You are on page 1of 6

Channel PA 900 STPM @CNM

PA Sem 1
Contoh Soalan Struktur HOT dan Jawapan

Soalan 1
Huraikan dua cara bagaimana seseorang tertuduh boleh dihadapkan ke mahkamah. [4]
1. Melalui surat saman (1 markah). Surat saman mengandungi kesalahan , tarikh, dan
waktu untuk hadir ke mahkamah (1 Markah).

2. Melalui waran tangkap (1 markah). Apabila Orang Kena Tuduh (OKT) tidak hadir di
mahkamah pada tarikh dan waktu yang ditetapkan, maka waran tangkap dikeluarkan (1
markah).

3. Tangkap tanpa waran (1 markah). Keadaan ini berlaku apabila tertuduh tertangkap
ketika melakukan jenayah atau tangkapan yang perlu disegerakan (1 markah).

Soalan 2
Terangkan dua keadaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu merujuk terlebih dahulu kepada
Kerajaan Negeri sebelum sesuatu perkara yang baharu dilaksanakan. [4]
1. Apabila PBT hendak melaksanakan sesuatu dasar baharu (1 markah). Hal ini supaya
tidak berlaku percanggahan dalam pelaksanaan dasar (1 markah).

2. Apabila PBT hendak mewujudkan perjawatan baharu (1 markah). Hal ini kerana
penjawatan baharu akan melibatkan peruntukan kewangan (1 markah).

3. Apabila PBT hendak melantik ahli majlis (1 markah). Hal ini kerana penjawatan
baharu akan melibatkan peruntukan kewangan (1 markah).

4. Apabila PBT hendak melakukan perubahan sempadan (1 markah). Hal ini kerana
PBT tertakluk kepada kuasa negeri (1 markah).

5. Apabila PBT hendak melalukan perancangan pembangunan tempatan (1 markah).


Hal ini kerana akan melibatkan dasar dan kewangan (1 markah).

6. Apabila PBT hendak meluluskan undang-undang kecil (1 markah). Hal ini kerana
undang-undang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri (1 markah).

1
Channel PA 900 STPM @CNM

Soalan 3
Terangkan dua sebab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan agensi yang bebas? [4]
Bil. Isi/Idea Huraian

1. Keanggotaan - Ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa pengaruh


mana-mana pihak
- Bukan pegawai kerajaan
- Tidak boleh memegang jawatan lain

2. Pengaruh - Tidak dipengaruhi oleh parti politik


- Tidak dipengaruhi oleh badan pemerintah/kehakiman

3. Kelulusan Parlimen - Sekiranya ada cadangan peraturan pilihan raya perlu


mendapat kelulusan Parlimen

4. Kuasa - Berkuasa penuh dalam proses pilihan raya

5. Penyelesaian - Segala pertelingkahan dalam pilihan raya diselesaikan di


pertelingkahan mahkamah

6. Saraan - Ditentukan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Yang


Disatukan

Soalan 4
Terangkan dua kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah negara yang berdaulat.[4]
Bil. Isi/Idea Huraian
1. Mewujudkan satu pentadbiran yang ● Perlembagaan merupakan undang-undang yang
adil mengandungi peraturan serta prinsip sebagai
asas kepada perjalanan kerajaan yang adil.

2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa ● Perlembagaan merupakan panduan kepada


oleh pemerintah kerajaan supaya tidak menyalahgunakan kuasa
yang telah diamanahkan.

3. Menjamin pentadbiran yang teratur ● Perlembagaan menjelaskan tentang adanya


pengasingan kuasa dan struktur pentadbiran
yang teratur.

4. Menjamin hak rakyat ● Perlembagaan menjamin hak asasi warganegara


supaya hidup aman dan sejahtera.

5. Memupuk perpaduan /integriti ● Perlembagaan dapat mewujudkan suasana yang


boleh menyatupadukan rakyat.

2
Channel PA 900 STPM @CNM

Soalan 5
Huraikan dua cara tertuduh boleh memberikan keterangan di mahkamah. [4]
Bil. Isi/Idea Huraian
1. Memberi keterangan di ● Tertuduh tidak boleh dikenakan pemeriksaan
kandang orang salah balas oleh pendakwa
2. Memberi keterangan ● Tertuduh boleh diperiksa balas oleh pendakwa.
bersumpah
3. Memilih untuk berdiam diri di ● Pihak pendakwa terpaksa membuktikan yang
mahkamah tertuduh bersalah sehingga tidak ada syak
wasangka yang munasabah.

Soalan 6
Jelaskan dua langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan daya saing negara.[4]
Bil. Isi/Idea Huraian
1. Meningkatkan penggunaan ● Menambah penggunaan ICT
teknologi moden ● Menggunakan teknologi terkini dalam
pengeluaran

2. Meningkatkan kualiti ● Meningkatkan system dan kurikulum pendidikan


pendidikan ● Meningkatkan kualiti pengajaran

3. Menghasilkan produk yang ● Menghasilkan produk yang kompetitif di


ada nilai tambah peringkat antarabangsa
4. Memantapkan sistem ● Meningkatkan ketelusan dan keselarasan proses
penyampaian perkhidmatan dan prosedur kerja
kerajaan
5. Menjemput pakar teknikal ● Meningkatkan kefahaman tentang strategi daya
saing

3
Channel PA 900 STPM @CNM

Soalan 7
Nyatakan dua hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. [4]
Bil Isi/idea Huraian
1. Kebebasan diri ● Seseorang itu tidak boleh dilucutkan nyawanya menurut
undang-undang
● Sekiranya ditangkap, seseorang itu perlu diberitahu
sebab-sebab ditangkap
● Tidak boleh ditahan melebihi 24 jam tanpa kebenaran
majistret
● Berhak mendapatkan khidmat peguam sekiranya ditangkap

2. Keabadian dan kerja ● Seseorang itu tidak boleh dijadikan abdi


paksa ● Tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu kerja secara paksa
tanpa upah

3. Mendapat perlindungan ● Seseorang itu tidak boleh dihukum kerana perbuatan yang
daripada undang-undang menjadi kesalahan pada undang-undang
jenayah berkuatkuasa ● Seseorang yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh
kebelakangan dan dibicarakan semula atas kesalahan sama
perbicaraan berulang
4. Kesamarataan @ Hak ● Semua orang mendapat perlindungan yang sama di sisi
sama rata undang-undang
● Rakyat Malaysia tidak boleh dibezakan dari segi agama,
kaum, keturunan, jantina, dan tempat lahir

5. Kebebasan bergerak dan ● Rakyat Malaysia tidak boleh dibuang negeri atau ditahan
larangan buang negeri masuk ke Persekutuan
● Rakyat Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan
selagi menurut undang-undang

6. Kebebasan ● Rakyat Malaysia bebas bercakap, berhimpun, dan


bercakap/bersuara; menubuhkan persatuan selagi tidak melanggar
berhimpun dan undang-undang yang ditetapkan
menubuhkan persatuan
7. Kebebasan ● Rakyat Malaysia bebas mengamalkan dan mengembangkan
beragama/Hak untuk agamanya
beragama
8. Hak terhadap ● Berhak mendapat pelajaran dan tidak boleh dibezakan dari
pelajaran/pendidikan segi agama, kaum, keturunan, dan jantina

9. Hak terhadap harta ● Rakyat Malaysia tidak boleh diambil hartanya tanpa diberi
pampasan.
● Rakyat Malaysia berhak mengumpul harta selagi tidak
menyalahi undang-undang.

4
Channel PA 900 STPM @CNM

Soalan 8
Jelaskan dua cara penamatan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia. [4]
Bil Isi/Idea Huraian
1. Pelepasan/penolakan ● Telah mendapat kewarganegaraan negara lain
● Melepaskan/menolak kewarganegaraan
Malaysia
2. pelucutan ● Tidak etia melalui perbuatan dan percakapan
● Perkahwinan wanita yang mendapat
kewarganegaraan melalui terbubar (kecuali
atas sebab kematian suami)
● Mendapat kewarganegaraan melalui
pendaftaran dengan memberikan maklumat
yang dibuktikan palsu
● Anak warganegara yang berusia di bawah 21
tahun yang melepaskan/menolak
kewarganegaraan
● Mendapat/memperoleh kewarganegaraan asing
● Menderhaka kepada negara ketika
peperangan/mengkianati negara

Soalan 9
Huraikan dua sebab seseorang boleh dihalang daripada memasuki Malaysia. [4]
Bil Isi/idea Huraian
1. Keselamatan Melindungi keselamatan Malaysia dan negeri-negeri dalam
Malaysia daripada sebarang ancaman yang memudaratkan.
2. Ketenteraman awam Menjamin ketenteraman orang awam daripada perlakuan
yang menyebabkan rasa tidak selamat
3. Kesihatan/penyakit Mengelakkan penyakit-penyakit berbahaya dan berjangkit
disebarkan kepada orang awam
4. Sedang menjalani hukuman Larangan terhadap pesalah yang sedang menjalani hukuman
atas kesalahan yang dilakukan
5 Tiada dokumen perjalanan yang Tidak mempunyai passport dan visa perjalanan
sah
6 Individu yang disenarai Individu yang pernah melakukan jenayah atau kesalahan
hitamkan -kesalahan lain
7 Negara -negara yang Kerajaan telah mengenakan larangan terhadap beberapa
warganegaranya dilarang negara untuk memasuki Malaysia
memasuki Malaysia

5
Channel PA 900 STPM @CNM

Soalan 10
Huraikan dua perbezaan antara anggota Dewan Negara dan anggota Dewan Rakyat. [4]
Bil Isi/idea Perbezaan
1 Umur -Dewan Negara – tidak kurang daripada 30 tahun
-Dewan Rakyat – tidak kurang daripada 21 tahun/tidak
kurang daripada 18 tahun
2 Gelaran -Dewan Negara – Senator
-Dewan Rakyat – Ahli parlimen atau wakil rakyat
3 Keahlian/keanggotaan -Dewan Negara – 70 orang
-Dewan Rakyat – 222 orang
4 Pemilihan/pelantikan -Dewan Negara – 26 orang dipilih oleh Dean Undangan
Negeri dan 44 orang dilantik oleh YDPA
-Dewan Rakyat – dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
5 Tempoh perkhidmatan -Dewan Negara – 3 tahun
-Dewan Rakyat – 5 tahun
6 Pembubaran Parlimen -Dewan Negara – keanggotaan tidak terjejas
-Dewan Rakyat – hilang keanggotaan
7 Had maksimum tempoh -Dewan Negara – 6 tahun atau dua penggal
keanggotaan -Dewan Rakyat – tiada had keanggotaan selagi dipilih oleh
rakyat dalam pilihan raya

You might also like