You are on page 1of 1

PERSATUAN PEMULIHAN KHAS DAERAH BERA

28200 BANDAR BERA, PAHANG

_______________________________________________________________________________________

Tarikh : 02 Julai 2023

Kepada,

________________________________

________________________________

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN HAMPER UNTUK CABUTAN BERTUAH BAGI JAMUAN JALINAN KASIH
PERSATUAN PEMULIHAN KHAS DAERAH BERA 2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Jamuan Jalinan Kasih Persatuan Pemulihan Khas akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Julai 2023 ( Jumaat )

Masa : 3.00 petang

Tempat : Hotel Seri Malaysia

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati ingin memohon sumbangan ikhlas
daripada pihak tuan berupa hamper sebanyak 10 buah untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah.

4. Kesudian tuan memberikan sumbangan tersebut amatlah kami alu-alukan dan hargai.

Sekian , terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………
(MUHD FAHMI BIN AB RASIB)
Pengerusi
Persatuan Pemulihan Khas Daerah Bera

You might also like