You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : SKT 500-5/2(1 1 )


Tarikh : 24 Mac 2024

Bilal,
Masjid Al-Anwar Kampung Tengah,
Mukim Tualang,
Pokok Sena, Alor Setar,Kedah.
(U.P: Abdul Razak bin Mohd Arif)

Tuan,
JEMPUTAN KE PROGRAM IHYA RAMADAN SK TUALANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, majlis seperti di atas akan diadakan seperti


ketetapan berikut;
Tarikh : 28 Mac 2024 ( Khamis )
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Al Biruni, SK Tualang.
Atur cara majlis : seperti lampiran

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput tuan sebagai tetamu
khas mewakili komuniti masjid untuk menyampaikan sumbangan Bakul Kasih Ramadan
kepada asnaf yang layak dalam kalangan murid di sekolah ini. Sumbangan Bakul Ramadan
untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini.
4. Sembarang pertanyaan, sila hubungi Cikgu Suryani binti Mohd Rohimi,
Penolong Kanan Kurikulum di talian 016-6417046 atau Cikgu Sibyani binti Marzuki
di talian 012-5477413.
5. Kesudian pihak tuan menerima jemputan ini sangat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“ MALAYSIA MADANI ”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(AISOMUDDIN BIN AHMAD, PJK., )


Guru Besar
Sek. Keb. Tualang.
Pokok Sena,Kedah.
Atur cara Majlis
11.15 pagi - Murid berkumpul di dewan
11.25 pagi - Waris mengambil tempat
11.30 pagi - Ketibaan Penceramah Jemputan
Ustaz Mohamad Fida’iy Bin Zainal Abidin
Tenaga Pengajar
Kolej Agama Sultan Abdul Halim
( Merangkap Imam Masjid Sharifah Fatimah, Jitra )

11.35 pagi - Ucapan Aluan Pengacara Majlis


- Bacaan Doa
- Ceramah oleh Ustaz Mohamad Fida’iy Bin Zainal Abidin
Tajuk : Al-Quran Hati Kita, Sedekah Amalan Kita

12.50 t/ hari - Perasmian Didik Infaq


12.55 t/ hari - Edaran Bakul Kasih Ramadan
01.15 petang - Majlis Bersurai

You might also like