You are on page 1of 2

Aisya dan Aulia merupakan pekongsi dalam Perkongsian Setia yang menjalankan perniagaan di

Ipoh. Untung dan rugi diagihkan mengikut nisbah 3:2. Kedudukan kewangan perkongsian pada 30
September 2023 adalah seperti berikut.

RM
Alatan pejabat 35 000
Kenderaan 55 000
Inventori 14 000
Akaun Belum Terima 15 600
Bank 9 700
Tunai 1 100

Akaun Modal:
Aisya 37 000
Aulia 20 700

Akaun Semasa:
Aisya 5 600
Aulia (1 500)

Pinjaman Aisya 50 000


Akaun Belum Bayar 18 600

Pada 30 September 2023, Aisya dan Aulia bersetuju untuk membubarkan perniagaan mereka.
Perkara-perkara berikut telah dipesertujui semasa proses realisasi:
(i) Alatan pejabat, kenderaan dan inventori telah dijual dengan harga RM75 000.
(ii) Baki Akaun Belum Terima telah dijelaskan dengan memberi diskaun RM800.
(iii) Pinjaman diambil alih oleh Aisya
(iv) Akaun Belum Bayar telah dijelaskan dan menerima diskaun RM600.
(v) Belanja realisasi RM2 500.
(vi) Bil elektrik RM450 telah dijumpai semasa pembubaran.
(vii) Semua penerimaan dan pembayaran dibuat melalui bank.
Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Akaun Kenderaan
(b) Akaun Realisasi
(c) Akaun Modal
(d) Akaun Bank
(e) Jurnal Am pengambilalihan pinjaman oleh Aisya.
Jawapan
Akaun Kenderaan

Akaun Realisasi

Akaun Modal

Akaun Bank

JURNAL AM

You might also like