You are on page 1of 6

LAPORAN PROGRAM

1 Nama Program : Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid


2 Tarikh : 22 Julai 2023
3 Hari : Sabtu
4 Masa : 7:30 pagi – 1:00 tengah hari
5 Tempat : Dewan Ibnu Khaldun, SMK Taman Tasik
6 Objektif : i. Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan
dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang
berwibawa dalam aktiviti kokurikulum.
ii. Memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah
peningkatan pencapaian kokurikulum di peringkat
sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
iii. Memantapkan pengurusan unit kokurikulum bagi
memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan
pengukuhan pembelajaran di luar bilik darjah.
iv. Memantapkan sahsiah diri dan etika seorang pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas PRS,
pengawas SPBT, pengawas surau dan squad denggi.
v. Memberi bimbingan dan panduan kepada pengawas
berkaitan tugas badan-badan pengawas di sekolah.

7 Kumpulan Sasaran : i. Pengerusi setiap Unit Badan Beruniform


ii. Pengerusi setiap Kelab dan Persatuan
iii. Pengerusi setiap Kelab Sukan dan Permainan
iv. Pengerusi setiap Rumah Sukan
v. Pengawas Kokurikulum
vi. Pengawas Sukan
vii. Pengawas Sekolah
viii. Pembimbing Rakan Sebaya
ix. Pengawas Surau
x. Pengawas Pusat Sumber
xi. Pengawas SPBT
xii. Pengawas Tingkatan 6
xiii. Skuad Denggi
xiv. PPKI
xv. Ketua tingkatan ( Tingkatan 1 – Tingkatan 6 )
8 Butiran Aktiviti : i. Pendaftaran murid dan guru bermula pada pukul 7:30
pagi di hadapan Dewan Ibnu Khaldun, SMK Taman
Tasik.
ii. Para peserta mendengar taklimat kursus yang
disampaikan oleh Pn. Siti Maisarah binti Muhammad.
iii. Slot 1, iaitu aktiviti Ice Breaking dan Ceramah
Kepimpinan bermula pada pukul 8:00 pagi. Aktiviti ini
dikendalikan oleh YM Raja Hazmi b R.Abllah dan Cik Nur
Khaleesha binti Zainul Abidin yang merupakan kaunselor
di sekolah ini.
iv. Slot 2, iaitu Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) bermula
pada pukul 9:00 pagi. Aktiviti Slot 2, para peserta diberi
bimbingan dalam pengurusan acara. Aktiviti ini dipimpin
oleh Pn. Siti Noorul Aini binti Ab Rahim, dibantu oleh
fasilitator-fasilitator yang mahir dalam bidang pengurusan
acara. Sebelum aktiviti LDK bermula, para peserta
diagihkan kepada kumpulan perbincangan yang terdiri
daripada 28 orang ahli. Kemudian, setiap kumpulan
mendapat tajuk tugasan masing-masing. Tajuk-tajuk
tugasan kumpulan adalah berkaitan dengan pengurusan
Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan, seperti Penyediaan
Kertas Kerja, ‘Stage Manager’, Pengacaraan, Buku Atur
Cara, Hadiah/ Cenderamata/ Sijil, Persiapan Tempat (
Kedudukan Majlis ), Penyediaan Teks Ucapan,
Sambutan/ Ushrer, Penyediaan Jamuan, ‘Floor
Manager’, dan Teknik/ Siaraya. Setiap kumpulan
dibimbing oleh dua hingga tiga orang fasilitator yang
terdiri daripada guru-guru SMKTT yang mahir dalam
pengurusan acara. Setiap kumpulan diberi kebebasan
untuk memilih tempat perbincangan masing-masing.
Antara tempat perbincangan yang menjadi pilihan ialah
sekitar dewan ( dalam dan luar ) dan Bilik Mesyuarat.
v. Para peserta berehat untuk makan tengah hari pada
pukul 10:30 pagi. Makanan diedarkan dalam bentuk
bungkusan. Para peserta makan di kantin.
vi. Slot 3, iaitu Simulasi Pengurusan Acara bermula pada
pukul 11:00 pagi. Slot ini dikendalikan oleh En. Fariz
Rezza bin Ahmad Subki. Dalam slot ini, para peserta
dikehendaki mengadakan simulasi pengurusan Majlis
Penutup Bulan Kemerdekaan bermula daripada
penyediaan kertas kerja sehinggalah majlis selesai.
vii. Slot 3 selesai pada pukul 12:00 tengah hari. Sebagai
penutup aktiviti yang diadakan, YM Raja Hazmi b
R.Abllah memainkan peranan untuk membuat refleksi.
viii. Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid
bermula pada pukul 12:15 tengah hari. Pn. Mazura binti
Pa’adek diberi mandat untuk mengemudi majlis ini. Majlis
dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti
dengan bacaan doa oleh En. Syahmi bin Saufi. Ucapan
Perasmian Penutup disempurnakan oleh Pn. Noorafidah
binti Ariffin, Penolong Kanan Kokurikulum SMKTT. YDP
PIBG, En. Safarizul bin Mustafa turut menyampaikan
ucapan pada majlis ini. Acara penyampaian sijil dan
hadiah disempurnakan oleh En. Safarizul bin Mustafa.
ix. Sebelum bersurai, telah diadakan sesi bergambar
peserta-peserta bersama-sama tetamu terhormat,
semua pentadbir dan guru-guru.
x. Secara rasminya Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid
Tahun 2023 tamat pada pukul 1:30 tengah hari.

9 Penilaian Program
9.1 Kekuatan Program : i. Fasilitator yang terdiri daripada guru-guru SMKTT yang
mahir dalam pengurusan acara sentiasa bersemangat dan
bersedia dengan pelbagai bahan untuk dikongsikan kepada
para peserta.
ii. Peserta-peserta sentiasa bersemangat dan memberi
kerjasama yang padu dalam setiap aktiviti yang diadakan.

9.2 Kelemahan : i. Pembentukan kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada


Program jumlah ahli yang sangat ramai menyebabkan ada ahli yang
tidak berfungsi.
ii. Tugasan untuk Slot Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) yang
tidak sesuai untuk pemimpin di alam persekolahan.
Contohnya, peserta-peserta tidak terlibat dalam penyediaan
kertas kerja. Namun, tidak dinafikan bahawa ilmu tentang
penyediaan kertas kerja amat berguna apabila peseta-
peserta belajar ke pringkat universiti nanti.

9.3 Cadangan : i. Pembentukan kumpulan untuk Slot Latihan Dalam


Penambahbaikan Kumpulan ( LDK ) mestilah terdiri daripada jumlah ahli yang
tidak terlalu ramai. Bentuk kumpulan yang kecil supaya
setiap ahli dapat menyumbang sesuatu yang positif kepada
kumpulannya.
ii. Setiap aktiviti/ pengisian yang dirancang mestilah dapat
digunakan oleh peserta-peserta dalam menjalankan
tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di alam
persekolahan.

10 Gambar-gambar Aktiviti :

PENDAFTARAN, BACAAN DOA

SLOT 1:
ICE BREAKING
DAN
CERAMAH
KEPIMPINAN

SLOT 2:
LATIHAN DALAM KUMPULAN ( PENGURUSAN ACARA )
SLOT 3:
SIMULASI PENGURUSAN ACARA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MURID TAHUN 2023


Disediakan oleh:

( ATINA BINTI AB. MAJID )


Setiausaha
Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid Tahun 2023
SMK Taman Tasik

You might also like