)

5.3.1 HODT iaitu pihak yang memohon hendaklah mengemukakan


permohonan perolehan pelantikan perunding dengan
mengemukakan Lampiran D kepada Bahagian Kejuruteraan
Trafik, CJ yang mengandungi maklumat berikut, antaranya:

(a) Brif projek;


(b) Pengesahan kos siling projek dan lokasi projek;

(c) Surat kelulusan Pegawai Pengawal untuk lantikan perunding;


dan
(d) Keperluan-keperluan lain yang berkaitan.

Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ berhak menolak mana-mana


permohonan yang tidak lengkap dan teratur. Permohonan
tersebut akan dikembalikan kepada pemohon untuk pindaan
yang sewajarnya.

5.3.2 Setelah menerima permohonan yang lengkap dan teratur,


Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ akan menyediakan cadangan
Terma Rujukan / Terms of Reference (TOR) serta anggaran kos
dan seterusnya mengemukakan kepada HOPT melalui HODT
untuk mendapatkan pengesahan peruntukan bagi meneruskan
proses perolehan.

5.3.3 Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ hendaklah mengemukakan


permohonan kepada BKUB, CJ untuk pemilihan nama perunding.

5.3.4 Pemilihan nama perunding mengikut Senarai Daftar lnduk yang


telah diluluskan oleh JPSN akan disyorkan oleh BKUB,CJ,
diperakukan oleh sekurang-kurangnya pegawai Jurutera Awam
Penguasa Kanan (JAPK) Gred J54, CJ dan diluluskan oleh
Pengarah Kanan CJ melalui BKUB, CJ seperti di perkara 7. Borang
di Lampiran E-1 dan Lampiran E-2 digunakan untuk kelulusan.

-8-
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

5.3.5 Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ hendaklah menyedia dan


menguruskan Dokumen Pelawaan dan seterusnya mengemukakan
Dokumen Pelawaan kepada perunding yang diluluskan.

5.3.6 Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ menerima dan menyemak CTK


yang dikemukakan oleh perunding dan seterusnya
memuktamadkan CTK seperti di perkara 8.

5.3.7 Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ hendaklah menyediakan Surat


Setuju Terima (SST) dan mengemukakan kepada BKUB, CJ untuk
ditandatangani oleh Pengarah Kanan CJ.

5.3.8 Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ hendaklah merekod dan


mengemukakan Senarai Perunding Kajian Trafik Dan Kajian
Rangkaian Pengangkutan yang dilantik kepada BKUB, CJ
menggunakan format seperti di Lampiran F sebaik sahaja SST
perunding dikeluarkan.

5.3.9 BKUB, CJ hendaklah mengemaskini secara berterusan Senarai


Perunding Kajian Trafik Dan Perunding Kajian Rangkaian
Pengangkutan yang dilantik di JKR Malaysia.

5.4 Tatacara Perolehan Perunding Kajian Trafik Dan Perunding Kajian


Rangkaian Pengangkutan di Peringkat Cawangan Ibu Pejabat (Tidak
Termasuk Cawangan Jalan)

5.4.1 HODT iaitu pihak yang memohon hendaklah menentukan keperluan


pelantikan perunding setelah menerima butiran projek daripada
HOPT.

5.4.2 HODT hendaklah mengemukakan permohonan perolehan


pelantikan perunding dengan mengemukakan Lampiran D
kepada Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ yang mengandungi
maklumat berikut, antaranya:

(a) Brif projek berserta Schedule of Accommodation (SOA);


-9-
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

(b) Pengesahan kos siling projek dan lokasi projek;


(c) Surat kelulusan Pegawai Pengawal bagi melaksanakan
perolehan perkhidmatan perunding;
(d) Pengesahan keperluan TIA berdasarkan semakan HODT;
dan
(e) Keperluan-keperluan lain yang berkaitan, contohnya surat
pengesahan keperluan TIA daripada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT).

Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ berhak menolak mana-mana


permohonan yang tidak lengkap dan teratur. Permohonan
tersebut akan dikembalikan kepada pemohon untuk pindaan
yang sewajarnya.

5.4.3 Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ akan menyediakan cadangan


TOR serta anggaran kos dan seterusnya dimuktamadkan di
peringkat CJ. Setelah itu, maklumat-maklumat ini dikemukakan
kepada HODT yang memohon untuk mendapatkan pengesahan
peruntukan daripada HOPT bagi tujuan proses perolehan.

5.4.4 Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ hendaklah mengemukakan


permohonan kepada BKUB, CJ untuk pemilihan nama perunding.

5.4.5 Pemilihan nama perunding mengikut Senarai Daftar lnduk yang


telah diluluskan oleh JPSN akan disyorkan oleh BKUB,CJ,
diperakukan oleh sekurang-kurangnya pegawai JAPK J54 dari CJ
dan diluluskan oleh Pengarah Kanan CKAS melalui BKUB, CJ
seperti di perkara 7. Borang di Lampiran E-1 dan Lampiran E-2
digunakan untuk kelulusan.

5.4.6 HODT hendaklah menyedia dan menguruskan Dokumen Pelawaan


setelah menerima nama perunding daripada Bahagian
Kejuruteraan Trafik, CJ dan seterusnya mengemukakan Dokumen
Pelawaan kepada perunding yang dinamakan.

5.4.7 Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ menerima salinan CTK daripada


HODT dan menyemak CTK yang dikemukakan oleh perunding dan
- 10 -
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

seterusnya dimuktamadkan oleh Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ


seperti di perkara 8.

5.4.8 HODT hendaklah menyedia dan menguruskan SST untuk


ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa. SST tersebut
hendaklah disalinkan kepada Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ
seperti alamat di perkara 5.2.

5.4.9 Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ hendaklah merekod dan


mengemukakan Senarai Perunding Kajian Trafik Dan Kajian
Rangkaian Pengangkutan yang dilantik kepada BKUB, CJ
menggunakan format seperti di Lampiran F sebaik sahaja SST
perunding dikeluarkan.

5.4.10 BKUB, CJ hendaklah mengemaskini secara berterusan Senarai


Perunding Kajian Trafik Dan Perunding Kajian Rangkaian
Pengangkutan yang dilantik di JKR Malaysia.

5.5 Tatacara Perolehan Perunding Kajian Trafik Dan Perunding Kajian


Rangkaian Pengangkutan di JKR Negeri/ JKR Unit Khas

5.5.1 HODT JKR Negeri/ JKR Unit Khas ialah pihak yang memohon
hendaklah menentukan keperluan pelantikan perunding
berdasarkan butiran sesuatu projek.

5.5.2 HODT JKR Negeri/ JKR Unit Khas hendaklah menyediakan


cadangan TOR serta anggaran kos dan seterusnya dimuktamadkan
di peringkat JKR Negeri.

5.5.3 HODT JKR Negeri/ JKR Unit Khas hendaklah mengemukakan


permohonan pemilihan nama perunding dengan mengemukakan
Lampiran D kepada Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ di alamat
seperti perkara 5.2 yang mengandungi maklumat berikut,
antaranya:
(a) Brif projek;
(b) Lokasi projek;
(c) Skop pelantikan perunding;

- 11 -
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

(d) Surat kelulusan pelantikan perunding; dan


(e) Keperluan-keperluan lain yang berkaitan.

Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ berhak menolak mana-mana


permohonan yang tidak lengkap dan teratur. Permohonan
tersebut akan dikembalikan kepada pemohon untuk pindaan
yang sewajarnya.

5.5.4 Pemilihan nama perunding mengikut Senarai Daftar lnduk yang


telah diluluskan oleh JPSN akan disyorkan oleh BKUB,CJ
diperakukan oleh sekurang-kurangnya pegawai JAPK J54 dari CJ
dan diluluskan oleh Pengarah Kanan CJ bagi projek jalan dan
Pengarah Kanan CKAS bagi projek bangunan seperti di Perkara 7.
Borang di Lampiran E-1 dan Lampiran E-2 digunakan untuk
kelulusan.

5.5.5 HODT JKR Negeri/ JKR Unit Khas hendaklah menyedia dan
menguruskan Dokumen Pelawaan setelah menerima nama
perunding daripada Pengarah Kanan CJ dan seterusnya
mengemukakan Dokumen Pelawaan kepada perunding yang
dinamakan.

5.5.6 HODT JKR Negeri/ JKR Unit Khas menerima dan menyemak CTK
yang dikemukakan oleh perunding dan seterusnya
memuktamadkan CTK seperti di perkara 8.

5.5.7 HODT JKR Negeri/ JKR Unit Khas hendaklah menyedia dan
menguruskan SST untuk ditandatangani oleh pegawai yang diberi
kuasa. SST tersebut hendaklah disalinkan kepada Bahagian
Kejuruteraan Trafik, CJ seperti alamat di perkara 5.2.

5.5.8 Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ hendaklah merekod dan


mengemukakan Senarai Perunding Kajian Trafik Dan Kajian
Rangkaian Pengangkutan yang dilantik kepada BKUB, CJ
menggunakan format seperti di Lampiran F sebaik sahaja SST
perunding dikeluarkan.

- 12 -
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

5.5.9 BKUB, CJ hendaklah mengemaskini secara berterusan Senarai


Perunding Kajian Trafik Dan Perunding Kajian Rangkaian
Pengangkutan yang dilantik di JKR Malaysia.

6.0 PENGURUSAN KONTRAK PELANTIKAN PERUNDING KAJIAN TRAFIK


DAN PERUNDING KAJIAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN

6.1 Penyediaan Dokumen Perjanjian Perunding Kajian Trafik dan


Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan (Contract Services
Agreement (CSA))

Dokumen Perjanjian Perunding hendaklah dimuktamadkan dalam


tempoh empat (4) bulan selepas SST ditandatangan balas oleh
perunding yang diuruskan oleh pejabat pemohon.

6.2 Tuntutan Bayaran Pelantikan Perunding Kajian Trafik Dan


Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan di Peringkat CJ

Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ hendaklah menyemak serta membuat


pengesyoran bayaran perunding dan diperakukan oleh Pengarah Pakar
Kejuruteraan Jalan dan Jambatan (PKJJ).

6.3 Tuntutan Bayaran Pelantikan Perunding Kajian Trafik Dan


Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan di Peringkat Cawangan
Ibu Pejabat (Tidak Termasuk Cawangan Jalan)

6.3.1 HODT hendaklah mengemukakan laporan trafik/ deliverables


yang dilaksanakan oleh perunding untuk ulasan Bahagian
Kejuruteraan Trafik, CJ.

6.3.2 Bahagian Kejuruteraan Trafik, CJ hendaklah menyemak tuntutan


bayaran perunding manakala pengesyoran serta perakuan oleh
HODT dan seterusnya dikemukakan kepada HOPT berkaitan bagi
tujuan menguruskan pembayaran.

- 13 -
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

6.4 Tuntutan Bayaran Pelantikan Perunding Kajian Trafik Dan Perunding


Kajian Rangkaian Pengangkutan di JKR Negeri/ JKR Unit Khas

HODT JKR Negeri/ JKR Unit Khas hendaklah membuat pengesyoran dan
perakuan bayaran perunding kepada pejabat yang berkenaan bagi tujuan
menguruskan pembayaran.

7.0 PEMILIHAN NAMA PERUNDING KAJIAN TRAFIK DAN PERUNDING


KAJIAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN SECARA PENGGILIRAN OLEH
CJ

7.1 Pemilihan nama perunding mengikut Senarai Daftar lnduk Perunding


Kajian Trafik Dan Perunding Kajian Rangkaian Pengangkutan yang telah
diluluskan oleh JPSN hendaklah diperakukan oleh sekurang-kurangnya
pegawai Jurutera Awam Penguasa Kanan Gred J54, di Cawangan Jalan
dan diluluskan oleh Pengarah Kanan, CJ bagi projek jalan manakala,
bagi projek bangunan diluluskan oleh Pengarah Kanan, CKAS melalui
BKUB, CJ.

7.2 Maklumat kelulusan hendaklah direkodkan di dalam borang di Lampiran


E-1 dan Lampiran E-2.

7.3 Pelantikan BKUB, CJ sebagai Urusetia JSPN hendaklah dibuat oleh


Pengarah Kanan, CJ secara bertulis.

7.4 Tanggungjawab BKUB, CJ adalah seperti berikut:

7.4.1 Menyelaras mesyuarat JPSN setiap enam (6) bulan sekali.

7.4.2 Menguruskan pemilihan nama perunding dan membawa kepada


Pegawai Peraku dan Pegawai Pelulus.

7.5 Pelantikan pegawai yang memperaku dan pelulus hendaklah dibuat oleh
Ketua Pengarah Kerja Raya secara bertulis.

- 14 -
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

7.6 Tanggungjawab pegawai yang memperaku dan pelulus adalah seperti


berikut:

7.6.1 Memastikan setiap permohonan nama perunding disertakan


dengan pengesahan peruntukan yang mencukupi.

7.6.2 Memastikan lokaliti (Zon) projek dan alamat berdaftar


perunding yang dipilih menepati Perkara 4.2.

7.6.3 Memastikan pendaftaran perunding dengan MOF masih sah.

7.6.4 Memastikan perunding bebas daripada tindakan tatatertibI


penyenaraian hitam oleh MOF / Lembaga Profesional.

7.7 Pemilihan, penyenaraian giliran dan pelantikan perunding hendaklah


secara telus, adil dan saksama bagi mengelakkan perunding yang
sama dilantik berulang kali.

7.8 CJ hendaklah memaklumkan Keputusan Pemilihan Nama Perunding


kepada pihak yang mengemukakan permohonan.

8.0 MEMUKTAMADKAN CADANGAN TEKNIKAL DAN CADANGAN KOS


PERUNDING KAJIAN TRAFIK DAN PERUNDING KAJIAN RANGKAIAN
PENGANGKUTAN

8.1 CTK perunding hendaklah diperakukan oleh sekurang-kurangnya


pegawai Gred J41 dan diluluskan oleh sekurang-kurangnya pegawai
Gred J48 untuk dimuktamadkan. Pegawai-pegawai tersebut
hendaklah dilantik oleh Pengarah Kanan, CJ secara bertulis bagi
projek di peringkat Ibu Pejabat.

8.2 Bagi projek di peringkat JKR Negeri/ JKR Unit Khas, CTK perunding
hendaklah diperakukan oleh pegawai yang telah diberi kuasa.

8.3 Tanggungjawab pegawai yang memperaku dan pelulus adalah seperti


berikut:

- 15 -
SOP PERUNDING/BKT/RV3/19112021

8.3.1 Memastikan nama perunding yang dipelawa telah diluluskan


oleh Pengarah Kanan, CJ bagi projek jalan;

8.3.2 Memastikan nama perunding yang dipelawa telah diluluskan oleh


Pengarah Kanan, CKAS bagi projek bangunan;

8.3.3 Memastikan kos pelantikan perunding yang dicadangkan tidak


melebihi anggaran kos.

8.4 Maklumat CTK perunding yang diluluskan hendaklah direkodkan di


dalam borang Keputusan Penilaian Kos kajian trafik/ kajian TIA seperti
di Lampiran G.

8.5 Kelulusan CTK hendaklah dimaklumkan kepada pihak yang


mengemukakan permohonan untuk disediakan SST.

- 16 -
LAMPIRAN A
PROSES DAN ALIRAN KERJA
PELANTIKAN PERUNDING KAJIAN TRAFIK DAN KAJIAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN MELALUI KAEDAH LANTIKAN
TERUS SECARA PENGGILIRAN
CAWANGAN JALAN (CJ)
*Tempoh Dokumen
Rujukan Pihak Yang Masa (Hari) Rujukan/
Bil Proses Kerja Aliran Kerja
Klausa Bertanggungjawab Borang/
Lampiran

MULA

1. Kemuka permohonan perolehan 5.3.1 HODT


pelantikan perunding.

2. Terima dan semak permohonan 5.3.2 BKT, CJ 1 Lampiran D


pelantikan perunding kajian trafik.

3. Sedia TOR serta Anggaran Kos dan 5.3.2 BKT, CJ 3


kemukakan kepada HOPT.

4. HOPT mempersetujui TOR serta 5.3.2 HOPT 3


Anggaran Kos dan mengesahkan
peruntukan mencukupi.

5. Kemuka permohonan nama perunding 5.3.3 BKT,CJ 1


kepada BKUB, CJ.

6. Pengesyoran nama perunding 5.3.4 BKUB, CJ 1 Lampiran E-1


sepertimana dalam Senarai Daftar Lampiran E-2
Induk yang telah diluluskan oleh JPSN.

7. Perakuan dan Kelulusan Nama 5.3.4 Pegawai peraku 4


Perunding sepertimana dalam Senarai sekurang - kurangnya
Daftar Induk yang telah diluluskan oleh JAPK Gred J54, CJ &
JPSN. pelulus
Pengarah Kanan CJ

8. Sedia, kemuka Dokumen Pelawaan 5.3.5 BKT, CJ 2


kepada perunding yang diluluskan dan (BKT)
terima surat jawapan pelawaan. 7
(Perunding)

9. Terima, semak dan muktamadkan CTK 5.3.6 BKT, CJ 5 Lampiran G


perunding. Pegawai peraku
sekurang – kurangnya
Gred J41 & pelulus Gred
J48

10. Sedia SST dan kemuka SST untuk 5.3.7 BKT, CJ 5


tandatangan oleh PKCJ.

11. Merekod dan kemukakan senarai 5.3.8 BKT, CJ 1 Lampiran F


perunding yang dilantik kepada BKUB,
CJ.

12. Kemaskini secara berterusan Senarai 5.3.9 BKUB, CJ


Perunding Kajian Trafik Dan Perunding
Kajian Rangkaian Pengangkutan yang
dilantik di JKR Malaysia.

TAMAT

NOTA
CJ : Cawangan Jalan *Tertakluk kepada kecukupan maklumat
BKT : Bahagian Kejuruteraan Trafik
BKUB : Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan
JAPK : Jurutera Awam Penguasa Kanan
LAMPIRAN B
PROSES DAN ALIRAN KERJA
PELANTIKAN PERUNDING KAJIAN TRAFIK DAN KAJIAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN MELALUI KAEDAH LANTIKAN
TERUS SECARA PENGGILIRAN
CAWANGAN IBU PEJABAT JKR (TIDAK TERMASUK CAWANGAN JALAN)
*Tempoh Dokumen
Rujukan Pihak Yang Masa (Hari) Rujukan/
Bil Proses Kerja Aliran Kerja
Klausa Bertanggungjawab Borang/
Lampiran

MULA

1. Penentuan keperluan pelantikan 5.4.1 HODT


perunding kajian Trafik/ Kajian TIA

2. Kemuka permohonan pelantikan 5.4.2 HODT 1 Lampiran D


perunding kajian trafik/ kajian TIA

3. Sedia TOR serta Anggaran Kos dan 5.4.3 BKT, CJ 3


seterusnya dimuktamadkan di
peringkat CJ.

4. HOPT mempersetujui TOR serta 5.4.3 HOPT 3


Anggaran Kos dan mengesahkan
peruntukan mencukupi.

5. Kemuka permohonan pemilihan 5.4.4 BKT, CJ 1


nama perunding kepada BKUB, CJ.

6. Pengesyoran nama perunding 5.4.5 BKUB, CJ 1 Lampiran E-1


sepertimana dalam Senarai Daftar Lampiran E-2
Induk yang telah diluluskan oleh
JPSN.

7. Perakuan dan Kelulusan Nama 5.4.5 Pegawai peraku 4


Perunding sepertimana dalam sekurang - kurangnya
Senarai Daftar Induk yang telah JAPK Gred J54, CJ &
diluluskan oleh JPSN. Pelulus Pengarah
Kanan CKAS

8. Kemuka nama perunding Kajian 5.4.6 BKT, CJ 1


Trafik/ Kajian TIA yang diluluskan
oleh Pengarah Kanan, CKAS kepada
HODT untuk penyediaan dokumen
Pelawaan.

9. Sedia, kemuka Dokumen Pelawaan 5.4.6 HODT 2


kepada perunding yang diluluskan (BKT)
dan terima surat jawapan pelawaan. 7
(Perunding)

10. Terima, semak dan muktamadkan 5.4.7 BKT, CJ 5 Lampiran G


CTK perunding. Pegawai peraku
sekurang – kurangnya
Gred J41
& pelulus Gred J48, CJ

11. Menyedia dan menguruskan SST 5.4.8 HODT 5


serta Dokumen Perjanjian.

12. Merekod dan kemukakan senarai 5.4.9 BKT, CJ 1 Lampiran F


perunding yang dilantik kepada
BKUB, CJ.

13. Kemaskini secara berterusan Senarai 5.4.10 BKUB, CJ


Perunding Kajian Trafik Dan
Perunding Kajian Rangkaian
Pengangkutan yang dilantik di JKR
TAMAT
Malaysia.

NOTA
CJ : Cawangan Jalan *Tertakluk kepada kecukupan maklumat
BKT : Bahagian Kejuruteraan Trafik
BKUB : Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan
JAPK : Jurutera Awam Penguasa Kanan
LAMPIRAN C

PROSES DAN ALIRAN KERJA


PELANTIKAN PERUNDING KAJIAN TRAFIK DAN KAJIAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN MELALUI KAEDAH LANTIKAN
TERUS SECARA PENGGILIRAN
JKR NEGERI/ JKR UNIT KHAS
*Tempoh Dokumen
Pihak Yang Masa (Hari) Rujukan/
Bil Proses Kerja Aliran Kerja
Bertanggungjawab Borang/
Lampiran

MULA

1. Penentuan keperluan pelantikan 5.5.1 HODT


perunding kajian Trafik/ Kajian TIA JKR Negeri/ JKR Unit
Khas

2. Sediakan TOR serta Anggaran Kos 5.5.2 HODT 3


dan seterusnya dimuktamadkan di JKR Negeri/ JKR Unit
peringkat JKR Negeri. Khas

3. Kemukakan permohonan pemilihan 5.5.3 BKT, CJ 1 Lampiran D


nama perunding kepada BKUB, CJ.

4. Pengesyoran nama perunding 5.5.4 BKUB, CJ 1 Lampiran E-1


sepertimana dalam Senarai Daftar Lampiran E-2
Induk yang telah diluluskan oleh
JPSN.

5. Perakuan dan Kelulusan Nama 5.5.4 Pegawai peraku 4


Perunding sepertimana dalam sekurang - kurangnya
Senarai Daftar Induk yang telah JAPK Gred J54, CJ &
diluluskan oleh JPSN. Pelulus Pengarah
Kanan CJ (projek jalan),
Pengarah Kanan CKAS
(projek bangunan)

6. Penerimaan keputusan nama 5.5.3 HODT 1


perunding Kajian Trafik/ Kajian TIA JKR Negeri/ JKR Unit
daripada CJ. Khas
2
7. Sedia, kemuka Dokumen Pelawaan 5.5.5 HODT (HODT)
kepada perunding yang diluluskan JKR Negeri/ JKR Unit 7
dan terima surat jawapan Pelawaan Khas (Perunding)

8. Terima, semak dan muktamadkan 5.5.6 HODT 5 Lampiran G


CTK perunding. JKR Negeri/ JKR Unit
Khas

9. Menyediakan dan menguruskan SST 5.5.7 HODT 5


dan Dokumen Perjanjian. JKR Negeri/ JKR Unit
Khas

10. Kemukakan senarai perunding yang 5.5.8 HODT 1 Lampiran F


dilantik kepada Bahagian JKR Negeri/ JKR Unit
Kejuruteraan Trafik, CJ. Khas

11. Kemaskini secara berterusan 5.5.9 BKUB, CJ


Senarai Perunding Kajian Trafik Dan
Perunding Kajian Rangkaian
Pengangkutan yang dilantik di JKR
Malaysia.
TAMAT

NOTA
CJ : Cawangan Jalan *Tertakluk kepada kecukupan maklumat
BKT : Bahagian Kejuruteraan Trafik
BKUB : Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan
JAPK : Jurutera Awam Penguasa Kanan
LAMPIRAN F

SENARAI PERUNDING KAJIAN TRAFIK DAN PERUNDING KAJIAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN YANG DILANTIK SEHINGGA DISEMBER 2021

BIL. NAMA PERUNDING TARIKH LANTIKAN PROJEK KOS PERUNDING


(senaraikan semua tarikh lantikan yang (tanpa cukai)
terlibat sehingga Disember 2021)
1. ABC Traffic Specialist 1. 20.8.2021 1. Pembinaan sekolah DEF untuk RMXXX,XXX.XX
(contoh) Lokaliti/Zon: Selangor/ Zon Tengah Kementerian Pendidikan Malaysia
Lokasi: Selangor
2. 24.9.2021 2. Pembinaan Hospital Daerah YY untuk RMXX,XXX.XX
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lokasi : Selangor
3. 2.12.2021 3. Pembinaan Ibu Pejabat RELA untuk RMXX,XXX.XX
Kementerian Dalam Negeri
Lokasi : Selangor
Jumlah Lantikan hingga kini 3 RMXXX,XXX.XX
2. Nama Firma 1. 1.
Lokaliti/ Zon : 2. 2.
3. 3.
Jumlah Lantikan hingga kini
3. Nama Firma 1. 1.
Lokaliti/ Zon : 2. 2.
3. 3.
Jumlah Lantikan hingga kini
4. Nama Firma 1. 1.
Lokaliti/ Zon : 2. 2.
3. 3.
Jumlah Lantikan hingga kini
5. Nama Firma 1. 1.
Lokaliti/ Zon : 2. 2.
3. 3.
Jumlah Lantikan hingga kini
……. Nama Firma 1. 1.
Lokaliti/ Zon : 2. 2.
3. 3.
Jumlah Lantikan hingga kini
LAMPIRAN G

KEPUTUSAN PENILAIAN KOS KAJIAN TRAFIK/ KAJIAN PENILAIAN KESAN TRAFIK (TIA)

PROJEK :

PERUNDING YANG DIPELAWA:

ANGGARAN KOS YANG KOS YANG


PERKARA KOS DISYORKAN DIMUKTAMADKAN
(RM) (RM) (RM)
A Kos Perkhidmatan Perunding
Yuran Ikhtisas

Jumlah:
B Kos Imbuhan Balik
Imbuhan Balik

Jumlah:
Jumlah A + B
Cukai Perkhidmatan (6%)
Jumlah Keseluruhan Kos Perunding:

TANDATANGAN PERAKU DAN PELULUS CAP JAWATAN

Pegawai Yang Memperakukan

…………………………………
( Nama Pegawai )

Pegawai Yang Meluluskan

…………………………………
( Nama Pegawai )

Tarikh:
LAMPIRAN D

PERMOHONAN PEROLEHAN PELANTIKAN PERUNDING KAJIAN TRAFIK DAN KAJIAN RANGKAIAN


PENGANGKUTAN MELALUI KAEDAH LANTIKAN TERUS SECARA PENGGILIRAN BAGI KOS KERJA KAJIAN TRAFIK/
KAJIAN PENILAIAN KESAN TRAFIK (TRAFFIC IMPACT ASSESSMENT – TIA)

NAMA PROJEK:

KONVENSIONAL DALAMAN / PERUNDING:

BIL KEPERLUAN DOKUMEN TINDAKAN (/)


1. Brif projek berserta Schedule of Accommodation (SOA)
2. Pengesahan kos siling projek dan lokasi projek
3. Surat kelulusan kebenaran bagi melaksanakan perolehan pelantikan perunding
4. Pengesahan keperluan TIA berdasarkan semakan HODT
5. Keperluan-keperluan lain yang berkaitan, contohnya surat pengesahan keperluan TIA
daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

TANDATANGAN PEMOHON CAP CAWANGAN

Pegawai Yang Memohon

…………………………………
( Nama Pegawai )

Tarikh:

You might also like